Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Ogos 2013

Utusan Malaysia Sokong Azmin Bertanding Presiden PKR.


Satu lagi propaganda murahan yang digunakan untuk melaga2kan sesama pemimpin dalam PKR. Sebelum neh mereka attack PAS dengan isu syiah. Isu syiah juga digunakan untuk melaga2kan sesama pemimpin dalam PAS. Pelik betul.

Yang bertanding dalam muktamar, pemimpin2 PAS. Tapi yang lebih sudu dari kuah orang sebelah sana.

Yang akan bertanding dalam pemilihan PKR ialah pemimpin2 PKR tetapi yang lebih dari sudu orang2 dari sebelah sana juga.

Kenapa tidak dia tumpu dan focus kepada pemilihan parti dia sendiri?

Hehe.

Sebelum neh UTUSAN siarkan gambar Azmin sedang tuttt dalam akhbar terbitan mereka. Lepas tue pada semalam [4 OGOS 2013] beria2 pula sokong Azmin? 

Tak ke kelakar tue?

Sudah la asyik serang Azmin dengan isu peribadi. Isu mak la, isu Ummi Hafilda la lepas tu tup2 sokong Azmin sebagai presiden PKR? Utusan neh sebenarnya sokong siapa? Apa pendirian dia sebenarnya? Tak konsisten betul. Dah kutuk2 orang tue last2 cakap sokong pula. Lepas sokong sambung kutuk balik agaknya.

Baca sini pasal penulisan Utusan tu. ==>  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/utusan-malaysia-sokong-azmin-bertanding-presiden-pkr

Yang sebenarnya penulisan tersebut akan menimbulkan pelbagai spekulasi. Kita tak semesti sokong Azmin tetapi jika ada tindakan2 yang dibuat oleh pihak musuh untuk mengucar-kacirkan imej pemimpin2 tertentu dalam PR kita tak pula boleh bersetuju.

Maksudnya ;

1. Andaikata Azmin ada niat nak bertanding jawatan presiden, niat dia telah pun disabotaj oleh pihak2 tertentu supaya dia di anggap sedang melakukan peperangan dengan kem Wan Azizah.

2. Apa pula pendapat rakyat marhaen dan penyokong2 PR khususnya PKR dalam isu neh? Bagi yang sokong Wan Azizah, mestilah merasakan tindakan Azmin Ali neh tak patut.

3. Daripada sini Utusan telah pun mewujudkan suasana yang kondusif bagi sesama ahli PKR bertelagah dan bergaduh..

4. Hubungan mereka tak la seakrab mana dan Utusan telah menghidu perkara tersebut, dan tindakan Utusan sekarang neh menambahkan minyak pada api yang dah hampir padam. Biasalah beza pendapat itu normal. Kita kena raikan. Tak la sampai nak bermusuh bagai..

Itu kalau Azmin ada niat nak teruskan. Jika dia tiada niat, atau dia hentikan niat dia pun boleh jadi juga. Tapi kalau dia ada niat kemungkinan besar niat dia akan disalah anggap oleh beberapa kem yang tak sepakat dengan dia.

Bagi aku apa yang penting ialah jawatan presiden haruslah disandang oleh seseorang yang mampu membawa parti ke arah yang lebih baik dan berdaya saing untuk membawa kebaikan kepada rakyat marhaen. Bukan hebat jaja citer peribadi lawan. Bukan semata2 lantang melawan BN. Ko beria2 lantang sekalipun tapi kerja untuk rakyat tak jalan apa guna?
Betul tak?

Kalau mereka tak buat kerja, kita terkesan. Ini negatif.
Kalau mereka buat kerja, kita terkesan juga. Ini positif.

Harap2 la pemilihan PKR kali neh tidak menunjukkan unsur2 sabotaj macam pemilihan sebelumnya. Sesiapa rasa dia layak bertanding dan mampu perform, maka tawarkan diri. Sebagai pihak luar ataupun individu2 yang duduk dalam PKR sekalipun, meraikan perbezaan dan pendapat itu haruslah di anggap sebagai normal.

Dan tiru perangai sebelah sana. Asal berbeza jek terus di cop pengkhianat, takpun penderhaka.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...