Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 1 Ogos 2012

Rafizi didakwa di bawah akta BAFIA yang palsu ka?





Aku terima satu inbox oleh rakan facebook aku. Dia cakap dia copy paste benda neh dari rakan facebook dia. Terai korang baca neh jap ;


Mengikut BAFIA Act 1989 hanya memperuntukkan ke atas pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen. Jadi, Rafizi tidak boleh didakwa dibawah BAFIA kerana beliau tidak memegang/ pernah memegang sebarang jawatan di dalam institusi kewangan.
THE BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT, 1989 Kewajipan kerahsiaan Seksyen 97 (1) memperuntukkan bahawa tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen, sama ada semasa tempoh memegang jawatan atau semasa tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh memberi, mengemukakan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat...

Kepada rakan2 yang tahu secara langsung apa itu BAFIA dan bagaimana akta neh sepatutnya dan seharusnya berfungsi sila nyatakan kepada kami disini supaya kami lebih jelas dengan akta yang dimaksudkan.

Dalam masa yang sama, andai benar rafizi tidak layak diBAFIAkan, ini bererti persepsi ali abu mengenai penahanan rafizi sebenarnya bertitik tolak dari usul dan idea rafizi mengenai proton. Rujuk sini. Ada juga rakan2 cakap mungkin juga ada kaitan dengan pendedahan rafizi mengenai george kent. 

Tapi aku cenderung mengatakan sebenarnya proton. NFC cuma nak cover up ajek. Pasal aku tengok isu george kent tue kira cam samar2 lagi tak cukup kuat untuk membentuk persepsi dan tanggapan umum.. berbanding isu proton yang jelas mencuri tumpuan orang ramai.. sama macam NFC.

Apa pun kita tunggu dan lihat betui ka tak betui..

Wang ikat jamin Rafizi asalnya RM100ribu.

Peh..

Tinggi gila nilai rafizi di kacamata umno.


Petikan berita keadilan ;

Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.


Kenapa seratus ribu beb?

1. Seratus ribu = nilai yang tinggi = mana lah rafizi ada duit simpanan sebanyak tue = so last2 terpaksa lah duduk dalam penjara sementara tunggu wang ikat jamin dikumpulkan bagi menunggu perbicaraan kes mahkamah.

2. Dan itulah matlamat pendakwaraya. 

3. Mereka nak rafizi duduk dalam jail dan merasa tekanan akibat ditahan.

4. Salah satu cara nak pressure rafizi.

Tapi harapan dorang berkecai sebab hakim tak setuju. Padan muka. Gila kaw. Dedahkan akaun yang terbukti menunjukkan penyelewengan pun salah ka sekarang? Sepatutnya tahan orang yang menyeleweng bukan tahan orang yang mendedahkan penyelewengan.

Last2 mahkamah bersetuju wang ikat jamin ditetapkan sebanyak rm15,000 tetapi update di facebook keadilan tulis rm10,000 pula. Yang mana satu aku sendiri pun tak pasti sangat. Yang pasti bukan rm100k sepertimana yang dicadangkan oleh pihak pendakwaraya.

Orang nak sambut puasa dan raya dengan senang ahti pun tak boleh. Umno sekarang memang paneh ahti dengan rafizi. Dah macam2 dia cakap. Dan selama neh cakap2 dia belum lagi mencucuk ahti nurani mahathir. Tapi isu proton mungkin menyebabkan mahathir tersentak. Dan hubungan mahathir dengan bnm dan zeti bukan cikai2.

Bersiap sedia lah menyakitkan ahti mahathir dalam isu proton. Kita seme kemungkinan akan terbabit dalam skandal liwat, dituduh, disaman or diheret ke mahkamah. JAGA-JAGA.. ada lembuuu sedang memerhatiii...

kah kah kah

Rafizi di tahan kerana NFC atau kerana PROTON?





Di malaysiakini tulis sebab NFC. NFC neh bukan skandal baru. Ia dah lama dibongkarkan start dari tahun lepas. Bahkan ia mula menjadi pertikaian disebabkan pendedahan awal yang dilakukan oleh juruaudit negara sendiri melalui laporan audit tahunan negara.


