Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Disember 2020

Grand Coalition Kini Di Fasa Dua. - Part 2.

Nurul Asyikin | Kita dah tahu babak-babak yang mendorong ke arah mewujudkan Grand Coalition.

Baca sini.

Tapi kita perlu tahu. Ia belum dimuktamadkan. GC kini memasuki fasa dua. Fasa dua ialah fasa mengolah persetujuan. 

Persetujuan siapa yang GC ingin dapatkan?

GC ingin dapatkan persetujuan;

1. Pimpinan dan parti-parti gabungan.

2. Rakan sekutu rasmi dan tak rasmi.

3. Ahli dan penyokong.

1 dan 2 telah bermula lebih awal, dan 3 sedang bermula. Bagi PH, DAP dan Amanah telah bersetuju setelah Lim Guan Eng dan Muhammad Sabu mengeluarkan kenyataan bersama semalam (17 November 2020).

PKR tidak dilibatkan. PKR dianggap tidak bersetuju kerana perlu bersama Tun bukan sekadar rakan dalam satu gabungan, bahkan ketua yang baru dalam hierarki GC.

Macam mana DAP, AMANAH, PEJUANG dan WARISAN boleh membuatkan PKR bersetuju dengan penyatuan tersebut dan seterusnya berketuakan Tun Mahathir ataupun proxynya?

Dengan membuat perkara berikut;

- membentang idea GC dan membahasnya secara positif supaya public khususnya para penyokong nampak ianya indah dan bagus-bagus belaka.

- menyerang kredibliti PKR dan Anwar. Jika imej Anwar dan PKR lemah, maka PKR dan Anwar akan diasak luar dan dalam bahawa PKR wajib menyertai GC.

Tetapi apa yang mereka tidak ceritakan ialah, GC juga bertujuan mengangkat kembali Tun Mahathir sebagai calon PM9.

Eh, siapa cakap?

Mudah bacaannya. Jika GC kekal dengan kepimpinan yang sama, Warisan, MUDA dan PEJUANG hanya perlu memohon masuk Pakatan Harapan. 

Membina GC adalah alat untuk melupuskan Anwar dari hierarki kepimpinan atasan. Jika Anwar mengetuai GC ini juga bermakna Anwar calon PM9.

Anda fikir Tun Mahathir dan Shafie Apdal akan turun kempen PRU15 supaya sokong Anwar menjadi PM9? You are seriously crazy.

Kita sudah tentu akan fikir. Bagaimana GC boleh mendapatkan keyakinan rakyat jika kembali mengangkat Tun Mahathir sebagai PM9.

Ada ke orang nak undi GC? Of course la ada.

Ada ke orang percayakan GC? Of course la ada.

Tetapi adakah lebih ramai yang mengundi GC ataupun lebih ramai yang tidak mengundi?

Jika Tun Mahathir buka mulut membentang janji?

Bercakap mengenai korupsi?

Melayu?

Macam mana nak cuci penyakit PH dan Tun Mahathir dalam GC. Satu dua pembedahan tidak akan selesaikan masalah ini.

Dan seterusnya, dalam fasa kedua ini, fasa mengolah persetujuan, akan lebih banyak percakaran demi percakaran, perselisihan demi perselisihan berlaku.

Sebab tu dalam membentang idea GC, PH sepatutnya bersedia dengan Exit Plan yang stabil. Bukan itu sahaja, PH juga perlu memberikan peluang kepada semua cawangan parti untuk menyatakan pendapat.

Pada fasa ini, DAP, AMANAH dan PKR patut mengadakan mesyuarat bahagian, cawangan atau cabang masing-masing.

Usulnya, kamu bersetuju ke dengan GC?

Jika bersetuju kamu nak ke berketuakan Tun Mahathir atau proxynya (Shafie Apdal, Mukhriz) dan seterusnya mencalonkan salah satu dari tiga nama di atas sebagai Perdana Menteri ke 9.

Hasil dari keputusan itu, maka parti bertindaklah ikut keputusan majoriti. Jika sudah ditetapkan DAP dan Amanah mahu bersama Tun, dan PKR menolak Tun, maka ketika ini Exit Plan yang dirangka lebih awal patut dilaksanakan secara berperingkat. - 18 Disember 2020.

