Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Sands consulting sdn bhd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sands consulting sdn bhd. Papar semua catatan

Ahad, 12 Jun 2011

Developer portal 1pengguna.com SANDS buat magic beb!!

Inilah yang ku namakan as MAGIC. 

kah kah kah

Ini betul-betul MAGIC bhai.. 

Mai aku nak tunjukkan kat korang apa MAGIC yang SANDS buat. Lihat bawah neh ;



Lepas tue korang tutup mata 5 saat jap  ;

1

2

3

4

5

Dah? Okey tengok bawah plak ;


Tadaaaa...

Ruangan column reach to us dah hilang lah bhai. Pergi mana? Mana aku tahu.

kah kah kah

Ada orang cakap sands pemalas nak ubah links dalam tue. Lebih kurang macam links bidan terjun. Bagi aku pula, itu tak patut timbul. Sebab sands neh syarikat yang tawarkan khidmat website. Kalau ruangan untuk berhubung dia buat cincai boncai apa ertinya? Adakah dia tak suka orang "reach kepada dia"? Bukan kah dia perlu membina public relation yang baik in order untuk dapatkan projek? Korang boleh fahamkan isu sebenarnya kat sini?

Kalau  ko buat bisnes lepas tue ko tak letak contact number yang betul macam mana orang yang trust kat ko. Faham kan? So sands dan seluruh pembela sands kena fahamkan ini. Korang dah kantoi. Faham tak? Sebut betul2

KANTOI.

Ya betul kantoi. Inilah akibatnya bila tipu duit rakyat dan lupa yang Allah swt lebih mengetahui dari apa yang korang tahu. 

kah kah kah

Link untuk share entry neh di facebook jika url neh disekat fb http://gengblogger.com/v/498704

Ameno : upacara kantoi semakin besar dan marak.

Sabtu, 11 Jun 2011

Surat online kepada SANDS @ developer 1pengguna.com

Aku memutuskan untuk menulis surat online kepada syarikat neh. Seperti mana yang korang tahu, aku memang gila2 tak puas ahti pasal harga tender neh tak munasabah dengan hasilnya. Bagi aku kalau kos tender tue bernilai hampir rm1.5juta sepatutnya hasil akhir product tue should reflect lah dengan quality dan nilai tender tue. Bukan nya kita paid harga chicken tapi got tauhu as return. Sapa puas ahti? Aku? Haramjadah. Jangan harap beb.

Salam ,

Kepada pihak yang berkenaan.

Saya selaku rakyat malaysia amat berminat untuk memberikan penilaian jujur di atas pengendalian website 1pengguna.com yang dibangunkan oleh syarikat anda baru-baru ini.  Seperti yang anda tahu sendiri website ini dibangunkan oleh syarikat anda dengan nilai tender ; rm1,478,000,00 ataupun hampir rm1.5juta.

Sila rujuk gambar di bawah ini ;


Tetapi malangnya hasil yang dipaparkan oleh syarikat anda tidak setimpal dengan tawaran tender kerajaan pusat. Selaku rakyat malaysia saya merasakan ini satu pembaziran. Malahan saya percaya ramai rakyat malaysia mempunyai fikiran yang serupa. Biar saya terangkan kepada anda mengapa saya beranggapan ianya satu pembaziran. 

Pertama sekali kerana anda mengguna custom website elgg. Anda guna mod izap elgg bridge. Elgg tu boleh di akses menerusi link di bawah ini ;


di atas theme yang bernama "theme seashells". Yang kemudiannya anda ubahsuai.

Di buktikan lagi dengan jawatan kosong yang di pamerkan di website syarikat anda. Lihat bawah ini ;


Yang boleh dicapai menerusi link ini  [Jangan delete pula lepas ini]. 

Saya kurang arif bagaimana projek ini diluluskan oleh kakitangan kerajaan untuk di 'edarkan' kepada khayalak. Saya percaya sebelum satu-satu projek di 'edarkan' untuk digunakan oleh orang awam sudah tentu ada QC yang akan memeriksa dan memantau "product" terlebih dahulu. Jika product ini telah menjalani ujian, kajian dan soal-selidik yang TELUS sudah tentu hasil product ini tidaklah seburuk dan seteruk ini.