Susulan itu pendedahan demi pendedahan mengenai NFC dibuat menyebabkan shahrizat terpaksa meletak jawatan dan pendedahan2 tersebut paling kerap dilakukan oleh rafizi. Disebabkan pendedahan2 tersebut juga UMNO, BN dan NFC berdepan dengan pelbagai tanggapan serong masyarakat. 

Bagaimana wang sebanyak rm250juta boleh diberikan kepada keluarga menteri untuk menjana kekayaan peribadi sedangkan menteri2 malaysia sepatutnya bertanggungjawab menguruskan wang yang ada untuk kebaikan bersama sekurang2nya untuk kebaikan rakyat malaysia keseluruhannya bukan nya untuk kegunaan diri sendiri. 

Apa pun kita stop dulu pasal NFC. Kita focus pasal rafizi dan tujuan penangkapan dia jek. Laporan Malaysiakini ;

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Dan pandangan dari rakan facebook aku ;


Knp Rafizi ditangkap?


Rafizi ditangkap di bwh akta BAFIA krn bogelkan Sharizat Jalil & famili dlm isu lombu NFC? Ha ha ha. Jgn buek lawak siang2 poso ni geng. Kalau dio nk tangkap, dulu lg dio dh tangkap maa. Ini semuo camouflage bai. Rafizi ni ditangkap atas arahan Mursyidul Am UMNO, Tun Mahathir krn polisi trbaru pakatan yg mahu mengurangkn cukai keto import hasil inisiatif Rafizi akan menyobabkn pet project Tun iaitu Proton beserta vendornya lingkup.


Rafizi wajib di'neutralize' demi kebahgiaan & kesejahteraan 'Perut Tun' tidak diganggu gugat. Kalau pakatan dpt menawan Putrajaya, kemungkinan bosa proton x laku krn polisi trsebut. Yolah korang dh tontu boli keto korea atau jopun. Sudah la murah, berkualiti pulak. Buek apo boli proton kalau kualiti mcm gampang.


Isu Sharizat jalil & NFC hanyo lah kambinghitam utk mewajarkn penangkapan Rafizi arini. Korang kono pandai baco politik Msia. Rafizi brjayo memicit titik kelemahan Tun & kroninya. Proton hanyalah sekadar teknik memerah wang rkyt ke 'Perut Tun'. -Ali Abu-
 
Sejujurnya aku rasa pandangan dari rakan facebook memang ada kebenarannya. Kalau nak tahan rafizi kenapa tak tahan dari dulu lagi? Kenapa sekarang? Kenapa bulan ramadhan yang jelas2 boleh menyinggung keluarga rafizi, sahabat handai dan penyokong2 pkr? Kalau mereka boleh menangguh penahanan rafizi di bawah akta BAFIA untuk beberapa bulan selepas butiran perbankan didedahkan oleh rafizi kenapa tidak tangguhkan lagi sehingga syawal berlalu?
 
Nah,
 
Sudah semestinya ada sesuatu yang telah berlaku sehingga menyebabkan bn mengubah corak pemikiran mereka secara tiba2. Apa yang terbaru rafizi lakukan beb? Tak banyak. Terkini pasal proton. Sejurus rafizi umumkan kadar cukai kereta akan diturunkan selepas pr mentadbir negara, rafizi juga dedahkan kaedah2 tertentu bahkan turut memperjelaskan bahawa proton takan terjejas kerana harga proton juga akan turun.
 
Rafizi juga dedahkan rancangan PR bahawa kerajaan boleh tampung cukai kereta yang susut dengan cara lain dan umumkan langkah2 tersebut. Dan langkah2 rafizi disokong oleh ramai pihak tak kira parti bahkan ia kurang mendapat bantahan umum sepertimana isu ptptn disebabkan cukai kereta yang rendah adalah antara yang ditunggu2 oleh hampir kesemua rakyat malaysia.
 
Andai kata benarlah sepertimana yang aku anggap bahawa rafizi ditahan kerana PROTON bukan disebabkan NFC maka wajarlah kita turun ke jalanraya. Opsss bukan berdemo untuk sokong rafizi secara individu sebaliknya sokong usul dan idea yang dibawa oleh rafizi mengenai PROTON.

Kita akan tunjuk kepada BN sejauh mana idea rafizi mengenai PROTON melekat di jiwa dan raga kita. Bahkan tun mahathir juga akan terkejut. Harap2 idea neh disokong oleh rakan2 dari PKR. Tunggu.

