Channel Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia PRU14

Rabu, 18 Oktober 2017

Dakwaan Skandal Kecurangan KP SPRM - Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini.

Minggu ini isu paling hangat diperkatakan ialah tularnya satu video yang dipercayai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Shazreen. Shazreen adalah isteri orang semasa rakaman tersebut diambil mengikut keterangan yang terpapar dalam video berkenaan.



Dan berikut adalah apa yang kita tahu setakat hari ini  (18 Oktober 2017) ;

1. Pada awalnya Sin Chew Daily menyiarkan satu laporan polis yang dibuat pada 12 Oktober 2017. Laporan polis itu dibuat oleh seorang ahli perniagaan. Laporan itu menyebut ahli perniagaan itu mahu siasatan dijalankan terhadap tularnya satu rakaman video yang membabitkan individu berpengaruh di SPRM yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang sehingga terjadinya perceraian (isteri orang). URL yang menyiarkan rakaman itu juga disertakan dalam laporan polis tersebut untuk tujuan rujukan dan siasatan rapi.

2. Beberapa media arus perdana kemudiannya melaporkan isu berkenaan secara berleluasa dan besar-besaran namun tidak menamakan individu yang terpalit dengan skandal hubungan sulit dalam laporan mereka. 

3. Pada 12 Oktober The Malaysian Insight melaporkan, pasangan yang didakwa bercerai kerana si isteri menjalinkan hubungan sulit dengan pegawai kanan SPRM menafikan tuduhan tersebut menerusi laman facebook mereka. Penafian itu ditulis pada 10 Oktober yang lepas. Bagaimanapun portal itu tidak berkongsikan paparan screenshot penafian tersebut di laman mereka.

4. Pasangan itu mendakwa mereka bercerai atas alasan hal dalaman keluarga dan ianya tiada kaitan dengan dakwaan kecurangan seperti yang tular di laman sosial. Pasangan tersebut disahkan bercerai pada 28 September yang lalu di mahkamah rendah syariah Ulu Kelang.

"Kami memohon kepada semua pihak untuk menghormati keputusan yang kami buat kerana perkara ini adalah sesuatu yang bersifat terlalu peribadi. Kami dengan rendah diri memohon kepada semua pihak untuk menghormati kehidupan peribadi kami, khususnya anak-anak serta seluruh ahli keluarga kami. 

"Kami amat kesal dengan tindakan pihak tertentu yang tidak berperikemanusiaan yang telah sanggup mendedahkan identiti anak-anak kami melalui video tersebut. “Don't drag our children to this dirty games of yours,” kata pasangan tersebut, memetik laporan portal The Malaysian Insight.

3. Selepas beberapa hari, laporan polis pula tersebar di aplikasi WhatsApp dan tersebar dari satu group ke satu group lainnya. 


4. Dalam pada masyarakat masih berteka-teki sesama mereka (bagi yang terlepas pandang laporan polis yang viral di WhatsApp) siapakah pemimpin kanan SPRM yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang, Malay Mail (fizikal) menjadi media pertama yang menamakan individu tersebut.

Malahan media itu turut menyiarkan beberapa petikan gambar yang diambilnya dari rakaman video yang mendakwa hubungan sulit di antara KP SPRM dengan isteri orang.




5. Dan JASA pada semalam (17 Oktober) melalui kenyataan 
oleh ketuanya, Datuk Mohd Puad Zarkashi  beranggapan apa yang tersebar merupakan satu fitnah yang cuba menakutkan SPRM agar takut bertindak meneruskan siasatan.

"Saya mengecam pihak tidak bertanggungjawab, yang cuba memfitnah Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan cerita sensasi yang keterlaluan. 

"Semua itu bertujuan untuk mengugut Zulkifli Ahmad dan SPRM daripada bertindak tegas dalam memerangi rasuah, apatah lagi apabila ia membabitkan tokoh ternama dan politik tertentu. 

"Saya berharap beliau dan SPRM tidak akan berkompromi dengan taktik ugut dan fitnah berkenaan," katanya, memetik laporan BH Online

7. Sejurus selepas dinamakan, KP SPRM itu kemudiannya ditanyakan soalan mengenai skandal berkenaan oleh pihak media.

"Ini saya nak tegaskan, saya dan rakan-rakan saya di SPRM keseluruhannya pada hari ini akan melaksanakan tugas kami dengan sebaik mungkin. 

"Tindakan-tindakan kami tidak akan terjejas dengan serangan-serangan yang kotor dan jijik seperti ini," katanya kepada TV3.

