Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label lynas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lynas. Papar semua catatan

Rabu, 16 November 2016

LYNAS Tak Bayar 50 Juta Kepada AELB Ikut Perjanjian.. Kenapa?

Saya baru selesai bahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Bertanya kepada Menteri mengapa mereka bagi muka sangat kepada Lynas.

Laporan yang saya ada ialah Lynas tidak membayar wang cagaran USD 50 juta kepada AELB mengikut jadual seperti di dalam syarat yang dikenakan ke atas Lynas.


 
Timbalan Menteri tidak mahu menjawab lisan. Malah sudah pun membuat ketetapan sebelum saya bahas bahawa sekiranya Kuantan bangun maka jawapan akan diberikan secara bertulis.


Beliau juga kata soalan Kuantan mesti detail. Maka dia takut tersilap cakap! 

Saya minta jawapan dgn segera.
 

Timbalan Menteri kata ikut suka lah bila dia nak bagi.

Itu macam ke?? Angkuhnya! Dah lah tak boleh jawab. Angkuh pulak tu! Mungkin dia takut kantoi mcm Menteri dia haritu kot.


Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

Sabtu, 8 Disember 2012

Pakar kata selamat untuk hisap rokok.

Yup.

Jangan terkejut walaupun memang ko akan terkejut. Selama neh kita selalu sangka hisap rokok merupakan perbuatan yang tak selamat, hisap rokok akan menyebabkan kanser, mengakibatkan pelbagai jenis penyakit dan sebagainya. 

Bahkan bagi penganut muslim sesetengahnya menganggap ia haram dan sesetengahnya pula mengatakan ia mahkruh. Tapi rileks. Bagi penganut2 rokok korang boleh menarik lafaz lega pada hari ini. Kenapa?

Sebab pakar mengatakan hisap rokok memang merupakan perkara yang sangat selamat. Bahkan ia telah terbukti selamat.

 
Siapakah pakar tue? Aku la orangnya. Hari neh secara rasminya aku lantik diri aku sebagai pakar. 

Apakah dalil aku untuk mengatakan ia selamat? Meh sini aku ajar korang seme. Kalau korang taknak percaya sudah la yang penting aku dah share ilmu untuk keselamatan korang seme.

Mula2 ko amek rokok tue.

Dan amek ko potong kecik2, kalau taknak potong pun takpe.

Lepas tue letakkan di bibir ko.

Ko hisap la puas2. Jangan bakar oke. Just hisap je.

Lepas tue ko buang. 

Macam ko makan singgam. Ko gigit2 then buang kan? So kali neh ko gantikan dengan rokok pula. Ko hisap2 then buang. Hisap celah2 bibir je. Jangan sampai masuk mulut plak.

Lepas tue hisap la sampai habis sebatang penuh then buang.

Dah habis sebatang, nak hisap yang baru pun hisap le.

Hisap la sampai puas. Yang penting jangan bakar rokok tue. Rokok tue berbahaya pasal asap. Selagi tak berasap kira lue dan gua sama2 selamat la.

So lepas neh sesiapa nak beli rokok untuk dihisap jangan marah2 oke. Yang penting dorang tak bakar rokok cuma hisap je. Dan hisapan itu tersangatlah selamat.

kah kah kah

Cam kat bawah neh hah ;

         
Pegang nadir bumi memang selamat. Yang tak selamat tue cuma bahan/sisa pemprosesan je. Jadi lepas neh kalau korang nak pegang najis ke apa ke jangan. Tak selamat. Pegang la beras ke makanan ke apa ke. Janji bukan najis.

Faham kan? Bagus.

kah kah kah

So jom la kita bersama2 hisap rokok tetapi jangan bakar rokok untuk kesihatan masing2. Oke tak?

kah kah kah  

Selasa, 19 Jun 2012

YB PAS Che Rosli akhirnya buat pusingan UTURN.