Grand Coalition, Apa Yang Diketahui Setakat Ini. Part 1.

NURUL ASYIKIN | Perkataan Grand Coalition ini pertama kali disebut oleh Annuar Musa, SU Barisan Nasional dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Facebook rasminya bertarikh 16 November 2020, dan seterusnya dilaporkan oleh beberapa portal media tempatan.

Rujuk sini.

Cadangan Annuar Musa pada masa itu ialah membawa semua parti yang tidak bersama Pakatan Harapan, termasuklah Pejuang dan Warisan untuk duduk bersama Perikatan Nasional dan menyertai pilihanraya umum ke 15 sebagai sebuah gabungan yang besar.

Ajakan penyatuan itu juga menjemput Makkal Sakti, PCM, Muda dan lain-lain parti kecil.

Bagaimanapun pada ketika itu ia tidak begitu mendapat sambutan umum kerana ada anggapan yang mengatakan bahawa itu adalah idea Tun Dr. Mahathir. Annuar Musa hanya menyampaikannya sahaja.

Cadangan Annuar Musa itu sebenarnya disokong oleh PAS dan ISMA.

Rujuk sini dan sini.

Dan ia berhenti disitu.

Entah bagaimana, pada 10 Disember, PEJUANG menerusi Timbalan Presiden Penaja, Marzuki Yahya berkata pembangkang memerlukan sebuah gabungan baru.

Ini kerana Anwar tidak meminta undi berbelah bahagi walaupun TSMY sudah hilang majoriti.

Gabungan baru itu tidak terhad kepada parti semata-mata malah ia menjemput mana-mana Ahli Parlimen yang tidak boleh menerima amalan korupsi.

Marzuki juga berkata, Malaysia perlu keluar dari kecelaruan politik selepas melihat Menteri Besar PPBM disingkirkan UMNO.

Rujuk sini.

Sebelum sampai ke 10 Disember iaitu cadangan pembentukan gabungan baru, naratif telah dibina seawal 1 Disember.

Pada 1 Disember, Warisan mencadangkan tukar Ketua Pembangkang.

Rujuk sini.

Pada 3 Disember dan 5 Disember, Amanah dan DAP menerusi wakil masing-masing telah bercakap kepada media bahawa pembangkang perlu bersatu.

Rujuk sini dan sini.

Pada 9 Disember, PEJUANG menyokong idea penyatuan barisan pembangkang. Rujuk sini.

Bermula 10 Disember, top leader memulakan serangan. Selepas Marzuki, Shafie menyambung pada 12 Disember. Rujuk sini.

Salahuddin menyokong idea penyatuan pembangkang pada 13 Disember, rujuk sini

Dan barulah Tun Mahathir memasuki gear mempertahankan dirinya pada 14 Disember, disini.

Tun Mahathir mengulangi kembali kenyataan dan penjelasan lamanya berhubung Langkah Sheraton adalah bertujuan untuk membina naratif baru dan membersihkan imejnya kembali.

Gambar : Lim Guan Eng Facebook

Dan Grand Coalition pun diumumkan pada 17 Disember 2020. Oleh pemimpin utama DAP dan Amanah.

Pada 15 Disember, barisan Tun Mahathir sebenarnya telah bersiap sedia dengan dua kemungkinan.

Pertama, jika Belanjawan 2021 gagal, maka Tun adalah Perdana Menteri seterusnya. 

Kedua, jika Belanjawan 2021 berjaya, maka Tun adalah calon Perdana Menteri seterusnya untuk gabungan baru yang akan dibentuk bersama parti-parti yang beliau sedang berunding. Ia tidak terhad kepada PH semata-mata.  Dan ya, ia untuk membawa kembali Tun Mahathir ke puncak kuasa. Dan itulah maksud Grand Coalition setakat hari ini. - 18 Disember 2020.

Tun Mahathir, Pergilah Melawat Orang Sakit.. - Sang Kelembai.

Zaharin Mohd Yasin | Pergilah melawat orang sakit. 

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada cadangan untuk pergi melawat balu Tun Razak Hussein yang sedang sakit di Hospital.

