Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 24 Jun 2016

Luahan Sedih Mahathir Selepas Najib Hentikan Dana Kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.


1. Saya ucap terima kasih kepada Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda, yang mengsyor supaya Kerajaan menghentikan segala bantuan kewangan dan harta kepada Yayasan Kepimpinan Perdana, termasuk penggajian kakitangan.

2. Memanglah menjadi hak Kerajaan mengguna kuasa yang diberi oleh rakyat dengan apa cara sekalipun. Ini saya terima. Rampaslah.

3. Yang saya sedih ialah cadangan ini datang dari pemuda yang akan mewarisi negara dan kepimpinannya di masa hadapan. Sebelum pun mendapat kuasa, kebengisan dan corruption of power sudah ditunjuk.

4. Tujuannya sama dengan rasuah. Pemberian (suapan) rasuah bertujuan mendapat sokongan, atau mengurang kritikan terhadap pemberi. Perampasan hak mempunyai tujuan yang sama. Tidak ada perbezaan antara pemberian dan perampasan – kedua-duanya adalah rasuah.

5. Negara sekarang tahu apabila Khairul Azwan dengan konco-konconya mendapat kuasa (melalui rasuah) negara akan melihat suapan dan rampasan oleh Kerajaan sebagai cara mengekalkan kuasa.

6. Ini jelas kerana hari ini pemuda dan pewaris menyokong segala perbuatan Najib yang dunia pandang jijik, yang menjatuhkan maruah negara bangsa.

7. Tidaklah salah jika diramal bahawa ini juga akan dilakukan oleh mereka yang menyusul.

8. Saya tidak akan merasa kehilangan apabila rampasan dibuat.

9. Saya biasa dan faham dengan kehidupan tanpa keistimewaan . Hanya saya sedih memikir masa depan negara tercinta ini.

10. Apakah akan jadi kepadanya setelah budaya rasuah dipandang tinggi dan dipertahan oleh yang akan berkuasa dan memerintah.

Chedet.CC

Khamis, 23 Jun 2016

Abu Kassim & Timbalan SPRM Dipaksa Letak Jawatan, Bukan Berhenti Secara Sukarela..


Saya bersama Akmal Nasir atas kapasiti National Oversight & Whistleblowers (NOW) telah dihubungi dan berjumpa secara sulit dengan seorang pegawai SPRM berhubung tekanan yang dihadapi oleh badan tersebut pada awal tahun ini.

Butirannya rujuk kenyataan media berikut:

PEMECATAN KETUA PESURUHJAYA SPRM DAN TIMBALANNYA ADALAH JELAS CAMPUR TANGAN POLITIK

National Oversight and Whistleblowers (NOW) merujuk kepada laporan akhbar hari ini yang melaporkan perletakkan jawatan Tan Sri Abu Kassim Mohamed selaku Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull selaku Timbalan Pesuruhjaya SPRM sebagai secara sukarela adalah tidak tepat.

Kami berdua telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan yang lalu dan beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pimpinan tertinggi SPRM telah dipaksa meletak jawatan dan jawatan mereka akan digantikan dengan ‘orang luar’ SPRM.

Kami juga dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Persuruhjaya tidak berniat atau membuat permohonan perletakkan jawatan ketika itu. Tindakan memecat Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM merupakan campur tangan politik yang begitu luar biasa dalam badan SPRM, menghina kebebasan SPRM, dan tidak pernah belaku dalam sejarah negara.

Ini terbukti dengan pelucutan Tan Sri Abu Kassim daripada jawatan Pesuruhajaya SPRM tanpa sebarang sebab munasabah sedangkan beliau akan kekal berkhidmat dalam SPRM sebagai seorang pegawai khidmat biasa sehingga tahun 2020. Jika Perdana Menteri Dato’ Seri Najib yakin beliau tidak bersalah dalam skandal 1MDB mahupun SRC International, beliau seharusnya tidak perlu berasa gusar atau takut dengan Pesuruhjaya SPRM atau kebebasan SPRM untuk menjalankan tanggungjawab mereka. NOW menyeru semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan rakyat biasa untuk mempertahankan integriti dan kebebasan SPRM.

Antara langkah-langkah yang wajar diambil adalah seperti berikut:-

1. NOW akan memanggil satu mesyuarat tergempar pada hari Isnin (27 Jun 2016) yang melibatkan Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan NGO yang berkaitan bagi membincangkan tindakan-tindakan susulan.

2. Mendesak Ahli-ahli Parlimen terutamanya daripada parti-parti pembangkang yang menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah untuk meletakkan jawatan sebagai tanda protes. Mereka adalah YB Dr. Tan Seng Giaw (DAP), Datuk Fauzi Abd Rahman (KEADILAN) dan YB Dato' Takiyuddin bin Hassan (PAS).

