Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Wee Ka Siong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wee Ka Siong. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Ogos 2020

Kerajaan Buka Semula Tender Projek Landasan Berkembar Lembah Klang, Kali Ini Secara Open Tender.

Wee Ka Siong | TENDER PROJEK LANDASAN BERKEMBAR LEMBAH KLANG (FASA 2) KINI DIBUKA

Bagi mengoptimumkan penggunaan dana awam untuk projek infrastruktur berskala besar, Kerajaan telah menyemak dengan teliti projek tersebut demi manfaat negara.

Lantaran itu, saya ingin mengumumkan bahawa tender untuk projek Landasan Berkembar Lembah Klang atau Klang Valley Double Track Project (KVDT 2) akan dibuka, sebagaimana dipersetujui Kabinet.



Sebelum ini, 5 Julai 2019, Kabinet PH telah memutuskan untuk meneruskan projek tersebut kepada kontraktor Dhaya Maju - LTAT Sdn Bhd dengan kos 15% lebih rendah daripada RM5.265 bilion kepada RM4,475,250,000.00 (RM4.475 billion) iaitu RM789,750,000 (RM789.750 juta) termasuk pengurangan skop kerja.

Walau bagaimanapun, pada bulan Oktober 2018, perunding yang ditugaskan oleh MOT, Opus Consultants (anak syarikat Khazanah Nasional Bhd) telah mengemukakan Laporan Kajian Profesional (PPR) yang menyimpulkan bahawa kos projek tersebut dianggarkan hanya RM3.398 bilion berdasarkan skop kerja DM-LTAT yang asal. Maklumat ini tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet pada masa itu.

Setelah mempertimbangkan hasil penelitian dan penyelidikan yang menyeluruh, Kementerian telah memutuskan bahawa kos projek semasa adalah terlalu tinggi. Susulan itu, Kabinet PN telah bersetuju bahawa pelaksanaan projek dengan bersandarkan kepada rundingan terus adalah tidak boleh diteruskan.

Sehubungan itu, proses bidaan untuk projek ini akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini.

Perunding Pemeriksaan Berkecuali (ICC) akan dilantik sebelum kontraktor baharu dapat melaksanakan skop kerja yang diperlukan, untuk memendekkan tempoh pembinaan projek dari tujuh (7) tahun kepada lima (5) tahun. Ini adalah penting dan diperlukan kerana projek ini akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kira-kira 80,000 pengguna Komuter setiap hari.

Rabu, 26 Februari 2020

MCA Sokong Bubar Parlimen Tapi Akan Hormati Mandat Agong.

Wee Ka Siong | Seperti yang diketahui umum, semua Ahli Parlimen BN telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam dan mempersembahkan hasrat untuk membubarkan Parlimen. Apa-apa keputusan, biarlah ditentukan oleh YDP Agong.

Ahli-Ahli Parlimen GPS, PAS, Warisan, PKR, PPBM, PAN dan DAP turut diundang ke Istana Negara dan setiap Ahli Parlimen ditemuramah secara berasingan oleh YDP Agong pada semalam dan hari ini.

Seperti yang saya nyatakan dalam sidang media di PWTC semalam, biarlah rakyat menentukan atau memberi mandat kepada sesiapa yang diyakini mampu untuk mengemudi negara yang terumbang-ambing selepas kegagalan pentadbiran serta tumbangnya PH angkara perbuatan mereka sendiri.

Keputusan yang saya ambil ini juga selari dengan hasil Mesyuarat Majlis Presiden MCA, beberapa jam sebelum saya mengadap YDP Agong iaitu, sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan kepada rakyat bagi menentukan siapa pucuk pimpinan negara menerusi pembubaran Parlimen.

Namun kami yakin, apa jua keputusan yang bakal dititahkan oleh YDP Agong, ia wajar dipatuhi oleh semua rakyat dan pastinya keputusan itu dibuat demi kepentingan negara secara menyeluruh.

Mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan, bagi saya ia tidak menjamin kepada kesuburan demokrasi yang telah kita praktikkan sejak sekian lama serta ia juga berupaya melenyapkan proses semak dan imbang terhadap kerajaan pemerintah.

 


Saya tidak bersetuju sistem Westminster yang sekian lama dilaksanakan di negara kita berubah menjadi sistem Presiden sesebuah republik yang mempunyai kuasa mutlak untuk melantik individu menyertai Jemaah Menteri tanpa melalui parti komponen.

Saya enggan melihat sistem demokrasi di Malaysia berkembang sehingga tiada lagi peranan pembangkang apabila PM disokong penuh oleh kesemua 222 orang Ahli Parlimen. Apakah ini sebuah demokrasi subur yang kita mahu lihat?

