Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Januari 2016

Biasiswa JPA Digantung - Kenapa Tak Buang 9 Penasihat Khas Najib, Batalkan PLKN, Potong Gaji Menteri?


Ada sesuatu yang tak kena kat sini.

1. Kerajaan perkenalkan GST pada tahun 2015. 

2. Kerana kerajaan menjangka harga minyak global akan terus susut.

3. GST akan menjadi revenue baru kepada kerajaan untuk mendapatkan dana bagi menguruskan / menampung kos pentadbiran/perbelanjaan yang diperlukan negara.

4. Memang GST pengganti kepada SST.

5. Namun jaringan percukaian (barang/khidmat kena cukai) dalam GST lebih meluas. Maka ini membolehkan kerajaan menambahkan pendapatan negara.

6. So, kerajaan dah pun laksanakan GST dan kesannya positif kepada kerajaan kerana berjaya mengutip hasil yang bukan sahaja mencapai sasaran bahkan melebihi jangkaan.

7. Kesan kejatuhan harga minyak global paling2 koman akan memberikan impak besar kepada Petronas, bukan kepada kerajaan itu sendiri.

8. Dan sekarang kerajaan claim bahawa mereka terpaksa kurangkan itu kurangkan ini, batalkan subsidi itu, batalkan subsidi ini, bekukan itu, bekukan ini atas alasan kejatuhan harga minyak global.

9. Maka apa gunanya membayar GST apabila rakyat melihat seperti tiada hasil?

10. Yang terbaru, biasiswa JPA akan dibekukan.

11. Ia memberi kesan kepada hampir 700 pelajar penerima biasiswa sedia ada. Dalam dan luar negara.

12. So macam mana pelajar2 neh mampu survive dengan keputusan secara mendadak ini?

13. Kenapa Najib tak buang aje penasihat2 khas dia yang mana tak memberikan sebarang kesan kepada rakyat? Menteri2 kat Malaysia neh pun banyak. Elokla buang yang mana patut. Jimat sikit perbelanjaan kerajaan. Apatah lagi bukannya mereka betul2 perform. Menyusahkan rakyat bayar gaji je. Betul tak?

14. Batalkan / mahsuhkan program PLKN ke.

15. Kaji semula perjanjian konsesi. Yang merugikan kerajaan haruslah dilupuskan. Cari la jalan. Takan itupun orang nak ajar satu persatu.

16. Batalkan projek2 yang tak mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Macam projek Menara Warisan tu.

17. Kenapa tak potong gaji2 menteri, wakil rakyat? Dah tahu takde duit, sibuk naikkan pula gaji masing2?

18. Kaji semula elaun2 yang diterima menteri. Contohnya elaun2 seperti elaun keraian. Perlu ke?

19. Sebenarnya ada banyak cara/kaedah untuk kerajaan jimatkan perbelanjaan tanpa babitkan hak rakyat. Terutamanya golongan mahasiswa.

20. Tapi nampak gayanya kerajaan lebih pentingkan untuk batalkan/bekukan/mahsuhkan/hapuskan perbelanjaan2 yang babitkan rakyat berbanding perkara2 yang babitkan kepentingan mereka. Siapa rasa Najib patut bayar beratus2 ribu kepada firma2 penasihat dari luar samada untuk khidmat komunikasi atau apa2 khidmat berbanding salurkan duit tersebut kepada mahasiswa? Kan lebih baik Najib tamatkan khidmat Paul Stadlen kaki joli daripada setuju batalkan biasiswa JPA. Akai takde betul piem Malaysia kau neh.

Laporan media ;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong mengesahkan bahawa biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam bagi kursus ijazah sarjana muda dan program pra universiti digantung.
Menurut Wee, beliau tidak boleh mengatakan dengan pasti sama ada akan ada perubahan terhadap keputusan tersebut.
“Perdana menteri memahami bahawa ekonomi tidak baik masa ini dan rakyat menghadapi beban yang berat, dan mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan JPA bagi memikirkan penyelesaian baru.
“Tetapi kami (MCA) sedang mencuba sedaya upaya merayu kepada kerajaan kerana kita tidak pasti bagaimana perkembangan ekonomi nanti,” katanya, dalam mesyuarat Kabinet semalam.
Wee turut menyatakan bahawa beliau tidak tahu sama ada penggantungan daripada biasiswa JPA mempunyai apa-apa yang berkaitan dengan semakan bajet yang dirancang pada ini yang akan datang 28 Januari.
Dakwaan biasiswa JPA digantung malah diperkukuhkan apabila pautan “dermasiswa sistem e-filing” di laman web JPA (yang digunakan oleh pelajar untuk memohon biasiswa ini) telah dikeluarkan.
Penggantungan itu membabitkan biasiswa pelajar tempatan dan luar negara.
Ia dikatakan memberi kesan kepada kira-kira 700 penempatan tahun ini.

