Bukan kah aku dah bagitau ko 2 hari lepas? Confirm der gua mesti kena maki punya. Caci maki neh aku dah biasa kena. Baik dari puak A mahupun B, kedua2 mereka sama sahaja. Itu pasal aku tukar slogan blog aku suatu ketika dulu. Ia berbaloi beb.
Kenapa ada penyokong pr yang marahkan umno atas isu ustaz badrolamin mengatakan dsai = imam mahdi? Aku tak pasti samada korang faham ke tak faham isu sebenar disini tetapi ketahui lah korang telah marahkan orang yang salah. Korang sebenarnya telah menuding jari kepada orang yang salah.
Isu neh tiada kena mengena pun dengan umno. Ya, mereka memperbesarkan ia dan melarikan beberapa info penting dalam hal neh tetapi still korang marahkan orang yang salah. Aku lah individu yang korang cari. Dan kepada aku lah korang patut marahkan kalau sungguhpun menentang apa yang aku katakan mengenai ustaz badrolamin.
Aku tiada masalah andai korang bernekad mempertahankan ustaz. Ini ialah benda yang biasa aku hadapi. Dah memang selalu penyokong bn dan pr membalon aku secara berirama dalam blog neh. Kadang2 bn yang balon, kadang2 pr yang balon, ikut atas isu lah. Balon tetap balon. Memang ini trademark penyokong tegar memasing2. Betul salah belakang citer. Balon first, fact then.
Aku dah tulis dengan jelas dalam posting sini bahawa ;
Ustaz tidak menyebut secara direct, tapi
itulah yang aku rasa. Ustaz cuba menyatakan anwar ibrahim ialah imam
mahdi dengan dua cara iaitu ujian2 yang diterima oleh dsai dan
mengaitkan hubungan dia dengan syeikh yusoff al-qardhawi. [tiada dalam
video suntingan].
Ya, memang benar ustaz tidak menyebut secara direct, tetapi itulah yang aku rasa. <-- Adakah ini boleh dianggap sebagai menfitnah? Aku bagitau ustaz, bahawa inilah persepsi dan kefahaman yang masuk dalam minda aku setelah melihat ceramah tersebut. Inilah yang aku rasa melalui pengucapan2 ustaz di atas neh [lihat sini].
Jadi, ini fitnah kah? Fitnah ka ini bila aku tanya ustaz apakah benar dsai imam mahdi? Fitnah ka bila aku bagi bukti napa aku suspect macam tue? Fitnah ka bila aku minta agar biarlah orang2 yang lebih baik ilmu nya menilai ustaz? Fitnah kah?
Jangan bising dengan aku pasal video edit. Bercakap pasal tue, korang lebih mahir. Siapa yang edit ucapan2 sedikit dan pendek pro bn? Semata2 nak focus kepada hal yang penting je? Siapa? Time tue boleh pula korang percaya?
Aku bukan begitu bangang nak mencari pasal dengan orang berilmu. Aku bukan begitu bahlol nak menilai dia sebagai itu dan neh.
Ada aku cakap ustaz murtad? ==> takde.
Ada aku cakap ustaz sesat? ==> takde.
Ada aku cakap pasal akidah ustaz? ==> takde.
Tapi sapa marah aku sesat, murtad, fitnah dan semua gelaran2 yang biasa umat islam yang tipikal buat? ==> korang. [merujuk kepada penulis komen di fb dan twitter]
Apa salah aku, bila aku bangkitkan benda yang meragukan? Pemimpin umat? Apa maksudnya? Membebaskan Al-aqsa? Di mana terletaknya Al-aqsa neh? Siapa sebenarnya yang dimaksudkan? Ujian2 hebat? Dipersiapkan? Apa itu? Ustaz malahan mengatakan hubungan dsai dan syeikh yusoff bagai adik beradik selepas itu [tiada dalam video suntingan].
Dan yang paling aku rasa kelakar, bila dia mengatakan dsai ialah penasihat kepada negara2 arab yang kaya raya? Yeka..? Bila masa? Aku siyes tak tahu pasal neh.
Ko dan bontot kuali adalah sama dari segi warna.
Weh.. ko tahu dia cakap aku hitam legam.
Bila masa? Aku cakap ko dan bontot kuali lebih kurang serupa.
Nah.
Seseorang tidak perlu direct cakap bahawa seseorang itu hitam legam. Hanya perlu guna bahasa kiasan seperti bontot kuali. Sama macam gemuk. Guna sahaja istilah gajah, badak dan sebagainya untuk menyakitkan ahti orang lain. Simple.
