Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label prepaid pun dah ada cukai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prepaid pun dah ada cukai. Papar semua catatan

Jumaat, 9 September 2011

Bukan 6% tapi 11% cukai untuk topup ka?

kah kah kah

Padan muka aku, ko dan kita seme. 

Memandangkan kita seme pengguna prepaid maka memang wajarlah kita rasa marah dengan kenaikan neh. Tapi ada sedikit kekeliruan berhubung isu cukai topup neh. Aku pun pada awalnya tak nampak kekeliruan neh. Meh sini aku elobrate sikit supaya korang nampak apa benda yang aku keliru mana larh tau2 korang leh explain kat aku pas neh.

Sila lihat bawah ;



Gambar di atas neh benda yang kita dah biasa tengok. Rasanya ramai tahu prepaid ada tax 5% sebelum neh. Maksudnya pembelian kad topup rm5 dan ke atas dengan harga asal iaitu rm5 [ataupun mungkin lebih ikut tempat] sebenarnya dah termasuk 5% cukai untuk kerajaan.

Selalunya rm5 dan rm10 je orang jual mahal sebab untung ciput tapi rm15 [hot tiket] dan ke atas dorang jual ikut harga biasa. Yang menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya sekarang jika kad prabayar rm10 yang dijual sedia ada dah termasuk dengan cukai maka apa sebab pula kena wujud tambahan harga disini ketika membeli? Contoh ;

Cukai 5% untuk kad rm10.00 ;

bayar rm10 dapat nilai rm10 dalam kad = termasuk cukai 5%.

Cukai 6% untuk kad rm10.00 ;

bayar rm10 dapat nilai rm10 dalam kad = termasuk cukai 6%

Bukan kah sepatutnya macam neh je? Kalau nak alih beban kepada pengguna pula bukan kah sepatutnya macam neh ;

Cukai 5% untuk kad rm10.00 ;

bayar rm10 dapat nilai rm9.50 dalam kad = termasuk cukai 5%

Cukai 6% untuk kad rm10.00 ;

bayar rm10 dapat nilai rm9.40 dalam kad = termasuk cukai 6%

Bukan kah macam neh dah cukup? Tapi napa bayar rm10.60 untuk topup rm10 pula? Itupun rm10.60 ialah harga ter-rendah yang ditetapkan. Apa itu harga ter-rendah? Baca sini dulu untuk faham betul2.

Adakah begini sebenarnya ;

Cukai maxis kepada kerajaan = termasuk dalam harga topup rm10, manakala cukai kepada pelanggan bukan lah alihan cukai yang sedia ada sebaliknya ialah cukai baru yang diwujudkan oleh kerajaan ataupun lebih tepat ialah gst? Jika ini benar maka berlaku manipulasi maklumat dan penyelewengan oleh media kerajaan kepada rakyat malaysia berhubung isu neh. Sudah tentu mereka di arah untuk menipu rakyat. Bukan kah ini telah melanggar etika perniagaan apabila menyeleweng dalam menyalurkan maklumat sebenar kepada pengguna? Faham betul2.

Di malaysia neh selaku pengguna kita ada hak2 kita. Dan setiap product perniagaan wajib menyampaikan maklumat benar supaya kita tidak rasa tertipu apabila membeli product tersebut tapi macam mana kita nak count benda neh bilamana kerajaan sendiri yang sepatutnya melindungi pengguna berkerjasama dengan media arus perdana bagi memanipulasikan maklumat agar kita tertipu dalam isu cukai prepaid neh? Jika kerajaan melakukan kesalahan, kepada siapa kami rakyat kena mengadu pula? 

Harap ada pihak yang boleh menjelaskan secara terperinci bagaimana cara cukai neh dikira.. aku siyes rasa kena tipu neh beb.

Ameno : bangsatnya.

Khamis, 8 September 2011

Prepaid rm10 bukan harga rm10.60 tapi rm11 ataupun rm12..

kah kah kah..

Padan muka.

Memandangkan aku ada kenal member2 yang buka kedai telekomunikasi sebab dulu ada gak involved dengan bisnes neh, aku pun calling2 larh dorang sambil mengumpat2 kerajaan. Then aku tanya dia beberapa perkara. Kat sini aku susun supaya korang senang faham.

1. Wey topup sekarang dah ada cukai kan?

Aha.. tapi kita orang dah tahu awal2. Sebab tue borong stok banyak2 tapi jual harga baru. Tapi jangan salah faham.. kita orang tak dapat untung sangat sebab pembelian dari sana pun di hadkan. Maksudnya walaupun kita orang nak beli banyak2 untuk simpan stok tapi syarikat telekomunikasi [MAXIS, DIGI, CELCOM, UMOBILE DAN DLL] lagi pandai. Dorang sorok stok dan kawal pengedaran nya.  sehingga 15/9 melainkan kepada anak syarikat dorang sendiri.

2. Okey so sekarang berapa aku kena bayar? Ikut harga kerajaan ke?

Tak. Harga rm10.60 ialah harga paling rendah ko boleh dapat untuk topup rm10. Ko kena faham apa yang dimaksudkan bila dorang tetapkan harga. Penetapan harga itu hanya menentukan harga rendah bukan harga tinggi beb. Mungkin di sesetengah kedai akan jual rm11 dan kedai yang jual rm11 akan jual rm12 pula bergantung kepada harga kos yang dia kena bayar masa amek stok nanti. Ko faham kan pasal ko line neh.

3. Macam mana dengan e-reload? Sama gak ke?

Ramai orang jual e-reload rm5.30 sebelum cukai, selepas cukai samada rm5.60 ataupun jadi rm6 untuk topup rm5.

4. So aku nak maki ko boleh?

Jangan, kita member. Ko maki larh kerajaan. Bukan aku yang buat undang2 neh. Tapi dorang. Selain dari prepaid dan simpack.. syarikat telekomunikasi juga akan dikenakan cukai di atas setiap product jualan mereka macam broadband. Katakan ko beli broadband kat celcom  rm199 + cukai 6% itulah harga yang perlu ko bayar. Tapi neh seme masih dalam proses. Aku tatau bila nak laksanakan. Info pun dari sana gak.

So sekarang korang dah faham kan beban yang kita kena tanggung kelak? Carta harga prepaid tue sebenarnya tak berguna langsung sebab tak boleh pakai. Hehehe.. aku tertarik bila member aku cakap harga yang ditetapkan ialah harga ter-rendah bukan harga tertinggi. 

kah kah kah

Masak weh.. masak! Hari2 rakyat susah bn yang buat.

Ameno : BN tahu rakyat belum mampos lagi.. harus disedut duit kita sampai kita mampos maaa.. caya larh bn.. terbaekk..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...