Selasa, 31 Julai 2012

Rais Yatim minta pendapat tentang lagu janji ditepati - Nah jawapan nya!



kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Adoiiiiiii

Ko neh buat lawak ke apa rais yatim weh?
"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? DiYoutube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya dalam Twitter lewat malam tadi.

Rais bagaimanapun mengakui bahawa lagu ini turut menerima 

"beberapa ibu jari ke bawah" - ikon yang menunjukkan penonton YouTube tidak suka lagu tersebut. - MKINI-

Ko neh reti buat perbandingan ke tak reti rais? Meh aku ajar ko bab perbandingan sebelum aku ikhlas nak kondem ko oke.

Perbandingan yang betul.

Jumlah views ==> 140k

Jumlah dislike ==> 20k lebih [sehingga ditulis]

Jumlah like ==> 297 [sehingga ditulis]

So kat sini ko kena buat perbandingan gini ==> jumlah like dan dislike. Bukan jumlah view dengan jumlah dislike. Salah tue. Ngerti?

Bagus. Kalau tak faham baca jek balik apa yang aku ajarkan di atas neh. Bab lagu pula. Ko tanya pendapat ek? Meh aku bagi. Aku paling suka bab neh. Kepakaran aku beb.

kah kah kah

Pendapat amenoworld mengenai lagu janji ditepati.

Lirik lagu tue buruk huduh teruk dan bebal. Sebab2nya ialah ;

1. Takde perkataan merdeka sedangkan lagu tue untuk sambut kemerdekaan negara yang ke 55.

2. Takde ciri2 patriotisme padahal ia lagu untuk sambutan kemerdekaan. Lebih kepada lagu syok sendiri dan puja bien.

3. Rangkap yang ada ayat ==>  kini tiba masa untuk balas budi ialah rangkap terbangang sekali. Ketika tulis lagu neh, apa yang sedang ko fikirkan rais?

4. Rangkap rap yang pasal brim, krim dan blablabal tue rangkap rap terbahlol. 

Kenapa? 

Sebab mana ada kerajaan yang bangang2 nak mengaku dorang tak mampu menyenangkan rakyat sehingga terpaksa buat kedai 1malaysia dan blablablabla.. kalau kerajaan bien bagus, kedai 1malaysia takan wujud in the first place.

Ekonomi teruk + sistem pentadbiran negara teruk + tangga gaji penduduk teruk = KRIM, BRIM dan blablabla..diwujudkan untuk menampung seme keterukkan tersebut di peringkat surface bukan inner, kalau seme kaya raya perlu kah disediakan seme tue? Ia merupakan perkara yang memalukan tapi kenapa rais yatim berbangga2an pula? Sebab tue aku cakap bingai.

5. Lirik lagu tue tak membangkitkan semangat cintakan negara tetapi lebih kepada semangat suruh kenang jasa bien. Tapi sapa bien? Bien = di undi melalui pru = dibayar gaji + elaun + duduk dalam office + naik kereta mewah = buat kerja = sedang berbudi kepada rakyat? GO TO HELL.

6. Ada perkataan 1malaysia yang jelas merupakan kempen politik peribadi najib razak. Seme orang dah tahu 1malaysia ialah najib dan najib ialah 1malaysia. So apa point masukkan 1malaysia dalam lagu kemerdekaan? Kalau sudirman masih hidup mesti dah kena kutuk kaw2 punya. 

7. Ada perkataan janji ditepati yang juga merupakan kempen politik terbaru bn dalam menghadapi pru-13. Aik. Apa kena mengena pru dengan merdeka dengan kempen politik bien? Sepatutnya takde kaitan tapi rais buat ia ada kaitan. So itu bingai.

8. Dicipta oleh rais yatim. Inilah masalah sebenar yang paling utama. Dah cam kemiskinan penulis lirik yang berkaliber di malaysia. Rais orang yang takde seni. Boleh berlagak seolah2 pandai seni tetapi dia tetap takde seni. Aku tak boleh terima lirik lagu neh.

9. Melodi lagu dipercayai ada persamaan dengan lagu gereja dan ketuhanan masyarakat kristian indonesia. Setahu aku, kristian yahudi zionist dan blablabal tue sepatutnya ada kaitan dengan pr. Tapi camne kali neh ia dikaitkan dengan bien pula?