TV3 Disindir Bodoh Kerana Siarkan Sindiran Rashid Yg Menyindir Station TV Berkenaan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Gila la krew Buletin Utama neh. Tak semak content ke sebelum lapor? Memalukan sungguh.

Semenjak dua menjak je nama Rashid tetiba top. Kat timeline FB tetiba semua orang bercakap tentang Rashid. Lepas agak-agak jemu dengan nama Rashid depa UP nama sendiri untuk dijadikan contoh/rujukan. Begitulah rakyat Malaysia. Kalau bab macam neh memang laju je participate. Ramai pula tu yang peka. Kikiki..

Nak dipendekkan cerita, disebabkan page Jadilah Seperti Rashid top, maka media mula la mencungkil-cungkil siapa watak disebalik 'Rashid'. 

Rashid memang tiru watak Be Like Bill.

Tapi Rashid neh watak yang diMalaysiakan kerana contentnya mendekati masalah-masalah atau isu-isu yang membabitkan rakyat Malaysia itu sendiri.

Antara media yang beria sangat nak tahu siapa itu Rashid ialah TV3. Lalu TV3 pun berhasil menemui beberapa jejaka di sebalik admin page kepada Jadilah Seperti Rashid.

Lalu bermula la siri admin2 Jadilah Seperti Rashid popular bak artis.

Bila dah masuk TV3 tu macam biasa. Mesti ada yang tak puas ahti punya. Yang tak puas ahti neh ada macam-macam sebab juga. Aiyooo. Pasal ini pun ada yang bertekak. Padan la menteri kau semua bergelak tawa sign TPPA kawan. Heh.

Beberapa pengguna FB mula menyindir2 admin page Jadilah Seperti Rashid kononnya bajet popular dah masuk TV3, sanggup ye korang masuk TV3.. blablabla seakan sewaktu dengannya.

Aku sejujurnya. Takde apa-apa respon. Sebab tiada apa-apa yang menyusahkan hidup aku samada page tersebut wujud, tidak wujud, masuk TV3 atau tak masuk TV3. Lantak dorang la. Bukan usik life aku pun.

Hahaha. 

Disebabkan terasa agaknya dengan komen-komen / kritikan-kritikan terhadap admin2 page JADILAH SEPERTI RASHID di ruangan komen, maka admin2 page pun karang la satu satira. Ini satira yang dimaksudkan.


Sumber gambar.

Satira berkenaan cuba meneutralkan emosi penyokong2 page yang tak boleh menerima tindakan admin2 page yang muncul di TV3. Walaubagaimanapun terlihat gagal. Pengkritik2 semakin ramai dan mereka enggan peduli/terima penjelasan admin2 page berkenaan yang muncul di TV3. Posting dengan gambar di atas tak dapat diakses pun kat page berkenaan. Maybe dah kena padam kot. Tetapi apa yang pasti sejak muncul di media, hater-hater mula lahir satu persatu.

Dan sehingga kini, kritikan terhadap admin2 page berkenaan yang muncul di tv3 masih lagi bertebaran di ruangan komen page Jadilah Seperti Rashid. Aiyoo. Ini peminat tegar ke hapa. Marah bebeno isu remeh macam neh. Cuba ko copy paste kelemahan2 TPPA lagi bagus. At least ada informasi sikit orang baca dari layan emosi2 kau semua. Hehe.

Satira yang sama turut disiarkan di TV3. Dalam segmen Buletin Utama. Lawak tak lawak juga, orang menyindir dia, dia boleh pula siarkan dengan penuh bangga. Sedar ke tak sedar TV3 tu bahawanya dia kena sindir dengan admin2 page tersebut selepas muncul di station TV mereka? Kahhhhhhh!

TV3. TV3. Terang2 kena sindir pun tak faham-faham lagi. Orang cakap. Buletin Utama tak layak ditonton pada waktu perdana melainkan segmen SUKAN aje. Sebab contentnya mengarut = Bad News.

Tak faham ke awak kena sindir?

KAH KAH KAH

Rabu, 20 Januari 2016

Desak MB Kedah Berundur, Ini Jawapan Balas Mukhriz Mahathir.


Strategi Najib nampaknya berhasil setakat neh. Akhirnya Mukhriz Mahathir beri alasan yang sama seperti Najib Razak. Bahawanya dia dilantik sebagai MB Kedah atas mandat rakyat. Sama seperti jawapan Najib kepada Mahathir dalam mengulas tindakan Mahathir yang merancang mahu menjatuhkan Najib dari kerusi perdana menteri.

