Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label umat islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umat islam. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2011

Konspirasi jais, masjid dan gereja di malaysia.


Baca di atas. Pembaca aku tahu bahawa dalam isu jais menangkap orang islam di dalam gereja aku cenderung memihak kepada tindakan jais. Lihat bawah neh. Bawah neh ialah pandangan pembaca yang bernama andak. Dia minta aku siarkan siarkan pandangan dia berhubungan isu neh ;

aku nak bagi pendapat peribadi sikit pasal ISU MURTAD dan GEREJA ni....secara ringkasnya aku nak simpulkan:

1. UMNO/BN buat isu ni sebab nak alih tumpuan rakyat pasal ISU BERSIH dan penyelewengan SPR/JPN yg kita bongkar!

2. Mengikut pakar2 gerak saraf mrka, isu MURTAD apa dekat pada orang melayu(tak kira PAS,UMNO, PKR) mrka cukup2 sensetif terhadap isu ini!

3. Satu grand design (perancangan peringkat tertinggi) telah di buat bagi menjayakan misi ini(Guna JAIS, Polis) #JAIS ni ramai yg jadi balaci UMNO....(kena ingat tu!) di samping ingin memecah belahkan PAS dan PKR melalui Dr Hassan Ali(yg di kenal pasti sudah tidak mendapat sokongan dari PAS Selangor)

4. Ingat lagi tak kes bakar gereja dulu? Siapa master mind dlm isu tersebut? 

Semua ini di rancang dengan teliti...ISU MURTAD bukan ISU BARU, Isu kristian bagi bantuan pd org Islam pun bukan perkara baru tapi semua dlm pengetahuan pihak keselamatan(Polis,MKN dsb). Mereka semua tahu pergerakan pihak2 mubaligh kristian...aku yakin mereka tahu sbb mrka ada segenap tenaga utk mendapatkan maklumat ttg gerakan kristian ni. TETAPI kenapa mereka tak bertindak selama ni? Kenapa bertindak hanya di Selangor melalui JAIS? Kenapa tidak di Sabah, Serawak yg lagi kuat gerakan utk kristiankan org Islam....

Akhir sekali...MARI KITA BONGKAR KOSPIRASI TERANCANG ni! harap ko kupas dalam blog ko! Salam Ramadan. ~andak

Dan sila baca bawah neh pula ;

Senarai gereja yang mana orang Islam diberi makan percuma:

(1) Gereja Bukit Nenas-Setiap Tengahari dan Weekdays

(2) Setiap Ahad berdekatan Gereja Bukit Nenas - Foods Not Bomb


(3) Setiap Pagi- Tingkat 2 Bus Stand Klang, Petaling Street


(4) Setiap Pagi Hari Rabu- Gereja St Mary berdekatan Dataran Merdeka


(5) Setiap Petang Ahad- Grace Community di Wisma Bunus berdekatan Jalan TAR


(6) Setiap Hari - Gereja Kedai Bangsar Utama berdekatan Pejabat Malaysiakini


(7) Setiap Malam Khamis di Pusat Gereja Bukit Bintang


Pusat Kesihatan

Pusat Kesihatan Terbesar Kristien berasa di Rawang.. Majoriti Pesakitnya Melayu Islam 

Sumber : tranung online.

Ini hujah aku.

1. Salah ke kita umat islam masuk gereja? Tak salah ikut pandangan aku. Aku tak pernah tahu kalau ada hukum dalam islam yang melarang aku mengunjungi rumah ibadat orang lain tak kira lah gereja, kuil, tokong dan etc.

2. Salah ke umat islam terima bantuan daripada gereja? Aku berpandangan tak salah. Tak salah andai pusat zakat dah mampos. Andai baitulmal dah mampos. Andai jkm dah mampos. Andai kesemua badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat islam dan rakyat malaysia secara am nya neh dah mampos, maka apa masalahnya pun kalau gereja nak bantu orang yang memerlukan? Tapi selagi mereka masih hidup sila mainkan peranan mereka. 

