Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 31 Mac 2016

Kerana 'LIKE' Posting 'Qu Samun, Qu Samun', Lelaki Ini Disiasat.


Kisah yang dipetik dari sumber efbi.

Seorang individu yang dikenali dengan nama Abang Rasdan telah dihubungi oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung dengan tindakan dia yang telah mengLIKE satu posting EFBI yang menyindir Najib Razak versi Datuk Vida, Qu Samun, Qu Samun Baru Lah Penyamun.

Tagline asal sebenarnya datang dari Datuk Vida yang mempromosikan product Qu Puteh. Tagline tersebut berbunyi, Qu Puteh, Qu Puteh Baru Lah Puteh.

Menurut maklumat dari sumber, individu berkenaan perlu hadir ke IPD Bukit Aman bagi diambil keterangan dan membantu siasatan lanjut.

Cekap, Cepat, Laju, selamatkan Najib walau di mana jua pengkritik berada..

Aku nak gunakan tagline neh.. andaikata aku berjaya jadi pegawai polis suatu masa nanti..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH

Rabu, 30 Mac 2016

Kritik Najib, Pekerja Petronas Ini Telah Dibuang Kerja Serta-Merta Selain Perlu Meminta Maaf Secara Terbuka..

Kesian.

Dia neh betul-betul kena buli dengan geng-geng yang sokong Najib. 

Memetik laporan dari Utara News ;
Seorang Jurutera Petronas, Jalil Ismail yang sebelum ini dengan bangga menghina dan memaki hamun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaman sosial Facebook miliknya, kini dibuang kerja 24jam. Lelaki tersebut bukan sahaja menghina perdana menteri, malah dia turut menggelarkan DS Najib sebagai binatang.

Akibat teruk dikecam oleh netizen, lelaki terbabit kini telah  dipanggil oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk siasatan atas status menghina yang dimuatnaik olehnya tersebut. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin kini dia juga baru sedar siapa dirnya yang sebenar.

Tapi malangnya semua telah terlambat, pandai saja tak guna, kalau takde akal.., betul tak?? Akibat daripada tindakan yang diambil terhadapnya, Jalil kini secara terbuka telah menzahirkan permohonan maafnya terhadap perdana menteri. Sudah jadi macam ni baru nak insaf yer!

“Saya juga berasa insaf terhadap perbuatan saya ini kerana kesalahan ini telah menghantui keadaan saya sekeluarga. Sekali lagi Datuk Seri, saya memohon maaf dan berasa menyesal yang teramat sangat atas kesalahan saya ini terhadap Datuk Seri.

“Saya benar-benar memohon dan berharap Datuk Seri dapat memaafkan kekhilafan saya ini terhadap Datuk Seri. Saya berjanji kepada Datuk Seri bahawa saya tidak akan mempercayai dan mengambil tahu mana-mana ‘posting’ negatif terhadap kepimpinan datuk Seri di media sosial masa masa akan datang,” katanya.

Doa-doa jela yang perdana menteri maafkan dia, tapi Gomez percaya yang Najib ni memang baik hati.. Huhuuuu! Posting permohonan maaf Jalil di media sosial mendapat reaksi positif dari para pengguna Facebook. Rata-rata mereka menerima dengan baik permohonan maaf yang disuarakan jurutera tersebut.

Itu la lain kali nak muatnaik status tu baik-baik sikit, jangan fikir yang sekarang ini tiada mata-mata sedang melihat. Zaman sekarang ini mudah sangat nak viral, kutuk sikit je memang akan jadi viral.. Hahaha! Pengguna laman sosial jugak yang viralkan okey, jangan tuduh ‘spy kerajaan di facebook’ pulak! Cari makan dengan kerajaan tapi kutuk kerajaan. Fuhhhhhh, memang terkena la bro! Lain kali pakai otak okey!

--------------

Jalan cerita.

1. Jalan-jalan di efbi tadi. Baca-baca status orang. P kat posting yang kekawan tag. Guna laptop so senang sikit nak buat apa pun. Selalu online efbi guna henpon. Terasa terhad nak buat apa-apa pun.

2. Then baca kemaskini terbaru dari Zaharin. Katanya ada staff PETRONAS kena buang kerja aka diberhentikan sebab menghina piem kesayangan dunia iaitu Najib Razak.