8. Di laman sosial, ada pihak yang berspekulasi mengaitkan insiden serangan peribadi tersebut dengan isu penubuhan JITN.

9. Ini kerana dua minggu sebelum tersebarnya rakaman video hubungan sulit itu, boss SPRM telah menempelak penubuhan JITN atas alasan;

- Pembaziran kerana kerajaan tidak mempunyai bajet malahan kerajaan bertindak memotong bajet kesemua agensi

- Pertindihan tugas dengan SPRM dan beberapa agensi berkaitan seperti Suhakam.

- Akan mengawal bagaimana SPRM perlu menyiasat kerana SPRM perlu melapor kepada JITN

10. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mendakwa SPRM tiada bajet untuk menambahkan aset malahan menghadapi masalah dengan kekurangan kakitangan dan peralatan. 

"Ini kita tiada aset, bajet untuk aset zero, untuk peningkatan aset zero, bukan dengan usul dengan menubuhkan jabatan baru. 

Sedangkan kita anggota tak cukup, peralatan tak cukup, jadi kenapa pula nak tubuh jabatan baru, ada pula duit," katanya.

Kenyataan yang dibuat oleh KP SPRM itu ditujukan kepada Paul Low, menteri yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri yang merupakan individu yang bertanggungjawab disebalik penubuhan JITN.

11. Hasil semakan mendapati url asal tersebarnya rakaman berkenaan telah tiada di Youtube. Namun rakaman tersebut dimuatnaik semula oleh Viral Malaya Kita pada 13 Oktober 2017.

12. Dengan menggunakan tajuk yang berbaur tidak sopan, setakat ini video berkenaan telah ditonton lebih dari 84,000 kali di Youtube. 

13. Video tersebut berdurasi selama 3.08 minit memaparkan beberapa gambar termasuklah passport yang dipercayai milik individu-indivudi yang didakwa menjalinkan hubungan sulit telah berkunjung ke Bali, Indonesia pada Julai lepas.




14. Selain dari dua individu tersebut, dua individu lain turut dinamakan dalam video tersebut.


15. Blogger pro Mahathir, Shahbudin Husin pula mengulas isu tersebut dengan mendesak agar KP SPRM membuat satu kenyataan yang jelas bagi menafikan beliau adalah seperti yang didakwa oleh beberapa pihak. 

"Daripada satu segi, mendedahkan keaiban orang lain memanglah suatu perbuatan yang tidak baik, tetapi mempunyai hubungan terlarang dengan wanita lain, apa lagi jika benar sudah bersuami dan dalam wibawa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang disanjung tinggi oleh masyarakat sehingga diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat mengenai rasuah, tentulah juga suatu tingkah laku yang kotor dan jijik. 

Oleh yang demikian, tampilnya Dzulkifli hanya dengan mengatakan serangan terhadapnya itu sebagai taktik kotor dan jijik belum lagi memadai sehinggalah beliau berterus-terang mengenai hubungannya dengan wanita berkenaan. 

Kalau "ya", katalah "ya" dan kalau "tidak", katalah "tidak" berserta dengan hujah dan bukti-buktinya sekali," katanya yang menulis di blog. 

16. Meskipun seolahnya menafikan terbabit dalam skandal kecurangan tersebut, KP SPRM masih lagi belum membuat kenyataan tegas dengan mengatakan SAYA BUKAN ORANG DALAM VIDEO TERSEBUT, VIDEO TERSEBUT PALSU, EDIT ATAU TELAH DISUNTING, IA ADALAH TIPU DAN FITNAH ataupun ITU CERITA YANG TIDAK BETUL setakat ini.

17. Turut dimaklumkan pihak polis sedang menyiasat penyebaran video tersebut. Dalam satu kenyataan yang tersiar di Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengenal pasti individu yang terbabit dalam penyebaran video berkenaan. 

"Kalau perlu buat tangkapan, kita akan buat. Namun, setakat ini masih tiada sebarang tangkapan lagi. 

"Bukan mudah kita hendak mengesan individu terbabit dan kita sedang berusaha ke arah perkara itu," katanya  

18. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki dilaporkan enggan mengulas dakwaan itu apabila ditanya sama ada mereka akan menyiasatnya atau tidak lapor Malaysiakini.

Rujukan;

http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-sedang-siasat-video-pegawai-kanan-sprm-1.744305

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/18296/

https://www.malaysiakini.com/news/398097

https://www.youtube.com/watch?v=TfqWsd9iU7Q

https://youtube.be/ogkqRRDzBDQ

https://www.malaysiakini.com/news/398664

https://www.malaysiakini.com/news/398325

http://shahbudindotcom.blogspot.my/2017/10/siapa-punya-angkara-taktik-kotor-jijik.html

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...