Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 17 Disember 2017

Selepas Nafi Sokong 'Kos' IMAMS, Netizens Dedahkan Kenyataan Nazri Aziz Di Parlimen - Kantoi!.

Kantoi. Perkataan yang paling tepat untuk situasi Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz ketika ini. Ini merujuk kepada kenyataan Menteri itu yang dilaporkan menafikan menyokong pelaksanaan IMAMS yang dibatalkan sehari selepas ianya dilaksanakan.


Menurut Nazri, beliau membuat pengumuman pembatalan IMAMS atas dua sebab iaitu;

- TIDAK SETUJU DENGAN CAJ
- IA DIUMUMKAN SEBAGAI WAJIB

Nazri juga mengesahkan pembatalan IMAMS tiada kaitan dengan pegawai yang bukan Islam yang berada dalam pentadbiran syarikat berkenaan.



Terdahulu, Nazri juga mengesahkan perkara tersebut pernah dibawa ke perbincangan peringkat kabinet lantas ia menimbulkan kekeliruan di kalangan netizens apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menyatakan beliau tidak bersetuju dengan IMAMS.  

"Saya tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan VISA UMRAH. Pengumuman ia dibatalkan sangat tepat," kata Perdana Menteri itu di Twitter malam semalam.

Tinjauan mendapati rata-rata netizens berasa hairan dengan kenyataan itu.

"Tak setuju bantah kat kabinet la. Sebelum dilaksanakan. Dah dilaksanakan kata tak setuju dan batal, tak pelik ke?," kata salah seorang netizen yang dikenali sebagai Asyraf yang memberikan respon mengenainya di Facebook.

"Tak setuju takpe. Tapi masa mesyuarat. Bila dah diumumkan tu maknanya setuju. Ke aku ni bodoh sangat tak faham SOP kerajaan," ulas Muhammad Imam pula.

Sementara itu Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula dikritik teruk oleh netizens selepas mengeluarkan kenyataan 'TIDAK TAHU' syarikat yang mengendalikan IMAMS dimiliki oleh Bukan Islam.

Ini kerana sebagai seorang menteri beliau perlu mengetahui semua perkara berkaitan syarikat dan pihak yang diberikan hak untuk mengendalikan sistem sebelum meluluskan sesuatu projek/tender. Dalam erti kata lain beliau perlu menyemak kesemua butiran terperinci sebelum meluluskan dan mengumumkan sesuatu.

Alasan tidak tahu itu dianggap netizens samada Timbalan Menteri itu bersikap cuai ataupun mudah ditipu.

Tidak berhenti disitu, netizens kemudiannya 'mencungkil' kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz di Hansard Parlimen dan ini apa yang mereka temui.



Tidak bersetuju dengan kos? Maaf, menteri sendiri umumkan tentang kosnya ialah sebanyak RM90.10 malahan memetik GST RM5.10 di Parlimen ketika ia di peringkat perbahasan.

Tidak hanya itu menteri juga mengesahkan yang mungkin peniaga akan memindahkan kos berkenaan ke atas pengguna tetapi sebaliknya pengendalilah yang harus membayarnya.

Dari apa yang kami fahamkan menerusi penerangan menteri di Parlimen ialah sistem IMAMS ini sepatutnya dikenakan terhadap syarikat yang mengendalikan pakej UMRAH namun selepas ianya sampai ke peringkat pelaksanaan, secara tiba-tibanya pengguna akhir pula yang harus menyerap kos tambahan, bukankah begitu?

Mungkin ini apa yang Nazri Aziz maksudkan bahawanya 'ia tak seperti yang dia bincangkan di kabinet dan di Parlimen'.

Apa pun bohong la kalau menteri tidak mengetahui kosnya sebanyak rm90.10 sedangkan itu yang dibahaskan dulu dan bohong juga la kalau menteri fikir peniaga boleh dikawal dan dilarang dari mengalihkan kos ke atas pengguna. 

Tambahan pula yang mendapat manfaat insurans adalah pengguna sudah tentu secara logiknya pengguna yang perlu membayar. Ini fikiran peniaga.

Tambahan lagi, pengguna yang mahu waspada yang mereka tidak diperdayakan oleh agen pelancongan yang menipu, sudah tentu lah pengguna yang perlu membayar sistem tersebut. Ini fikiran peniaga.

Dan GST adalah cukai boleh alih. Lagi la mustahil peniaga hendak menyerap kos tambahan sebanyak rm5.10 per individu. Nampak kan?

KANTOI. Kerana itu kami katakan ia perkataan tepat untuk anda, Nazri Aziz. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...