2. Sekurangnya boleh minta maaf atas arahan dia rumah pemberian Kerajaan mengenang jasa Tun Razak Hussein di Jalan Stonor. Di serbu Polis dan dipecahkan siling kununnya ada tersimpan duit. 

3. Sampai sekarang PDRM tidak minta maaf. PDRM pun tidak bersalah, hanya ikut arahan. Yang sepatut yang mengarah minta maaf. Sampai begitu di lakukan kepada keluarga Tun Razak Hussein.

4. Jika Tun Razak dan Harun Idris tidak bawa dia masuk ke dalam UMNO, mungkin dia pernah jadi Presiden PAS. Sebab salepas dipecat dalam UMNO dia berkempen untuk PAS.

5. Dia dikalahkan oleh bapa Mujahid Yusuf Rawa , tetapi boleh melantik Mujahid jadi Menteri. Anak orang yang bawa dia kembali dalam UMNO di hina dan cerca.

6. Tun Razak jadikan dia Menteri kamudian berkempen untuk menangkan jawatan Naib Presiden UMNO, balasannya hendak mempenjarakan anaknya.

7. Pergilah melawat balu Tun Razak Husssn itu. Mana kita tahu. Doa seorang yang dizalim telah dimakbulkan Allah . Antara doa dimakbulkan. mungkin boleh bertahan disinggahsana kuasa hanya 22 bulan dan parti yang ditubuhkan berantakan dan dia sendiri di pecat.

8. Jika tidak kerana Tun Razak Hussein.. mungkin dia masih lagi duduk di satu bilik di Maha Klinik mencari kehidupan. Hidupnya tidak semewah ini dan bergantung rezeki dengan banyak orang sakit.

Pergilah melawat Tun Puan Rahah Mohd Noh.. suaminya, jangan dinafikan jasa kepada kamu. Minta maaf kepadanya sebelum banyak lagi mudarat dari doa orang yang dzalim. 

Kerana dia bukan orang yang ada kaitan sebagai Perompak, Penyamun dan Pencuri. Hanya seorang Balu negarawan terbilang. - 18 Disember 2020.

Lim Guan Eng, Mat Sabu Pilih Tun Mahathir Dan Mahu Singkirkan Anwar. - Shahbuddin Husin.

Shahbudin Husin | MAT SABU, GUAN ENG MAHU SINGKIR ANWAR KETUAI BLOK PEMBANGKANG?

Berselindung di sebalik gesaan perlunya PH melakukan anjakan politik baharu dengan mengangkat PH Plus sebagai wadah perjuangan blok pembangkang, kenyataan bersama Lim Guan Eng bersama Mohamad Sabu kali ini adalah jelas bertujuan untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim.


Anwar sebenarnya mahu disingkir secara serentak sebagai Pengerusi PH dan juga Ketua Pembangkang.

Sudah tentu dengan penyingkiran Anwar itu, tujuan utamanya ialah untuk membawa Tun Mahathir Mohamad mengetuai PH Plus.

Dengan hujah bahawa PH mesti segera melakukan anjakan politik dengan menyatukan seluruh pembangkang menghadapi PRU akan datang dan melupakan kerjasama dengan Ahli Parlimen kerajaan bagi mendapatkan semula mandat rakyat, kenyataan Setiausaha Agung DAP dan Presiden Amanah itu adalah suatu benuk kata dua terhadap Anwar.

Mereka seolah-olah memberi amaran tentang usaha Anwar mahu mengambil alih kerajaan dengan sokongan segelintir Ahli Parlimen kerajaan adalah kerja sia-sia dan tak lebih seperti mengejar bayang-bayang saja.

Untuk itu, kata Mohamad Sabu dan Guan Eng lagi, masa dan sumber yang ada harus digunakan untuk mencari persamaan dalam kalangan rakan dan sekutu PH untuk menggerakkan perjuangan bersama rakyat berdasarkan nilai demokrasi yang utuh, tadbir urus yang baik, anti rasuah, kemajuan ekonomi dan keadilan sosial.

