Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 2 Januari 2011

Recap 10 terhangat : Kes kematian kontroversi 2010

2010 telah berlepas dan melakar pelbagai kisah suka dan duka bagi sesetengah individu. Berikut adalah 10 kematian terhangat yang mencetuskan rasa ingin tahu masyarakat umum sehingga mendapat liputan meluas pelbagai jenis media tanah air dan media antarabangsa.

10. Kematian Sarina Jaafar.

Sarina jaafar yang juga pengasas product kecantikan aveer ditemui mati di kediaman nya ketika kes pembunuhan kejam sosilawati dan tiga yang lain menjadi bualan masyarakat malaysia.

Kematian sarina jaafar diklasifasikan sebagai kes bunuh diri akibat tekanan dalam masalah perniagaan. Kisah ini disahkan oleh PDRM dan keluarga arwah, tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kematian kejam sosilawati dan tiga yang lain.

9. Pembunuhan kejam ustazah dan anaknya.

Mangsa yang dikenali sebagai Norliza Ishak seorang ustazah dibunuh dengan kejam oleh jiran sendiri. Selepas membunuh ustazah, penjenayah bertindak lebih kejam dengan membunuh anak mangsa iaitu Amirul Aiman Mohd Yusof bagi menutup perbuatan tersebut. Bacaan lanjut disini

8. Kes rogol dan bunuh seorang remaja perempuan.

Kisah ini turut mendapat perhatian umum apabila seorang remaja perempuan Ilya Nabilah Rosanita yang berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan diikat pada sebatang pokok, berbogel dengan kesan tikaman di dada, dirogol dan dibunuh bagi menutup jenayah rogol terbabit. Lagi lanjut disini

7. Penderaan kejam kanak-kanak berusia 18 bulan.

Kanak-kanak berusia 18 bulan, K.Haressvarran didera dengan teruk sampai mati. Diberitakan 6 tulang mangsa patah teruk. Baca sini


6. Tragedi pembunuhan keluarga Imam.

Imam sekeluarga yang mati dibunuh juga turut mengemparkan rakyat malaysia. Bacaan lanjut disini

5. Kes kematian kejam Syafia Humairah.



Syafia humairah seorang kanak2 yang berusia tiga tahun dibunuh dihadapan orang ramai di tengah2 padang bola sepak pada feb 2010 yang lepas. Ketika kejadian, bapa tiri yang membunuh kanak2 terbabit marahkan syafia yang tidak pulang ke rumah meskipun telah dekat waktu senja bertindak memukul mangsa tidak henti2 termasuk memijak2 kepala mangsa. Kesan perbuatan tersebut menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. Ketika kejadian tersebut berlaku, beberapa remaja memerhatikan perkara tersebut tetapi tidak berani masuk campur kerana bimbang dipukul.

Akhirnya mangsa mati setelah didera bertahun2 lama nya. Baca lanjut disini

4. Kemalangan ngeri 10/10/10



Kematian ngeri beberapa penumpang akibat nahas kemalangan jalanraya yang melibatkan bas-bas-kereta-van pada 10/10/2010 dicatatkan sebagai antara nahas kemalangan jalanraya yang terburuk dalam 10 tahun kebelakangan ini.

Kemalangan berpunca kerana pemandu bas terbabit gagal memotong kenderaan dihadapan nya lalu memaksanya utk mengelak sebelum terlanggar pembahagi jalan, pokok, sebuah bas, sebuah kereta dan sebuah van sebelum terbalik dan terpisah tempat duduk dan bumbung bas. Baca lanjut disini

3. Kematian misteri bekas Adun BN.

Bekas adun BN iaitu Abdul Aziz Mohd Nor dan Siti Rohana 43 ditemui mati ditembak di kepala dalam kereta yang mereka naiki. Terdapat beberapa spekulasi tersebar di antara ialah bekas adun terbabit membunuh diri dan kemudian nya membunuh pembantu peribadi, atau sebaliknya, dan ada yang mengatakan bahawa kedua2 mereka ditembak mati oleh individu ketiga. Kisah ini tidak diketahui samada sedang disiasat oleh PDRM ataupun sudah ditutup.

Bacaan lanjut disini

2. Kematian tragis Aminul rashid.



Aminul rashid yang ditembak sampai mati dan dilabelkan sebagai perompak oleh PDRM melalui suratkhabar UTUSAN MALAYSIA juga turut meraih perhatian luar biasa rakyat malaysia. PDRM yang dituntut untuk minta maaf kepada arwah keluarga aminul rashid kerana memfitnah arwah sebagai seorang perompak masih enggan dan berdegil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. Kesan daripada berita negatif/fitnah yang dibuat terhadap arwah membuatkan arwah dicaci, dikutuk, dihina, dimaki, dituduh, dan dilabelkan pelbagai gelaran yang tidak baik dan ini melukakan keluarga arwah yang menghadapi detik2 sukar akibat kehilangan anak bongsu yang tersayang pada ketika itu.

PDRM juga turut dikecam oleh masyarakat akibat perbuatan mereka yang menembak mangsa [aminul rashid] membuta tuli ketika kejadian tersebut. Pelbagai group fb yang ditubuhkan oleh pembela aminul rashid [siapa mereka, kita sama kita tahu] juga dipantau secara khusus oleh PDRM kerana terdapat banyak luahan tidak puas ahti rakyat terhadap sikap PDRM selama ini.
Ketika ini kes mahkamah masih berjalan. Baca lanjut disini.

1. Pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga rakan nya yang lain.


Kes kematian kejam Sosilawati dan tiga yang lain menutup tirai 2010 antara salah satu kes pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah kes2 pembunuhan di malaysia. Sosilawati dan tiga yang lain, diculik, dikurung, diugut, dipukul, ditikam sampai mati dan mayat2 kesemua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti DNA di sekitar tempat kejadian.

Kes ini mendapat liputan meluas dalam dan luar negara. Beberapa segmen khas ditubuhkan oleh beberapa unit berita bagi cover kisah pembunuhan kejam ini kerana kes pembunuhan ini meraih perhatian luar biasa seluruh rakyat malaysia. Kisah kejam ini berlaku ketika umat islam sedang berpuasa dan kisah ini juga mencetuskan beberapa insiden perkauman bagi mereka yang ektremis. Kes mahkamah masih berjalan. Terdapat beberapa pesalah telah dikenakan hukuman namun mengundang rasa tidak puas ahti masyarakat umum kerana hukuman disifatkan terlalu ringan. Lanjut di sini , sini dan sini



Kisah ini disenaraikan mengikut ranking carian google.

Share this

3 Responses to " Recap 10 terhangat : Kes kematian kontroversi 2010 "

  1. paling "TERbaekk is no 2"
    sila lah jawab di padang mahsyar nanti yer.......

    BalasPadam
  2. paling "TERbaekk is no 2"
    sila lah jawab di padang mahsyar nanti yer.......

    BalasPadam
  3. ya,betol 2.yang salah tetap terima hukumannya.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...