Bukan kah itu tujuan nya kita bayar zakat harta + emas + fitrah tiap2 tahun? Andai wang kita tidak digunakan untuk tujuan yang sepatutnya maka buat apa collect wang dari kita? Kenapa perlu lepas tangan dan biarkan gereja membantu sedangkan pusat yang sepatutnya membantu mereka masih lagi wujud di malaysia neh? Walaupun tak salah gereja membantu umat islam, tetapi itu tidak bermakna pusat zakat dan lain2 badan yang berkaitan patut diberikan pelepasan daripada dipertanggungjawabkan di atas kelalaian mereka. Disebabkan mereka lalai lah, maka umat islam yang miskin2 neh kena mengharap pada bantuan gereja yang dilihat lebih prihatin dan mesra rakyat miskin regardless agama dan kaum.

3. Tapi orang kata gereja ada niat disebaliknya. Iaitu memurtadkan umat islam. Ini salah. Sila lihat gambar yang aku letakkan di atas. Jika ini niat gereja maka ini salah. Tak kira lah samada dia bagi makan or tak bagi makan, tapi kalau dia mahu [ada niat/dengan sengaja] memurtadkan umat islam tanpa mengira umat islam itu lemah akidah + pegangan dan etc. Ini salah. Dan ini memang termaktub sebahagian daripada tugas jais itu sendiri. Kita kena hormat suka tak suka.

4. Tapi macam mana pula dengan umat islam yang memang mahu mengenali kristian secara rela? Maksud aku macam neh ;

- Dia tidak dipengaruhi sapa2. Sebaliknya dia sendiri yang mendekati agama kristian + gereja. Last2 dia convert. Bukan nya paderi singgah dari satu orang islam kepada satu orang yang islam untuk berdakyah bagi tukar agama. Kalau ini situasi nya macam mana? Siapa yang harus dipersalahkan?

- Paderi nampak orang susah. Paderi bantu. Kebetulan orang itu orang islam. Dan orang islam yang dibantu pula tertarik dengan kelembutan dan keprihatinan sikap paderi2 yang ikhlas membantu. Last2 umat islam yang dibantu itu convert ke kristian. Jadi bagaimana? Siapa yang harus dipersalahkan kalau begini situasi nya?

Ringkasnya begini ;

- Paderi + gereja + lain2 agama tiada masalah memberikan bantuan kepada umat islam. Dan umat islam tidak sepatutnya rasa kekok menerima bantuan mereka. Maksudnya kedua2 pihak sepatutnya tidak ada masalah di antara satu sama lain. Sorang hulur kuih, sorang terima kuih, apa masalahnya disitu? Janji kuih tersebut halal di makan oleh umat islam sudah.

- Paderi + gereja + lain2 agama hanya boleh memberikan bantuan ikhlas tanpa mempengaruhi, memujuk, memaksa, mendorong dan mendakyahkan agama lain kepada penganut islam.

Sekarang neh gereja harus dibuktikan bersalah dalam kes memurtadkan umat islam terlebih dahulu sebelum menyalahkan mereka dalam isu neh. Manakala jais yang mengheret keluar 12 individu islam dalam kes neh amatlah berpatutan sebab apa? Sebab mereka mendorong kepada salah faham umat islam yang lain.

Jika tidak kenapa mereka tidak mahu hadir untuk memberikan keterangan dan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan jais? Kita tak kata mereka murtad. Tapi 12 individu neh kalau dorang menyorok, persepsi rakyat akan mengatakan memang mereka murtad dan gereja akhirnya akan dipersalahkan tanpa sebab.

Untuk rekod, sempena bulan ramadhan neh, masjid tiap2 hari bagi makan berbuka puasa percuma. Tapi sayangnya pengunaan masjid masih tidak menyeluruh. Aku sendiri berharap suatu masa nanti agar penggunaan masjid dapat diperluaskan lagi. Masjid rumah Allah swt. Masjid ialah bukan rumah ibadat semata2. Siapa kata Allah swt larang kita buat apa2 perkara di dalam masjid melainkan membuat kemungkaran dan membinasakan masjid? 