Daripada pengalaman saya ketika mengakses web ini ;

1. Loading page yang lambat.

2. Kerap berlaku termination during connection meskipun internet connection saya stabil.

3. Tiada ciri2 user friendly

4. Paparan antaramuka yang kuno dan tidak sistematik.

5. Meminta password twitter sedangkan tahap sekuriti untuk pelanggan sangat lowest [longgar].

6. Meminta no ic ketika chatting. Ini abuse kepada pelanggan kerana maklumat dalam portal ini tidak secure dan menunjukkan kerajaan bersikap kukubesi. Sedangkan sesiapa sahaja patut diberikan peluang untuk berinteraksi bersama pemimpin during chatting.

7. Sistem chatting yang berterabur ;

- Tiada perbezaan dari segi warna untuk menentukan siapa admin, siapa menteri dan siapa pula chatters.

- Tiada icon dan kawalan SPAM.

- Sistem chatting yang hanya brfungsi ketika menteri online. Sepatutnya ia di aktifkan sepanjang masa.

- Antaramuka yang tiada kualiti. Sepatutnya jika ada sesi soal jawab bersama menteri perlu ada dua antaramuka yakni satu untuk soalan dari chatters dan satu pula jawapan dari pihak menteri agar keadaan lebih tersusun dan teratur. Sila rujuk sistem chatting macam di astro. Walaupun tidak lah bagus mana tetapi 10000x lebih tersusun.

8. Tiada bantuan teknikal untuk menerangkan bagaimana kah seseorang user boleh surf portal ini terutamanya untuk first time user. Saya bercadang untuk masukkan blog saya di dalam portal ini tetapi tiada penerangan sehingga saya tercari2 bagaimanakah caranya. Tetapi gagal mengesan sehingga kini.

9. Seiring dengan kemajuan sosial network, portal ini sepatut ada friendly intergration dengan twitter dan facebook. Tapi nampaknya tiada.

10. Tahap sekuriti yang cikai. Baru2 ini rileks crew telah berjaya menyelongkar laman web ini untuk tujuan kajian. Nampak gayanya mereka tak perlukan banyak skill kerana laman web ini tersangatlah cikai dari segi tahap keselamatan. Ianya boleh dihack dengan mudah dan capaian maklumat rahsia pelanggan boleh dilakukan dengan mudah. Laman web ini tidak seperti blog. Jika blog ada maafnya lagi kerana blog kendalian personal. Tetapi laman web ini dibayar oleh kerajaan. Maka kenapa pihak pengendali [sands] bersikap sambil lewa dalam menyediakan service kepada pengguna?

Nilai tender ini juga sangat tinggi berbanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Tempoh tender ialah selama satu tahun. Untuk hasil kerja satu tahun syarikat anda di bayar sebanyak hampir rm1.5juta tetapi anda cuba mengurangkan kos yang keluar sebab itulah anda menggunakan service jomlah.

Saya tidak pasti apakah motif anda berbuat demikian. Saya pun kurang pasti samada anda ataupun kerajaan yang menipu rakyat malaysia. Ataupun adakah kedua2 sekali? Jika anda tanya saya, persepsi saya ialah  ;

Tender terbuka adalah untuk mengaburi rakyat. Selebihnya anda tentukan apa yang berada dalam kotak fikiran saya.

Jika anda mengatakan bahawa rm1.4 juta ++ termasuk untuk kos promosi dan segala2nya, saya rasa rakyat malaysia "wont buy that". Kerajaan mempunyai kementerian penerangan untuk mempromosikan website ini. Saya seringkali melihat astro dan tv3 mempromosikan slogan kerajaan. Kenapa tidak gunakan langkah yang sama untuk mempromosikan website 1pengguna.com pula?

Sebenarnya terdapat ramai rakyat malaysia yang berbakat boleh membina portal ini. Malahan mereka mampu membina portal yang mempunyai fungsi2 yang lebih baik dari apa yang syarikat anda tawarkan. Soalnya kini tiada sesiapa pun yang mahu percayakan bakat mereka kerana mereka seperti saya iaitu tidak pandai membodek dan mungkin lebih dari itu.

Dari ;
rakyat malaysia yang sayangkan MALAYSIA.