10. Video klip janji ditepati malas. Video klip yang malas. Hanya paparkan muka najib banyak2. Lepas tue berat sebelah. Napa tak citer pasal sabah sarawak dan perak yang termiskin tue. Banyak orang susah kat situ takde pula vite mengenai mereka. Citer yang baik2 jek. Tajuk lagu juga malas. Mungkin sebab ia mempunyai lirik yang malas, melodi yang malas dan tema yang malas. 

So rais yatim ko dah faham kenapa kan? 

Kesimpulan nya lagu neh buruk dari A sampai Z. Takde yang bagus kat lagu neh walaupun hari2 aku dengar. Bahkan aku cadang nak jadikan ia caller ringtone lagi tue.. tunggguuuuuuuu..

BTN hasut mahasiswa jangan dekati PERUBATAN sebab politik!


Saya lihat kawan-kawan penggerak PERUBATAN sedikit tersinggung dengan berita yang mereka baru terima.Ada yang melatah, ada juga yang perli.Tetapi sedikit sangat yang dapat terima dengan positif...Mana tidaknya, BTN dah jadi tempat menghasut pelajar supaya tak menyertai PERUBATAN.Tak tahu mana salahnya, kredibiliti PERUBATAN diheret sama dalam arena politik kotor UMNO.

Reaksi saya? Tak terkejut sedikitpun.Sungguh...Memang itu tugas mereka mendoktrin dan membasuh minda anak-anak muda supaya pro-parti kerajaan hari ini.Cuma mungkin mereka melampaui batas bila meletakkan PERUBATAN sealiran dengan parti pembangkang hanya dengan desas desus dan andaian.Tak pernah menilai dengan adil menggunakan intelektual yang ada.Yang dibuat hanya ambil andaian kroni dan 'tukang kipas' mereka.Noktah...Cetek cara pemikiran begitu.

Kepada sahabat-sahabat PERUBATAN semua, jangan terlalu berkecil hati dengan situasi yang berlaku.Biarkan berlalu tanpa perang emosi dalam diri.Ambil tindakan yang profesional, bukan dengan luahan perasaan di media-media sosial.Kerana musuh-musuh sentiasa mencari peluang yang ada untuk melemahkan kita.

Jika kerana tanggungjawab dan gerakkerja yang dilakukan PERUBATAN menyebabkan timbulnya hasutan dan doktrin kotor ini, maka saya sangat bangga berada dalam PERUBATAN.Sumbangan dan pengorbanan PERUBATAN kepada mahasiswa sains kesihatan di Mesir bukan sedikit.Malah PERUBATANlah antara persatuan mahasiswa yang berjaya menjaga kebajikan dan sosial ahli, dikala pegawai-pegawai kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga pelajar sibuk dengan agenda politik masing-masing.Segala kerja amar ma'ruf dan nahi mungkar yang dijalankan tidak langsung mengharap pujian mana-mana pihak.Agenda-agenda mahasiswa yang dilaungkan PERUBATAN jelas tidak mengampu mana-mana pihak, tetapi dengan harapan untuk membina generasi yang lebih baik untuk memimpin negara pada masa akan datang.

Nasihat saya kepada pihak yang menghasut, teruskanlah dengan hasutan anda.Kerana PERUBATAN sedikitpun tak gentar, malah akan terus tingkatkan lagi prestasi dan kualiti gerakkerja yang sedia ada.Ancaman dan tekanan yang diberi akan membina PERUBATAN yang lebih matang dan kuat untuk menjayakan agenda-agenda yang digariskan.

Kepada penggerak-penggerak PERUBATAN semua, BE STRONG..!!


Artikel telah diedit 31/7/2012 5:37

NOTA ;

PERUBATAN yang dinyatakan dalam artikel neh ialah nama persatuan. Bukan bidang or jurusan perubatan. Harap maklum. 


BTN,


Sudah sampai masanya untuk ko buang perkataan t kat shortform BTN tue. Jadikan jek ia BN. Sebab itu sememangnya ko yang menyamar sebagai BTN.

Karpal Singh lupa makan ubat dan sekali lagi tegaskan DAP tolak hudud!