Takan main sepak takraw dalam kawasan masjid salah kot? Takan duduk bersembang2 dan membicara hal2 semasa salah kot? Takan baring2 sementara tunggu waktu solat di masjid salah kot. <-- ada notis larangan berbaring di kawasan masjid. Pernah aku baca. What's this? Baring pun ko tegah? Gila dowh. Jangan buat umat islam malas datang masjid lah weh wahai ahli2 ajk masjid. Jangan buat peraturan ridicilous. Aku tahu korang nak jaga kesucian rumah Allah swt tapi apa point kalau jemaah tarak?

Buat peraturan biar selari dengan firman Allah swt. Bukan dengan kemahuan diri sendiri yang malas mengebeng akibat malas nak mengemas segala bagai. Dah dibayar untuk jaga masjid, maka buatlah cara di bayar. Jangan disebabkan ko dibayar maka ko ada hak nak buat peraturan2 bangang dalam masjid. Sok2 kita semua kena masuk gereja untuk bersolat gamaknya. Mungkin kah paderi lebih prihatin? Siapa tahu kan. Heh.
Ameno : Konspirasilah sangat..  muahahah..

Ahad, 29 Mei 2011

Bir halal kini haram.. awas umat islam!!



WOW.. Aku rasa ramai dah kot minum benda neh. Aku pernah nampak dorang siap upload kat facebook dan belog masing2 lagi untuk promote bahawa benda neh halal.. kah kah kah padan muka bhai... erkk jap apasal aku ter over-over memadankan muka orang plak? Macam lah aku tak pernah makan ubat babi. Fack U lah. Heh.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.


Aku dalam isu neh amek jalan tengah2. Nak juga aku perli kerajaan. Jual dulu, check halal haram kemudian. Tapi bila fikir2 balik kekhilafan neh maybe timbul dari kesalahan sendiri yang asyik fikir bahawa negara arab = negara islam contoh. Dalam isu neh aku tengok tindakan jaij = jabatan agama islam johor memang bijak. Walaupun bir neh dah ada cop halal dan ramai umat islam dah minum, dorang amek alternatif untuk buat juga research sendiri. Hasil pemeriksaan mereka melalui ujikaji makmal mendapati bahawa bir neh mengandungi lebih 0.5% alkohol dalam kandungannya. Dan ini sekaligus menyebabkan ia haram dari segi hukum syarak.


Selepas itu barulah mereka report JAKIM. Dengan bukti. Untuk jakim amek tindakan. Untuk jakim keluarkan larangan kepada umat islam agar jangan beli minuman ini lagi. Jakim sebelum2 neh buat apa? Kenapa dorang tak semak sendiri sedangkan itu kerja dorang? Itulah nak juga aku ketuk kerajaan. Jual dulu, check kemudian. Tidur dulu jakim, tidur, takpe. Ada je orang2 yg akan buatkan kerja korang yer. Takde sapa2 nak simbah air panas kat korang. Rilek sudey. Heh.


Kali pertama aku tengok minuman neh di pasaraya tf. Terkejut. Kenapa minuman arak neh dijual dalam kaunter halal. Owhh yer aku taktahu ia halal pun pada ketika itu. Dalam otak aku berfikir begini ;


Aku patut bawa kamera dan tangkap gambar kemudian report kat jakim sambil kutuk tf dalam belog aku.


Tapi selepas beberapa ketika baru aku tahu minuman itu halal. Wuu wooww.. yeke halal? Entah. Rupa botol itu agak sangsi. So aku tak pernah beli. Aku tengok ramai orang promote. Ye betul kebanyakkan budak2 muda bawah 25.. kesian. Budak2 neh sudah lah bebal ilmu agama. Dibebalkan pula dengan kemalasan dorang untuk menyiasat. Dibebalkan lagi dengan kemalasan jakim untuk amek tahu. Rosak muslim semalaysia dibuatnya.. hehehe.... adoii tersentuh nama jakim lagi.. sowwweeeiiii.. 


