Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 16 September 2015

Nik Abduh Hadir Himpunan Merah Lapor TMI, Bas PLKN Digunakan Bawa Peserta & Peserta Baling Botol Ke FRU.

40,000 hingga ke 42,000 ribu peserta Merah yang hadir ke perhimpunan Melayu Bersatu. Itu culaan yang dilaporkan oleh beberapa portal online termasukla Malaysiakini, Free Malaysia Today dan The Malaysian Insider di antara jam 3 - 3.20 petang tadi.

Angka sebanyak itu dan menyokong UMNO pula tue, perhimpunan ini boleh dianggap berjaya sebenarnya. Tetapi, disebabkan ada di antara mereka yang dikerah ataupun disponsor untuk hadir maka susah juga kita nak kata perhimpunan ini berjaya.

Tapi untuk 42,000 pro UMNO berada di atas jalanan, bukan kerja senang ek. Budak2 UMNO paling pemalas nak mampos untuk berdemo sebenarnya.

Ajak demo lawan GST, malas.
Ajak demo lawan korupsi, malas.
Ajak demo lawan kezaliman, malas.
Ajak demo lawan rejim tindas orang miskin pun depa malas.

Tapi tak sangka pula demo tentang bangsa dan kutuk DAP kemain rajin depa serbu. Memang ini kot focus matlamat mereka dalam dunia neh. Melalui poster-poster yang tersebar dan laungan peserta Merah, kutukan, kritikan, kemarahan dilemparkan terhadap LGE, LKS dan DAP secara spesifiknya.

Bukan la ditujukan kepada cina secara general, hanya cina DAP je yang jadi sasaran kemarahan dan kritikan mereka. Kritikan terhadap PKR, PAS, PAN dan PSM takde langsung kelihatan (ketika ini la). Maka boleh la diklasifikasikan demo Merah neh ialah demo yang khusus untuk meluahkan protes terhadap DAP semata-mata.

Hihi.

Dalam pada itu, Datuk Razali Idris, pengerusi GKR (Gerakan Kebangkitan Rakyat Terengganu) menganggarkan peserta MERAH yang hadir berhimpun telah pun mencecah 300,000 ribu orang. Huk aloh. 

Culaan MERAH mungkin bersandarkan kepada sebaran beberapa gambar & rakaman video.

Tengok ;

 



Pendapat aku secara peribadi, andai yang ramai-ramai hadir berdemo tue benar2 ikhlas memperjuangkan apa yang mereka percayai, aku raikan hak dan kebebasan mereka kerana mereka memang berkelayakan untuk berpendirian sedemikian. Ini negara demokrasi kan. Tetapi, seperti itu juga la hak pembangkang untuk berdemo perlu diraikan. Lantak la samada siapa paling ramai siapa tak ramai siapa yang sedikit bagi aku itu tak sepenting seperti mana pentingnya isu yang diperjuangkan. So lue masing2 fikirlah sendiri ek.

Oke. Dalam ramai-ramai yang hadir tue, mereka diangkut dengan pelbagai jenis bas sebenarnya. Kat situ dah save ;

- Kos pengangkutan

- Masa, sebab dibawa pergi dan balik kan.

Tapi guna duit sapa semua tue ek? 

Menurut sebaran twitter ;



1. Bas2 PLKN turut kelihatan mengangkut peserta2 Merah ke beberapa lokasi perhimpunan.

2. Update dari Malaysiakini pula mengatakan bahawa pihak PLKN menafikan agensi mereka terlibat dalam perhimpunan tersebut dan penggunaan bas PLKN sebenarnya melibatkan pihak ketiga. Perkhidmatan bas PLKN disediakan kepada agensi berkenaan sebagai 'perkhidmatan luar & berjadual berdasarkan kontrak'. Bukannya dimiliki oleh agensi PLKN secara langsung. Ini bermaksud mana-mana pihak selain PLKN berhak menyewa dan menggunakan bas dengan logo PLKN untuk aktiviti lain selain dari PLKN.

Di samping itu, TMI melaporkan Nik Abduh hadir ke perhimpunan Merah sebentar tadi selepas difitnah oleh beberapa page pro BN pada awal tengahari tadi.



