Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 22 Oktober 2012

Tengahari2 kena tipu dengan kedah pula.


Pagi tadi geng2 najib menipu. Tengahari2 neh geng2 kedah pula menipu. Pagi tadi geng umno. Tengahari geng pas. PAS ganti UMNO. Lepas umno menipu, pas sambung menipu. 

kah kah kah


Audit menyatakan bahawa pinjaman oleh KCB untuk menjalankan projek di PNG telah dibatalkan oleh syarikat yang memberikan pinjaman tersebut. Ini bermaksud pembatalan tue bukan dibuat oleh KCB. Tapi tengok alasan yang kerajaan negeri kedah bagi ;



Ia bagaimanapun dibatalkan pada Januari 2010 selepas penilaian jawatankuasa yang dilantik Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed), kata Muhammad Sanusi lagi dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

"Pelaburan ini ditamatkan di pertengahan jalan menyebabkan semua modal dan kos pengurusan yang telah dikeluarkan oleh syarikat dicatatkan sebagai pelaburan yang tidak sempat mendatangkan pulangan.

"Tindakan ini dibuat setelah mendapat syor daripada jawatankuasa penilaian untuk mengelak risiko yang lebih besar kepada syarikat dan kerajaan negeri," katanya.

Nampak sangat pembohongannya. Lahai. Ingat orang zaman sekarang baca harakah je ke? Nak ngok ngek boleh la baca satu sumber jek. Nak bijaksana baca seme sumber dan nilaikan sendiri. 

Check laporan audit kat sini beb.

Yang kedua. Bukti kebebalan kerajaan negeri kedah ;


Mengulas perkara itu, Muhammad Sani berkata kerugian berjumlah RM6.4 juta itu juga bukan penyelewengan atau rasuah.

Bukan penyelewengan. Bukan rasuah. Napa tak mengaku akibat kebodohan dan kebebalan? Kan lebih baik mengaku tak reti tapi buat2 reti. Betul tak?

Dah la tak ikut tata kerja yang betul. Kalau alasan setpol kedah betul sekalipun, kerajaan kedah tetap mendedahkan kepincangan diri sendiri. Bagaimana pelaburan boleh dibuat tanpa kelulusan dan pengetahuan ahli lembaga pengarah PMBKED? 


Mengapa pinjaman boleh dibuat tanpa pengetahuan oleh mereka2 yang terlibat dalam urusan syarikat? Ini satu kepelikkan yang nyata bagi aku. Seriyus. Lepas tue bayangkan ek ;


Katanya, jumlah RM134 juta yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 itu merupakan jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB dengan firma Capital Investment Agency yang berpusat di London.

Pinjaman tersebut bagi membiayai pengambilalihan 70 peratus kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd yang memperolehi kawasan pembalakan di negara Papua New Guinea.

Beli pegangan saham berjumlah 134juta? 70% pegangan saham = rm134juta? Ada buat kajian ka sebelum amek alih pegangan saham tersebut? Kalau ada buat kajian mesti bentangkan kepada pengarah syarikat sebelum proceed apa2 plan? Untuk rekod, ini pelan pelaburan luar negara. Yakni melibatkan prosuder dan tatakerja yang agak strict. Tapi kalau tengok penjelasan mereka dan membaca laporan audit.. ekekek.. lembu dan babi terus terbang secara ber-irama beb.

Selain dari tatakerja yang bermasalah, mereka juga dipersoalkan sebab melakukan beberapa urusniaga yang tak boleh disahkan. Tak valid. Takde dokumen yang menyokong perbelanjaan2 yang telah dikeluarkan. 


Kemon la kedah. Jangan2 ko anggap begini. UMNO melakukan apa2 kerugian itu adalah rasuah. PAS melakukan apa2 kerugian itu di anggap pelaburan yang ber-risiko? Bangang mana yang nak percayakan ko weh?

Sumber berita ;


http://www.malaysiakini.com/news/212355

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...