Hah, akhirnya YB che rosli mengaku juga bahawa dia tak boleh menjamin samada LYNAS selamat ataupun tidak. Ini betul2 UTURN. Tapi takpe, neh UTURN yang baik. Bukan macam zamhuri tue.

kah kah kah

Sedikit petikan berita mengenainya kat bawah neh ;

“Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul.
“Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen… saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak,”

Ini statement pada hari neh.

Dulu2 YB pernah menganggap lynas itu selamat. Siyes. Rujuk bawah neh ;

Pada Ogos tahun lalu, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bacaan penuh disini

Ini pengakuan yang bloggers umno buat2 taknampak or buta. Sengaja highlightkan perkara lain supaya sesama ahli pas dan wakil rakyat pakatan rakyat berbalah dalam isu lynas. Hello, ada jek mereka2 yang pro mca pun bantah lynas. So what? Isu lynas bukan isu kepartian or kepolitikkan oke. Ini isu alam sekitar dan kesihatan.

Seseorang mungkin bersetuju dan mungkin tidak bersetuju. Jika mereka bersetuju, mereka bersetuju atas sebab2 tertentu dan begitulah sebaliknya jika mereka menolak lynas. Mereka menolak atas sebab2 tertentu juga. Bukan pasal parti apa seme. Takde kaitan langsung nak tolak satu2 perkara tue berdasarkan parti or pandangan politik.

Apa pun aku hormati dan faham pandangan che rosli dalam isu neh. Sebagai seorang sainstis, minat dan kecintaan terhadap kajian dan teknologi memang tinggi. Itu naluri sainstis. Menafikan naluri sainstis sama seperti kita menafikan kecenderungan lelaki pasangannya wanita.

So aku no hal. Memang benar radiasi rendah. Namun bukan bermaksud tiada radiasi terkumpul. Jadi ketakutan masyarakat di sekitar sebenarnya adalah relevant bahkan ketakutan mereka terhadap projek neh juga bukan sia2 apabila satu persatu siasatan kita mendapati lynas tidak memenuhi syarat yang telah dipersetujui sebelum neh terutamanya bab pembuangan sisa pemprosesan.

Apa pun aku ucapkan tahniah lah pada yb pas. Akhirnya sedar juga. Dia pun dah tak berani nak bagi jaminan bahawa projek lynas tue selamat beb. Macam dulu2.

kah kah kah
Ameno : Mana ada jaminan selamat bab2 kilang radiasi neh beb..

Selasa, 13 Mac 2012

Fakta terkini LYNAS yang anda mesti tahu - Part 4.





Amek kaw.


Ari tue dah diberitahu jika LYNAS dibenarkan untuk beroperasi di kuantan ia akan menjejaskan harga rumah, tanah, perniagaan dan etc2. Kesan negatif yang timbul akibat operasi lynas sebenarnya memang banyak dan saling berkait.

Terbaru, syarikat yang bercadang untuk melabur dalam sektor pelancongan di kuantan dah tarik diri. Info neh aku ada dapat sebelum hijau 2 tak silap aku cuma hold dulu sebab takde bukti. Dapat pun dari member2 kuantan juga. Lebih kurang macam hearsay lah. Tapi nampaknya ia terbukti benar.

Lihat bawah neh ;

Menurut akhbar harian CinaNanyang Siang Pau, pengarah Kumpulan STG Alex Tan Siong Seng berkata syarikatnya akan membatalkan projek Kuantan Goldcoast jika kerajaan bertegas mahu meneruskan kilang penapisan nadir bumi itu.

Langkah ini adalah untuk mengelakkan risiko kerugian dan pada masa yang sama melindungi kepentingan pelabur STC, kata akhbar itu yang memetik Lee.

Lee dalam laporan itu mendakwa Kumpulan STG telah membelanjakan RM3 juta bagi projek hartanah itu dan akan menghadapi kerugian antara RM20 juta hingga RM30 juta jika kilang milik Lynas dari Australia itu mula beroperasi. -MKINI-

Rugi. Memang rugi. 

