Jumaat, 19 Mei 2017

Insiden David VS Mat Over : Lakonan Atau Real? Satu Ulasan.

Selepas netizens bertekak sesama sendiri dalam isu Mat Over menyerang David,  mereka bertekak pula dengan para penyokong politik apabila sesetengahnya mendakwa kekecohan pada malam itu adalah dirancang bagi menutup berita kenaikan harga minyak. 

Apakah benar insiden pada malam itu dirancang dan merupakan satu lakonan semata-mata? Adakah benar berita kenaikan minyak mahu ditutup oleh kerajaan dengan lakonan tersebut? 

Antara yang mengkritik: 



Blogger terkenal pro kerajaan juga meluahkan pandangan serupa:




Tidak mustahil ianya lakonan kata blogger UMNO

Sebelum terlelap lewat pagi tadi aku terfikir.....

Dalam sambutan Hari Ulangtahun Umno Ke-71 di Stadium Bukit Jalil baru baru ini...beberapa kali RTM dan TV3 menayangkan wajah Mat Over secara langsung dikaca tv...

Bukan sekali tapi beberapa kali...

Malam tadi berlaku insiden David Teoh ditampar Mat Over sebab kurang ajar dalam majlis Perdana Menteri dan sekejapan media sosial tular dengan pendapat pros and cons masing masing...

Mengambilkira majoriti hadhirin semalam adalah Penggiat Seni yang terdiri dari Pengeluar,Pengarah,Pelakon,Pelagak Ngeri dan Pekerja Industri ini...

Tidak mustahil....

Apa yang kita lihat semalam hanyalah SATU LAKONAN yang telah "dirancang awal" oleh pihak tertentu....

AKU KATA TIDAK MUSTAHIL....

Sebab "Seni Lakon" dan "Seni Politik" memang berjalan seiiring dan bila disatukan dalam satu program ianya tidak mustahil boleh mencetuskan satu MAKE BELIEVE....untuk apa tujuan sekali pun..

Sekadar terfikir sebelum tidur...

NOTA PENAMPOR : Meneliti semula 3 video yang aku kongsikan disini malam tadi berulang ulang macam ada yang tidak kena dengan jalan ceritanya terutama "kejayaan" Mat Over sampai beberapa kaki saja dari PM dan menampor David..

Perbualan perbualan yang kita dengar dikalangan "security details" juga agak meragukan sedangkan jarak antara Mat Over dan PM agak jauh dan dia mulakan langkah dengan menjerit jerit memberi amaran awal..

Last but not least...

Macam intro awal aku diatas...apakah kebetulan stesen TV menayangkan wajah Mat Over beberapa kali sewaktu siaran langsung 11Mei lalu di Bukit Jalil..?

Bukan lakonan, insiden itu real! 

Berbeza pandangan dengan sesetengah netizens, penulis menyimpulkan insiden pada malam itu benar-benar real, ia benar-benar terjadi kerana Mat Over benar-benar bengang dan David benar-benar tersinggung dengan gaya moderator Rosyam yang berat sebelah. 

Ini boleh diperhatikan dari gaya dan mimik muka Najib sendiri yang terpinga-pinga dan blur dalam pergaduhan tersebut. Beliau yang berada di tengah-tengah kemelut itu juga nampak macam tertarik dengan pertelingkahan tersebut. Mungkin kerana jarang melihat orang bergaduh secara live di depan mata. Selalunya orang akan tunduk dan hormat padanya. Namun Najib siap tersenyum lagi. Mungkin dia fikir ohhh macam neh rupanya bergaduh ye. Hehehe. Almaklumlah bangsawan. Takde pengalaman. Bergaduh politik pun atas pentas sendiri. Semua puji. Hehe. 

Netizens tidak lagi sensitif tentang perubahan harga minyak

Ia bukan lagi cerita utama yang boleh membuatkan netizens berang seperti 2,3 tahun terdahulu. 

Ini kerana rakyat telah dibiasakan dengan keadaan harga minyak akan berubah pada setiap awal bulan pada awalnya dan kini pada setiap minggu. Untuk marah sekali pada setiap awal bulan pun ramai yang dah surrendder,  ini kan pula nak marah pada tiap minggu? Jangan harap la! 

Sesetengahnya,  memang peka pada perubahan harga minyak kerana sebagai pemain politik tetapi bagi kebanyakan rakyat, minyak naik ataupun minyak turun mereka hanya baca berita dan respon accordingly dan setakat itu sahaja. Selepas beberapa minit mereka baca berita lain dan meninggalkan rasa bengang kenaikan harga minyak kat tempat lain.

Mat Over memang over! 