3. Aku pun google la sat. Biar betul kau. 

4. Google punya google dapat la baca berita dari blog pro kerajaan, Utara News.

5.  Dah dapat nama dia aku pun p cari sat kat efbi. Jalil Ismail.

6. Then memang ya. Dia sedang beria membuat permohonan maaf.

7. Siap ada surat lagi tu. Tengok ;


Kesian aku tengok encik Jalil neh.

Kena buang kerja sudah. Dalam masa 24 jam pula tu.
Kena serang dengan geng2 cybertroopers pro Najib sudah.
Kena siasat lagi tu dengan PDRM dan SKMM.
Lepas tu terpaksa minta maaf beria di laman sosial.

Aduii.

Betul-betul kena buli. Pasti emosi dia terjejas teruk. Hilang kerja satu hal. Sokongan pula macam takde..

Ya, sesetengah orang akan berkata. Kasar betul ayat dia mengkritik Najib. Mendekati penghinaan. Tetapi sudah tentu kemarahan dia bersebab. Ada la yang Najib buat sehingga mengundang kemarahan rakyat. Cari sebab, kaji punca jangan tahu nak menghukum aje. Yang hilang kerja tu rakyat biasa. Rakyat tu pun terjejas dengan keadaan ekonomi sekarang. Yang p beria buatkan rakyat biasa tu kehilangan kerja pun rakyat biasa juga. Dalam erti kata lain rakyat biasa tikam rakyat biasa. Padahal kita semua neh rakyat biasa mangsa keadaan. Tapi kita pula sibuk bergaduh sesama kita. Apa untungnya kawan?

Kalau pun dia hina, kritik Najib ko kisah apa kawan. Bukan periuk nasi kau yang dia kacau. Dia meluah rasa. Bagi la peluang. Ko tak mampos pun baca komen-komen dia. In fact Najib pun tatau. Bukan dia kerja mengadap efbi 24 jam. Kat sini la kebodohan rakyat biasa yang totok partisan terserlah. Sanggup ko pijak rakyat biasa lain atas nama sokongan terhadap pemimpin. Macam la Najib heran sangat dengan 'jasa-jasa' kau. Adoiyai.

Btw, aku nak perjelaskan. Petronas tu GLC. Separa kerajaan. Tanggungjawab kakitangan PETRONAS ialah melunaskan kerja2 yang diberikan mengikut bidang kuasa, had kerja yang telah ditetapkan. Di luar waktu bekerja, bukan di premis kerja, bukan urusan rasmi ia adalah menjadi kebebasan ataupun pilihan masing2 la nak berpolitik macam mana atau nak menyokong mana-mana partisan pun. Dia bekerja di PETRONAS itu KERJAYA dia. Sebagai PIEM MALAYSIA, Najib Razak berhak dikritik walaupun oleh seekor kucing andaikata kucing tersebut boleh berkata2 tau. Taknak kena kritik, jangan jadi pemimpin. Taknak kena hina maka jangan bagi punca pada rakyat untuk menghina. Simple mah!

Selain Parol, Hukuman Penjara Khir Toyo Dikurangkan Sebanyak 4 Bulan - Adilnya Undang-Undang Negara Untuk VVIP..


AllahuAkhbar.. adilnya undang-undang Malaysia. Bukan parol je dia dapat bahkan dikurangkan hukuman penjara selama 4 bulan. Hukuman penjara pun ada rebat. Bestla dia kan.

KAH KAH KAH

Aku terfikir2 satu persoalan. Dia menjalani hukuman penjara di mana? Tue je aku nak tau.

Baca ;

Dr Mohamad Khir Toyo bukan sahaja menerima parol, malah bekas Menteri Besar Selangor itu turut mendapat remitan atau pelepasan hukuman penjara selama empat bulan.
 
Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan media hari ini menjelaskan, Khir menerima remitan itu selepas jabatan berkenaan berpuashati dengan tahap pemulihan beliau ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.
 
Khir dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 September 2015 dan hukuman itu sepatutnya berakhir 28 September 2018.
 
Kenyataan itu menyebut, Khir mendapat remitan empat bulan dan hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lapan bulan dan akan berakhir 29 Mei 2016.

“Khir diparolkan untuk menjalani baki hukuman penjara selama dua bulan di luar penjara sehingga tarikh pembebasan pada 29 Mei 2016 tetapi tertakluk jika beliau tidak melanggar syarat-syarat Lembaga Parol,” kata kenyataan itu.
 
Khir dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, lima tahun lalu.
 