Jangan marah.

Sebab?

Karpal yang cari pasal. Bukan sesiapa pun tapi karpal seorang. Sama macam karpal cari pasal time dia meroyan suruh dsai bertaubat dan minta maaf di tv3 ari tue. Bahkan jangan lupa aksi dia di parlimen ketika dsai dituduh terlibat dalam skandal liwat pada tahun 1999.

Ungkit?

Bukan. Cuma nak cakap pasal benda betul. Tengoklah mulut dia meroyan apa lagi kat bawah neh ;


Utusan? Nope.

BH? Nope.

Tv3? Nope.

Sinar harian beb. Si karpal meroyan dan sinar harian siarkan royanan karpal singh.

Punca?

Karpal berang sebab di provoke MCA. MCA provoke karpal pasal hudud dan karpal melatah. Disebabkan itulah dia keluarkan statement keras bahawa DAP tidak akan bersetuju dengan hudud tanpa mempedulikan pendirian LGE dan LKS.

Tujuan?

Karpal nak bagitau kenapa umum bahawa DAP takan setuju dengan idea pas mengenai hudud. Katakanlah perkara neh dibawa ke parlimen, so PAS boleh bermimpi untuk dapatkan undi dan sokongan dari DAP.

Kesan?

Orang dah mula nampak pendirian dap dan sekali lagi umat islam akan menghasilkan pelbagai persepsi terhadap dap dan itu semestinya bergantung kepada pendirian politik dan keinginan mereka.

Penyelesaian?

Karpal singh elok letak jawatan dan duduk diam2. Sudah sampai masa untuk dia bersara sebab dia suka sakitkan ahti umat islam. Dulu dan sekarang. Makin lama makin teruk. 

Ramai penyokong2 karpal marah. Bahkan ada juga mereka2 yang muslim marah. Mereka defend karpal cakap karpal bercakap mengenai undang2. Lepas tue siap cakap karpal singh tue kafir. Logiklah dia tolak hudud. Then ayat biasa mesti banding dan kaitkan dengan umno.

Sekali lagi heret umno sana dan sini tanpa memahami fakta kes. Dia muslim or bukan muslim sekalipun itu bukan sebab untuk kita buat bodoh jek dengan pendirian dia beb. Pendirian dia itu merupakan satu perkara yang perlu kita perjelaskan supaya orang lain yang melihat faham sejauh mana kita menanggani perbezaan tersebut.

Sebenarnya juga, tiada alasan untuk bukan muslim tolak hudud. Sebab hudud neh semata2 untuk penjenayah jek. Adakah bukan muslim = penjenayah?

Mengatakan bahawa biarlah kafir tue tolak hudud sebenarnya baru jek mengakui bahawa bukan muslim = penjenayah sebab hanya penjenayah jek takut dengan hukuman yang keras + adil = setimpal dengan perbuatan jenayah nya beb.

Dan karpal bukan bercakap pasal undang2 tapi dia cakap pasal pendirian dap. Dia juga tak hiraukan pasal pas dan paling penting dia bersikap selfish dengan buat statement mengamok di paper. Bercakap pasal undang2, well, aku harap korang tak memperbodohkan orang dengan menggunapakai istilah tue. Meh aku explain sikit.

Pada masa sekarang 2012 ==> hudud + perundangan islam tidak boleh dilaksanakan sebab tidak mendapat jumlah sokongan yang diperlukan di parlimen. Hanya pas dan beberapa orang islam dari parti lain jek sokong usul hudud.

Pada masa akan datang ==> jika usul mengenai hudud dibentangkan, dan mendapat sokongan ahli parlimen maka ia boleh dilaksanakan.

Dalam erti kata lain, ia bukan lagi mengenai undang2, perlembagaan atau apa. Ia hanya mengenai berapa ramai sokong hudud dan berapa ramai tidak sokong hudud. Dan itulah yang akan berlaku jika pakatan rakyat berjaya menguasai malaysia. Pada masa itu kita akan tengok siapa yang benar2 mengakui diri mereka muslim dan siapa yang tidak.

