Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label nik aziz nik mat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nik aziz nik mat. Papar semua catatan

Ahad, 4 Disember 2011

Isu penceramah PAS mengatakan Nik Aziz ialah Nabi masuk Utusan.

Hari neh utusan sebarkan fitnah terbaru yang membabitkan TGNA. Isunya ialah ada penceramah pas yang menyamakan TGNA = Nabi. Dan macam biasa ;

1. TGNA mesti salah. Walaupun apa2 benda tue orang lain yang buat tapi kesudahan nya tetap sama, iaitu kesalahan tetap terletak di atas bahu TGNA.

2. PAS akan disimpulkan sebagai parti sesat dan seme2 yang berkaitan dengan nya.

Lihat bawah neh ;




Isu di atas ialah satu lagi isu fitnah. Tiada mana2 penceramah pas yang mengatakan bahawa Nik Aziz ialah seorang Nabi. Apa yang cuma disampaikan ialah Nik Aziz = Ulama.Ulama ialah pewaris Nabi. Dan inilah yang dimaksudkan oleh penceramah pas. Bukanlah dia kata ada Nabi selepasnya Nabi Muhammad SAW dan sebagainya. Video di bawah neh adalah bukti.


Dan video di bawah neh ialah versi editing. Versi yang telah dicucuk dan ditokok tambah dengan persepsi serong. Bagi mereka yang tidak faham slang kelantan + bahasa dalam sudah semestinya akan terpedaya ;


Sesuatu pembohongan dan fitnah apabila diucapkan secara berterusan akan di anggap benar. Sama juga dalam kes di atas neh. Utusan dah banyak kali main fitnah2 neh dalam media mereka. Selama 22 tahun neh tiada satu saat pun utusan berhenti daripada mendendangkan fitnah2 kepada para pembacanya mengenai pas dan alim ulama dalam pas. 

Selama 54 tahun neh juga tiada satu saat pun pernah umno berhenti daripada menyebarkan perkara yang salah tentang pas. Tiada. Mereka tidak pernah fikirkan tentang pas, tiada walaupun untuk sesaat. Apabila berita fitnah neh diterbitkan di dalam utusan, dibaca pula oleh orang ramai sudah tentulah sangkaan dan persepsi buruk akan timbul. 

Orang akan memaki hamun pas, ustaz syamsul dan TGNA sebagai sesat lagi menyesatkan. Sedangkan mereka hanya mencedok sedikit sahaja dari isi ceramah, dan sebarkan seolah2 ia adalah mesej penuh ceramah dan akhirnya orang ramai sekali akan terpedaya bahawa TGNA adalah alim ulama yang sesat.

Benda neh sebenarnya dah lama. Dari isu tuhan mencarut dan sebagainya. Itu semua adalah fitnah semata2. Walaupun telah kita beritahu dengan jelas bahawa itu adalah fitnah, bukan sekali dua tetapi banyak kali kita bagitau apa yang utusan tulis itu adalah fitnah, jangan percaya. Baik dari isu kafir mengkafir sehinggalah kepada doa pecah perut, itu semua adalah fitnah. 

Tidak pernah kering airliur ahli2 / penyokong pas memberitahu bahawa itu semua adalah fitnah tetapi masih lagi ada orang yang menggunakan perkara2 tersebut sebagai alasan menolak perjuangan pas. Sedangkan benda yang dia jadikan sebagai hujah itu adalah fitnah. 

Pernahkah Nik Aziz cakap Allah swt mencarut, so kita pun boleh mencarut? <-- Fitnah. Apa yang Nik Aziz bagitau ialah dalam Alquran Allah swt melaknat orang2 yang ingkar dengan hukum dan ketetapan Allah swt. Inilah slang orang kelantan yang ramai orang tidak faham. Bukan pula TGNA menganjurkan budaya carut mencarut kerana ajaran Allah swt.

Contoh kes ;

Firman-Nya “Barang siapa yang membantah engkau tentang kebenaran itu, setelah datang kepada engkau ilmu pengetahuan, maka katakanlah: Marilah kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, perempuan kami dan perempuan kamu dan diri kami dan diri kamu, kemudian kita bermubahalah (bersungguh-sungguh berdoa), lalu kita jadikan laknat Allah atas orang yang berbohong” (Ali ‘Imran (3):61).
Ini bererti mereka  yang membohongi Allah dan Rasul-Nya selepas dikemukakan hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya, tetapi mereka masih membantahnya, maka mereka itu dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Ayat ini dikenali dengan ayat al-Mubahalah. Ia berlaku di antara Nabi (Saw.) dan Ahlu l-Baitnya (a.s) di satu pihak dan Nasrani Najran di pihak yang lain. <-- Ini, yang melaknat Allah swt, bukan nya manusia. 