Apa2 pun memana yg promote minuman neh dalam facebook.. korang buanglah gambar2 tue.. siap bergambar dengan minuman tue lagi.. fuhhh.. waktu itu bangga waktu ini dah termalu bhai.. takpe. Take it easy. Korang taktahu. Nak buat macam mana. Cuma jangan ulangi lagi sudah lah yer.


Bacaan berita penuh disini.


Ameno : tidur lagi bagus = jakim. Heh.

Khamis, 12 Mei 2011

Agenda kristian untuk orang melayu malaysia.

Adakah korang percaya bahawa ada gerakan dakwah terancang kristian khusus untuk orang melayu malaysia? Ia khusus untuk orang melayu. Ia khusus untuk orang melayu yang beragama islam. Ya. Melayu. Dan ya, untuk orang islam. Pendedahan ini mungkin mengejutkan. Mungkin juga tidak mengejutkan. Mungkin juga ada yang akan geram. Tapi aku nasihatkan simpan sahaja bahasa maki dan geram dalam jiwa. Dengan memaki hamun tidak akan menyelesai waima satu masalah sekalipun. Dengan mengetahui gerakan ini, kita sudah tentu boleh faham kenapa berlaku beberapa perkara di malaysia. Dengan mengetahui kewujudan gerakan ini, kita sudah tentu harus fikirkan alternatif yang boleh mengatasi perkara ini terus berleluasa.

Orang kristian boleh berkata apa sahaja. Tetapi suka atau tidak, islam ialah agama rasmi di malaysia. Redha atau tidak, ini adalah hakikat. Mereka kena terima. Oleh itu hanya ISLAM sahaja boleh didakwahkan secara terbuka. Mana2 agama selain dari islam tidak boleh diberikan peluang seumpama ini apatah lagi jika gerakan mereka menyasarkan orang melayu + islam itu sendiri. Jika mereka tidak TOUCH.. akidah orang islam mungkin sedikit sebanyak kita patut memahami kehendak mereka. Tetapi ia jadi sebaliknya apabila hasrat mereka memang menyasarkan kepada orang melayu + islam itu sendiri. Lihat printscreen di bawah. Focus pada beberapa perkara yang aku tandakan ;






Gerakan mereka terancang bhai. Aku pun terkejut. Tapi bukan nak maki hamun mereka. Sebaliknya memikirkan macam mana kita tak boleh buat dan fikir macam yang mereka fikirkan. Di manakah kita selama neh? Tidur atau merasa selesa kerana islam agama rasmi yang tak boleh di ubah oleh perlembagaan? Islam sebagai agama rasmi memang tak boleh ubah dalam perlembagaan negara buat masakini. Tetapi akidah umat islam bukan macam buku perlembagaan yang tersimpan rapi dalam perlembagaan. Akidah umat islam ialah sesuatu yang halus. Setiap saat kita terbuka untuk berpaling dari menyembah Allah swt kepada ISA selagi kita belum mati.

Tanpa perlu ubah perlembagaan negara, islam belum tentu kekal di malaysia. Apa yang perlu mereka ubah cuma akidah umat islam. Di atas neh sesuatu perkara yang aku rasa nak terpeliot ble baca. Tak sangka begitu tersusun dan bagusnya mereka dalam menjalankan kegiatan dakwah. Ianya bersistematik dan dipantau dari semasa ke semasa. Untuk tidak merasa kagum aku rasa sangat mustahil. Melihatkan usaha dan kesungguhan mereka aku benar2 terpaut. Alangkah bagusnya jika gerakan islam juga seperti ini. Aku tahu memang ada banyak gerakan islam macam neh. Yang menjadi tak bagusnya kegiatan dakwah islam tidak menyeluruh kerana kekangan pihak2 tertentu. 

