Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Januari 2012

Pandangan Ustaz Fathul Bari mengenai perlantikkan Khalid Ibrahim sebagai Exco Agama.

WOWW..

Macam tak percaya pula.. pandangan yang sangat2 adil dan tepat. Lihat bawah neh sendiri beb ;


Antara point2 ustaz yang aku respect ;

1. Bersangka baik, mungkin kerana pru nak dekat maka tak sempat nak cari calon yang bersesuaian untuk jawatan tersebut.

2. Bersangka baik, mentang2 lah dia dari pkr, janganlah nak assume dia tak reti agama.

Sebelum2 neh ada geng2 dari pas yang marah2 kekonon nya khalid ibrahim tak layak bagai larh pegang jawatan neh.. bagi aku hujah2 ustaz neh ada tepatnya. Aku pun bukan nya pro pkr dan khalid ibrahim dalam isu neh yer, tapi ada masanya pas kena gak terima realiti dan hakikat bahawa exco agama neh bukan hak milik rasmi parti pas.

Pas kena berlapang dada dan aku rasa pas juga perlu buat pembaruan dengan menekankan konsep islam for all dengan mencari peluang agar boleh jadi exco selain dari exco agama. Kena usaha kan benda tue agar rakyat melihat selain dalam bidang agama, pas juga berbakat dalam bidang yang lain.

Apa pun macam tak percaya pula ustaz fathul bari makin terbuka.. hehehe nice beb. Bai.

Ameno : Good..

Haram jatuhkan pemerintah dengan undi? Bila masa ustaz Idris Sulaiman sebut begini?

Aku dah tengok video neh sampai habis. Takde sepatah haram pun ustaz bagitau haram jatuhkan pemerintah waima dengan undi sekalipun sebagaimana tajuk video neh. Aku tak nafikan pandangan ustaz neh agak bercelaru dan mengelirukan penonton tetapi still benda yang ada pada tajuk itu tiada dinyatakan dalam kuliah di dalam video bawah neh ;



Serang ikut topic bermaksud berbahas ikut topic. Kalau ikut apa yang aku nampak, ustaz neh diserang sebab konon nya dia menyatakan bahawa haram jatuhkan pemerintah waima dengan undi sekalipun walhal benda tue tiada langsung dalam video di atas neh. Nada. Obso. Takde beb. Takde. Aku dah tengok memang takde.

Ramai gile maki hamun ustaz neh. Tajuk neh diletakkan oleh si abu aqif yang kerja dia asyik melaga2kan para ulama je. Itu je yang dia suka buat. Dia nak sokong umno? Takde hal. Ustaz neh nak sokong umno? Takde hal. Nak sokong? Sokong larh. Tapi jangan sampai memutarbelitkan keterangan dan menggunakan islam bagi menampakkan bahawa ko di pihak yang benar.

Apa maksudnya disini?

1. Video di atas neh ada bagitau kita kena taat pada pemimpin2 yang zalim. Dia cakap ada dalilnya.

2. Dalam masa yang sama dia juga bagitau taat pada pemimpin2 yang zalim hanya berlandaskan perkara2 yang baik sahaja, perkara2 yang mungkar, ko jangan taat.

3. Kesimpulan neh dia ambil setelah menghimpunkan kesemua hadis dan dalil2 dengan menggunakan hujah bahawa umat islam wajib beriman dengan kesemuanya bukan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain pula.

Apa maksudnya?

Maksudnya, jika pemimpin zalim => kita kena taat.

Jika pemimpin zalim itu melakukan kebaikan ==> kita kena taat.

Jika pemimpin zalim itu melakukan kemungkaran ==> kita jangan taat.

Kesimpulan nya ==> taat najib + bn time depa buat benda baik, time depa buat benda tak baik, jangan taat.

Bukan kah memang selama neh yang kita buat? Ada sapa2 pergi bakar rumah najib semata2 dia bersolat ka? Ada sapa2 pergi serang balai polis semata2 kerajaan ketatkan undang2 cegah jenayah ka? Ada sapa2 buat begitu? Mana ada beb.

