Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan

Isnin, 16 Januari 2017

Ya, Kami Tidak Boleh Ambil Tindakan Dalam Skandal Rasuah JANS Kata SPRM.

Episode satu disini.

Sebelum ini tersebarnya satu surat rasmi dari SPRM berhubung hasil siasatan tentang skandal rasuah di JANS. Surat dari SPRM itu merupakan jawapan ke atas surat yang diberikan oleh Pemuda Amanah Sabah yang menuntut penjelasan lanjut berhubung siasatan SPRM ke atas pegawai-pegawai tertinggi di JANS. 

Dalam surat itu menjelaskan bahawanya SPRM tidak akan mengambil apa-apa tindakan lanjut disebabkan ;

1. Tiada unsur rasuah 
2. Tiada maklumat lanjut (bukti baru)

Sungguh pun ada yang mempertikaikan kesahihan penyebaran surat berkenaan namun jawapan dari Facebook SPRM mengesahkan ketulenan surat tersebut.


Sumber : Milosuam.   

Berikut pula adalah sidang media dari Pemuda Pakatan Harapan berhubung skandal berkenaan.


MASYARAKAT SABAH KECEWA RESPON SPRM ISU SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH 

15 Januari 2017 

1. Pada 23 Disember 2016 lalu, Pemuda Pakatan Harapan negeri Sabah telah mengunjungi Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sabah bertujuan menyerahkan surat permohonan jawapan bertulis daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan siasatan kes skandal rasuah Jabatan Air Negeri Sabah. 

2. Pegawai SPRM telah menerima surat tersebut. Menurutnya, kes rasuah itu dikendalikan oleh ibupejabat SPRM di Putrajaya ekoran status kes siasatannya yang berprofil tinggi. Walau bagaimanapun, permohonan kami akan disampaikan kepada ibupejabat SPRM. 

3. Pada 27 Disember 2016, kami telah menerima SMS daripada SPRM yang menyatakan aduan kami telah diterima dan akan diberikan jawapan dalam tempoh 7 hari waktu bekerja. 

4. Namun, pada 12 Januari 2016, kami telah menerima sepucuk surat daripada SPRM mengenai jawapan isu Skandal Rasuah Air Negeri Sabah (RUJ: SPRM/CPM 20/38/01.30 Jld.46(58)) bertarikh 29 Disember 2016. Untuk rekod, 29 Disember juga adalah tarikh perbicaraan tiga(3) orang yang terlibat skandal rasuah ini di Mahkamah Kota Kinabalu. 

5. Dalam surat tersebut, SPRM menegaskan bahawa kes berkenaan tidak diambil tindakan lanjut atas alasan ianya tidak berunsur rasuah dan diluar bidang kuasa SPRM serta menegaskan tiada tindakan lanjut akan diambil. 

6. Sejujurnya kami kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pihak SPRM dalam isu ini. Namun, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana setelah diikuti perbicaraan mahkamah pada tarikh yang sama dengan surat tadi, ketiga-tiga koruptor itu langsung tidak disabitkan dengan rasuah dan korupsi, sebaliknya kesalahan penggubah wang haram. 

7. Kami juga yakin, masyarakat Sabah seluruhnya berasa kecewa apabila jawapan SPRM ini seolah-olah menggambarkan tidak berlaku sebarang skandal rasuah. 

8. Justeru itu, kami mengambil pendirian mendesak SPRM mendedahkan kertas siasatan kepada umum untuk penilaian orang ramai. SPRM juga boleh menyediakan ruangan khusus di portal SPRM bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan akses maklumat kertas siasatan tersebut. 

9. Selain itu, selepas ini kami akan membawa perkara ini kepada Yang di Pertuan Agong bagi menggesa penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan di Raja khusus bagi menyiasat isu skandal air negeri Sabah. 

10. Pada hemat kami, isu skandal air negeri Sabah bukanlah isu picisan kerana masalah air ini telah menyebabakan ribuan rakyat Sabah hidup dalam kesengsaraan. Justeru, tiada pihak yang boleh dibiarkan terlepas daripada siasatan ini samada Orang Besar seperti yang didakwa SPRM mahupun marhaen seluruhnya. 

