Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Ijok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ijok. Papar semua catatan

Isnin, 26 Disember 2011

Masalah penduduk ijok selesai.

Isu neh selesai semalam [sebenarnya kelmarin] sebab 25hb cuti dan 24hb pula depa kerja separuh hari so ia kurang sebaran ataupun lebih tepat tiada sapa pun yang nak sebarkan isu neh bagi membidas hujah umno. Biasalah beb, kerja free memanglah ikut kfree-an time yang ada.

kah kah kah

Lihat video di bawah neh terlebih dahulu ;







Isu yang dibangkitkan oleh tv3 neh memang ada asasnya. Beza, mereka hanya salur maklumat terpilih. Mereka tak salur seme info. Memang benar penduduk ijok marah dengan pr dan marah dengan adun khalid ibrahim. Memang benar penduduk ijok mengamuk2 dengan pr atas sebab isu neh, bukan tajaan umno bagai dan etc blablabla.

Yang tertinggal disini ialah ;
1. Punca isu lambat diselesaikan ==> pr menunggu kes mahkamah selesai.

2. Punca penduduk ijok marah ==> keputusan berubah2 oleh kerajaan bn sebelum neh. Dan kerajaan pr pula bentangkan pelan yang penduduk ijok tak boleh terima. 

Ini asasnya. Pada yang pongpang kutuk penduduk ijok sebab depa marah khalid ibrahim fikir balik. Ketaksuban pada parti menjadikan korang bodoh sampai tatau beza salah dan betul satu2 perkara.

Dalam isu neh, tv3 telah mengambil tindakan bijak dengan memperbesarkan ia. Disebabkan itulah pr menyelesaikan isu neh dengan sepantas kilat. Well done tv3. Anda ada jasanya disini walaupun anda masih sempat lagi menipu dalam laporan pemberitaan tersebut. Heh.

Apa pun jadi rakyat, pastikan paksi kita ialah banteras penyelewengan. Ingat. Bukan pro pr dan bn sampai sesama sendiri bergaduh. Buang masa seme tue beb. Buang masa. 

Untuk rekod : Walaupun penduduk ijok marahkan khalid ibrahim time tue, depa sayangkan dan percayakan yb zul time tue juga..  sila tonton video amukan depa terlebih dahulu.

Ameno : Selesai isu..

Ahad, 25 Disember 2011

Khalid Ibrahim kena marah dengan penduduk IJOK apahal?

Bermula dari minggu lepas di bawa ke minggu neh boleh dikatakan hampir setiap malam tv3 cover isu penduduk ijok yang dianiaya oleh khalid ibrahim dan pkr. Aku pun tak berapa faham sangat dalam isu neh sebab aku baca malaysiakini dan malaysiainsider takde pun tulis pasal neh. Semak gak harakah sekali sekala pun takde. Utusan haram lah aku nak check. Macam betul pun kalau ada. Lebih pada tokok tambah je.

Yang ada sekarang neh ialah bukti video. Lihat bawah neh ;


PKR pula lambat [ataupun tiada langsung] membidas isu yang diketengahkan oleh tv3 hampir setiap hari. Oleh kerana PKR sangat selow dalam isu neh so aku menganggap bahawa dalam isu neh memang sekurang2nya 50% pkr adalah di pihak yang menyumbang kepada masalah neh. Aku tengok pelbagai versi pasal berita neh melalui pelbagai channel. Apa yang dapat aku rumuskan setelah melihat berita2 tersebut ialah ;

1. PKR dulu ada buat janji ketika pilihanraya bahawa mereka akan tolong penduduk di kawasan berkenaan.

2. Setelah menang, haram pkr nak bantu. Pada awal ia nya diberikan tempoh 3 bulan, then dilanjutkan lagi, then lanjut lagi dan lagi sehinggalah sampai 3 tahun berlalu tak settle2 lagi.

3. Dulu bn memang buat masalah dengan mereka. So mereka putus harapan dengan bn. Jadi bila pkr buat janji dan harapan baru, mereka rasa seronok sangat sebab ada orang yang sudi bantu.

4. Namun apa yang diharap rupanya palsu. PKR meniru jejak langkah bien. Walaupun tidak sama tetapi mereka tetap serupa.

5. Ada sorang tue muncul di berita siap cakap dia takan undi sesiapa. Siapa lagi dia nak percaya? Siapa lagi? Dulu bien aniaya dia, dia undi pkr.. sekarang pkr pun sama.. so sapa lagi dia nak harapkan? Baik dia tak payah keluar mengundi dan duduk rumah je. <-- Ini keluar RTM beb. Hairan gak aku masa tue. Takan statement kutuk bn boleh lepas? Tapi rasanya memang dorang saja lepaskan sebab nak bagitau pada rakyat bahawa 

bn = pkr = 2x5.

Jadi, bila seseorang dah buat statement macam neh, aku rasa hampir betul lah [50%] bahawa pkr memang buat pasal dengan penduduk di ijok. Lihat bawah neh pula ;


Satu situasi yang aku respect dalam video di atas neh, khalid memang low profile. Penduduk boleh dekati khalid tanpa perlu risau ada polis kiri kanan tahan mereka dan sebagainya. Tapi masalahnya penduduk india neh pun silap. Orang nak bincang bebaik dorang provoke bagai. Tapi mungkin juga sebelum neh dorang dah lama tahan sebab tue dorang lepaskan macam bom bila ada peluang. Bab tue aku takmo hurai dan nilai mana2 pihak. Baik khalid mahupun penduduk ijok, kita kena dengar pandangan dari kedua2 belah pihak terlebih dahulu sebelum buat analisis mendalam. 

Tapi bercakap pasal khalid neh. Aku memang hairan. Adik aku dah berbulan2 hantar borang kat dia just untuk sign je. Isu rumah. Dah berbulan2 lama nya dia tak sign. Dari naik ke pejabat, call dan sebagai nya seme adik aku dah buat. Haram. Result hampeh berbulan2. Hanya sign sahaja khalid. Apa yang susah sangat? Bukan adik aku minta duit. Last month aku jumpa dia, katanya belum selesai. Last week aku balik lupa nak tanya pasal neh. Tak pasti dah selesai ke belum.

Dalam isu ijok neh aku serius blom faham betul2. Apa yang aku faham menerusi siaran berita je lah. Tapi dalam video di atas neh YB Zul adalah orang harapan dan orang kepercayaan penduduk ijok neh. Hope YB Zul boleh berbuat sesuatu untuk bantu mereka. Aku pun tak faham khalid neh. Dan aku rasa memang malas larh aku nak faham. Kadang2 kena terima hakikat yang PR pun pandai tanam gula tepi bibir. Time nak pru bagai time tue berapi2. Dah dapat kerusi bagai, janji ke mana, penduduk ke mana. Hampeh.

Nota : Video tengok boleh, tapi nak percaya 100%? Sila fikir masak2. Sekian.

Ameno : Rakyat gak jadi mangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...