Pada awalnya, gambar di atas disebarkan oleh geng2 UMNO. Yang sebenarnya, ini himpunan pembangkang la. Tak silap aku lawan GST masa MAYDAY. Menurut blog Omakkau, geng2 PKR turut sebarkan gambar fitnah di atas. Adoi. Sebelum tue dok sebarkan fitnah dari blog UMNO AAKJ now sebarkan fitnah dari page pro BN. Memang kebencian berlandaskan nafsu dan emosi semata2 je ke macam mana neh? Satu lagi. Kat sudut paling tepi ada muka Azmin Ali. Perasan tak? Sebelah kiri, perasan tak? Memang takde. Sebab kat sebelah kanan sebenarnya. Muahahaah.

Namun, meskipun gambar di atas adalah fitnah, tetapi THE MALAYSIAN INSIDER MELAPORKAN BAHAWA NIK ABDUH HADIR KE PERHIMPUNAN MERAH TAU.

Ini screenshot dan link berita rujukan aku ;



Rujukan sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/langsung-ribuan-berkumpul-di-kl-untuk-perhimpunan-baju-merah

Takde gambar. At least ketika ini aku tak nampak apa2 gambar yang menunjukkan Nik Abduh hadir ke perhimpunan tersebut. Aku taknak cakap apa-apa. Aku tunggu sebaran gambar. Tunggu penjelasan Nik Abduh. Kat fb dia pun dia tak update apa-apa. So relax dulu.

Ini pula rakaman video pro Mahathir kena halau dengan pro Merah tadi.


Merah Halau pro Mahathir.
Apabila kita dihujung kuasa, penyokong kita pun kena halau. Agaknya ini la yang dirasai oleh penyokong2 Anwar ketika berlawan dengan penyokong2 Mahathir suatu ketika dahulu.Video oleh Suara TV - Penyokong Mahathir kena halau dengan kumpulan Merah.
Posted by Ameno World on Wednesday, September 16, 2015

Updated. 


1. Tadi kat beberapa portal berita melaporkan kumpulan MERAH telah merempuh beberapa halangan polis untuk masuk ke Bukit Bintang, ke Lot 10 dan berjalan ke arah Low Yatt walau bagaimanapun polis berjaya menghalang mereka di hadapan Low Yatt dengan membuat penghadang manusia. 

2. Sungguh pun kelihatan FRU di sana sini, nampak gayanya tiada apa2 tindakan diambil terhadap kumpulan MERAH yang memecah masuk ke jalan2 tertentu meskipun larangan tidak memasuki Bukit Bintang telah dikeluarkan oleh PDRM. Huk aloh. Double standard apa neh beb.

3. Kat PS, POLIS terus berkawal walaupun CROWD nak serbu ramai2. 

4. Seperti di Low Yatt, suasana PS juga tegang dan POLIS telah membuat halangan manusia bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

5. Namun terdapat beberapa pihak dari kalangan MERAH menyabarkan kumpulan MERAH agar tidak merempuh halangan polis untuk memasuki PS dan jalan menuju Low Yatt.

6. Pintu masuk dan keluar ke Low Yatt juga dikawal rapi oleh polis dan beberapa kedai telah menamatkan operasi perniagaan mereka kerana bimbang diserang/dicederakan oleh kumpulan MERAH.

Updated lagi.

7. Laungan DAP BANGSAT terus dinyanyikan oleh peserta2 perhimpunan MERAH.

8. Sebahagian dari mereka beransur2 pulang menuju ke bas masing2. Walaupun perhimpunan dikatakan akan berlangsung sehingga jam 6 petang.

9. Malaysiakini melaporkan peserta perhimpunan MERAH buang sampah merata2. Mungkin disebabkan kekurangan tong sampah. Ini berapa ribu DBKL nak charge agaknya ek?

Tengok gambar ;


Amboi. Dia pun buang sampah merata juga. Tapi mengutuk orang kemain lagi ye kau MERAH.

10. Malaysiakini turut melaporkan keinginan peserta MERAH yang ingin merempuh PS. Kata peserta tersebut nak kacau peniaga2 kat situ. Tetapi tinjauan mendapati hampir kesemua kedai tutup. Terang2 mengaku nak kacau tue yang tak boleh blah tue. Haha.

