Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Disember 2017

"Rawang ByPass Bukan Produk Najib, Bodoh Punya Tun Faisal," - Pimpinan PPBM Bidas JASA.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Malaysia ataupun PPBM, Dr. Rais Hussin membidas dan menolak propaganda keterlaluan yang dimainkan oleh Tun Faisal mengenai pembukaan lebuhraya baru, Rawang Bypass pada semalam.


Tun Faisal sebelum ini giat mempromosikan pembukaan Rawang Bypass dan menyifatkan ia sebagai salah satu pencapaian yang berjaya dilakukan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Rawang Bypass - unik dan berbeza, mesra alam sekitar (tanpa perlu bersihkan hutan & tarah bukit seperti di P.Pinang), mesra rakyat (tanpa tol, manfaat 30,000 pengguna), mesra bajet (RM69.8 j/km vs lebuhraya Pakatan RM385 j/km). Satu lagi produk @NajibRazak #Negaraku," kata Tun Faisal di Twitter.


Bagaimanapun kenyataan itu dibidas dan ditempelak oleh Dr. Rais Hussin yang menafikan pembinaan Rawang Bypass adalah produk Najib.

Menurut Dr. Rais Hussin Rawang Bypass memulakan pembinaannya pada 16 Julai tahun 2005. Iaitu 4 tahun sebelum Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

"Rawang Bypass muka di bina pada Julai 16, 2005. @NajibRazak menjadi PM pada tarikh malang April 3, 2009. Macamana pula ini menjadi produk Najib?," soalnya.

Tun Faisal turut ditempelak sebagai bodoh dan penipu oleh Dr. Rais Hussin.

"Tipu betul si bodoh @tunfaisal ! Mungkin KLCC pun produk Najib 😂," katanya lagi.

Terdahulu, Rawang Bypass memulakan operasi pertamanya pada 29 November 2017 tepat jam 6 pagi. Lebuhraya itu mencatatkan sejarah sebagai lebuhraya tertinggi di Malaysia dan unik kerana mengekalkan hutan-hutan di sekelilingnya.

Lebuhraya yang tingginya 58.2m itu menelan belanja sebanyak 682 juta untuk membinanya selama 12 tahun. Ia turut dilaporkan menyingkatkan masa perjalanan selama 30 minit sahaja di antara Rawang ke Kuala Lumpur. Lebuhraya ini turut mendapat pujian ramai kerana tidak mengenakan sebarang kutipan tol untuk melaluinya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...