Macam aku dah pernah tulis dulu operasi lynas neh sebenarnya impact negatif adalah lebih banyak berbanding impact positif der. Kalau harga tanah jatuh, peluang orang berpindah keluar dari kuantan tinggi, peluang pekerjaan akan semakin susut, sektor pembangunan akan menurun dan sekaligus membawa impak kepada sektor pelancongan. 

Dan itu tak masuk lagi kesan jangka panjang yang akan berlaku terhadap alam sekitar terutamanya ke atas tanah, air sungai dan udara jika sisa lynas tidak diuruskan dengan cekap, teratur dan selamat.

Jika aku sebagai seseorang tak pro dalam bidang sains mengulas betapa lynas neh ada impak yang sangat besar ke atas manusia, takanlah syarikat besar kat atas neh bodoh2 nak tarik diri daripada melabur di kuantan? Takan lah kajian mereka mengenai kerugian wang 20juta or 30juta adalah satu analisis yang tak disertakan dengan data tertentu?

Maksud aku, takanlah satu2 syarikat tue begitu bengap dan bangang mahu mengorbankan perniagaan mereka semata2 kerana anti lynas? Sudah tentulah ia benar2 akan menyusahkan dan merugikan mereka sebab tue lah mereka tarik diri. 

Dan yang paling keji dilakukan oleh bien sekarang neh ialah ;

1. tanah yang dibeli untuk tapak kilang itu di Zon Perindustrian Gebeng juga dikecualikan daripada duti setem.

2. kerajaan turut memberikan Lynas geran bernilai kira-kira RM1.2 juta untuk melatih pekerja Malaysia

Wahhh

Hebat. Selain bebas cukai selama 12 tahun, mereka juga mendapat faedah lain dari kerajaan kita. Bebas duti setem. Cukai setem neh aku tak tahu apa secara detail. Tapi gambaran dia, kita seme boleh rujuk sini. Still kebaikan kepada lynas dan kerugiaan kepada kita der.

Dan kerajaan juga bayar lynas 1.2juta untuk melatih pekerja2 malaysia. Bagi pandangan aku, buat apa kerajaan keluar duit lagi? Dapat pun rm50juta jek untuk tempoh 5 tahun [setahun rm10juta] tapi lagi keluar duit bayar lynas untuk latih pekerja2 malaysia? Lynas dapat rm5-8billion setahun der. 

Tak sepatutnya kerajaan terlalu bodoh memberikan pelbagai kebaikan kepada lynas sedangkan manfaat yang kita dapat adalah sangat sedikit. Sepatutnya lynas latih free jek pekerja2 malaysia tue. Kita dah terlalu banyak berkorban kepada lynas. Dan untuk apa kita berkorban demi lynas neh, sekali lagi? Owh.. untuk keuntungan lynas rm8billion setahun der. Heh.

Ameno : Kerajaan lebih sayangkan lynas dari rakyat sendiri.. 

Ahad, 11 Mac 2012

Adnan Yaakob mengamok gile kat wartawan akhbar cina.

Marah ke der?

Kalau aku jadi adnan yaakob aku pun marah gak der. Yelah.. sebab melaporkan sesuatu yang kurang tepat. Tapi, boleh percaya ke kata2 adnan masalahnya pun?

kah kah kah



Isu dia gini ;

1. Semalam wartawan akhbar cina interview adnan dan bertanya isu lynas di gebeng tue.

2. Silap adnan gak yang pergi topic lynas buat apa? Dah alang2 dia bercakap so wartawan amek kesempatan lah tanya. 

3. Wartawan tanya isu penggunaan sungai lembing sebagai lokasi pembuangan sisa are.

4. Then adnan balas. Dia cakap lebih kurang begini ;

Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam.

Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.

Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing. -MKINI-
kah kah kah

Contoh ==> sungai lembing.