Khairuddin Daud 
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara-Negeri Sabah (AMANAH Sabah) 

Mohammad Razeef Rakimin 
Setiausaha Pengelola Angkatan Muda KeADILan Sabah

Henry Shim 
DAPSY negeri Sabah

Jumaat, 13 Januari 2017

Skandal Air Negeri Sabah : Tiada Unsur Rasuah, Maka Tiada Tindakan Susulan Kata SPRM - Pemuda Amanah Sabah.

Ini apa yang aku dapat menerusi page rasmi Pemuda Amanah Sabah ;

Semalam, kita telah menerima sepucuk surat daripada SPRM mengenai jawapan isu Skandal Rasuah Air Negeri Sabah (RUJ: SPRM/CPM 20/38/01.30 Jld.46(58)) bertarikh 29 Disember 2016. 


Untuk makluman, 29 Disember juga adalah tarikh perbicaraan 3 orang yang terlibat skandal rasuah ini di Mahkamah Kota Kinabalu. 



Dalam surat tersebut, SPRM menegaskan: 

(C) TIDAK DIAMBIL TINDAKAN LANJUT KERANA : 

(iv) TIDAK BERSUNSUR RASUAH DAN DILUAR BIDANG KUASA SPRM 

(v) TIADA TINDAKAN LANJUT 

Sejujurnya kami kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh pihak SPRM dalam isu ini. 

Namun, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan kerana setelah diikuti perbicaraan mahkamah pada tarikh yang sama dengan surat tadi, ketiga-tiga koruptor itu langsung tidak disabitkan dengan rasuah dan korupsi, sebaliknya kesalahan penggubah wang haram. 

Kami juga yakin, masyarakat Sabah seluruhnya berasa kecewa apabila jawapan SPRM ini seolah-olah menggambarkan tidak berlaku sebarang skandal rasuah, wang yang dijumpai di pejabat Pengarah Jabatan Air Sabah adalah Wayang dan kesengsaraan rakyat di Kg. Pirasan, Kota Belud sehingga mereka berdemonstrasi kerana tiada air adalah lakonan semata-mata. 

Justeru itu, kami akan mengadakan satu sidang media pada hari Ahad ini, jam 9 pagi di BORAC Alamesra bagi mengumumkan pendirian dan tindakan selanjutnya daripada kita. Semua media dijemput hadir. Mohon sebaran. 

Salam Jumaat, doakan kita menang 
Khairuddin Daud 
Ketua Pemuda Amanah Sabah

Khamis, 5 Januari 2017

RPK Dedahkan Skandal XXX Datok Bahri Pula..

Datuk Bahri sekarang menjadi musuh no 1 kerajaan. Dari dituduh sebagai agent DAP membawa kepada skandal seks. Tu baru 2 hari Datuk Bahri buat pendedahan. Selain Datuk Bahri, dorang serang juga isteri dia beb.

Refer gambar jap ;


Dan RPK pula menerusi portalnya menulis dengan membayangkan Datok Bahri sepertinya seseorang yang tidak layak bercakap tentang intergriti kerana pernah terkait skandal hubungan sulit.. pelik kan? Asal lawan Najib semua ada skandal xxx. Korang baca sendiri hujah dorang nak mencalarkan reputasi Datok Bahri. Dari skandal seks sampai kepada isu kerugian forex. Semuanya dia pula yang bersalah secara tiba-tiba.

Dorang lupa kot Datok Bahri bukan terus-terus naik jadi pegawai kanan SPRM. So macam bangang juga nak salahkan Datuk Bahri dalam skandal forex dan kerugian MAS yang berlaku sejak 10 - 12 tahun lepas. Datok Bahri bercakap tentang isu SRC dan 2.6b sebab memang SPRM diberikan akses menyiasat kes berkenaan.


Memang ada banyak skandal penyelewengan di Malaysia tapi tak bermakna semuanya SPRM dibenarkan untuk siasat. Ini taktik nak selamatkan Najib pukul curi Mahathir lepas tu kita pun jadi lemah semangat nak melawan sebab dah dedua pun nampak macam serupa je.

Seperti dilaporkan oleh MalaysiaToday.