Siapa yang benar2 mengakui mereka itu tidak racist dan bias kepada agama yang berbeza darinya dan siapa yang tidak. Karpal baru saja membuktikan dia bersikap prejudis dan racist kepada umat islam. Sebab tue dia tolak hudud. Ataupun.. dia sebenarnya seorang penyangak aka pencuri? Ingatlah, hudud untuk mereka2 yang merompak dan menyamun. Tiada alasan untuk anda tolak hudud melainkan anda penjenayah. Siyes.

Ya.

Hudud itu untuk muslim dan bukan muslim. Tapi jangan risau. Selagi anda bukan penjenayah maka anda tiada sebab untuk takut. Hanya mereka2 yang melakukan jenayah jek takut dengan hudud. 

Jangan takut.

Selagi bukan muslim tidak faham mengenai hudud, kita takan laksanakan di malaysia. Kita akan cari jalan supaya bukan muslim faham apa itu hudud dan kita akan laksanakan secara berperingkat. Keberkesanan perundangan islam terhadap muslim akan menjadi pemangkin kepada bukan muslim untuk menilai sendiri kebaikan perundangan islam.

Dan sehingga saat itu tiba, menolak bukan cara yang baik. Lebih baik belajar memahami dan bertolenrasi. Jangan ikut perangai karpal yang pentingkan diri sendiri. Itu tak baik. Jika anda defend karpal, anda juga termasuk dalam mereka2 yang bersikap selfish. Fikir2kan oke. 

Wajah polis yang belasah pekerja hotel terdedah.


Inilah dia beb. 

Sumber gambar : sini

Wajah dia yang jelas sejelas jelasnya. Wajah yang membelasah pekerja hotel hanya kerana duit belen pasal aiskrim jek pun. Adoiii.. nampaknya kita tak boleh buat memain dengan aiskrim ek.. polis ko belasah budak melayu ek polis? Lepas belasah budak melayu ko belasah budak cina..

Hishh..

Takde ke penyokong2 umno nak bidas or nak kutuk or nak keji yang polis melayu belasah budak melayu kat sini?

kah kah kah

Kan penyokong2 umno suka komen gitu.. melayu sama melayu gaduh, cina tepuk tangan. Neh apa citer polis melayu belasah budak melayu then belasah budak cina.. so sapa plak tepuk tangan? Budak india pula ke yang tepuk tangan hah?

kah kah kah

Kelakar nak mampos punya penyokong2 umno..

Korang baca sikit sedikit perjalanan kes kat bawah neh beb ;

Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
   
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.

Aku tertarik nak komen sikit ;

1. Nama azuan dibacakan seiringan dengan pangkat dia dalam polis. 

2. So adakah neh bererti dia masih lagi salah seorang anggota polis?

3. Adakah pdrm masih nak menyimpan orang macam neh dalam unit kepolisan mereka?

4. Jika jawatan dia dibekukan pun tak guna gak..

5. Sepatutnya terus pecat dia dan nyahkan dari pdrm serta merta sebab memalukan pdrm itu sendiri.

6. Tunggu dulu perbicaraan berlalu baru buat keputusan dia salah ke tidak?

7. Tak payah. Dah jelas terbukti apa yang berlaku kat cctv tue. Selagi dia masih memegang pangkat isp tue, selagi itulah orang akan tetap kaitkan isu neh dengan pdrm. Kalau dia dah dipecat at least orang akan cakap owhh dia neh bekas polis bukan masih dalam polis lagi. PDRM neh tak reti nak jaga imej ke apa?

8. Yang tak boleh blah tue siap tak mengaku bersalah lagi tue. Padahal rakaman cctv dah tersebar.. betul2 berani mati punya polis.

Neh juga membuktikan yang polis tersebut tak insaf2 or serik dengan perbuatan yang telah dia lakukan. Nak pertahankan juga tindakan dia tue betul sebab tue mengaku tidak bersalah di mahkamah. 

Apa pun nasihat aku pada pdrm, pecat je larh dia terus. Neh untuk imej korang gak. Di saat masyarakat sedang memandang sinis dan serong atas tindakan2 double standard pdrm terhadap rakyat marhaen, toksahlah korang tambahkan lagi perkara2 macam neh. 

Takde guna nya simpan anggota yang tak boleh jaga imej korang. Tapi kalau nak simpan juga lantak korang lah. Cuma jangan nak salahkan persepsi rakyat selepas tue oke.