Beliau dihukum mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
 
Jabatan Penjara menjelaskan, walaupun Khir menjalani baki hukuman di dalam rumah, beliau tertakluk kepada syarat iaitu perlu melapor diri kepada Pegawai Parol Daerah Klang pada masa yang ditetapkan, tinggal di rumah yang ditetapkan menerusi Perintah Parol, mengikuti program pemulihan, tidak boleh meninggalan daerah parol dan tidak boleh meninggalkan Malaysia.
 
“Sistem Parol dilaksanakan sejak 2008 untuk memberi ruang kepada banduan menyesuaikan diri dengan masyarakat selepas menjalani hukuman di penjara,” kata kenyataan itu lagi.
 
Jabatan Penjara berkata, semua kesalahan yang dikenakan hukuman penjara minimum setahun layak memohon parol kecuali bagi kesalahan melibatkan berperang atau cubaan berperang dengan Yang di-Pertuan Agong, raja atau Yang di-Pertua Negeri, kesalahan memberi keterangan palsu dengan niat menyebabkan seseorang disabitkan kesalahan atau dihukum mati, kesalahan menyebabkan kematian, kesalahan merogol dan seks luar tabii. - FMT.

Selasa, 29 Mac 2016

Ini Ke Wajah Putera Arab YG Derma Ke Najib Atas Nama Islam? Gay & Kaki Mabuk Rupanya..

Episode 1.

Sampai ke akhirnya mereka tetap merahsiakan nama putera arab berkenaan.


Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mendakwa wang berjumlah RM2.6 bilion didermakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh seorang anak lelaki Allahyarham Raja Arab Saudi.
Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan identiti penderma berkenaan.
“Kami tahu namanya. Beliau bukan Allahyarham Raja Arab Saudi tetapi anak lelakinya. Beliau masih lagi hidup,” katanya dalam satu temu bual dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.
Mohamed Apandi berkata, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merekodkan keterangan daripada penderma berkenaan dan beliau sudah membaca laporan itu. (rujuk)

Tetapi.

Ini telah terbongkar pada semalam. Nama putera yang dimaksudkan telah didedahkan. Walaupun telah bersungguh mereka merahsiakan.

Hihi.

Lihat paparan gambar berikut ;
 

Memetik sikit laporan oleh Malaysiakini sebentar tadi ;


A Saudi prince gave Prime Minister Najib Abdul Razak US$375 million to do as the latter wished, stated a letter purportedly from Prince Saud Abdulaziz Majid.
According to a report by the Australian Broadcasting Corporation(ABC), the letterhead states the missive was from the private office of “Saud Abdulaziz Majid al Saud” and the letter was signed by “HRH Prince Saud Abdulaziz Al-Saud”.
Prince Abdulaziz Majid is the grandson of the late King Abdulaziz - the first monarch of the House of Saud.
Prince Abdulaziz Majid was the governor of Madinah at the time the letter, dated Nov 1, 2011, was issued.
“This letter is issued as a gesture of good faith and for clarification. I do not expect any personal benefit whether directly or indirectly as a result of the gift.
“The gift should not in any event be construed as an act of corruption since this is against the practice of Islam, and I personally do not encourage such practice in any manner whatsoever,” it added. (rujuk).
-------------
Episode 2.
Selepas itu kita pun google la nama putera yang menderma ke Najib tu.
Ini gambar yang kita dapat.
Dan ini pula berita yang terpapar.
WOWWW!
Dapatlah kita baca bahawa menerusi keterangan mahkamah dan saksi yang mendakwa putera berkenaan atas pertuduhan ganguan seks ialah ;
1. Putera berkenaan kaki mabuk, kaki parti, layan kokain..
2. Melakukan gangguan seksual ke atas beberapa wanita bahkan sehingga mengurung, memaksa dan mengugut..
3. Dia menyuruh pekerja lelaki untuk hish.. aku nak taip pun rasa malu rasa jijik korang p baca sendiri arh kat link tersebut..
Untuk sikap yang seperti ini.. menderma atas nama Islam sememangnya pelik, janggal dan kontradiks pada aku..
Dan bertambah pelik apabila kerajaan kita tetap bertegas merahsiakan nama penderma yang budiman (hehe) itu sehingga ke hari ini..
Kalau la ABC News tak bongkar mao sampai ke sudah tatau siapa..
Tapi kalau la lepas neh Najib nak kata ABC NEWS menfitnah ka apa ka takde hal. Ko boleh nafi dengan saman laporan berita tersebut. Hari khamis sesuai. Esok, lusa. Ngam. Aku dah bagi masa dan idea neh kot. Harap2 diterima la cadangan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...