Apabila PM disokong oleh semua Ahli Parlimen, maka kuasa mutlak diberi kepada PM untuk membuat apa saja dengan slogan “ikut suka saya”. Maka, saya lebih rela menjadi pembangkang untuk memberi “semak dan imbang” kepada Kerajaan.

Sepanjang tempoh peralihan ini, berilah ruang sewajarnya kepada semua pihak agar proses ini dapat berjalan dengan tertib, tenang dan lancar tanpa sebarang kekacauan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam. - 26 Februari 2020.

Rabu, 5 Februari 2020

Rawatan Dialisis Percuma Mungkin Ditarik Balik, Wee Kecam PERKESO.

Wee Ka Siong | Mungkin ramai yang membayangkan bahawa arahan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi mengenakan syarat baru menafikan pencarum daripada rawatan dialisis percuma, akan diteliti atau ditarik balik.

Tetapi lihatlah respon PERKESO ini...

https://codeblue.galencentre.org/2020/02/03/with-rising-costs-socso-says-cant-be-sole-dialysis-provider/

😰😰


Saya rasa amat terkilan dan sedih dengan jawapan daripada Timbalan CEO PERKESO yang dilihat sudah hilang sifat penyayang dan tidak berperikemanusiaan ini.

Apa sudah jadi dengan PERKESO sejak Malaysia ditadbir kerajaan baru Pakatan Harapan?

Sedangkan sebelum ini , PERKESO dilihat beroperasi dengan begitu baik.

Pada tahun 2017 misalnya, iaitu sebelum PH ambilalih pucuk pemerintahan, PERKESO telah membuat bayaran faedah sebanyak RM3.2 bilion kepada penerima yang layak, meningkat daripada RM2.9 bilion pada 2016.

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/380625/perkeso-bayar-faedah-rm32-bilion/amp

Sekian lama PERKESO sanggup bayar demi kebajikan warga pekerja dan kenapa tiba-tiba kebajikan pencarum diabaikan begitu sahaja di bawah Malaysia Baharu?

Apakah PERKESO kini hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata?

Sudah lupa objektif sebenar PERKESO?

Sudah lupa bahawa berdirinya PERKESO hari ini adalah hasil sumbangan puluhan juta pencarum setiap bulan?

Sedarkah pihak PERKESO bahawa mereka yang pernah mencarum PERKESO terpaksa menjalankan rawatan serta-merta apabila mereka disahkan menghidap penyakit buah pinggang?

Sekiranya mereka tidak mampu, maka pencarum PERKESO itu akan mati akibat kekangan dana!

Kalau PERKESO minta badan lain pula menanggung kos rawatan dialisis bagi pesakit buah pinggang yang merupakan pencarum, saya anggap ianya satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Lihat Laporan Tahunan PERKESO 2017, mana mungkin 16,321 orang pencarum PERKESO yang menjalankan rawatan dialisis yang menelan perbelanjaan RM215.81 juta (setakat 31 Dis 2017) akan memufliskan PERKESO? Ianya sekadar 9.14% daripada jumlah bayaran faedah kepada pencarum.

Takkan golongan profesional PERKESO tidak dapat mencari kaedah lain untuk menambah sumber kewangan PERKESO melalui pelaburan strategik yang membawa keuntungan?

Saya cadangkan mana-mana Ahli Lembaga Pengarah dan golongan profesional dalam PERKESO yang begitu prihatin tentang keuntungan supaya segera berundur dan menyertai syarikat GLC yang memperolehi keuntungan besar dalam operasi perniagaannya.

Oh ya. Sehingga hari ini, Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran tidak membuat sebarang komen tentang isu ini. Kenapa Menteri berdiam diri? Sila baca Infografik Pendapatan & Perbelanjaan PERKESO setakat 31 Disember 2017, jelas menunjukkan bahawa pendapatan lebih daripada perbelanjaan. Apa maksudnya ?

Mana mungkin PERKESO muflis dan mengalami kerugian besar dalam Penyata Kewangannya? Mengarut saja!

Jangan lupa, PERKESO baru sahaja membelanjakan RM500 juta untuk membina sebuah Pusat Rehabilitasi yang canggih di kawasan Parlimen Menteri iaitu di Ipoh Barat.

Kenapa misi menyelamatkan pencarum yang menghidap penyakit buah pinggang dipandang remeh?

Menteri Sumber Manusia jangan membisu lagi!

Rabu, 4 September 2019

MCA Persoalkan Hanipa Gagal Tunai Janji Serah Laporan Polis Kes Terowong..

Wee Ka Siong | Apa cerita kes terowong dasar laut Pulau Pinang?

Sudah enam bulan tetapi masih tidak ada berita atau perkembangan baru.
Adakah kes ini KIV?

