Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Ogos 2020

Kerajaan Buka Semula Tender Projek Landasan Berkembar Lembah Klang, Kali Ini Secara Open Tender.

Wee Ka Siong | TENDER PROJEK LANDASAN BERKEMBAR LEMBAH KLANG (FASA 2) KINI DIBUKA

Bagi mengoptimumkan penggunaan dana awam untuk projek infrastruktur berskala besar, Kerajaan telah menyemak dengan teliti projek tersebut demi manfaat negara.

Lantaran itu, saya ingin mengumumkan bahawa tender untuk projek Landasan Berkembar Lembah Klang atau Klang Valley Double Track Project (KVDT 2) akan dibuka, sebagaimana dipersetujui Kabinet.



Sebelum ini, 5 Julai 2019, Kabinet PH telah memutuskan untuk meneruskan projek tersebut kepada kontraktor Dhaya Maju - LTAT Sdn Bhd dengan kos 15% lebih rendah daripada RM5.265 bilion kepada RM4,475,250,000.00 (RM4.475 billion) iaitu RM789,750,000 (RM789.750 juta) termasuk pengurangan skop kerja.

Walau bagaimanapun, pada bulan Oktober 2018, perunding yang ditugaskan oleh MOT, Opus Consultants (anak syarikat Khazanah Nasional Bhd) telah mengemukakan Laporan Kajian Profesional (PPR) yang menyimpulkan bahawa kos projek tersebut dianggarkan hanya RM3.398 bilion berdasarkan skop kerja DM-LTAT yang asal. Maklumat ini tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet pada masa itu.

Setelah mempertimbangkan hasil penelitian dan penyelidikan yang menyeluruh, Kementerian telah memutuskan bahawa kos projek semasa adalah terlalu tinggi. Susulan itu, Kabinet PN telah bersetuju bahawa pelaksanaan projek dengan bersandarkan kepada rundingan terus adalah tidak boleh diteruskan.

Sehubungan itu, proses bidaan untuk projek ini akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini.

Perunding Pemeriksaan Berkecuali (ICC) akan dilantik sebelum kontraktor baharu dapat melaksanakan skop kerja yang diperlukan, untuk memendekkan tempoh pembinaan projek dari tujuh (7) tahun kepada lima (5) tahun. Ini adalah penting dan diperlukan kerana projek ini akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kira-kira 80,000 pengguna Komuter setiap hari.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...