Kalau dilihat dari stastistik di atas, jelas agenda kristian itu tidak dibawa oleh orang tempatan [rakyat malaysia]. Sebaliknya ia dibawa oleh orang luar. Dari negara mana dan gerakan apa, aku kurang pasti. Tetapi adakah pembinaan gereja terbesar di asia tenggara di bukit jalil merupakan salah satu agenda mereka? Aku taktahu. Hanya mereka yang tahu je boleh jawab. Mereka selangkah ke alam berdakyah secara bebas di malaysia. Di setiap hotel hampir wujud bible. Ini ilusi biasa. Menyalahkan bible dan kristian adalah fikiran yang bodoh.

Sebaliknya umat islam kena kuatkan lagi usaha2 dakwah dan kerja2 untuk membaikpulih akidah umat islam. Bayangkan umat islam hari neh tidak tahu mencukur kening itu haram. Malahan ada yang menganggap mewarnakan rambut guna pewarna rambut bersumberkan halal, hukum nya halal. Yang lebih sadis, ramai dikalangan mereka tidak bersolat. Apa yang lebih aneh, selalunya orang2 yang tak bersolat neh lah yang akan naik marah terlebih dahulu bila tahu bab2 macam neh. Heh.

Cuma aku aku heran, bila solat pun tinggal, apakah layak di gelar orang islam? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Bina masjid besar bersebelahan gereja. Mari kita usaha lebih keras dari mereka.. hehehe.


Sabtu, 2 April 2011

Terkini : Bible bahasa melayu dah lulus di malaysia.

Penyokong umno mesti tengah ketuk-ketuk kepala dorang kat mana-mana batu yang berdekatan. Ini adalah kerana merekalah golongan yang paling menyampah dengan kewujudan bible bahasa melayu. Ketakutan yang melampaui itu aku tak tahu atas sebab apa. Biarlah mereka tafsir kepala hotak sendiri-sendiri. Heh..

Baca bawah ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala hari ini mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, kini dibenarkan mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasaMelayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.


 “Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

“Saya berharap penyelesaian 10 perkara ini akan disambut positif oleh kumpulan Kristian kerana ia adil dan berpatutan. Kita mesti mencari penyelesaian bagi menangani isu Injil dan juga masalah lain yang ditimbulkan oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Beliau mengakui kerajaan dan kakitangan awam bukan sempurna kerana semua manusia adalah “menarik tetapi tidak sempurna pada mata Tuhan”.

"Dan atas segala kekurangan kami dalam menangani isu Injil ini, saya berharap penganut agama Kristian akan memaafkan kami,” katanya.





Point penting kat sini ialah ;

1. Ada 10 penyelesaian antara kristian-islam,

2. Idris jala cuma mendedahkan dua penyelesaian. Yang lagi lapan tue apa? 

3. Di semenanjung, kitab bible ditanda untuk penganut islam sahaja. Tetapi tidak di sabah dan sarawak. Kenapa? Orang islam kat sana dah pupus ataupun akidah mereka lebih kuat jika dibandingkan dengan akidah orang islam di semenanjung?

4. Kenapa idris jala hanya mengharapkan ia mendapat sambutan positif masyarakat kristian? Bagaimanapula dengan orang islam? Kalau negatif ataupun positif, idris jala tak kesah ke? Idris jala tak kesah ke pasal orang2 islam di malaysia neh?? Tak minta maaf pun pada umat islam? Heh.

Bagi aku sendiri, tidak salah untuk penganut kristian membaca bible bahasa melayu. Baca pandangan aku di sini. Cuma idris jala kena dedahkan 10 resolusi persefahaman antara islam-kristian. Aku nak tahu sangat, apa yang lagi lapan tue. Heh

Ameno : Idris jala neh dulu aku ingat melayu.. hahahaah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...