So, sampai disini hujah2 ustaz neh memang relevant dan sesuai walaupun dia seolah2 cuba spinning sana sini dan ia dilihat seperti mengelirukan penonton tetapi tiada sebab kita nak marah sebab kita tidak melakukan apa2 perkara yang salah berkenaan dengan dalil2 yang dikemukakan dalam soal mentaati pemerintah yang zalim.

4. Dia juga menegaskan bahawa untuk menentang pemimpin2 yang zalim neh perlu bersandarkan kepada bukti dan hujah kuat berserta dalil yang membenarkan tindakan kita. Maksudnya disini ialah kalau bab2 peribadi, najib lupa baca bismillah ketika makan, tak pakai serban, agak2 lah oiit nak jatuhkan dia. 

Kalau taknak taat pemimpin, mestilah bersandarkan kepada bukti yang kukuh. Inilah yang kita yang buat selama neh. Bukti, hujah dan keterangan bagi membenarkan kata2 kita. So aku taknampak pointnya di mana kita perlu melalak maki hamun ustaz idris bila dia pointkan hujah2 neh. Melainkan korang tak buat dan patuh sebagaimana yang dia sarankan di dalam kuliahnya, mungkin ada larh sebab korang nak rasa melalak. 

5. Bab bersubahat turut disentuh oleh ustaz neh.  Ustaz neh sedang menggunakan dalil2 bagi membenarkan tindakan dia agar kita patuh pada bn walaupun memang itulah yang kita buat selama neh. Kalau tak patuh dah lama pergi bakar rumah2 pemimpin bn.  Patuh bukan bererti jangan berdemotransi. Jangan salah faham.

Patuh bererti ko taat kepada undang2 yang diprinsipkan dalam perlembagaan yang diamalkan oleh sesebuah negara. Pemimpin ialah penerima amanah bagi menjaga prinsip perlembagaan neh. Taat pada pemimpin itu bukan bererti ko taat pada batang tubuh pemimpin. Taat pada pemimpin itu bererti ko taat pada buku undang2 yang telah disepakati. 

Yang neh ustaz dah terlepas pandang. Bab neh hujah2 ustaz sangat tidak relevant. Instead of maki hamun adalah lebih baik kita bidas hujah ustaz neh dengan menggunakan cara yang matang. Maki hamun seme orang boleh buat tetapi maki hamun tidak akan mengclearkan kecelaruan dalam statement ustaz dalam video di atas neh.

Dalil ustaz dalam urusan subahat itu tepat, tafsiran ustaz juga tepat tetapi cara ia patut diamalkan adalah salah. Apa yang pakatan rakyat buat ialah kita berlepas diri daripada kezaliman pemerintah mengikut prinsip undang2 yang telah ditetapkan. Kita tak langgar mana2 prinsip perlembagaan bagi menzahirkan kezaliman pemerintah. Kita melakukan semua nya mengikut lunas dan prinsip undang2.

Tidak pernah ada lagi mana2 saranan suruh kita pergi bunuh najib, bunuh pemimpin2 bn dan sebagainya. Tidak pernah ada. Kita memerangi mereka menggunakan cara yang betul dengan bukti yang betul. Bukan bukti rekaan or fitnah semata2.

Tetapi apa yang ustaz sampaikan disini ialah kita kena berlepas diri daripada kezaliman tetapi kita kena kasih dan sayang kepada mereka yang mengamalkan kezaliman? Ini kelakar. Ustaz cakap pasal kaedah tetapi ustaz lupa kaedah yang paling penting disini.

Kaedah yang paling penting dalam menanggani isu subahat ialah ;

- Menerangkan apa itu zalim.

- Menerangkan bahawa kezaliman itu membawa kepada kemungkaran.

- Memberitahu dan menasihati pemimpin bahawa perbuatan itu mungkar dan harus dihentikan.Inilah cara kasih sayang yang betul.