Maka, walaupun ustaz tidak menyebut secara langsung tentang hal neh, tapi itulah mesej yang aku tafsir. Memandangkan ustaz dah nafi, aku sudi terima penjelasan. Tapi aku mohon lainkali agar percakapan2 seperti neh jangan di ulangi lagi.
Kenapa? Mudah. Ia mengelirukan. Benda2 begini, bukanlah awak arif sangat tapi tolonglah ia benar2 mengelirukan. Aku pun faham keseksaan dsai difitnah. Tapi memahami ialah hal yang lain. Menaksub pula ialah hal yang lain. Ustaz memang bebas memandang dan menganggap dsai sebagai apa pun. Ini hak mutlak dia. Aku sokong 100%. Tapi jangan dibawa ke pentas ceramah. Tolonglah.
Bagi aku matlamat betul, niat betul mesti disusuli dengan kaedah dan cara yang betul. Maksudnya disini mudah. Perjuangan menentang bn mestilah menggunakan cara yang paling betul mengikuti situasi dan keadaan ketika itu.
Tak kira apa pun dan macam mana pun andai ada pandangan yang lebih betul ketika aku melawan bn, suka atau tidak aku kena akur dan redha. Tak kira apa pun dan macam mana pun andai ada pemimpin pr yang terkhilaf dan rasuah aku mesti kena bongkar dan bersikap adil. Ini aim aku. Ini yang aku mahu buat.
Tapi sayang, puak2 yang tidak rasional neh tidak nampak benda yang sebegini simple. Puak2 neh ada di mana2 sahaja tak kira parti apa. Bila dia maki ok, time ko maki, dia keluar hadis. Bila dia rasuah okey, time ko rasuah dia keluar fatwa. Bila dia hukum mahasiswa okey, time ko hukum mahasiswa ia kejam. Semua neh hujah2 yang tidak rasional.
Politik di malaysia arusnya ialah bersikap tidak rasional. Dan aku memilih untuk melawan arus dengan menjadi rasional.
Kenapa?
Hujah rasional = di balas hujah rasional pihak lawan = menghasilkan keputusan rasional untuk rakyat.
Tapi apa yang berlaku di malaysia ialah ;
A, B dan C saling bersikap tidak rasional. Masing2 cari salah masing2. Gadoh2. Penat2. Dah PRU balik. Lepas tue ulang balik babak sama. Begitulah dari tahun ke tahun. Apa yang rakyat macam aku dan ko dapat? Apa pun takde melainkan penat sebab bergadoh.
Orang2 yang tidak rasional neh boleh sahaja korang jumpa di dalam pelbagai blogs aku.
Wahh bestnya ameno bongkar lagi <-- time balon bn.
Babi ko ameno, sial dah kena beli dengan umno, fack!!! <-- time balon pr.
Terer ko ameno.. jom ramai2 sebarkan doc neh <-- time dedah doc penyelewengan bn.
Check dulu.. ini bukti tipu rasanya. <-- time dedah doc penyelewengan pr.
Sial shahrizat makan harta rakyat..celaka!!! <-- time shahrizat balon projek kerajaan.
Benda neh seme fitnah.. jgn percaya ameno, bn dah beli dia. <-- time nga kor ming balon projek kerajaan.
Najib sesattt.. najib dah murtad.. dia hina hudud <-- time najib perlekehkan hudud.
Ameno fackk, fitnah, murtad dan sial. <-- time tanya ustaz badrolamin, betul kah dsai = imam mahdi?
Rosmah gemuk, badak, gajah, zambry metalik <-- time pr hina rupa bentuk pemimpin bn.
BN racist dan kurang ajar... dok perlekeh rupa orang cina yang bermata sepet di sekolah. Cikgu bodohh <-- time bn hina rupa bentuk orang lain.
CSL SIAL. Dia hina hudud lagi <-- time csl hina perundangan islam.
Karpal lepak lah..kita kasi tarbiah maaa.. lagi pun dia lawyer.. so dia hurai dari kefahaman perundangan [walhal csl pun hurai dari sudut yang sama] <-- time karpal hina perundangan islam.
CSL main pompuan.. pemimpin lucah woitt <-- time skandal seks csl di ungkit jadi modal.
Elizabeth wong dianiyaa.. gambar dia dirakam dalam keadaan curi. [CSL dirakam dalam keadaan dia sedar kah?] <-- time skandal seks elizabeth kecoh.
Jadi jangan bising bila ada orang2 muda dan orang2 tertentu benci politik. Ia hasil dari mentaliti orang2 yang bersikap tidak rasional. Orang2 tidak rasional neh ada cop mohor yang boleh mengkafirkan, menyesatkan dan menentusahkan akidah seseorang. Ia ada di mana2. Tak kira apa pandangan politik malaysia. Bai.
Ameno : Apa pun tak boleh.