Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 28 Disember 2011

Ummi Hafilda dapat anugerah.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Tergolek-golek aku gelak beb.

Usus pun dah pecah dah. Dah larh selama neh usus aku asyik kena repair je pasal juak2 umno suka buat lawak sadis. Neh depa tambah lagi. Ada ke patut depa buat lawak baru. Gila betul. Boleh mampos akibat kegelakan melampau neh beb. Naya aku.

kah kah kah

Lihat bawah neh ;


Ohoiii.. 

Sokong umno apa pun boleh dapat. Dan2 anugerah srikandi neh diberikan kepada ummi hafilda yang dijangka akan bertanding mewakili umno pada pru-13 [kalau nama dia dicalonkanlah].

Baca bawah neh beb ;
ALOR SETAR 26 Dis. – Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) menganugerahkan Ummi Hafilda Ali sandang srikandi di atas perjuangan ikhlasnya menegakkan kebenaran.
Ibu Gayong Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Datin Faridah Abu Johan berkata, pihaknya bangga kerana dapat menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang sentiasa bersemangat seperti Ummi Hafilda.
“Kita tidak mahu orang seperti lalang dan kita nampak Ummi Hafilda ikhlas dalam perjuangannya. “Sandang srikandi ini memang wajar dianugerahkan kepada Ummi Hafilda agar dia terus berjuang demi negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar di sini semalam.
Faridah berkata, pihaknya akan terus menganugerahkan sandang srikandi itu kepada individu yang berjuang demi negara. Dalam pada itu, Ummi Hafilda berkata, dia terharu dan bangga dengan anugerah daripada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.
Katanya, sandang srikandi itu menjadikan dia lebih bersemangat untuk menjelajah negara bagi memberi penerangan mengenai mereka-mereka yang menjadi pengkhianat negara.
“Saya bersyukur akhirnya perjuangan saya selama 14 tahun menegakkan kebenaran diterima ramai. “Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan dan saya akan terus berusaha menyelamatkan negara daripada pihak yang ingin memusnahkannya,” jelasnya.
Tambah Ummi Hafilda, dia juga berharap kerajaan akan memberikan kelulusan kepadanya untuk menjelajah ke institut pengajian tinggi (IPT) bagi memberi penerangan kepada pelajar pengalamannya.
“Saya perlukan platform ini bagi berdialog dengan pelajar-pelajar di universiti agar mereka faham apa yang sebenarnya berlaku. Saya sanggup hadapi apa sahaja asalkan kebenaran terbukti,” katanya -SK-

Arhh sudah. 

Ummi nak masuk IPT pula. Tah hapa2 lah dia nak meroyan dalam IPT lepas neh. Kalau sebelum ezam meroyan dalam IPT, lepas neh maybe ummi pula diberikan kelonggaran untuk mengarut dalam IPT. Umno apa pun boleh maaa.. taktau meh?

Tapi kan memang kelakar gile bila baca statement SS si ummi neh. Jasa apa tah? Jasa pada negara? Satu haram aku tak nampak pun selama neh. Dorang neh memang nak bagi aku mampos cepat. Tak habis2 buat lawak siot. 

Kah kah kah

Ameno : Macam2 anugerah wujud daa..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...