Best gak tengok UMNO vs UMNO neh.

Dah bosan layan pergolakan dalaman pembangkang..
Ada juga drama dari UMNO akhirnya.
Hihi..

Berikut di bawah kenyataan media Mukhriz Mahathir dalam mengulas sidang media kesemua ketua cawangan UMNO Kedah yang berhimpun selepas melakukan mesyuarat sulit bagi mendesak agar Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai MB di Kedah atas alasan gagal menyatu-padukan UMNO Kedah.

Dalam sidang media tersebut, Jamil Khir pun ada.
Ahmad Bashah yang memang dah lama berapi dengan Mahathir pun hado.
Dan semua media pro kerajaan siarkan / laporkan berita berkenaan sebagai tajuk utama malam tadi tau..
 
Komplot baik punya.

Kahhhhh!

KENYATAAN AKHBAR
Oleh DS Mukhriz Mahathir
Saya mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada kepimpinan UMNO Negeri yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, YB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Alor Setar petang tadi.
Kedudukan saya sebagai Menteri Besar adalah atas mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan juga atas perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah setelah dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri.
Saya menyerah kepada Rakyat jelata untuk menilai prestasi dan keberkesanan kerja buat saya bersama kepimpinan parti seluruh negeri sejak hari pertama Barisan Nasional kembali mentadbir Kerajaan Negeri Kedah pada pilihanraya umum ke13.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, saya memegang amanah untuk berkhidmat dengan sebaiknya demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Rakyat dan pengundi jua yang akan menilai kemampuan pentadbiran saya.

DATO’ SERI HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Alor Setar
20 Januari 2016

Saman Fitnah - Nasruddin Bidas Lim Guan Eng Kaw2 - Kenapa Minta Selesai Luar Mahkamah Jika Nasruddin Menfitnah, Soalnya.


Semalam pegawai khas undang-undang kepada Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan seperti amaran kepada Nasruddin kerana Nasruddin dikatakan cuba mengelirukan umum dengan isu penyelesaian saman di luar mahkamah.

Ini apa yang disampaikan oleh pegawai tersebut untuk edaran media ;

Kenyataan Akhbar oleh Raja Syarafina Raja Shuib, Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Lim Guan Eng pada 19.1.2016, KOMTAR

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang telah menarik balik tuntutan saman fitnah beliau terhadap Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Temerloh, YB Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi (“Defendan”) (Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Guaman Sivil No. 23NCVC-15-10/2014) berhubung dengan suatu artikel bertajuk ‘Apa Beza Kidex dan Terowong Pulau Pinang’ yang ditulis dan dimuatnaik oleh Defendan ke laman Facebook-nya pada 6.8.2014 (“Artikel tersebut”).

Penyelesaian damai antara pihak-pihak menerusi suatu Perintah Persetujuan (Consent Judgment) bertarikh 18.1.2016 di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Lim Chong Fong ekoran daripada permohonan penyelesaian dari Defendan dan persetujuan Defendan untuk:- 

(a) Defendan menzahirkan kekesalan beliau di hadapan Hakim dan hadirin yang hadir dalam Mahkamah mengenai kandungan Artikel tersebut yang telah mengakibatkan salah faham terhadap YAB KM.

Kenyataan yang diutarakan oleh Defendan dan seperti yang direkodkan oleh pihak Mahkamah yang Mulia serta disahkan kembali oleh Defendan berbunyi seperti berikut -

“Menghadiri perbicaraan hari ini dan setelah meneliti dokumen yang dikemukakan ke Mahkamah, saya kesal artikel saya mencetuskan salah faham terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang. Pihak pihak bersedia untuk tidak memanjangkan kes ini dengan menarik balik artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang lalu yang didapati tidak mempunyai asas ke atas Ketua Menteri; dan

(b) Defendan membayar RM10,000 kepada YAB KM sebagai kos.

Memandangkan saya sendiri telah menyaksikan rentetan peristiwa yang membawa kepada penyelesaian damai tersebut di Mahkamah Tinggi semalam, pastinya ramai yang terkilan termasuk saya dengan tindakan YB Ustaz Nasrudin menulis suatu rencana susulan bertajuk ‘Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown – Kes diselesaikan di luar mahkamah’ yang boleh diakses melalui laman web http://www.pas.org.my/arkib/ketua -penerangan/7338-catatan-dari-mahkamah-tinggi-georgetown-kes-diselesaikan-di-luar-mahkamah.