Adakah waran tangkap terhadap Raja Petra sudah dikeluarkan?

Kenapa begitu lama siasatan pihak polis ini?


Pada 1 April 2019, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin kata di Parlimen bahawa saya boleh mendapatkan sesalinan laporan polis.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/01/dapatkan-sendiri-laporan-siasatan-sprm-bocor-hanipa-beritahu-wee/

Jadi pada 2 April 2019, saya telah menulis surat kepada Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1250578591776309

Malangnya, sudah 5 bulan tapi habuk pun tak ada! Malah, kedua-duanya, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Datuk Seri Mohd Shukri sudah pun bersara!

Apa sudah jadi?

Kalau tak boleh dapatkan sesalinan berkenaan, janganlah Timbalan Menteri mengada-ngada berjanji dalam Dewan Rakyat! Ia akan kekal dalam hansard Parlimen sampai bila-bila!

Tengok video tulen ini, begitu yakin dan bersungguh sekali Hanipa :

https://www.facebook.com/wksbmenglish/videos/2308821529442827/

Hanipa mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh SPRM adalah mengenai “kebocoran kertas siasatan SPRM”. Habis cerita !

Lantaran itu, pada 4 April 2019, seorang ahli perniagaan bernama Gnanaraja yang disebut-sebut oleh Zarul di dalam kertas siasatan SPRM yang terbongkar seperti yang dilaporkan oleh RPK, telah didakwa di mahkamah kerana memperdaya Zarul dan menerima RM19 juta daripada Zarul kononnya untuk menutup kes siasatan terowong dasar laut Pulau Pinang dengan SPRM atau dengan bahasa mudah, nak “kaotim” SPRM.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/04/08/ahli-perniagaan-didakwa-tipu-berdepan-68-pertuduhan-ubah-wang-haram/

Cerita Gnanaja memperdaya Zarul untuk membayar RM19 juta kepadanya sudah diketahui umum ketika Zarul mendedahkan kepada media pada awal tahun 2018 melalui surat saman peguam kepada Gnanaraja. Ceritanya sama dengan apa yang dihuraikan Zarul dalam kertas siasatan SPRM yang terbongkar.

Persoalannya, beberapa individu atau ahli politik yang berprofil tinggi turut disebut oleh Zarul dalam kertas siasatan tersebut. Kenapa setakat ini hanya Gnanaraja saja yang dituduh di mahkamah? Rakyat tanya samada ini satu pertuduhan terpilih? Kenapa dan seribu satu kenapa? Kalau pembongkaran kertas siasatan SPRM, tidak mungkin separuh kandungan benar dan separuh lagi tidak benar. Mohon pencerahan pihak berkuasa!

#ApaCeritaKesTerowongPulauPinang
#RakyatNakTahuCeritaSebenar

Khamis, 29 Ogos 2019

Skandal Terowong : Terbukti P.Ramasamy Kantoi Berbohong - Wee Ka Siong.

Wee Ka Siong | Awal tahun lepas, saya pernah mendedahkan mengenai nilai tanah yang diberi oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai bayaran untuk projek terowong adalah sebanyak RM1,300 satu kaki persegi.

Saya juga menjelaskan bahawa nilai tanah yang terletak ditepi pantai Lebuh Gurney adalah antara paling mahal di Pulau Pinang dan nilai ini semakin meningkat.


Ini bermakna setiap kali projek terowong tergendala, syarikat konsesi terowong akan mendapat manfaat manakala kos sebenar projek untuk rakyat Pulau Pinang sedang dan akan menjadi jauh lebih mahal berbanding kos RM6.3 bilion yang diberi oleh kerajaan negeri.

Pada masa itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy kata saya dalam khayalan dan harga tanah tersebut hanya bernilai RM475 satu kaki persegi - bukan RM1,300.

https://www.malaysiakini.com/news/416861

Masa itu juga saya cabar beliau supaya menjual tanah di lokasi itu kepada saya dengan harga RM475 satu kaki persegi tetapi dia tidak menjawabnya.

Hari ini, portal media The Edge melaporkan bahawa Maybank sedang menolong syarikat konsesi terowong itu untuk menjual sebahagian tanah yang diterima oleh syarikat konsesi sebagai bayaran projek terowong dengan harga RM2.83 bilion atau RM1,300 satu kaki persegi.

https://www.theedgemarkets.com/article/maybank-roped-penang-megaproject

Akhirnya terbukti bahawa saya betul dan P. Ramasamy telah berbohong.

Selain daripada membantu menjual tanah dengan harga itu, Maybank juga akan meminjam kepada pembeli tanah.

Baik sungguh hati Maybank! Menteri Kewangan tentu bersetuju.

