Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 Disember 2017

PAS Ada Harapan Ketuai Kerajaan, Hadi Calon PAS Untuk PM Malaysia Kata Naib Presiden PAS.

PAS dilaporkan berkata mempertahankan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar yang parti itu ibukan sahaja ada harapan untuk mengetuai kerajaan selepas pilihan raya akan datang, tetapi juga sudah ada calon perdana menteri.

Laporan Free Malaysia Today hari ini, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dipetik sebagai berkata presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Presiden kita ada satu. Tentulah presiden kita,” katanya ketika dihubungi oleh portal itu.
Semalam, Sinar Harian memetik Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai melahirkan keyakinan “keajaiban politik” boleh berlaku pada pilihan raya akan datang, walaupun parti itu disebut-sebuh akan menghadapi kekalahan teruk kerana enggan turut sama dalam Pakatan Harapan.
Menurut Amar, “sekiranya dikehendaki Allah”, pimpinan PAS mampu diangkat sebagai perdana menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia.
Bagaimanapun, Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang berkata parti itu tidak pernah membincangkan siapakah calon perdana menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya.
“Kita lawan (dalam PRU14) dulu, apa sibuk sangat,” katanya.

Tak Mustahil Juga Mohd Amar Jadi PM Dan 1MDB 'Dihalalkan', Sindir MP Amanah Pada PAS.

Oleh : Hanipa Maidin.
Mari berbicara soal tak mustahil ya sheikh!
1. Seorang pemimpin kanan parti suci dilaporkan berkata dalam PRU akan datang tak mustahil parti suci tak menang banyak kerusi, tapi yang jadi PM pemimpin parti suci.
2. Mamat ini juga kata "jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti".
3. Beliau juga dilaporkan berkata dengan agenda Islam yang dibawa parti tu mampu melahirkan kejayaan dengan kehendak Allah dan diluar jangkaan manusia.
Wajib komenlah ulasan bertaraf Professor Emiritus ini.
a. Saya setuju sepenuhnya tak mustahil pemimpin parti suci boleh jadi PM meskipun tak menang banyak kerusi dalam PRU. Tapi alang-alang nak berbicara benda tak mustahil, baik ambil perkara mustahil yang tinggi darjatnya sehingga tak boleh langsung difikirkan manusia sama sekali.
b. Misalnya tak mustahil meskipun mamat ini bertanding Dun tapi dia yang jadi PM. Atau tak mustahil jika YB Marang yang jadi PM, dia akan bentang belanjawan daripada masjid Rusila sebab parlimen yang ada sekarang mungkin dianggap tak Islamik dan Kuala Trengganu tak mustahil akan jadi ibu negara Malaysia ganti Kuala Lumpur. Alang alang berbicara perkara tak mustahil, baik ambil yang paling ekstrem.
Dan tak mustahil lepas YB Marang atau mamat Ini jadi PM , Sabah dan Sarawak akan di isytihar sebagai daulah Islamiyyah. Dan tak mustahil di Pulau Pinang semua kerusi yang parti suci lawan dengan DAP, bukan sahaja DAP akan kalah malahan hilang deposit.
c. Dan tak mustahil bila pemimpin parti suci jadi PM, istilah skandal IMDB ditukar kepada mercu tanda 1MDB kerana 1MDB berjaya mengharumkan nama Malaysia di banyak negara luar. Tak mustahil Jho Low diangkat jadi penasihat ekonomi PM yang baru kerana kejayaan luar bisa dan lejen beliau boleh menjana wang 1MDB hingga boleh beli hartanah, kapal layar mewah, buat filem dan beli lukisan-lukisan yang super mahal. Dan tak mustahil Arul Kanda akan jadi Menteri Kewangan Kedua kerana berjaya fahamkan isu 1MDB yang kompleks itu kepada pemimpin parti suci hanya dalam masa 2 jam je.
d. Kena yakin dengan pimpinan dan jangan pelik. Kalau tak yakin maknanya wala' kamu diragui, dikira kamu masih tak matang dan tak sejahtera kehidupan. Jika pelik maknanya antum semua tak habis lagi silibus usrah.