- Jika pemimpin masih berdegil dan memerangi pula orang menasihati dia, maka kita kena bangkit dan memerangi pemerintah yang zalim itu.Ini juga cara kasih sayang yang betul.

- Untuk memerangi pemimpin yang zalim, kita juga akan menggunakan cara yang betul. Dan ini juga cara kasih sayang. Bukan pergi bunuh or tikam orang ek.

Ingat, kita bukan nya dalam situasi begini ;

Oii najib, lue zalim bhai, gua cadang baik lue berhenti buat kerja2 tue.

Laa.. lepak larh.. masa masih panjang.

Panjang ka pendek ka bukan isu, ada rakyat dizalimi neh.. lue jangan buat begini beb.

Sabar2.. gua ada banyak benda fikir neh.

Asyik bagi alasan je.. cepatlah settle kan..

Nantilah... wa fikir dulu macam mana..

Dah lama tunggu neh.. agak2 lah oiitt..

Ko jangan desak larh.. aku neh piem.. banyak benda nak fikir taw..

Maksudnya, bila kita nasihat pemimpin, dorang balas guna alasan dan hujah2 tertentu. Ini kira pemimpin zalim yang degil tapi masih tahu berkasih sayang dengan rakyat dan cuba untuk mengubah.

Sebaliknya kita dalam situasi begini ;

Oii najib, lue zalim larh.. gua cadang baik lue jangan teruskan benda2 neh.

Apa bukti ko ada?

Neh bukti neh hah.. baik ko renti sebelum aku sebar kan..

Sebarkanlah.. ingat aku takut? Aku punya jentera media bersepah. Tahu larh aku nak spin.

Ko nak nafikan bukti neh?

Bukan sekadar nafi, terbalikkan hujah dan fitnah ko pun boleh beb.

Perlu ke?

Tak perlu sebab isa dan cefour lebih mudah dengan ko.

Nampak? Kita nak tetapkan itu neh.. kena tengok situasi. Melalui situasi2 tertentu, kita ada dalil2 tertentu bagi membenarkan tindakan2 kita. Kita juga kena tengok mudharat dari segi majoriti. Jika lebih ramai orang dizalimi, berbanding yang tidak dizalimi = majoriti dizalimi, maka suara majoriti harus didengar dan difahami.

Jadi hujah ustaz pasal subahat itu adalah longgar. Ustaz bagi dalil pasal subahat tetapi ustaz tiada dalil bagi mengadoptkan subahat dalam situasi taat kepada pemerintah zalim bila dia melakukan hal2 yang mungkar dan maksiat, itu pasal hujah ustaz idris jadi bercelaru. Kasih sayanglah, apa larh, itu seme bukan dalam konteks bercinta2an sahaja. Kasih bukan bererti meredhakan kezaliman. Kasih bererti hey geng, jom sama2 pergi syurga sana, i will recorrect u, u will recorrect me. Itu maksud kasih sayang.

6. Ustaz ada bagi pandangan pasal mudharat. Maksudnya disini jika bn jatuh, lebih banyak kemudharatan pada kita berbanding jika bn masih kekal memerintah. Ustaz tak cakap macam neh bulat2. Tetapi ahli2 dan penyokong2 umno dan pr mungkin melihat keterangan ustaz adalah seperti itu. 

Bagi pandangan aku, itu bukan urusan dan masalah ustaz secara individu. Samada ia memudharatkan ka ataupun tidak memudharatkan ka ataupun kurang memudharatkan ka, itu biar kita melihat dan menentukan melalui peti undi. Ini prinsip demokrasi yang kita sokong dan peti undi mestilah bersih dari segala unsur2 manipulasi dan penipuan untuk melihat sejauh mana mudharatnya kita bila bn bukan pemerintah lagi di malaysia neh.

7. Ustaz juga ada bagi pandangan antara mudarat2 yang bakal timbul andai menentang kerajaan, akan berlaku huru hara, tidak merasa selamat, berlaku peperangan dan etc2.  Contoh yang akan berlaku andai kita menentang pemimpin yang zalim. Ini seme contoh2 dari sudut yang negatif sahaja. Manusia neh hanya bab2 negatif ja dia nampak. Bab2 positif dia taknak pandang.