3. Mendesak ahli-ahli panel dalam jawatankuasa-jawatankuasa bebas SPRM seperti Lembaga Penasihat SPRM, Panel Penilaian Operasi (PPO), Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) termasuk yang baru dilantik untuk meletakkan jawatan atau tidak menerima tawaran jawatan sebagai tanda protes.

Ini merupakan tindakan pertama kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak selepas mencapai kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar.

Pemecatan Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM bukan sahaja campur tangan politik yang melemahkan SPRM tetapi juga akan mengundang kerosakan yang lebih besar terhadap integriti dan ketelusan pentadbiran kerajaan.

 Semua pihak harus memandang serius perkara ini dan bekerjasama bagi mempertahankan kebebasan SPRM. Manakala, parti-parti politik pembangkang seperti Pakatan Harapan dan PAS sewajarnya mencari kesepakatan dan meletakkan agenda memerangi rasuah dan ketirisan sebagai keutamaan dan dijadikan titik pertemuan usahasama.

23 JUN 2016
 RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW)
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW)

Selasa, 21 Jun 2016

Ustaz PAS Diberi Amaran Kerana Fitnah Pulau Pinang Melarang Azan - Minta Maaf Atau Berdepan Tindakan Undang2..

Actually benda neh dah settle tetapi ianya menjadi viral semula disebabkan kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang.

Kenapa ya kerajaan negeri berbuat demikian?

Aku kira sakit hati memainkan peranan. Bayangkan ya. Bukan sehari dua bahkan dah bertahun-tahun lamanya penyebaran cerita bahawanya Pulau Pinang melarang azan. Benda tu fitnah. Jelas. Titik.

Tapi masih terdapat ramai orang yang percaya dan sebar. Benda pada asalnya jadi permainan geng2 BN di laman sosial kini bertukar tangan dengan disebarkan pula oleh geng2 PAS.

Kesnya begini. Ada individu upload satu video yang memaparkan statement Ustaz PAS bercerita tentang larangan azan di Penang dan bagaimana DAP nak menguasai negara dengan 80 kerusi.. aku gelak-gelak juga dengar point ustaz tu bab kerusi bagai neh..

Pada awalnya benda neh viral di laman sosial je. Dan ustaz tu sebenarnya dah pun memohon maaf.

Baca sat ;


Lalu ustaz tersebut dihubungi oleh Cikgu Zul.

Kemudiannya ;

ISU AZAN : USTAZ MOHON MAAF ....

Ustaz Shaharuddin Ibrahim telah memohon maaf berhubung ceramah beliau yang mendakwa Pulau Pinang tidak membenarkan azan.

"Saya memohon maaf dan berjanji tidak akan ulangi lagi," katanya ketika saya menghubunginya tadi.

Ditanya sebab beliau membuat kenyataan itu, YDP PAS Padang Serai itu menjelaskan, beliau mendapat maklumat daripada anak khariah ketika berceramah di sebuah masjid di Pulau Pinang.

"Mereka memberitahu saya, di Pulau Pinang azan tidak boleh menggunakan pembesar suara di luar masjid, hanya boleh di dalam masjid," jelasnya.

Namun, setelah saya jelaskan kedudukan sebenar beliau akur dan memohon maaf.

(rujuk)

Tetapi sayangnya itu tidak cukup untuk memuaskan ahti kerajaan negeri yang tercalar teruk dengan tohmahan berkenaan. Pada mereka oleh kerana ustaz buat tuduhan secara terbuka, sila la buat permohonan maaf secara terbuka juga..

Ini petikan berita yang diperolehi dari KedahLanie.


Yang diPertua (YDP) PAS Padang Serai, Ustaz Shaharuddin Ibrahim yang menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang tidak boleh melaungkan azan dituntut untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan berunsurkan fitnah yang dilemparkan Shaharuddin ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 11 Jun 2016.

“Tazkirah Ramadan sepatutnya menjadi wadah penyebaran ilmu agama, menyingkap kisah-kisah nabi, kelebihan Ramadan dan bukannya dijadikan pentas politik kepartian dengan menabur fitnah,” katanya dalam sidang media di Komtar, tadi.

Menurut Abdul Malik, lebih dikesalkan adalah tohmahan dan fitnah yang dilakukan itu 'dilontarkan' ketika di dalam masjid dan di bulan Ramadan yang mulia.

“Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut supaya beliau (Shaharuddin) memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut dalam media massa.

