Isu poco-poco neh sebenarnya membuatkan aku tergelak sendiri. Bukan apa, walaupun aku dah TULIS dengan JELAS bahawa aku BUKAN SOKONG POCO-POCO ataupun PENARI POCO-POCO tetapi masih terdapat individu yang TIDAK FAHAM BAHASA bahawa apa yang AKU nak HURAIKAN di sini ialah KECELARUAN FATWA!
Kat sini aku tulis balik dengan TERTIB agar individu yang TIDAK FAHAM itu boleh FIKIR dengan TELITI isu fatwa poco-poco ini.
1. Harussani kata ia haram.
2. Harussani kata ia haram di PERAK sahaja. Baca
sini.
3. MAZA kata ia harus.
4. Ulasan panjang lebar MAZA boleh baca di
sini.
5. Harussani kata ia haram sebab ada roh-roh kristian. Dalam erti kata lain ianya ada unsur-unsur pemujaan.
6. Bukan haram sebab ianya membentuk salib ataupun mendekati perzinaan.
7. Jadi di sini dalam kepala hotak harussani ialah begini ;
poco-poco itu ada ritual kristian - ditarikan oleh orang islam - ini tidak blh kerana meniru budaya orang kristian - baiklah kita keluarkan satu fatwa iaitu haram - haramkan ia di perak kerana kapasiti "saya" sebagai mufti perak, kerana kuasa "saya" hanya tertakluk di perak sahaja lah.
8. Kemudian nya ustaz maza memberikan pandangan yang berbeza. Dalam kepala hotak ustaz maza pula begini ;
poco-poco itu ada ritual kristian - menjurus kemaksiatan - haram
poco-poco itu tiada ritual kristian - menjurus kebaikan - harus
9. Kemudian ustazah mashitah pula muncul. Dia kata tiada masalah. Baca
sini. Dalam kepala hotak ustazah mashitah pula begini ;
poco-poco itu tiada ritual kristian - poco-poco ialah senaman - mengumpulkan kakitangan kerajaan wanita di satu kawasan pada hari cuti untuk berpoco-poco - release tension - jadi poco-poco = okey - di perak = haram sebab harussani keluarkan fatwa ia haram - kerana apa? mungkin step dan ritual poco-poco di perak berbeza dengan poco-poco di negeri lain.
10. So ini ialah kandungan tiga kepala hotak orang yang arif dalam ilmu agama. Bukan kepala aku. Bukan kepala otak korang. Kesimpulan nya ialah ;
- Poco-poco cuma haram di perak, maka ini bermaksud selain dari perak, kita [penganut islam] boleh berpoco-poco di negeri lain.
- Orang islam perak tidak boleh mengangap bahawa poco-poco haram di seluruh negara.
Baiklah. Lepas tue ada cakap begini kat aku ;
What the hell!!! Daripada ko poco-poco lebih baik ko bersolat. Bersolat tue senaman beb.
Jawapan baik aku?
Helo kawan, dalam dunia neh kita tak perlukan 24 jam untuk bersolat. Ada masa yang diperuntukan untuk bersolat, untuk makan, untuk rehat, untuk tidur, untuk apa-apa lah. Ada makcik-makcik kat tempat aku neh mereka menari-nari seminggu sekali. Mereka buat dalam dewan. Ada beberapa peraturan dan lelaki dewasa tidak boleh ikut serta.
Tujuan mereka menari ialah untuk release tension. Bukan poco-poco je ada. Ada macam-mana tarian. Yang paling kerap mereka buat ialah menari "caca"
Aku pernah ikut serta sekali. Tapi tak menari sebab aku segan. Aku rasa macam orang bangang menari beramai-ramai. Sebab itu aku tinggal.
Jadi adalah tidak adil untuk kita menghina dan menyifatkan makcik-makcik yang ikut serta itu sebagai ;
- jahil agama
- tidak bersolat
- tidak menutup aurat
Kita kalau nak larang orang daripada berpoco-poco pun kena bagi sebab yang kukuh. Apa sebab kukuh yang korang ada untuk halang orang lain dari berpoco-poco? Fahamkan betul2. Ia haram cuma di perak. Selain dari perak, bukan hak korang nak larang atau pandang serong pada peserta poco-poco. Ini juga bermaksud, apabila kita keluar dari perak, larangan bahawa poco2 itu haram tidak sah.
Boleh je tak suka pada poco-poco tetapi tak boleh nak halang orang lain dari suka pada poco-poco sebab ia bukan haram untuk malaysia. Melainkan ada fatwa mengatakan poco-poco haram untuk seluruh malaysia, maka kita penganut islam kena ikut lah.
Namun, kena faham. Selagi fatwa seperti ini berterusan di malaysia selagi itulah kecelaruan akan wujud. Ada negeri kata haram. Ada negeri kata okey. Ada negeri tak kata apa-apa. Bagi aku, untuk memudahkan cerita, jabatan agama islam bagi seluruh negeri haruslah bersepakat dan kemudian mengeluarkan fatwa yang senada. Ini lebih baik.
Jawapan jahat aku?
Ko daripada memekik dan melalak macam orang meroyan, pergi solat lah lagi baik. Tak pun berzikir. Tak pun bersedekah. Tak pun bantu orang susah.. tak pun buat bodoh. Lagi bagus. Heh.
Ameno : Isu simple tapi masih ramai yang tak faham point sebenar. Apa kes?