Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label khalid ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khalid ibrahim. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Mei 2013

Khalid Kekal Menteri Besar Selangor.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Saifuddin Nasution menerusi satu kenyataan media. Saifuddin menegaskan bahawa Khalid Ibrahim akan kekal menerajui Selangor untuk penggal kedua selepas PR diberikan mandat sekali lagi oleh pengundi2 di Selangor.

Kenyataan media ini dikeluarkan oleh pejabat PKR susulan sidang media yang dibuat oleh Azmin Ali lewat pagi tadi.

Dalam kenyataan yang sama Saifuddin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Hadi Awang yang mewakili PAS dan DAP kerana memberikan PKR laluan untuk menerajui Selangor meskipun PKR hanya mendapat 14 kerusi.

Dengan perkembangan terkini ini dijangka Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah dalam masa terdekat untuk mengalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor sekali lagi.

Tahniah. Sebagai pengundi Khalid aku mahu Khalid menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Biarpun di hina gagap dan rambut selekeh, janji buat kerja. Tue yang penting. Oke bai.

Khamis, 9 Mei 2013

Azwan Ali : Abang saya layak jadi MB.

Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.

Pengacara ranggi itu berkata jawatan menteri besar bergantung kepada rezeki dan tuah abangnya itu.

"Saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi.

"Saya tak cakap Tan Sri Khalid Ibrahim tak bagus cuma lebih baik jika tidak membandingkan keduanya. Tidak adil membuat perbandingan kerana Azmin abang saya. Tetapi ramai yang menyukai beliau dan itu merupakan aura magnetik tentangnya.

"Sebagai ahli politik, beliau tidak gentar menyuarakan sesuatu. Azmin menyampaikan sesuatu dengan gayanya sendiri dan ini saya lihat sewaktu hari penamaan calon tempoh hari," menurut Azwan yang menambah Azmin seorang yang tenang dan tidak mengendahkan komen tentang beliau.

 
KAH KAH KAH
 
KAH KAH KAH KAH
 
KAH KAH KAH KAH KAH
 
Lantak ko le Azwan Ali oi. Hak menyokong hak masing2. Ikut suka ko le.

Wakaka. 
  

Isnin, 2 Julai 2012

Video sulit Khalid Ibrahim didedahkan.

Ini videonya. Didedahkan oleh malaysiatoday. Korang tengoklah sendiri kalau rajin nak tengok sampai 15 minit lamanya oke ;

   

Masih ingat kes cctv yang dijumpai dalam office mb selangor? Masa tue rata2 ramai yang suspect umno. Betul ke umno yang buat? Teruk gak time tue umno kena hamun dan lanyak oleh penyokong2 pr. Aku ada tak lanyak depa time tue? Jangan marah arhh kalau aku terlanyak. 

kah kah kah

Actually sampai sekarang pun tak terbukti siapa sebenarnya yang pasang cctv di pejabat menteri besar selangor. Tetapi kebarangkalian nak tuduh umno yang pasang adalah kurang berbanding kebarangkalian nak tuduh orang sendiri yang pasang.

Opssss.. terjujur pulak i

kah kah kah

Apa pun dalam isu perpecahan dalaman, memang aku maleh nak masuk campur. Bukan parti aku pun. Dan aku pula jenis non partisan. Aku memang tak boleh pergi ke dalam parti2. Bagi aku parti2 di malaysia tidak meraikan perbezaan pendapat. Sedikit dari mereka yang matang dalam berpolitik tetapi majoriti tidak.

Cuma aku boleh cakap kalau korang sendiri pun tak boleh nak bersatu apa seme baik toksah fikir panjang nak tawan putrajaya bagai. Betulkan diri sendiri. Baru sibuk betulkan orang lain. 

Memang kita nak ubah dan ganti bn kepada parti lain. Tujuannya ialah nak penambahbaikkan sistem pentadbiran negara. Kita tak pernah cadang nak ganti lembu dengan cow. Kedua2 memang berbeza dari segi sebutan tetapi tetap merujuk kepada binatang yang sama.

Cuba bayangkan ;

1. Satu pihak pasang cctv untuk cari skandal

2. Satu pihak dedahkan skandal seks dalam bilik air sebab nak balas dendam

3. Satu pihak yang tatau apa2 pulak tuduh pihak lain yang memang tak terlibat dalam apa2 sehingga menjadi mangsa fitnah

4. Satu pihak yang tahu seme cerita sebenar dan mula start bengang dengan seme permasalahan tersebut..

Pokoknya.. jangan cari pasey.. jangan. Sebab kebenaran lambat laun akan merangkak keluar. Cepat dengan lambat jek beb.

Mesti baca mengenai cctv di atas ==> Klik sini.

Ameno : No komen walaupun dah komen panjang2.. ekekekek....