Korea dan jepun dah banyak kali tumbangkan pemimpin2 yang "tidak buat kerja". Takde pun berlaku peperangan dan huru hara. Sama gak australia dan perancis. Dorang rileks jer bertukar kerajaan apasal kita bila tukar kerajaan mesti jadi huru hara bagai?

Itu bukan pasal menumbangkan pemerintah zalim, itu dah masuk ke dalam konteks pemerintah yang zalim dah jatuh tetapi tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka dah jatuh lalu buat provokasi bagi melahirkan rasa marah, sakit ahti dan geram. 

8. Ustaz idris ada ulas jangan taat pada kerajaan negeri selangor andai kerajaan negeri selangor tidak taat kepada kerajaan pusat. Ini satu contoh yang paling penting. Ustaz memang bijak bila cakap macam neh. 

Itu sebab aku menentang bn. Isu nya mudah. Bila bn tidak mentaati pemerintah besar [Allah swt] maka siapalah aku, nak taati pemimpin2 bn? Nah, hujah dan dalil mengenai hal neh tidak perlu diperincikan lagi. Barangsiapa tidak taat kepada Allah swt, tiada daya aku nak mentaati dia. Nah, bukankah sama je dengan apa yang ustaz analogikan bab pemerintah pusat dan pemerintah negeri?


Maksudnya ;


Pandangan ustaz : taat pada negeri selagi mana negeri taat pada pusat.

Pandangan aku : taat pada pusat selagi mana pusat taat pada Allah swt.

Betul?

Yang baik dari ustaz, kita ambil. Yang mana kurang baik, kurang jelas dan mengelirukan, kita kena tinggal. Bukannya, pergi maki hamun dia. Dan yang paling penting ustaz tak cakap pun pasal haram jatuhkan pemerintah dengan undi. Yang neh jangan ada sampai salah faham pula. Tapi yang bestnya ustaz mengakui juga meskipun bukan secara direct bahawa bn ialah secular. Bai

Ameno : Rupanya geng2 umno memang suka ada2kan benda yang tiada..

WSJ - DSAI Sokong Israel ka?



Tatau betul ke tak betul anwar cakap macam neh. Kalau betul, heran gak aku napa dia cakap macam neh? Ka kenyataan dia neh dah disalahtafsir? Apa pun aku rasa statement neh tak perlu ada dan wujud pun. Di saat umat islam malaysia memang menyampah dengan kedegilan israel yang tak habis2 membuli umat islam palestine, kenyataan seperti neh memang tak perlu wujud sama sekali.

Ramai orang ingat umat islam benci israel pasal dia yahudi. Pasal bangsa. Pasal agama dia. Walhal orang taktahu kita menyampah kat israel sebab dia tindas palestine. Dia bunuh rakyat palestine. Dia sekat dan rampak hak2 penduduk palestine. Benda neh takde kaitan dengan bangsa ka, orang ka, agama ka atau apa sahaja tetapi ada kaitan dengan perbuatan israel yang kejam dan dasat terhadap penduduk2 palestine yang kebetulannya adalah umat islam.

Tak kira lah dia cina ka, india ka atau apa bangsa sekali pun kalau dia kejam kita memang menyampah. Sama gak kalau yang ditindas itu islam ka bukan islam ka kalau dia ditindas dan dianiaya, kita pun akan tetap menyampah. Cuba faham konsep dulu. Israel tidak dibenci kerana dia israel tetapi kerana sikap kejam dia itu yang membuatkan kita benci gile pada dia.

Aku pun tak faham samada WSJ neh menulis berdasarkan fakta atau apa, tapi nampaknya andai ia benar aku rasa dsai tak seharusnya keluarkan ayat2 sebegini. Cuba perhatikan baik2 bila dia cakap ;

 "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Dia sokong segala usaha untuk melindungi keselamatan ke atas israel [bukan negara pun israel neh] ? 