Contoh ==> gua di malaysia

Nampak sangat dah terkantoi disitu der. Yang kena fikir pelan pembuangan sisa neh urusan lynas bukan urusan adnan dan AELB der.. kenapa sibuk dan beria2 sangat AELB dan adnan nak masuk campur sampai berbincang dalam satu majlis makan malam? Ada logik meh?

Then ada ahti lagi bagi contoh sungai lembing dan gua2 di malaysia? Dah gile apa si AELB tue? Bagi contoh biar cerdik sikit weh. Contohnya rumah adnan, rumah dia or rumah najib. Tue baru contoh yang betul beb. Gila punya orang. Nak rosakkan alam sekitar tak agak2 rasa malu pun.

Then ;

5. Adnan marah. Dia cakap macam neh pula ;

 "Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh.

"Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka."

Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing..

"Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh." -mkini-

Sapa yang bodoh sebenarnya? Tugas wartawan melapor. Isu neh sebenarnya simple je. Ada buat sidang media then kumpulan anti lynas mendedahkan bahawa sungai lembing adalah tapak cadangan yang diberikan oleh adnan yaakob dalam satu majlis makan malam. Wartawan = lapor. Apa hal pula nak label dia = bodoh?

Tak puas ahti attack lah kat orang yang bagitau info tersebut, bukan dok attack wartawan yang melapor tue. Lagi satu tapak cadangan = tapak contoh = lebih kurang sama jek pun. Lue nak cari satu tapak seolah2 macam sungai lembing [sebagai contoh] dan menyatakan terdapat banyak2 gua di malaysia pun still idea tak masuk akal yang dibuat oleh AELB dan diterima senyum2 pula oleh adnan yaakob. Patutnya kalau lue cerdik lue kena bantah benda neh depan2 si pemberi " contoh" tersebut. Ia membabitkan alam sekitar der.

Tapi nampaknya lue pun takde bangkang apa ke semua tue, so walaupun idea tue bukan direct datang dari mulut lue tetapi ia tetap sesuatu yang lue setuju juga. So takde bezalah nak salahkan AELB or lue sebab kedua2 memang layak dipersalahkan. 

Yang heran nya apa kena mengena isu pembuangan sisa lynas neh dengan lue dan AELB betul? Biarlah lynas sibuk2 fikir dan cari aku tak nampak pun apa perlu lue dan AELB beria2 cadangan or contohkan beberapa tempat untuk dibuang sisa radiasi. Melain.. jeng jeng jeng.. lue fikirlah sendiri. Kalau ikut persepsi gua memang confirm der..

kah kah kah

Ameno : Cuba lue cakap bodoh sampai bercermin adnan.. boleh?

Rabu, 7 Mac 2012

Identiti lelaki berbaju merah yang menyerang wartawan pada perhimpunan hijau 2 telah ditemui.. tett..


Korang dah kenal betul gambar kat atas neh pasal apa kan? Sekarang kita focus pada mamat baju merah tue je der.. 

Lihat bawah sekali ;


Dia pakai baju apa tue? Tolonglah jangan menafikan lagi. Media dan tv3 jangan bias lah weh. Napa tak lapor insiden kekacauan hijau 2 tue angkara sapa? Kalau kat masjid arti tue time sumpah eskay beria2 korang kutuk pr ek? Yang neh apa citer pulaaa??

Gambar diperolehi dari sini.

Ini link fb dia.  ==> klik sini.

Bersikap adil lah. Jangan buat siasatan dan tangkapan terpilih. Neh pun dah kira kami membantu menyelesaikan siasatan polis. Bukan campur tangan tapi tolong mempercepatkan proses keadilan. Tapi kalau polis masih enggan amek tindakan, nampak sangat bias nya der. Jangan marah lah kalau kami berpersepsi buruk kepada polis pula nanti. Bai.

Ameno : Gangster siot.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...