Saya rasa Tian Chua, Rafizi Ramli dan Tony Pua telah “lost track” pelan perancangan mereka, dan mungkin juga mereka telah kehilangan fokus pada misi utama mereka. Dan kenyataan Rafizi di bawah – ditambah dengan kenyataan oleh Tian Chua dan Tony Pua sejak beberapa hari lalu – memberi gambaran bahawa mereka tidak benar-benar memahami apa yang sedang berlaku lagi. 

Apa yang Rafizi katakan (lihat di bawah) hanya lah mengesahkan bahawa Bahri Mohamad Zin adalah agen DAP di SPRM. “Jika mereka menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri untuk menyelamatkan kredibiliti Najib, ianya merupakan satu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri pula,” kata Rafizi.

Apakah yang Rafizi maksudkan dengan bermoral? Adakah Rafizi berkata bahawa Bahri bukan pegawai kanan SPRM yang mempunyai hubungan sulit dengan kakitangannya, seorang wanita yang sudah berkahwin, di pejabat? Jika ianya bukan Bahri maka siapakah pegawai tersebut? Dan jika Bahri tidak mendedahkan siapakah pegawai itu bagaimana mungkin beliau seorang yang bermoral dengan menutup jenayah? Dan jika pegawai tersebut adalah Bahri maka bagaimana mungkin beliau boleh menjadi bermoral?

Oleh yang demikian Rafizi, Jika pegawai tersebut bukan Bahri maka perjelaskanlah dan beritahu kami siapa pegawai tersebut memandangkan berjuta-juta rakyat Malaysia sedang tertunggu-tunggu nama pegawai kanan SPRM yang mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang di atas meja pejabatnya. 

Adakah Rafizi juga berkata bahawa Bahri tidak terlibat dalam menutup pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed? Sekarang, ingat, Pakatan Rakyat yang mengatakan bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed telah dibunuh. Dan Pakatan Rakyat pernah berkata bahawa SPRM telah menutup pembunuhan ini. 

Jadi, mereka telah dibunuh dan SPRM menutup kes pembunuhan itu. Mungkin ini bermaksud bahawa ada orang yang sangat kanan dalam SPRM terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam menutup pembunuhan ini. Dan Bahri adalah pegawai yang sangat kanan dalam SPRM. 

Jadi, sama ada Bahri terlibat dalam pembunuhan atau terlibat dalam menutup kes pembunuhan itu. Dan jika dia tidak terlibat dalam pembunuhan atau menutup pembunuhan, memandangkan dia sangat kanan dalam SPRM, maka beliau akan tahu siapa yang terlibat. 

Oleh itu, bagaimana pula Bahri boleh menjadi pegawai SPRM yang bermoral? Mungkinkah seorang pegawai SPRM yang sangat bermoral menutup dua pembunuhan? Seorang pegawai SPRM yang bermoral akan mendedahkan penjenayah dan memastikan mereka dipenjarakan. Seorang pegawai SPRM yang bermoral tidak akan membantu pembunuh terlepas daripada hukuman. 

Dan bagaimana pula dengan kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff? Apakah Bahri yang bermoral bersedia untuk mengaku bahawa SPRM, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara terlibat dalam kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff? Dan adakah Bahri yang bermoral bersedia untuk mendedahkan bahawa Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff telah dibunuh kerana mereka mahu untuk menutup fakta bahawa syarikat penerbangan nasional, MAS, hilang RM8 bilion untuk menampung RM30 bilion kerugian Forex dan juga untuk menutup fakta bahawa KPN mempunyai hubungan dengan kongsi gelap Cina, perjudian, pelacuran, dadah dan sindiket Ah Long? 

Ya, Rafizi, kita memerlukan Bahri yang bermoral untuk menyatakan kebenaran dan mendedahkan fakta-fakta tentang semua jenayah-jenayah ini. Dia tidak boleh menjadi bermoral jika dia hanya cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menutup semua jenayah lain yang lebih serius. 

Tuduhan jenayah yang melibatkan RM2.6 bilion adalah masalah besar untuk anda. RM8 bilion MAS dan RM30 bilion kerugian Forex (yang digabungkan bernilai RM70 bilion hari ini) bukan pula masalah besar. Dan ia menjadikan Bahri seseorang yang bermoral. 

Biar saya terangkan perkara ini dengan lebih jelas. Bahri seorang yang sangat bermoral kerana dia cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Dia tidak perlu mendedahkan pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff kerana ianya tidak melibatkan proses untuk menjatuhkan Perdana Menteri. 