11. Pada jam 4.55 petang tadi, FRU kena baling botol dengan MERAH kat PS. Ooo. Korang pun dah diserap dan diresapi semangat berkobar2 nak rempuh halangan kan? So itu juga yang dirasai oleh puak2 anarki beb. Dah tue yang kau mengutuk geng2 baju hitam bagai buat apa. Bila kau semua di situasi tersebut kau juga ambil tindakan yang sama. Takde beza pun. Betul2 bercakap depan cermin korang semua neh kan.

12. Dengar khabar, FRU angin. Sembur MERAH dengan meriam air. Yeay. Rasakan mandi ayaq gatal. Maka ada la pengalaman yang sama MERAH dan KUNING.

Hihi.

Perhimpunan Merah Bakar Suar, Bawa Senjata, Kutuk Pendatang Babi.

Perhimpunan merah.

Pembukaan rasmi. 

Aku taknak sentuh apa-apa. Aku cuma nak tanya. Polis nak siasat atau taknak kenyataan lelaki yang berada di dalam video kat bawah neh. 

Kumpulan Merah Hasut Langgar Bukit Bintang
"Di Kedah, 10 ribu akan datang.Di Penang akan turun ke Kuala Lumpur sebanyak 10 ribu orang.Di N9 pun turun 10 ribu orang" - KUMPULAN MERAHHAHAHAHAHA. Kelakar betul dorang punya cakap besar.Dan polis tak siasat ke neh?"Biar ada permit atau takde permit, kita akan terus langgar Bukit Bintang" - KUMPULAN MERAH N9Itu bukan hasutan untuk berbuat kekacauan ke macam mana?
Posted by Ameno World on Tuesday, September 15, 2015
Dia sebut, "biar ada permit atau tiada permit, kita akan terus langgar Bukit Bintang".

Bayangkan jika Adam Adli yang menyebut begitu? Hishammudin Rais, Maria Chin, Rafizi atau geng2 pembangkang, agak2 korang laju ke tak laju PDRM keluarkan statement untuk menyiasat?

Oke, begini. Aku tak menyokong akta hasutan terhadap mana-mana individu. Cuma yang aku nak tekankan ialah keadilan. Kenyataan yang lebih kurang serupa jika dibuat oleh geng2 pembangkang, selalunya laju2 je mereka kena siasat tetapi jika puak2 dorang yang buat, apa tindakan pun takde. Ini adil ke tak? Cuba korang semua fikir.

Itu malam tadi punya cerita. Ini pagi punya kisah pula. Sejak dari awal pagi perhimpunan Merah dikenali dengan nama perhimpunan 'BAS' dek gambar berikut ;





Bukan kita menyindir mereka berhimpun menaiki bas kerana kita neh pun pergi berdemo menaiki bas juga. Tetapi bas kita berhenti di pusat perhentian bas mereka pula dekat dengan lokasi perhimpunan. Kenapa? Kena angkut ramai-ramai ke macam mana? 

Kalau korang tengok gambar tue dengan teliti, jalan macam ditutup. Takde kenderaan lain selain dari bas. Woah takde rugi-rugi ke menyusahkan pengguna jalanraya ke macam mana?

Hehe.

Dan menurut kemaskini dari portal Malaysiakini, terdapat beberapa insiden yang dilakukan oleh kumpulan Merah.

Yang pertama.

- Ketika di Jalan Tun Ismail, seorang peserta berbaju merah diminta untuk mengikut pihak polis kerana disyaki membawa senjata. 

Yang kedua.

Seorang lelaki dikejar kerana membawa poster Tun Dr Mahathir Mohamad. 
Seorang petugas keselamatan yang mengawal perhimpunan itu berkata lelaki terbabit mahu memprovokasi.
Yang ketiga.
- Ashikin Yunus, 53, dari Johor mengecam ahli politik DAP Lim Kit Siang serta BERSIH sambil meminta mereka menghormati Melayu.
"Bersih ni Bershit. Cukuplah. Pendatang tetap pendatang, babi tetap babi," katanya.


Makcik mikin neh betul2 biol. Istilah pendatang tak boleh digunakan lagi terhadap kaum cina dan india kat negara neh. Mereka ialah taraf warganegara seperti melayu. Taraf warganegara diberikan kepada kaum-kaum tersebut oleh pimpinan2 UMNO juga. Jadi kalau makcik Mikin tak puas ahti sangat p la maki pemimpin2 UMNO yang terdahulu. Apa kaitan dengan BERSIH dan DAP kan. 