Segala usaha yang konon nya atas nama melindungi keselamatan israel ialah sama makna dengan = segala usaha menghancurkan rakyat palestine.

Bagi israel, dorang akan gunakan apa2 sahaja ayat2 yang baik, bagus dan molek bagi menghalalkan tindakan depa. Contohnya ;

1. saya nak tolong orang itu meninggalkan dunia ini.  <-- ini ayat manis israel.

2. saya nak pergi tikam orang tue sampai mampos <-- ini perbuatan israel. 

Inilah taktik2 yang israel pakai lama dah. Seme orang dah faham dah. Ada je cara dan alasan dia menghalalkan kekejaman dia. Hope dsai tolong ulas sket isu neh. Bukan apa, aku tak harap dsai neh sempurna bagai tapi aku takmo pemimpin pro israel tak kira dari sudut mana dan apa pun.
 

Bagi aku, israel neh ada yang baik dari mereka, kita boleh ambil, amal dan ikut. Tapi cukup, bab2 tue je. Selebihnya walaupun kita ada gunakan barang2 depa, kita tetap kena cari jalan untuk patahkan segala usaha2 mereka yang berniat menghancurkan umat islam.  Ini termasuk dengan cara mencipta barang2 alternatif sebagai ganti kepada product2 mereka dan jatuhkan mereka dengan menggunakan product mereka sendiri. 

Harus di ingat, israel sekarang sedang selangkah untuk menghancurkan masjid al-aqsa. Kita boleh hormat hak2 israel tetapi itu hanya akan berlaku bila israel menghormati hak2 kita. Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Palestine sudah terlalu banyak bersabar. Umat islam seperti kita neh sudah terlalu lama bersabar. Ini bukan masalah yang datang dari pihak kita sebaliknya ini masalah yang datang dari pihak israel dan harapnya jangan ada pemimpin dari mana2 side waima kerajaan dan pembangkang sekalipun segeng dengan israel.  Bai.

Artikel penuh : TWSJ disini

Ameno : Tunggu penjelasan dsai..

Jumaat, 27 Januari 2012

Ini ke video seks terbaru yang babitkan dsai tue?

Sapa ada baca malaysiakini tadi? Kalau ada baca mesti ada baca statement terbaru yang dibuat oleh datuk t kan? 

Lihat sini dan rujuk keratan printscreen utusan di bawah neh juga ;


Baca baik2 apa yang dinyatakan oleh datuk t neh. Dia cakap tarikh video seks ialah 12 dan 13 januari 2011. Ini bermakna dia dah bagi hint kepada dsai dan seluruh geng2 pakatan rakyat bahawa aksi seks itu ialah bertarikh sekian2 di atas neh.

Sekarang neh pandangan aku bukan dsai tidak mahu menyaman geng2 datuk t neh. Sebaliknya dsai nak tunggu geng2 neh perbodoh2kan diri sendiri dengan menyebarkan video seks terbaru neh. 

So sekarang neh aku pun taknak dengar apa2 lagi dari geng2 datuk t neh. Cakap banyak jangan. Ada video seks? Tulen? Kasi dedah. Gabung sekali dengan lapanbelas video seks yang ada dalam gengaman ummi hafilda. Dedah jer seme. Jangan main tarik tali or guna kata2 politik. Kot ye pun korang bebal, jangan anggap seme orang pun bebal seperti korang. Please.

Kah kah kah

Boleh jadi ini gamaknya video seks yang ingin didedahkan depa ;

 

kah kah kah

Nota : Utusan siap letak news neh di frontpage paper dorang lagi. Di saat seme tengah kecoh skandal kegagalan projek agas di pekan [under najib] depa pergi hebahkan isu lapok pasal video seks pula. Tah pape. Skandal kegagalan projek tue boleh baca sini lanjut.

Ameno : Dedah je larh kalau sungguh ada.. ko nak tunggu apa lagi oitt?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...