“PH harus berdepan dengan realiti ini dan perlu ada suatu anjakan politik semula dengan tumpuan kepada menyatukan rakan-rakan kita di kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang berdiri bersama dalam pengundian menolak Belanjawan 2021 pada Selasa baru-baru ini.

“PH seharusnya tidak membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan oportunis yang hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN,” tambah mereka.

Apa yang harus disedari, kenyataan bersama Guan Eng dan Mohamad Sabu ini dikeluarkan tidak lama selepas Parti Pejuang dan Warisan menyuarakan perlunya blok pembangkang membentuk gabungan baharu serta PH harus menukar kepimpinannya.

Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya berkata, gabungan baharu itu tidak harus terhad kepada parti politik semata-mata, tetapi mesti turut merangkumi Ahli Parlimen dan Adun lain yang tidak boleh menerima kerajaan yang ada sekarang.

Beliau berkata, kredibilti Anwar dan beberapa Ahli Parlimen PH juga telah tercalar teruk apabila tidak meminta undi belah bahagi pada pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021.

Presiden Warisan, Shafie Apdal pula tanpa berselindung menegaskan tentang perlunya PH menukar kepimpinan jika mahu memenangi PRU akan datang.

Beliau berkata, PH sebagai pembangkang akan gagal pada PRU akan datang jika masih diketuai oleh kepimpinan yang sama.

Sehubungan itu, kata bekas Ketua Menteri Sabah itu, perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh terhadap kepimpinan PH yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah tuju.

Bersekali dengan saranan tersebut, Shafie turut mengumumkan bahawa Warisan akan berubah menjadi parti nasional, tidak lagi semata-mata untuk Sabah seperti sekarang ini.

Sama seperti Marzuki dan Shafie yang diketahui merupakan penyokong setia Tun Mahathir, Mohamad Sabu dan Guan Eng juga bukan rahsia lagi lebih terlekat hatinya kepada bekas Perdana Menteri itu, khususnya selepas diberikan jawatan menteri kanan dalam kerajaan era PH.

Selain itu, kes mahkamah Guan Eng juga digugurkan tidak lama selepas Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 2018 lalu.

Melalui gesaan agar PH perlu melakukan anjakan politik baharu dengan menggabungkan seluruh parti pembangkang, ini bermakna Pejuang, Warisan, Muda dan sebagainya akan berada di bawah satu bumbung atau lebih tepatnya di bawah PH Plus.

Ia dengan sendirinya bermakna PH tidak lagi berperanan sebagai blok pembangkang yang sebenar, sebaliknya digantikan dengan PH Plus.

Fasa kedua anjakan poliitik baharu yang seterusnya selepas PH Plus diwujudkan tidak lain ialah melantik siapa yang harus mengetuai gabungan tersebut.

Dengan Pejuang dan Warisan sudah berada dalam PH Plus, ditambah dengan Mohamad Sabu dan Guan Eng sendiri yang menyarankan anjakan politik baharu dilakukan, Anwar tidak mungkin terpilih lagi untuk mengetuai gabungan tersebut, walaupun beliau Pengerusi PH sebelumnya.

Sebagaimana Pejuang dan Warisan menolak Anwar sebagai calon Perdana sebelum ini, mereka juga pasti tidak akan setuju Presiden PKR itu untuk mengetuai PH Plus.

Dengan demikian, tambahan lagi Amanah dan DAP juga pasti senada serta bersatu hati dengan Pejuang dan Warisan, Tun Mahathir, kalau pun dibuat undian, secara majoritinya akan dipilih mengisi kedudukan sebagai Pengerusi PH Plus atau mengetuai blok pembangkang yang baharu.

Selepas itu, Tun Mahathir juga dengan sendirinya akan dicadangkan oleh PH Plus untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang menggantikan Anwar.

Akhirnya, tercapailah agenda bersama yang dirancang sekian lama untuk menyingkir dan membenam masa depan politik Anwar.

Soal sama ada PH Plus mampu menang atau tidak pada PRU15 akan datang, ia bukan lagi persoalan utama kerana perkara yang lebih penting ialah Anwar sudah berjaya diketepikan dan tidak lagi dalam posisi untuk menjadi Perdana Menteri. - 18 Disember 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...