TGNA hanya sampaikan apa yang difirmankan oleh Allah swt. Tapi utusan macam biasa, dia amek sedikit dari isi kandungan ceramah dan sebarkan ia besar2 seolah2 ia mewakili isi keseluruhan ceramah terbabit. Buka mata, buka ahti dan buka lah minda. 
Jika perkara [kebenaran] ini tidak sampai kepada ko, boleh lah ko bagi alasan neh di akhirat kelak bahawa aku tidak tahu yang utusan fitnah tgna, tapi kalau perkara neh sampai, ko tahu, dan masih berulang2 menyebutnya, ko sebenarnya sedang menyebarkan fitnah. Ini salah. TGNA tidak maksum. Dia ada melakukan kesalahan. Tetapi bila dia melakukan kesalahan, kita akan tegur kesalahan dia. Jangan kita fitnah dia atas benda yang dia tidak buat.

Fitnah tidak dibolehkan ke atas mana2 manusia. Baik manusia itu jahat, kafir, gay, lesbian, penjenayah, ataupun orang alim. Fitnah neh hukum dia berdosa. Tak kira ko fitnah orang baik, orang jahat, gay ka yahudi ka SM ka, apa ka hukum dia tetap sama. Fitnah tidak menjadi halal dalam apa juga konteks dan keadaan sekalipun.
Isu yang sama pasal undi pas masuk syurga, doa pecah perut, berkerjasama dengan syaitan, itu seme adalah fitnah dari utusan semata2. Mana mungkin seseorang tuk guru akan menganjurkan bekerjasama dengan syaitan? Ini kan dah masuk ke kategori syirik dan sesat lagi menyesatkan. Jika benar tgna berkata demikian sudah tentulah TGNA telah mereka tahan. Dengan kekuasaan yang ada pada mereka, mereka boleh sahaja menahan sesiapa. 
Alasan tgna orang berpengaruh sebab itu tidak menahan dia adalah karut. Sebab, andai benar tnga melafazkan kata2 sedemikian sudah tentulah mereka boleh buktikan dan tegakkan hujah2 mereka. Dan bila ada bukti, apa lagi rakyat nak soal? Tapi disebabkan tiada buktilah maka mereka tidak menahan tgna. Simple.
Isu berkenaan gincu, wanita cantik, hijab itu adalah perbezaan pendapat di antara alim ulama yang sengaja diperbesarkan oleh utusan. Dia bukan nak bagi elok, dia tambah api lagi supaya orang takut dengan pas. Arhh sudah. Masuk pas takley lah pakai gincu. Aku cantik mana boleh masuk pas dan sebagainya.  
Sedangkan itu cuma pendapat dan bukanlah ada apa2 hukum dan ketetapan tentang itu. Dah diberitahu awal2 bahawa tgna ialah manusia. Dan asal manusia itu adalah logik jika dia ada pendapat yang berbeza dengan manusia yang lain. Nak terima, terimalah. Taknak terima, sangkal lah. Tapi janganlah fitnah. Simple.
Namun sesuatu yang benar ini sukar diterima oleh orang2 umno. Walaupun kita bagitau cara baik ini fitnah sahabat. Ko bodoh dan sesat. Lalu kita bagitau lagi, ini salah dan fitnah kawan. Ko sesat lagi menyesatkan. Ini salah bro. Salah. Ko ektremis, ayah pin dan taliban. Hey bodoh nak mampos, aku dah bagitau kat ko banyak kali kan neh salah, neh fitnah, neh tak betul tapi ko tak nak terima dan masih lagi sebarkan fitnah pasai pa? Hahh.. neh lah..nehlah dia pas. Pandai maki hamun. Neh lah dia akhlak pas pandai label orang macam2. Macam neh ka nak jadi pendakwah?

Nampak?

Ahli + penyokong pas = manusia. Jadi tidak hairan kalau manusia yang seringkali difitnah naik marah. Yang hairannya ialah kenapa orang yang suka menfitnah + suka menyekat perkara yang benar masih lagi perasan bahawa merekalah pejuang islam. Inilah sesuatu yang pelik.
Bagaimanapun terdapat kelemahan dari jentera pas yang lama dah aku nak komplain dari dulu lagi. Orang pakai komputer depa pakai mesin taip. Kesalahan pas yang paling besar sekali ialah membenarkan lagu2 fitnah neh berkumandang diseluruh malaysia tanpa counter attack. Inilah kesalahan pas yang paling membencikan sekali. Dia boleh edar risalah. Dia boleh pongpang bela dap. Dia boleh beria2 bela dsai. Tapi bila dia sendiri kena fitnah, dia tatau cara nak counter attack bagi defend diri sendiri.  

Media penerangan PAS sibuk jaga dan fikirkan nak melindungi orang lain walhal diri sendiri dah nak mampos dah akibat kena tembak tubi2. Sudah sampai masanya media dan jentera penerangan pas mubasabah diri dan check balik kelemahan anda. Sebab, dari apa yang aku faham dan tahu media penerangan pas seharusnya mengclearkan mana2 fitnah dari jentera media umno dan menyebarkan kebenaran. Apa peranan itu dah bertukar kepada menyelamatkan dap dan pkr ka? Hello.. pkr dan dap, ada media sendiri untuk buat kerja itu. 