Isnin, 26 Disember 2011

Masalah penduduk ijok selesai.

Isu neh selesai semalam [sebenarnya kelmarin] sebab 25hb cuti dan 24hb pula depa kerja separuh hari so ia kurang sebaran ataupun lebih tepat tiada sapa pun yang nak sebarkan isu neh bagi membidas hujah umno. Biasalah beb, kerja free memanglah ikut kfree-an time yang ada.

kah kah kah

Lihat video di bawah neh terlebih dahulu ;







Isu yang dibangkitkan oleh tv3 neh memang ada asasnya. Beza, mereka hanya salur maklumat terpilih. Mereka tak salur seme info. Memang benar penduduk ijok marah dengan pr dan marah dengan adun khalid ibrahim. Memang benar penduduk ijok mengamuk2 dengan pr atas sebab isu neh, bukan tajaan umno bagai dan etc blablabla.

Yang tertinggal disini ialah ;
1. Punca isu lambat diselesaikan ==> pr menunggu kes mahkamah selesai.

2. Punca penduduk ijok marah ==> keputusan berubah2 oleh kerajaan bn sebelum neh. Dan kerajaan pr pula bentangkan pelan yang penduduk ijok tak boleh terima. 

Ini asasnya. Pada yang pongpang kutuk penduduk ijok sebab depa marah khalid ibrahim fikir balik. Ketaksuban pada parti menjadikan korang bodoh sampai tatau beza salah dan betul satu2 perkara.

Dalam isu neh, tv3 telah mengambil tindakan bijak dengan memperbesarkan ia. Disebabkan itulah pr menyelesaikan isu neh dengan sepantas kilat. Well done tv3. Anda ada jasanya disini walaupun anda masih sempat lagi menipu dalam laporan pemberitaan tersebut. Heh.

Apa pun jadi rakyat, pastikan paksi kita ialah banteras penyelewengan. Ingat. Bukan pro pr dan bn sampai sesama sendiri bergaduh. Buang masa seme tue beb. Buang masa. 

Untuk rekod : Walaupun penduduk ijok marahkan khalid ibrahim time tue, depa sayangkan dan percayakan yb zul time tue juga..  sila tonton video amukan depa terlebih dahulu.

Ameno : Selesai isu..

Isnin, 6 Jun 2011

Khalid ibrahim MB yang tidak di iktiraf..



Cuba korang tengok video kat atas neh. Nampak tak apa yang aku nampak? Benda neh aku rakam ketika berada di selangor minggu lepas. Ketika itu aku datang ke shah alam untuk jumpa rakan bloggers antara nya milosuam dan baginda reformasi. Dalam perjumpaan tue kami ada melakukan perbincangan mengenai serangan dan ugutan papa gomo kepada blogger's harapan rakyat. Mula2 memang lah harapan rakyat steady je dengan ugutan papa gomo. Tapi dia jadi kecut perut bila papa gomo mula main isu alamat2 rumah.

Selepas melalui satu proses perbincangan maka kami pun gerak ke ipd. Tujuan nya nak report polis. Yelah kot betul2 si papa gomo neh balon si harapan rakyat kang naya. So apahal kalau berlaku apa2 kita tahu sapa yang patut di syaki. Then gerak kat ipd ramai2. 

Aku kurang pasti nama tepat ipd neh tapi ia terletak kat shah alam. Almaklumlah aku bukan duduk sini. So memang tak mahir lah dengan nama2 tempat kat sini. Ipd neh pula baru siap dibina beb. Ketika kami sampai, dan2 hujan lebat. Lepas tue kan korang tahu apa yang kami nampak ketika hujan tue? Hehehe.. ipd pun bocor bhai. Laaa.. kata baru bina. Apa pasal bocor plak? Hehehe.. Ramai gak rakam benda tue. Aku tak rakam masa tue. Pasal apa kepala hotak aku tengah pening nak matikan masa menunggu kat kamera aku. Haizzhh nasib baik lah aku sabar time tue. Kalau lah tidak aku gerenti hempas2 je kamera tue. 

Sementara dok melilau tunggu harapan rakyat buat report polis aku ternampak gambar2 yang tergantung kat wall ipd tersebut. So aku pun gamble lah rakam kan. Then macam biasa, kena lah sound dengan polis. Buat muka bodoh dah larh. Janji dapat rakam. 

KAH KAH KAH

Aku sebenarnya dah puas fikir cara positif. Mungkin kah ipd neh lupa yang selangor sekarang diperintah oleh mb khalid? Mungkin kah mereka dah mencari2 gambar mb khalid tapi tak jumpa2? Macam2 kemungkinan dah aku fikir. Tapi siyes aku binggung bhai. Takan lah disebabkan pkr pegang selangor maka polis taknak gantung gambar mb khalid? Apa pun mb khalid masih seorang mb kat selangor. Suka tak suka kena terima dan kena hormat. Ini pilihan rakyat. Bukan nya pkr rampas kuasa macam umno kat perak tue. So aku tak faham kerelevantnya gambar mb khalid tidak digantung di dalam wall ipd tersebut. After all mb khalid seorang pemimpin selangor dan memang patut pun sebaris dengan gambar2 pemimpin tue. 