Ahad, 17 Disember 2017

Selepas Nafi Sokong 'Kos' IMAMS, Netizens Dedahkan Kenyataan Nazri Aziz Di Parlimen - Kantoi!.

Kantoi. Perkataan yang paling tepat untuk situasi Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz ketika ini. Ini merujuk kepada kenyataan Menteri itu yang dilaporkan menafikan menyokong pelaksanaan IMAMS yang dibatalkan sehari selepas ianya dilaksanakan.


Menurut Nazri, beliau membuat pengumuman pembatalan IMAMS atas dua sebab iaitu;

- TIDAK SETUJU DENGAN CAJ
- IA DIUMUMKAN SEBAGAI WAJIB

Nazri juga mengesahkan pembatalan IMAMS tiada kaitan dengan pegawai yang bukan Islam yang berada dalam pentadbiran syarikat berkenaan.



Terdahulu, Nazri juga mengesahkan perkara tersebut pernah dibawa ke perbincangan peringkat kabinet lantas ia menimbulkan kekeliruan di kalangan netizens apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menyatakan beliau tidak bersetuju dengan IMAMS.  

"Saya tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan VISA UMRAH. Pengumuman ia dibatalkan sangat tepat," kata Perdana Menteri itu di Twitter malam semalam.

Tinjauan mendapati rata-rata netizens berasa hairan dengan kenyataan itu.

"Tak setuju bantah kat kabinet la. Sebelum dilaksanakan. Dah dilaksanakan kata tak setuju dan batal, tak pelik ke?," kata salah seorang netizen yang dikenali sebagai Asyraf yang memberikan respon mengenainya di Facebook.

"Tak setuju takpe. Tapi masa mesyuarat. Bila dah diumumkan tu maknanya setuju. Ke aku ni bodoh sangat tak faham SOP kerajaan," ulas Muhammad Imam pula.

Sementara itu Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula dikritik teruk oleh netizens selepas mengeluarkan kenyataan 'TIDAK TAHU' syarikat yang mengendalikan IMAMS dimiliki oleh Bukan Islam.

Ini kerana sebagai seorang menteri beliau perlu mengetahui semua perkara berkaitan syarikat dan pihak yang diberikan hak untuk mengendalikan sistem sebelum meluluskan sesuatu projek/tender. Dalam erti kata lain beliau perlu menyemak kesemua butiran terperinci sebelum meluluskan dan mengumumkan sesuatu.

Alasan tidak tahu itu dianggap netizens samada Timbalan Menteri itu bersikap cuai ataupun mudah ditipu.

Tidak berhenti disitu, netizens kemudiannya 'mencungkil' kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz di Hansard Parlimen dan ini apa yang mereka temui.



Tidak bersetuju dengan kos? Maaf, menteri sendiri umumkan tentang kosnya ialah sebanyak RM90.10 malahan memetik GST RM5.10 di Parlimen ketika ia di peringkat perbahasan.

Tidak hanya itu menteri juga mengesahkan yang mungkin peniaga akan memindahkan kos berkenaan ke atas pengguna tetapi sebaliknya pengendalilah yang harus membayarnya.

Dari apa yang kami fahamkan menerusi penerangan menteri di Parlimen ialah sistem IMAMS ini sepatutnya dikenakan terhadap syarikat yang mengendalikan pakej UMRAH namun selepas ianya sampai ke peringkat pelaksanaan, secara tiba-tibanya pengguna akhir pula yang harus menyerap kos tambahan, bukankah begitu?

Mungkin ini apa yang Nazri Aziz maksudkan bahawanya 'ia tak seperti yang dia bincangkan di kabinet dan di Parlimen'.