Jadi, jika dia berdiam diri mengenai pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed, atau fakta-fakta di sebalik kes Rosli Dahlan dan Ramli Yusuff, ianya tidak menjadikan Bahri kurang bermoral selagi dia memberi tumpuan kepada menjatuhkan Perdana Menteri. 

Ya, ini adalah Rafizi yang merancang Langkah Kajang tetapi menafikan bahawa Langkah Kajang itu bertujuan menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Dan ini adalah Rafizi yang berkata bahawa Khalid perlu diganti kerana beliau rasuah dan kemudian Saifuddin Nasution terpaksa memohon maaf secara terbuka kepada Khalid untuk semua tuduhan palsu yang dibuat terhadapnya. 

Lebih baik Rafizi tutup mulut sebelum saya buat sesuatu. Saya sangat malu kerana pernah menganggap beliau sebagai seorang pemimpin akan datang. Beliau adalah salah satu sebab saya berpaling menentang Pakatan Rakyat. Rafizi telah membuktikan bahawa beliau hanyalah “pariah” politik. Adakah ini pelajar terbaik yang MCKK keluarkan? Memalukan! 

*****************************************
Rafizi mempertahankan agen DAP dalam SPRM 

(Malaysiakini) – Serangan terhadap Pengarah Khas Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bahri Mohd Zin boleh memakan diri, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli beri amaran. 

Beliau berkata terdapat pelbagai serangan terhadap Bahri baru-baru ini oleh mesin propaganda Umno, seperti portal MyKMU, dalam usaha untuk menjatuhkan pegawai kanan SPRM. 

“Jelas sekali terdapat percubaan untuk menakut-nakutkan Bahri dan pemimpin SPRM lain. Ini adalah modus operandi biasa alat-alat propaganda. 

“Ia sering melibatkan cerita yang direka untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai ancaman,” katanya kepada Malaysiakini hari ini. 

Ahli-ahli politik adalah tokoh masyarakat, maka ianya boleh diterima apabila mereka menjadi perhatian masyarakat, beliau berkata, tetapi ianya amat membimbangkan apabila serangan kini tertumpu kepada Bahri. 

“Ancaman terhadap pegawai-pegawai kanan awam seperti Bahri jelas satu usaha untuk campur tangan dalam pentadbiran keadilan,” katanya. 

Ia juga adalah satu percubaan awal untuk menjatuhkan apa sahaja atau tindakan yang diambil oleh Bahri dan SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung dengan isu 1MDB. 

Rafizi menasihatkan alat-alat propaganda bahawa “tidak ada jumlah spin” boleh memperbetulkan kredibiliti Najib; orang ramai tidak boleh menerima justifikasi yang diberikan dengan menutup kes terhadap Perdana Menteri. 

“Lebih buruk lagi, jika mereka masih cuba menjatuhkan pegawai bermoral seperti Bahri untuk menyelamatkan kredibiliti Najib, iaitu strategi yang tidak baik kerana ia akan memakan diri mereka sendiri,” katanya.

Selasa, 3 Januari 2017

SPRM Keluar Kenyataan Nafi Bahri Bersara Kerana SRC Namun Wartawan Tunjuk Bukti Yang SPRM Menipu - Kantoi Lagi!

Control damage. Itulah yang dorang buat sekarang apabila mengeluarkan kenyataan media seperti berikut.

SIARAN MEDIA MENGENAI PERSARAAN DATO’ BAHRI SURUHANJAYA 

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mengesahkan bahawa Dato’ Bahri Mohammad Zin telah memohon kepada kerajaan untuk persaraan pilihan atas kehendaknya sendiri enam bulan yang lalu. Permohonan yang dibuat itu selari dengan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurang enam bulan sebelum tarikh persaraan. 

Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Dato’ Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Dato’ Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut. 

Beliau yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Operasi Khas sejak 16 Jun 2014 telah bersara berkuat kuasa 30 Disember 2016. 

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 
PUTRAJAYA 
3 JANUARI 2017

>> SPRM telah menghubungi Dato Bahri dan Dato Bahri menafikan perkara tersebut? Yeke? Betul ke Dato Bahri nafi ataupun korang yang main nafikan bagi pihak dia?