Alamat email ialah ;  support@my-sands.com dan news@tv3.com.my 

Yang neh projek yang aku rasa ada kaitan dengan syarikat pasir neh.. ==> klik sini


Yang neh pula aku syak boleh dapat hadiah free.. ===> klik sini


Ameno : Aku dah email.. pe kata korang email sekali.. lagi ramai email lagi lah dorang rasa tertekan.. kah kah kah

Kenali latarbelakang pembangun portal 1pengguna.com

Pembongkaran kes website bernilai rm1.4juta diteruskan oleh aku dengan penuh minat. Bak kata2 aku kepada bapak si dafi hari tue menerusi chatting ;

( 08.06.2011 6:27 PM) AmenoWorld: Datuk saya prtikaikan dengan hebat website neh brnilai rm1.4juta.. nenek seblah rumah saya pun gelak datok

Bukan sekadar berkata2, malahan aku buktikan ia dengan perbuatan. Pasal aku seriyus bhai tak puas ahti. Tak mungkin portal bodoh tue bernilai rm1.4juta. Pusing kot mana pun aku tak nampak yang portal tue ada harga rm1.4juta. Korang sekarang tengok bawah dulu ;

Siapakah di sebaliknya SANDs neh?

  • 4 listed directors and their respective ownership are:
    • Shahrizal bin Muhammad Kasim (20%)
    • Shahrul Sazli bin Shaharir (20%)
    • Luqman Hakim bin Mohd Nor (25%)
    • Shahjuhan Bin Samsuri (35%)

Apa kaitan mereka dengan ismail sabri ataupun kerajaan? Ntah taktahu aku.  Mesti ada kaitan ke? Ataupun aku belum jumpa? Nama mereka aku dapat dari sini.

Aku terai google pasal pasir neh. Hasil googling aku dapati takde info pun pasal dorang melainkan benda alah neh. ===> klik sini.

Bagi aku sebuah syarikat IT patut ada website sendiri. Tapi syarikat tue takde website pun. IT apa nya? IT haramjadah ka? Ke spesis kroni lagi? Tapi tuduh takmo lah. Pasal takde bukti. Cuma kalau syarikat neh jenis "hidup" mestilah syarikat neh aktif kan maklumat dan projek2 yang dorang pernah dapat dalam website in order untuk displaykan "karya" dorang kat public. Dalam ertikata lain untuk "show off" project yang dorang pernah dapat hasil kecekapan dorang buat kerja.

Hasil pemahaman aku menerusi keratan printscreen kat atas neh ialah ;

1. Syarikat pasir neh dapat projek hampir 1.5juta bhai.

2. Syarikat pasir neh mempunyai kontrak setahun atas nama tender neh. Fuhh setahun rm1.5juta? Ini bukan masyukk lagi bhaii.. patutlah ada pengkomen yang pro website neh. Bukan aku nak suspect tp aku memang kaki suspect. Almaklum lah kaki CSI bhai. Sedikit sebanyak aku syak orang2 pasir yang bagi komen untuk bela syarikat pasir. Heh.

3. Bagi pandangan aku banyak lagi syarikat bumiputera yang berkelayakan boleh dapat projek neh. Maybe takde link dengan kerajaan kot. <-- persepsi jahat aku weh.. jangan ikut naaa.. Ha Ha Ha..

4. Tapi aku heran gak. Apa peranan cyberjaya kalau untuk develope website pun dorang gagal? Ye tak? Patutnya projek macam neh bagi kakitangan kerajaan handdle je lah. Punyalah banyak pakar dalam kerajaan.. takan takde yang pandai issue kan hal neh [Idea yang ditiru dari seorang pengkomen aku]. Tue MIMOS tue apa citer yer? Kerajaan ka swasta?

Kah kah kah

Nampaknya kerajaan tidak menggunakan sepenuhnya fungsi kementerian yang dimiliki oleh mereka. Ada menteri it tapi takley bina website. Ada menteri penerangan tapi tak pandai promote website.

kah kah kah

Ini betul2 bangangland. 

kah kah kah

NOTA : seorang rakan kbsb jumpa website pasir. Klik sini

Ameno : Rakyat makan pasir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...