Makcik Mikin takde kawan2 cina dan india ke atau kawan2 yang berkahwin dengan cina dan india? Ini kalau kawan2 makcik Mikin baca statement makcik kat Mkini mesti dorang malu sangat ada kawan macam makcik Mikin. Dan tua2 pun buat kerja meroyan.

Ini pula kes geng Merah bakar suar.



Selain poster yang membangkitkan sentimen 13 Mei, terdapat geng Merah yang bakar suar. Aku tak kata tindakan dia salah tetapi aku kadang naik bengang juga. Bila anarki bakar suar kemain lagi dorang kena titik kat media seolah2 macam membuat keganasan.

Tapi tak nampak pula aksi Merah neh berbeza dengan Hitam. Korang neh memang pakar bercakap dengan cermin ke apa? Dah semua sama je so tak payah kutuk orang lebih2.

Ini pula notis kerahan ek?



Padan la berlambak2 bas berhimpunan tadi. Itu kalau baru satu organisasi yang dikerah hadir. Kalau ber-organisasi-organisasi yang dikerah hadir berapa banyak bas yang diperlukan? Berapa banyak peruntukan yang dihabiskan? 

Memang buat kerja takdak faedah.

Dan punya terbukti pemimpin PARTI UMNO pun SUPPORT, Ahmad Maslan mai turun jam 11 pagi lebih tadi ;



Siap ada tandas bergerak lagi kat Padang Merbok. Dapat sokongan jitu la katakan.

Wartawan Malaysiakini buat culaan jam 1 petang sebentar tadi. Setakat neh 20,000 geng2 Merah berhimpun dan berada di atas jalan sekitar KL.

Belum pukul 2 petang lagi. Ikut rekod, perhimpunan neh boleh dianggap berjaya bagi mereka berdasarkan kepada jumlah kehadiran dan sokongan.

Bukan senang puak2 UMNO nak himpun 1,000 sekalipun. Ini pula 20,000. Walau guna taktik kerahan.

Hehehe.

Btw, ini video makcik Merah yang dok mengutuk2 orang babi tadi. Amboi. Babi sana babi sini lepas tue takbir. Apa benda yang makcik neh cuba tunjukkan sebenarnya eh? Lue fikirlah sendiri ek. 

Kah kah kah

Kbai.

Video 1 dan video 2.

Dapig is babi - Makcik Merah
Makcik Merah lepas maki DAP terus bertakbir. Adoi. Kelakar betul la.
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Tuesday, September 15, 2015

Keluarga Susah Ini Mencari MP Taiping, Anak Nak Sekolah Pun Takde Baju - Tolong Carikan Nga Kor Ming.

Episode pertama ;

Siapa yang berkemampuan boleh siasat dan bantu perkara ini? Lokasi Taiping.

Oleh : Komrad Sivaranjani Manickam

Tadi semasa saya minum di satu kedai, seorang mak cik membawa satu cerita sedih kepada saya tentang sebuah keluarga yang hidup dalam kemiskinan tegar di Taiping sehingga makan minum pun susah. Anak-anak yang pergi sekolah pun hanya mempunyai satu helai baju dan selalu diejek di sekolah keraja bajunya kotor. Mak cik itu juga kata sekarang sekali sekala keluarga itu mendapat bantuan makanan dan duit dari UMNO (one off apabila ada perayaan).

Mak cik yang sembang dengan saya hanya minta satu pertolongan sahaja. Adakah kita boleh bantu anak-anak yang pergi sekolah itu dengan membeli baju-baju sekolah.

Nama ibu tunggal : Norhasmah Nordin (memang dia tiada hp number)
Alamat : No. 15/1A, Blok A, Flat Taman Bersatu, Kg.Boyan, 34 750 Taiping, Perak.

Oleh kerana ibu tunggal ini tiada h/p, mak cik yang sembang tadi memberi nombor saudara dia, yang juga jiran kepada ibu tunggal ini. Nama saudara ini ialah Noraishah 019-5536808.

Saya berharap kita boleh buat sedikit bantuan ini atau rujuk kepada mana-mana NGO di sekitar Taiping untuk membuat.