Mat Over pun bukannya berlakon. Bukan perkara baru beliau adalah penyokong parti tertentu. Rasanya semua dah tahu tentang pendirian politik Mat Over. Tindakan menyerang David membayangkan Mat Over sebagai pengundi saluran 1 yang totok dan taksub membuta tuli. Bayangkan, 

1. David pertikaikan gaya moderator Rosyam.

2. Mat Over sentap kerana anggap David kurang ajar pada Najib 

3. Najib sendiri tersenyum-senyum atas pentas. Jangan kata marah, dia nampak macam berminat nak dengar lagi ada. Ini kerana David teruja nak bercakap dengan Najib. Malahan David membayangkan ramai orang pada malam itu mahu bercakap dengan Najib. Tetapi Rosyam nafikan hak itu dengan bersikap bias. Berebut-rebut artis dan penggiat seni nak bersoal-jawab dengan Najib. Najib rasa happening. Rupanya ramai nak tanya dia. Bestla dia. Apa pula dia akan fikir David biadap?  Sudah tentu tidak. Sebab tu nimik wajah Najib tersenyum dan cool. Bukannya rasa tersinggung. Steady je. Mat Over yang over tak tentu pasal mengesyaki yang buruk-buruk sebab hatinya kotor agaknya.  

4. Rosyam Nor seperti Mat Over juga. Semacam ada dendam peribadi, dia sibuk jadi batu api. Tetapi Najib sendiri yang pada awalnya terpinga-pinga tetap steady dan tersenyum. Tak nampak langsung macam sedang bengang kononnya ada orang biadap padanya. Ini kerana dari awal lagi Najib tak pernah fikir David sebegitu. 

Sekuriti Najib lemah

Disebalik pertelingkahan netizens yang mempertikaikan insiden itu real atau lakonan, ada yang mempersoalkan tahap kawalan keselamatan ke atas Najib yang dianggap lemah. 

Bayangkan Mat Over boleh meluru keluar menampar David dengan Rosyam Nor dilihat orang pertama yang melindungi Najib.  Apakah pengawai keselamatan Najib tidak tahu SOP untuk melindungi Najib? 

Menurut hemat penulis, lack of experience mungkin faktor utama yang menyebabkan pegawai-pegawai keselamatan Najib tidak peka. 

Ini kerana belum terjadinya insiden seorang Perdana Menteri diserang oleh rakyatnya melainkan Mahathir. Tambahan pula majoriti rakyat tidak ektremis. Rakyat juga kurang suka kepada keganasan. Apatah lagi rata-rata yang hadir boleh dicop sebagai penyokong Najib. Sudah tentu sangkaan baik wujud dalam hati bahawanya tidak mungkinlah insiden jejaskan keselamatan Najib akan berlaku di dalam dewan itu.

David memaafkan dan aksi salam mungkin terpaksa.. 

Ramai yang menyangka tindakan David dan Mat Over yang berbaik-baik di akhir program merupakan aksi yang dibuat-buat. 

Ya penulis juga bersetuju dengan pandangan ini. Terutamanya sekali bagi pihak David. Beliau terpaksa pendamkan rasa marah kerana menghormati Perdana Menteri yang mahu mendamaikan beliau dengan Mat Over. 

Najib mungkin ingat mendamaikan kedua-dua pihak akan menghasilkan sesuatu impak ke atas dirinya. Terpulanglah. 

Tetapi sesiapa pun kalau jadi David memang akan rasa marah. Sudahla kita pertikaikan moderator dituduh biadap pada PM. Ditampar secara live depan orang pula tu. Kat internet komen racist mengutuk kita secara politik. Siap ada yang menghalalkan tindakan Mat Over sampai mencetuskan ketegangan kaum di laman sosial lagi. Padahal satu Malaysia tahu David bercakap kuat kerana mahu orang fahamkan apa maksud yang dia cuba sampaikan. Bukan kerana dia biadap. Dengan wartawan yang interview dia pun, dia memang cakap dengan nada yang sebegitu. Tidak pelikla.  Yang pelik bila ada yang membayangkan David biadap terhadap PM padahal bukti terang lagi bersuluh yang David persoalkan Rosyam bukannya Najib. 

Kesimpulan

Aksi pada malam itu bukan lakonan tetapi real. Benar-benar terjadinya sebegitu kerana Mat Over yang over. 



Satu perkara yang menarik walaupun netizens tidak memperkatakan tentang kandungan majlis TN50 tetapi ia berjaya mempromosikan peranan Najib sebagai PM. Beliau digambarkan sebagai seorang pemimpin yang turun ke bawah dan mengadakan sesi dialog dengan rakyat jelata. Ada yang mencadangkan agar Najib menganjurkan program TN50 - Bincang Harga Rumah. Cadangan-cadangan seperti ini membuktikan sesetengah rakyat ada impian mahu menyuarakan masalah yang dihadapi oleh mereka direct kepada Najib.  Ia satu kempen politik yang baik untuk pulihkan imej Najib. Nampaknya pembangkang perlu peka kepada langkah BN agar tidak ketinggalan di belakang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...