Saya fikir P. Ramasamy tidak akan membalas kenyataan ini kerana dia pernah membalas bahawa dia hanya akan menjawab di mahkamah apabila beliau dan boss-boss dia dinamakan di dalam kertas siasatan SPRM sebagai antara pihak yang menerima bayaran dari syarikat konsesi terowong itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/27/saya-sedia-ke-mahkamah-kata-ramasamy-selepas-dokumen-bocor/

Walaupun dia tidak akan jawab tetapi di sini masih timbul persoalan :

1. Kenapa syarikat terowong itu tidak pernah dikenakan apa-apa denda atau kontrak mereka dibatalkan oleh kerajaan Pulau Pinang walaupun projek ini telah lewat bertahun-tahun?

2. Dengan pendedahan oleh The Edge hari ini yang membuktikan saya betul tentang nilai sebenar tanah itu, adakah ini bermakna kos sebenar projek terowong ini untuk rakyat benar-benar mencecah RM20 bilion seperti kiraan saya awal tahun lepas?

https://dapmalaysia.org/statements/2018/03/16/26744/

3. Kenapa Pejabat Peguam Negara masih belum mengambil tindakan terhadap 6 kertas siasatan kes terowong yang telah dikemukakan sejak awal tahun lepas seperti yang dijelaskan oleh pihak SPRM pada bulan Mac 2019 lalu?

https://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-berkaitan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang

4. Adakah seluruh barisan pemimpin DAP akan terus membisu tentang skandal ini yang semakin hari semakin jelas?

Isnin, 15 Julai 2019

BN Rompak RM25b Kos ECRL Terbukti Penipuan - Wee Ka Siong.

Wee Ka Siong | Soalan saya di Dewan Rakyat mengundang rasa tidak senang pemimpin kerajaan sehingga Ahli Parlimen Kota Melaka (PH) terpaksa membangkitkan Peraturan Mesyuarat.
 

 
Kononnya soalan saya tidak relevan dan melanggar Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat. Malah, jumlah perkataan soalan turut dipersoalkan.

Isu pokok di sini ialah mengenai projek ECRL.

Saya hanya meminta Menteri Pengangkutan menyatakan :-

(a) apakah komponen projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak lagi dilaksanakan selepas kos terdahulu RM65.5 bilion dikurangkan kepada RM44 bilion. Bukankah ini satu pengecilan skop (downsizing) yang pasti akan
mengurangkan kos pembinaan dan ianya bukan
penjimatan berdasarkan skop asal; dan

(b) kenapa Kerajaan tidak mengguna pakai cadangan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan iaitu Tony Pua pada 15 November 2016 yang menganggarkan kos sebenar ECRL hanya RM29 bilion sahaja.

Sementara soalan tambahan saya ialah mengenai dakwaan Tony Pua yang pernah kata kerajaan BN terdahulu menggelapkan RM25 bilion.

Kenyataan MRL pada 9 Mei 2019 mengatakan perjanjian ECRL yang dimeterai 3 tahun lalu tidak ada elemen 'over pricing'.

https://www.thestar.com.my/…/neither-mrl-govt-claimed-rm21…/

Ini bermakna, tohmahan Tony Pua (kini Setiausaha Politik Lim Guan Eng) kononnya RM25 bilion digelapkan daripada projek ini terbukti satu penipuan.

https://www.roketkini.com/…/kos-ecrl-sepatutnya-lebih-rend…/

Saya juga bertanya, jajaran ECRL kini tidak lagi melalui Gombak dan Bentong sebaliknya beralih ke Putrajaya dan Jelebu. Jadi apa perubahan trafik dan ramalan pendapatan (revenue) ECRL?

Jajaran turut dipendekkan, tidak lagi sampai ke sempadan Thailand. Apa pula kesan atau implikasi dari sudut aliran trafik kargo dari selatan Thailand? Tidakkah ia menjejaskan implikasi ECRL itu sendiri dan juga pelabuhan Kuantan?

Nampaknya Menteri tidak mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan secara spesifik.

Apa yang dapat kita rumuskan ialah :

1. Menteri Pengangkutan Anthony Loke kata jajaran ECRL yang pada asalnya sepanjang 688km dipendekkan kepada 648km bukanlah pengecilan skala projek (downsizing).

2. Kerajaan PH menolak formula Tony Pua (kini Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng) yang kata kos untuk projek ECRL sepatutnya lebih rendah iaitu RM29 bilion.

3. Kenyataan MRL pada 9 Mei 2019 mengatakan perjanjian ECRL yang dimeterai 3 tahun lalu tidak ada elemen 'over pricing'. Jadi, dakwaan Tony Pua, Rafizi Ramli dan Dr Hatta Ramli yang pernah kata kerajaan BN terdahulu menggelapkan RM25 bilion terbukti satu penipuan.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...