Terima kasih comrades.

Posting di atas geng PSM punya sebaran.

Sumber.

Then ;


MP Taiping ada dimaklumkan menerusi posting berkenaan.

Kemudian ;



Apa yang berlaku ;

1. Laporan PSM Siva disebarkan oleh PSM Aduka dan ada pihak yang turun ke lokasi yang dinyatakan untuk mengesahkan samada maklumat itu benar ataupun palsu.

2. Hasil siasatan mendapati bahawa maklumat yang disebarkan itu benar.

3. Dengan beberapa penambahan maklumat baru.

4. Ketua keluarga sakit.

5. Sewa rumah pun tak mampu bayar. Air dah kena potong.

6. Bil api tertunggak.

7. Baju sekolah anak2 lusuh dan koyak.

8. Keadaan mereka memang agak daif dan miskin. Makan minum pun agak mengharap pada jiran.

9. Pernah mengharap pada JKM namun jawapan yang diterima tidak menyebelahi keluarga tersebut.

Oke. Selepas beberapa tempoh waktu berlalu, takde respon dari MP Taiping. Hari2 update facebook cari salah PAS dan BN pun takan tak boleh respon bila orang tag fb dia. Pelik aku.

Jadi pendapat aku ;

- Sapa2 yang dok Taiping dan ingin menghulurkan bantuan, boleh ke alamat yang dinyatakan.

- Sapa2 yang boleh contact MP Taiping directly, tolong maklumkan mengenai kesusahan family ini.

- Sapa2 yang ada contact JKM area Taiping, minta mereka re-submit semula permohonan bantuan untuk keluarga tersebut. At least lepas duit sewa, bil api, air. Mungkin boleh bantu si ibu mencari kerja berdekatan rumah & anak2 dapat bantuan zakat di sekolah bagi meringankan beban.

- Sapa2 ada no contact wartawan, paste aje cerita neh kat dia untuk lapor.

Kerjasama anda semua amatlah dihargai. Terima kasih ek. 

Kbai.

Selasa, 15 September 2015

Pegawai Khas Rosmah Nafi Najib, Rosmah Cabut Ke Luar Negara Pada Sambutan Hari Malaysia.


"Malam esok PM akan bersama rakyat di Padang Merdeka, Kota Kinabalu untuk Majlis Sambutan Hari Malaysia."

Itu kata-kata yang dilontarkan oleh Rizal Mansor, pegawai khas kepada Rosmah Mansur dalam menjawab kritikan terhadap Najib yang kononnya sedang melarikan diri ke luar negara bersempena dengan sambutan hari Malaysia yang dijadualkan pada 16 September (esok).

Kata Rizal Mansor menerusi laman sosialnya ;
Shahbudin Husin BOHONG bila mengatakan PM berada di luar negara ketika sambutan Hari Malaysia..
PM ketika ini sedang melakukan lawatan kerja ke Sarawak dan akan berlepas ke Kota Kinabalu petang nanti..

Ini berikutan tindakan Shahbudin yang melaporkan Najib ke luar negara ketika sambutan Hari Malaysia berlangsung. Shahbudin mempersoalkan tindakan Najib yang tidak menghadiri perhimpunan rakyat (melayu) bersatu yang dianjurkan oleh kumpulan merah bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib.

Kritikan tersebut dilaporkan oleh portal FMT yang dipetik menerusi laman blog milik Shahbudin ;
Ketika rakyat diseru menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September bagi menzahirkan sokongan kepada kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiada di dalam negara.
Pada tarikh yang sama Hari Malaysia disambut, beliau berada di London sebelum bertolak ke Amerika Syarikat bagi menghadiri mesyuarat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berikutan ketiadaan orang nombor satu dalam perhimpunan pro kerajaan itu, ia menjadi tanda tanya siapa pemimpin kanan lain yang turut serta.
Persoalan itu dibangkitkan bekas Naib Ketua UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Katanya, adalah tidak adil jika pihak yang menyokong sahaja yang hadir sedangkan yang disokong tidak menampakkan diri.
“Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO dan kerajaan juga masih belum kedengaran janji mereka untuk menghadiri perhimpunan itu yang tujuan besarnya ialah untuk menyatakan sokongan kepada Najib dan kerajaan yang sedang dipimpinnya,”tulis Shahbudin.
Bahkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang menyeru rakyat menghadiri perhimpunan bagi menzahirkan sokongan kepada kerajaan dan para pemimpinnya, siang-siang lagi memaklumkan tidak dapat hadir.
Kata Ku Nan, ia bertembung dengan program beliau yang lain.
“Habis, siapa pemimpin UMNO dan kerajaan yang hadir nanti? Adakah Zahid? Hishammuddin? Khairy Jamaluddin? Yang lain-lain?
“Pemimpin yang sudah terbuang, Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, adakah teringin untuk datang sama?
“Berapa ramai menteri yang akan menunjukkan muka agaknya?,”soalnya di shahbudindot.com. -FMT