“Beliau (Shaharuddin) juga perlu memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kenyataan bertulis dalam tempoh seminggu. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan,” jelasnya.
Pada 11 Jun lalu, Shaharuddin dipercayai mengeluarkan kenyataan yang berbunyi seperti berikut:

“Kalau DAP menguasai negara...nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan-tuan..!”

Mengulas lanjut. Abdul Malik memberitahu, tazkirah Shaharuddin yang berdurasi sekitar 30 minit itu, jelas menyiarkan ucapannya pada minit 14:35. 

“Malah, tuduhannya turut disiarkan dalam Youtube (http://www.youtube.com/watch?v=mrlO6A99wcs) 

dan laman Facebook Masjid Jamek An-Najah 

(https://www.facebook.com/masjidpadangserai),'' ujarnya.

--------------------

Dalam pada itu ustaz tersebut juga sebenarnya ada sebarkan benda-benda karut bab 16 September. 

Dan ustaz tersebut turut ditegur menerusi aplikasi wassap oleh seseorang. Beginilah isi kandungan teguran tersebut bagi membetulkan point ustaz tentang isu 16 September ;


Selepas dimesej ustaz berkenaan, dia terus block individu di atas.

Marah agaknya. Tapi betul la memang ustaz tu kelakar. Beria2 sembang DAP nak tadbir negara dengan 80 kerusi lompat tu. Aku gelak guling2 kot. Mohon jangan takut2kan umat dengan cerita karut. Ini tazkirah Ramadhan ke tazkirah karut..

KAHKAHKAH

Seluar Terlondeh Karma Kerana KuNan Halau Gelandangan.

Malas nak peduli gambar menteri wilayah yang 'kejatuhan' seluar sehingga menampakkan seluar dalamnya. Gambar tu viral dua hari lepas dan menjadi bahan troll bebudak pembangkang.

Macam-macam Kunan kena kutuk bahkan siap karang ayat kononnya apa yang Kunan dapat tu balas kesan dari perbuatannya menghalau gelandangan. Aku hanya sekadar haha. Aku faham mesej dorang. Faham. Memang faham. Dorang marah sangat tapi takde peluang nak jatuhkan Kunan. Walau guna ayat pun jadi la. 

Kunan dan menteri-menteri BN bahkan kebanyakan ahli politik seperti mahkluk besi yang sangat sukar untuk kau musnahkan. Kalau senjata kau setakat batu tak payahla. Dorang besi yang bukan biasa-biasa. Spesis besi terbaik yang ada di dunia. Setakat batu memang tak lut langsung. Calar balor pun takde. Jadi kata-kata yang menyakiti adalah ubat untuk meluahkan rasa geram dan marah. Sebab tu aku faham sangat. 

Selepas bebudak pembangkang puas troll gambar Kunan yang seluarnya tertanggal tu, bebudak UMNO pula masuk membidas. Dorang punya karangan lagi power. Katanya Kunan kena fitnah.

Sekadar contoh.


Maka bebudak pembangkang pula kena hamun kononnya sebab menyebarkan fitnah dan melakukan perbuatan terkutuk di bulan puasa ini.

Haha. Pandai betul dorang buat drama ye. Benda betul dikatanya fitnah. Memang betul pula seluar Kunan tertanggal. Rujuk video disini. Aku malas nak share. 

Pada aku benda tu takde isu. Seluar tertanggal secara accident nak malu apanya. Tapi mungkin pada puak2 sana menteri dorang perlu bebas dari sebarang insiden yang memalukan. Bahkan mereka perlu diperlihatkan maksum. Which is kita semua tahu ia adalah misi mustahil.

Macam aku sebut tadi. Seluar Kunan yang tertanggal neh pada aku takde isu. Cuma ada yang menyebut ianya sebagai karma kerana menghalau gelandangan. Pada aku jika ianya karma maka ia belum cukup kuat. Aku takmau seluar Kunan tertanggal menjadi karma di atas balasan teruk Kunan terhadap kita semua. Bukan hanya gelandangan tetapi kita semua. Yang menjadi rakyat di negara ini. Kunan tidak melayani kita dengan baik. Dengan betul. Dia ialah menteri yang pentingkan diri sendiri. Dia jahat. Aku bukan nak tengok seluar dia yang tertanggal. Aku nak tengok jawatan dia yang tertanggal. Tapi bukan dengan cara dia pencen dan hidup aman mewah ketika mencapai usia tua. Penjara. Adalah tempat yang mana aku mahu dia berada. Sehingga dia masuk ke alam kubur buat selama-lamanya. Bukan hanya dia bahkan semua jenis pemimpin yang menyusahkan kita semua. Ya, semua pemimpin yang menyusahkan kita semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...