Mungkin ke senario neh berlaku di seluruh ipd selangor? Boleh jadi di kedah juga? Siapa yang keluarkan arahan? Neh seme satu bentuk ketidakadilan. Dengki tak bertempat. Dah kalah taknak terima hakikat.

Ameno : umno kuat dengki.

Khamis, 2 Jun 2011

Konsert mtv tiada kena mengena dengan SULTAN.


PKR otak lembu kalau menyalahkan sultan dalam isu konsert monsert neh..

Rileks lah.. mesti ramai yang marah kat aku kan..? Nak buat macam mana.. prinsip amenoworld are ;

LANTANG
AKU PUNYA PASAL..
ADA AKU KESAH?

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Meh aku petik sikit apa yang tertulis dalam berita neh ;


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata semua pihak berhak untuk menyuarakan bantahan ke atas penganjuran konsert rock MTV World Stage Live.

Namun, katanya, kelulusan telah diberikan bagi penganjuran konsert yang akan diadakan di kawasan komersil antarabangsa I-City.



Menurut Khalid, kelulusan itu telah diberikan sejak tahun lalu, hasil cadangan yang dikemukakan sendiri oleh Sultan Selangor.

"Ini ialah hasil cadangan Tuanku Sultan untuk adakah satu kawasan yang boleh diadakan aktiviti keusahawanan dan tidak terlibat dengan daerah tengah Shah Alam yang berhampiran masjid dan sebagainya.

"Bagi saya perkara ini tidak jadi satu masalah untuk MTV jalankan aktiviti mereka.


1. MB cakap sesiapa berhak menyuarakan bantahan atas isu neh.

Fine. Aku bantah. Nampak tak? MB khalid cakap sesiapa pun berhak.. so aku memilih untuk membantah dan itu hak aku. MB selangor pun dah memperakuinya. so chill lah..

2. Kelulusan telah diberikan sejak tahun lepas.

Maksudnya PKR = meluluskan benda neh dari tahun lepas lagi.. hehehe.. patutlah.. awat ko buat macam tue pkr.. awat ko luluskan benda yang satusen pun takde faedah neh..

3. Hasil cadangan sultan selangor..

hehehe.. sultan kasi cadangan je. Bukan wajib follow. Ko sebagai tuan penasihat boleh nasihatkan sultan yang konsert2 neh not good.. aku tak rasa sultan selangor pro kepada kemaksiatan.. sebab tue kalau ada mana2 individu yang nak bela pkr dan meletakkan kesalahan kepada sultan kena fikir balik. Benda neh pun nama nya cadangan. So selagi cadangan neh tidak di luluskan maka ia kekal sebagai cadangan je lah.. bila pkr yang luluskan maka pkr lah yang kena tanggung semua kesalahan.. bukan nya sultan. 

3. Cadangan sultan = aktiviti keusahawanan.

Laaaa.. aktiviti keusahawanan rupanya.. bukan nya aktiviti kemaksiatan.. jap2 aku nak buat analisa sket ;

Sultan = bagi idea buat aktiviti keusahawanan = pkr luluskan idea sultan = tukar jadi aktiviti kemaksiatan = bila orang bantah = pkr cakap idea sultan = aik? Hehehe.. 

Nak buat aktiviti keusahawanan.. ko buat lah aku nampak idea sultan tue idea bagus. Aku sokong habis. Ko buat lah aktiviti sukan.. aktiviti riadah yg tawarkan hadiah spt pengajian percuma.. aktiviti2 usahawan muda.. kursus2 percuma utk tingkatkan pendapatan dan kenyakinan diri.. bengkel2 kemahiran.. dan macam2 aktiviti riadah dan kekeluargaan yang boleh melibatkan belia2 dan keluarga 1malaysia utk join aktiviti2 neh.. bukan nya buat konsert. Tiada faedah masalahnya pun dengan konsert neh.. habis berhibur balik.. dah tue dapat apa? Aktiviti keusahawanan apa dengan konsert neh pun? Tak faham aku. 

Ada gak yang cakap benda neh tiap2 tahun pun ada. Dah jadi macam acara wajib. La ye ke? Mana aku tahu.. kalau gitu sama je lah pentadbiran bn dan pkr? Ingatkan ada beza.. rupa nya sama je. hehehe.. soweiii....  i jujur.. hehehe.. dap gak pandai.. kan dap kan? Hehehe..

Ameno : hiburan dah banyak dah.. cukup2 lah tue pkr weh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...