Apa pun bohong la kalau menteri tidak mengetahui kosnya sebanyak rm90.10 sedangkan itu yang dibahaskan dulu dan bohong juga la kalau menteri fikir peniaga boleh dikawal dan dilarang dari mengalihkan kos ke atas pengguna. 

Tambahan pula yang mendapat manfaat insurans adalah pengguna sudah tentu secara logiknya pengguna yang perlu membayar. Ini fikiran peniaga.

Tambahan lagi, pengguna yang mahu waspada yang mereka tidak diperdayakan oleh agen pelancongan yang menipu, sudah tentu lah pengguna yang perlu membayar sistem tersebut. Ini fikiran peniaga.

Dan GST adalah cukai boleh alih. Lagi la mustahil peniaga hendak menyerap kos tambahan sebanyak rm5.10 per individu. Nampak kan?

KANTOI. Kerana itu kami katakan ia perkataan tepat untuk anda, Nazri Aziz. 

Mungkin PAS Tak Menang Banyak Tapi Tak Mustahil PAS Jadi PM - Nik Amar.

Disebalik tanggapan mengatakan Pas bakal kehilangan banyak kerusi dalam PRU 14 nanti, pimpinannya menyuarakan keyakinan keajaiban politik boleh berlaku.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pada zahirnya pendekatan yang dibawa Pas mengundur bagi mata pandangan orang ramai, tetapi beliau yakin agenda Islam yang dibawa mampu memenangkan parti ini.

Malah, beliau  menjelaskan, sekiranya dikehendaki ALLAH SWT, pimpinan  Pas mampu diangkat sebagai Perdana Menteri dengan kaedah yang tidak dijangka oleh fikiran manusia lapor Sinar Harian.

Mengambil contoh situasi politik di Kelantan, Timbalan Menteri Besar itu berkata, Pas berjaya mengalahkan Umno dengan jumlah 30-0 pada 1990, walaupun hanya mampu mendapat dua kerusi pada 1978.

"Pada tahun 1978 orang yang menjatuhkan Pas adalah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi beliau juga yang menjatuhkan Umno pada 1990, siapa boleh fikir, banyak benda pelik berlaku dalam Pas dan diluar pemikiran manusia"

"Sama juga di Johor, pada 2004, Pas mendapat satu kerusi di negeri itu apabila wakil Umno salah isi borang, tiada siapa yang mejangka, tetapi sekiranya ALLAH SWT mahu ia berlaku.

"Pilihan raya akan datang, Pas mungkin tak (menang) banyak, tetapi tidak mustahil kalau Perdana Menteri adalah Pas, jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti," katanya dalam ceramahnya di Pengkalan Kubor malam kelmarin.

Beliau berkata, apa yang penting, ahli Pas perlu istiqamah dalam perjuangan dan tidak sesekali terpengaruh dengan hasutan yang mahu merosakkan parti itu, termasuk dari bekas serpihannya, Amanah.

"Yang penting dalam perjuangan jangan berhenti, jangan rasa lelah dan kecewa, boleh jadi hari ini tidak menang, tetapi lusa menang, tak menang lagi mungkin  zaman anak cucu, tetapi keyakinan Islam itu akan menangkan parti," katanya.


Beliau dalam masa yang sama berkata, ketika ini  hanya Pas berada dalam keadaan 'sihat' setelah  Pakatan Harapan dan BN mempunyai masalah dalaman sendiri.

Beliau berkata, Pakatan Harapan dibelenggu dengan masalah kepimpinan, termasuk isu Tun Dr Mahathir Mohammed yang jelas mempunyai rekod yang tidak baik dalam kepimpinan negara.

Bagi BN pula dakwanya, masalah dalaman parti itu meruncing dan menunggu masa untuk meletup sehingga Perdana Menteri terpaksa menangguhkan pengumuman pilihan raya umum.

"Hanya Pas sahaja berada dalam keadaan terbaik setelah ahli yang bermasalah telah dibersihkan, dengan cara itu kita sudah kembali sihat," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...