Oke. Bab Najib nak hadir ke perhimpunan melayu ke apa ke lantak la. Aku tak kisah pun dia nak buat apa. Tapi yang dok sebar kata dia ke luar negara tue buat apa. (Harap2 Rizal Mansor mmg nyatakan benda fact) Tak memasal aje kan. Dak2 pembangkang bukan pedulik pun si Najib nak hadir demo kumpulan merah ke taknak. Tapi mereka lebih peduli isu penting seperti jika Najib ke luar negara ;

- Naik apa?

- Berapa lama?

- Dengan siapa?

- Penting ke?

- Kos berapa?

Kan itu semua kos-kos yang ditanggung marhaen. Maka itu isu pada kami.

Puak2 UMNO punya bebal sampai persoalkan kepentingan Najib menghadiri perhimpunan tersebut berbanding isu2 penting. Memang low class depa neh.

Dah sebar benda bukan2 lepas tue nama pembangkang gak kena pickup. Ini taktik biasa yang mana nak mengalihkan kesalahan pada puak2 pembangkang.

Sejujurnya juga la. Jika Najib ke luar negara pada hari tersebut, aku akan beranggapan Najib nak melepas tangan terhadap apa jua provokasi yang bakal timbul kesan dari tindakan perhimpunan tersebut. Persepsi ini memang ada. Tak mao la aku nafikan juga.

Tetapi aku tak fikir perhimpunan merah akan ;

- Mendapat sambutan

- Berlaku apa2 perkara negatif

- Kalau ada gaduh2 pun mesti dah dirancang secara awal untuk tarik simpati & perhatian umum

Contoh kes ;


Ini semua taktik-taktik propaganda bagi menaikkan semangat melayu agar menghadiri perhimpunan tersebut je. Kalau nak hadir, hadir la. Hak korang, demokrasi kan. Walaupun tujuannya tersangatnya lawak. 

Tetapi takde la KL boleh lumpuh. BERSIH 3 yang ramai, siap main kejar2 dengan FRU pun tak lumpuh. Ini kan pula seciput dua yang berdemo. Jadahnya KL boleh lumpuh. Agak2 la nak propa pun.

Bab geng2 UMNO yang dikerah dan akan terima bayaran jika menghadiri perhimpunan tersebut, aku ada banyak sebab nak percaya bahawa perkara itu bukannya mustahil.

Orang yang ada pengalaman, atau orang yang mana kawan2 dia, sedara mara dia, suku sakat dia, pernah dibayar untuk hadiri apa2 program dan himpunan geng2 UMNO neh akan tahu samada perkara neh benar atau tidak.

Kalau kita tak pernah buat, susah orang nak percaya. Tapi bukan sebab kita memang selalu buat ke, itu yang sampai orang begitu mudah mempercayai sebaran di laman sosial, tak gitu?

Apa-apa pun aku tak sabar-sabar nak tengok monyet2 merah beraksi besok. Maki Mahathir sudah. Silat angin sudah. Seni pertahankan pukul diri sendiri sudah. Nafi anjur program lepas tue muka itu juga keluar siang malam dok citer tentang perhimpunan juga sudah. Sesi rempit sambil jelajah cari sokongan pun sudah. Jemput cina dan india hadiri perhimpunan pro melayu pun sudah juga. Apa lagi agaknya lawak yang akan mereka persembahkan esok? Itu yang buat aku bersemangat nak follow. Mesti kelakar wei. Tergugat Jozan ko tengok neh.

KAH KAH KAH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...