Sendiri yang cari kan? Tanggung arh..

kah kah kah

Isnin, 30 Julai 2012

Hot : Maksud sebenar logo dan lirik lagu kemerdekaan terbongkar!

Janji ciplak.

Yang tersurat dan yang tersirat. Rupanya menteri kebudayaan kita menggunakan konsep kias dan lue fikirlah sendiri.  Dia mengajar kita untuk berfikir di luar kotak dan jangan lagi mengharap kerajaan untuk menerangkan setiap satu persatu tema kemerdekaan seperti tahun2 sebelum nya.

Konsep2 sebelumnya sebenarnya tidak mendatangkan minat dan semangat ingin sambut merdeka disebabkan betapa old-fashionednya cara kerajaan memperkenalkan tema kemerdekaan. Disebabkan otak rais yatim yang genius, dia bersama2 team tenaga kerja yang dilantik untuk menguruskan tema kemerdekaan tahun neh telah melakukan satu propaganda supaya sesama kita alert tentang kemerdekaan yang ke 55 pada tahun 2012.

Tahniah dan syabas diucapkan buat rais yatim. Rupanya dia berbeza dari apa yang aku fikirkan selama neh. Demm.. i terkutuk u larh rais. Amponnnnn..

Tak sangka disebabkan keterbukaan dan tolenrasi dari rais yatim, kita pada tahun neh berjaya menampilkan satu tema yang sangat2 berbeza dari tahun2 sebelumnya sehingga mengundang cakap2 orang di pelbagai media online dan media sosial.

Wow..

Sebenarnya tema yang ingin disampaikan oleh rais yatim ialah 

JANJI CIPLAK!!!


Lihat aje logo yang diciplak kat bawah neh ;

Logo kemerdekaan yang ke 55 tahun

Berapa ramai yang berjaya membaca apa yang ingin disampaikan oleh rais yatim? Haram. Seme orang dok kutuk2 dia tanpa cuba memahami maksud disebaliknya logo kemerdekaan tersebut. Yang sebenarnya logo tersebut bermaksud ;

Bendera malaysia yang berkibar2 = Menari dalam gaya malas2 sebab dah bosan melihat karenah bien mentadbir negara malaysia.

55 warna kuning = bermaksud selepas 55 tahun kita mesti kuningkan malaysia = BERSIH.

M warna biru = melambangkan mencuri dan merompak ialah mereka2 yang sokong biru = bien.

erdeka dalam bentuk lemah longlai = melambangkan kita jangan lagi berlemah lembut dengan bien.

janji ditepati = bermaksud janji2 bien untuk menyusahkan rakyat memang menepati citarasa si perompak dan penyamun iaitu janji merompak, menyeleweng dan mencuri.

1 yang ada lambang bendera malaysia = bermaksud satu malaysia kena satu ahti nyahkan rais yatim dan bien.

Adoii.. 

Maafkan i rais yatim. I terlambat membaca buah fikiran you. I busy sangat start hari jumaat sampai sunday. 

kah kah kah

Lirik lagu.

Dah habis bab logo. Kita masuk bab lagu pula. Sesungguhnya akal rais yatim memang bijaksana. Tidak pernah tidak dia ingin membantu mengembalikan reputasi bien seperti dulu2. Dia duduk dalam bien, menjadi menteri bukan sesia2 beb. Sedikit kesilapan yang dia buat confirm orang akan kutuk bien dan najib. Akhirnya rakyat akan sokong PR.

Dan inilah pengorbanan sebenar dan terbesar rais yatim buat rakyat marhaen. So jangan marah2. Mula2 dia reka satu lirik bebal. Tujuan nya nak menyakitkan ahti rakyat as usual. Tapi camne tah najib rasa cam was2 so najib suruh ubah. Tapi rais yatim bukan bodoh beb. Dia pun cerdik juga. Walaupun dia terpaksa ubah beberapa rangkap lirik sebenar tetapi dia tetap tak lupa untuk memperbodohkan bien dengan memasukkan rangkap kat bawah neh ;

Kini masa untuk balas budi.. 