Samada rencana tersebut ditulis dalam kealpaan atau kecuaian yang disengajakan, YB Ustaz Nasrudin tidak seharusnya memutar-belitkan fakta dan/atau memperlekehkan kebenaran dalam usaha beliau untuk menegakkan benang yang basah. Harus ditekankan disini bahawa:–

(a) walaupun prosiding guaman terhadap YB Ustaz Nasrudin dijadualkan untuk berlangsung semalam dan hari ini, YAB KM masih menerima jalan penyelesaian damai yang dicadangkan oleh pihak Mahkamah. Dalam pada ini, YB Ustaz Nasrudin hanya perlu, antara lain, meminta maaf akibat tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap YAB KM dalam Artikel tersebut;

(b) meskipun YB Ustaz Nasrudin tahu dan/atau patut tahu dari dokumen-dokumen yang difailkan untuk tujuan perbicaraan bahawa Artikel tersebut sememangnya merupakan fitnah beliau terhadap YAB KM, YB Ustaz Nasrudin enggan memohon maaf daripada YAB KM. Malah, YB Ustaz Nasrudin juga sebenarnya enggan untuk menyuarakan kekesalan beliau terhadap salah-faham yang telah dicetuskan akibat daripada Artikel tersebut; dan

(c) andainya YAB KM mementingkan kepentingan dirinya semata-mata dan enggan menerima kenyataan ‘kekesalan’ daripada YB Ustaz Nasrudin, tidak mungkin penyelesaian damai boleh berlaku sama sekali.

Sekiranya YB Ustaz Nasrudin yakin bahawa Artikel tersebut bukan merupakan fitnah terhadap YAB KM, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada YAB KM? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, pihak YAB KM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

RAJA SYARAFINA RAJA SHUIB

Pegawai Khas Undang-undang kepada YAB Ketua Menteri Pulau Pinang

Walaubagaimanapun, pihak Nasruddin bertindak menafikan kenyataan tersebut. Menerusi laporan portal KLEXPRESS, Nasruddin dipetik sebagai berkata ;

MEREKA saman saya kemudian, mereka mahu selesaikan kes ini di luar mahkamah. Beberapa kali mereka berunding supaya keluarkan kenyataan mohon maaf dan akan tarik balik saman.

“Realitinya sejak setahun lalu , pihak peguam saya telah menerima beberapa surat tawaran daripada Guan Eng supaya memohon maaf terbuka, sejak itu saya tegaskan bahawa tiada sebab untuk memohon maaf kerana saya tidak memfitnah."

Demikian tegas Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini yang mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang bertindak menyaman beliau sedangkan bersungguh-sungguh meminta kes fitnah itu diselesaikan di luar mahkamah dengan memohon maaf seolah-olah seperti ingin memperlihatkan pemimpin Pas tersebut mengaku bersalah.
Menurut Nasrudin, saman itu mendakwa beliau telah memfitnah Guan Eng dalam satu artikel bertajuk `Apa beza KIDEX dengan Penang Tunnel?’ yang bertarikh 6 Ogos 2014.

Tegasnya, beliau pernah menimbang situasi itu tetapi membuat keputusan tetap tidak akan memohon maaf kerana masih berpegang kepada prinsip bahawa beliau tidak pernah memfitnah Guan Eng menerusi artikel berkenaan.

“Bukan kerana degil tetapi kerana saya tidak memfitnah Guan Eng dalam artikel saya sebagaimana yang didakwa dalam writ saman yang dikemukakan kepada saya.

“Malah dalam prosiding, saya nyatakan terus terang kepada Yang Arif Hakim bahawa saya tidak akan memohon maaf atas dakwaan fitnah dan berhasrat supaya perbicaraan kes diteruskan,” katanya.

Jelas Nasrudin, akhirnya Guan Eng bersetuju untuk selesaikan kes berkenaan di luar mahkamah tanpa perlu beliau memohon maaf.

“Pada akhirnya, kami bersetuju dengan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah sebanyak RM10,000 ditanggung defendan.

“Kalau ada pihak yang masih mempersoalkan dan tidak berpuas hati, maka eloklah mereka mempersoalkan pihak yang menyaman yang mendakwa saya memfitnah bersungguh-sungguh tetapi memohon kes diselesaikan di luar mahkamah.

“Sedangkan saya sedia untuk perbicaraan pada bila-bila masa, ini persoalan yang patut mereka angkat ke langit terbuka, Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah, selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir,” katanya.

Dalam pada itu, ahli-ahli PAS juga giat menyebarkan kenyataan di atas.

Hehe..

Ringkasnya ;

1. LGE bersalah. Beria memujuk selesai luar mahkamah. Nasruddin tidak bersalah. Pertahankan diri.

2. Nasruddin tidak menfitnah.

3. Dia bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah (atau mungkin dipaksa untuk bersetuju kot? Hehe) bagi membuktikan dia benar-benar tidak bersalah dan melakukan apa-apa fitnah.

Sekian.

KAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...