Disebabkan kelembapan media pas, maka utusan dengan sewenang2nya memanipulasikan isu tgna ialah nabi oleh penceramah pas sedangkan isu neh dah di counter attack oleh pelbagai blogs dan facebookers baik yang berparti pas mahupun bebas dalam 2 minggu kebelakangan neh. Tapi apa yang media pas buat? Tatau. Jangan tanya aku. Aku siyes tatau. Bai.

Ameno : Siput pun lagi laju dari media pas.

Rabu, 20 April 2011

Entry hot : [isu video seks] Eskay nak sumpah depan kaabah.

Alahai.. si eskay neh dah sanggup bersumpah2 pula. Dah tue dia pilih bersumpah depan kaabah. Apakah ada beza kalau sumpah depan kaabah dan sumpah tempat lain? Apakah dibolehkan bersumpah sedangkan eskay neh dah buat tuntutan untuk tubuhkan siasatan diraja. Dah tue? Proceed je lah dengan tuntutan tersebut.

Apa kerja separuh2 jalan neh. Heran aku. Baca bawah ;



Sumpah-sumpah neh bukan budaya orang islam. Patutlah dulu aku pernah baca berkaitan isu neh. Akan datang, di akhir zaman semua manusia akan bersumpah untuk membuktikan bahawa mereka ialah dipihak yang benar. Sehingga kita tak dapat bezakan mana satu yang bersumpah palsu dan mana satu yang bersumpah benar.

Alah cam kat mahkamah tue. Main sumpah2. Boleh ke? Sebelum bagi kenyataan bersumpah dulu. Bukan tak pernah terjadi berapa banyak kes penipuan yang dilakukan oleh saksi. Sumpah tetap sumpah. Tipu jalan juga.

Jadi apa relevantnya sumpah di sini? Apa yang aku tahu berkaitan isu sumpah neh sepertimana yang aku pernah dengar kata2 seorang yang beriman dulu ialah ;

1. seseorang yang bersumpah mestilah faham yang dia sudah kehabisan jalan / iktihar untuk membuktikan dia di pihak yang benar.

2. seseorang yang bersumpah mestilah sudah menggunakan semua jalan perundangan dunia dan sedar bahawa jalan2 tersebut tidak dapat membersihkan nama dia daripada tuduhan tersebut.

3. seseorang yang bersumpah mestilah bersolat sunat istiqarah dan meminta bantuan dari Allah swt.

4. seseorang yang bersumpah bukanlah orang yang fasiq dan terlibat dengan dosa-dosa besar. Ini disebabkan agar dia tidak menjadikan sumpah dia sebagai alat untuk membebaskan diri daripada segala tuduhan yang dilemparkan.

Nah..bukan mudah rupanya untuk bersumpah. Apatah lagi bersumpah di depan kaabah. Apa yang perlu eskay buat ialah proceed je dengan rci tue. Biar kita sama2 tengok dan nilai. Biar kita sama2 kupas kebenaran tersebut. Amacam eskay? Jangan lah belum apa2 dah main sumpah2.Lagipun kalau semua orang bersumpah untuk membuktikan mereka dipihak yang benar apa guna pula pdrm dan mahkamah di malaysia neh? Heh.

Dan yang neh pula kenyataan terbaru shuib ;



Arhh sudah. Tadi korang bertiga gak yang beria2 sanggup bersumpah. Tapi sekarang tiba2 korang babitkan dsai dan tuan guru pula. Apa kes? Ko nak bersumpah itu ko punya pasal lah. Yang tiba2 dsai dan tuan guru kena bersumpah pasai apa? Dsai dah serahkan kes neh pada pdrm. Dsai pun dah cakap kalau nak proceed rci, proceed lah. Awatnya kecoh2 pulak neh? Awattt???

Benda simple je. Mereka bertiga angin pasal kena dakwa. Mereka kata tak sebarkan video lucah. Dah tue yang upload kat u tube sapa? Takan nak tuduh pdrm pula?
Lagi satu isu masalah empat saksi tue kena fahamlah. Bila ada adegan seks, ko dah tahu lokasi dia kat mana, ko call jabatan pencegahan maksiat. Bila jabatan pencegahan maksiat datang serbu, mereka nampak. Automatik kat situ mereka yang tahan pasangan yang berkhalwat adalah mereka yang menjadi saksi juga.

Haittt... simple je. Tapi masih tak faham2. Shuib pun sedar zaman sekarang sukar nak cari orang benar2 boleh dipercayai. Kalau ko sendiri sukar nak percayakan sapa2, lagilah kami sendiri tak boleh nak percayakan ko. Ngertik ngak?

Artikel penuh shuib di sini.

Rakyat malaysia bersatu dalam 1 facebook? Apa tue?

Ameno : Sumpah2.. kena makan sumpah baru tahu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...