Ini lagu sebelum di edit. Dan ini lagu selepas diedit. Ada banyak like tak? Ada. Pfttt. Ada banyak beza tak? Takdak. Sebab perkataan

MERDEKA tetap muncul2 dari awal sampai ke akhir lagu dan yang hanya ada ialah satu malaysia dan janji ditepati yang mana pejuang2 kemerdekaan yang kalau masih hidup pun akan menyumpah2 bien. Apa kata sudirman? Hoiii gunakan lagu aku lagi bagus larh. Beginilah respon yang rais yatim inginkan sebenarnya.  Jadi janganlah marah2 dia. Dia sesungguhnya bukanlah orang bodoh beb. Rais yatim baik  orangnya.

kah kah kah

Melodi.

Sebenarnya part yang paling best ialah part melodi. Ramai yang berduka cita sebab melodi tue seolah2 cam takde kaitan dengan rais yatim. Tapi mereka silap. Sama sekali mereka silap dan rais yatim hampir nak meletup bila orang tak salahkan dia dalam isu melodi.

Melodi yang dimainkan bersama2 lirik ciptaan rais yatim digambarkan mempunyai persamaan dengan salah sebuah lagu nyanyian ketuhanan di indonesia. Rujuk sini. Namun kita belum ada kesimpulan yang sahih mengenai itu lagi. 

Kita lihat betapa rais yatim amat2 mengkagumi indonesia atas sesuatu sebab. Yang pasti sebab itu aku tak boleh sebut disini. Hanya mereka2 yang mengetahui jek boleh sebut.

kah kah kah

Kesimpulan.

Selamat menyambut bulan ramadhan rais.  Dan posting neh sebenarnya hanya merupakan satu selingan. Ya selingan. Sebab tujuan utamanya ialah aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan kat rais yatim jek beb. Jangan marah oke.

kah kah kah

Lagu dan lirik asal janji ditepati sebelum diubahsuai didedahkan.


Aku dapat info dari rakan facebook menerusi inbox. Aku rasa dia kot yang rakam menerusi henpon dia ketika itu then dia pun bagi kat aku untuk aku sebarkan. Aku dah buat job aku semalam. Macam biasa.

kah kah kah

Untuk pengetahuan korang, rais dan geng2 mereka cakap slogan janji ditepati tue bukan kempen politik bhai. Takde kena mengena langsung dan persiapan untuk sambutan kemerdekaan pun takde kena mengena dengan politik. 

Pembangkang saja over-reacted sebab suka membangkang. Dan macam2 alasan apajadah dia dan geng2 dia bagi untuk membuktikan kekonon nya sambutan kemerdekaan tahun takde kena mengena dengan politik.

Tapi rais, ko dah silap besar. Sebodoh2 ko berhujah, akhirnya ko akan jadi bangang jua. Bukti? Ko dengar sendiri lirik lagu JANJI DITEPATI yang ko sendiri tulis. Takan dah lupa kot?

kah kah kah

Lirik lagu rais yatim untuk sambutan kemerdekaan yang ke 55 tahun.

Janji ditepati.

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Orang sana pandai cakap
Tapi tak boleh buat
Orang sana pandai janji
..... pada yang tak peduli
Orang sana pandai auta
Tapi budi tak ada.. <-- Rangkap asal yang diubahsuai atas arahan najib.

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Version lagu ;


Sepatutnya untuk meraikan kemerdekaan kita yang ke 55, kita patut diperkenalkan dengan pejuang2 kemerdekaan. Bahkan kita kena perkenalkan satu tokoh untuk setiap tahun supaya seme dari kita dapat mengenali mereka2 yang berjuang demi memerdekakan negara neh. 

Umno?

Umno bukan orang yang memerdekakan negara neh. Pahit? Tak boleh terima? Itu yang korang belajar dari sejarah? Maaf, sejarah malaysia ditulis oleh orang jahat yang menang. Oleh itu kita kena ubah balik penulisan teks sejarah. 

Bukan ubah untuk syok sendiri or untuk kutuk2 umno oke tetapi hanya tulis kejadian sebenar2 yang telah berlaku jek. Tak kisah lah A jahat ke B jahat ke or seme jahat ke or ada yang separuh baik separuh jahat ke or seme baik ke yang penting sejarah harus ditulis berdasarkan kepada hakikat, fakta dan kebenaran. Bukan ditulis untuk memuja sesuatu parti dan kumpulan. Umno boleh tipu orang tetapi jangan harap seme orang akan tertipu.

kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...