Taktik nak menyalahkan wartawan dan menekan Dato Bahri. Seluruh mata akan tertumpu kepada Dato Bahri. Orang akan perhatikan keselamatan dan pergerakan Dato Bahri. Selepas ini jika terjadi apa-apa terhadap Dato Bahri ataupun terhadap ahli keluarganya sudah tentulah masyarakat akan mengaitkan dengan isu neh.

SPRM menafikan kenyataan Dato Bahri. Penafian tidak dikeluarkan oleh Dato Bahri. Dan wartawan mendedahkan bukti mesej wassap yang sememangnya Dato Bahri mengeluarkan statement tersebut.

Lihat ;


Apa lagi agaknya SPRM nak cakap eh? Peluru apa lagi yang dorang nak keluarkan eh? Elokla kita semua bersiap sedia. Takut gak rasanya neh. Bayangkan kalau tiba2 kerajaan gunakan SKMM ataupun apa2 akta bagi menghalang kita menulis tentang ini bagaimana? Mampos wei. Tak pasal-pasal berakhir di lautan penjara.

Kah Kah Kah

Pegawai Tinggi SPRM Umum Bersara Awal - "Saya Kecewa SRC Tidak Boleh Didakwa Meskipun Seleweng Wang Rakyat" - Jaga-Jaga Dengan C4 Datuk!

Ini ialah laporan dari Free Malaysia Today ;

Pengarah operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah. 

Datuk Bahri Mohamad Zain
Datuk Bahri Mohamad Zain
Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Datuk Bahri Mohamad Zain, 57, yang bersara pada Jumaat lepas berkata beliau berasa berdosa apabila kes penyelewengan melibatkan sejumlah wang yang besar gagal dibawa ke mahkamah sedangkan kes lain tidak mengalami sebarang masalah. 

“Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah,” katanya kepada FMT, hari ini. 

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta. Beliau memainkan peranan penting menyiasat SRC dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta didakwa ditemui dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. 

Ia dilapor dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui 2 transaksi pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 selepas disalurkan melalui 2 syarikat lain iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. 

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Januari 2016 memutuskan Najib tidak bersalah atas tuduhan melakukan salah laku dalam urus niaga berkenaan. 

Menurut Bahri, beliau mendapati SRC yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyeleweng wang rakyat secara terang-terangan. “Begitu banyak wang rakyat diselewengkan secara terang-terangan”, katanya. 

SRC ditubuhkan pada awal 2011 untuk meneroka pelaburan strategik di seberang laut dalam sumber tenaga. Ia kemudian diambil alih Kementerian Kewangan berikutan program penstrukturan semula 1MDB.

Sebelum ini, portal Malaysiakini melaporkan enam pegawai kanan di Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.
Difahamkan enam pegawai berkenaan dalam pasukan penyiasat itu, termasuk timbalan ketua bahagian itu, Tan Kang Sai. Kekosongan jawatan mereka yang dipindahkan dari unit khas itu, tidak diisi.
Ringkasnya perlantikan Apandi Ali dan Dzukifli Ahmad ditunjangi dengan motif tertentu. Kalau masih tak nampak lagi motifnya elokla kau pergi meninggal saja. Hidup pun tak guna kalau kerjanya asyik menyusahkan rakyat sebab menyokong pemimpin yang menzalimi rakyat. 

Jumaat, 30 Disember 2016

Bahagian Operasi Khas SPRM Yang Siasat Kes FELDA, Derma 2.6b, Skandal Air Sabah, SRC Kini Dikecilkan - Kenapa Agaknya?

Memetik laporan dari Malaysiakini ;


Saiz bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengendalikan kes-kes berprofil tinggi seperti yang berkaitan dengan 1MDB dan Felda, didakwa sedang dikecilkan.
Difahamkan bahagian berkenaan ditubuhkan kurang daripada lima tahun lalu untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan ahli-ahli politik, atau rasuah yang melibatkan jumlah lebih RM1 juta.
Satu sumber yang biasa dengan perkembangan tersebut membayangkan bahawa bahagian yang bertanggungjawab untuk menangani beberapa kes besar sebelum ini, sedang dikecilkan atau sedang berdepan dengan penyusunan semula.
Ia tidak diketahui sama ada langkah itu dipersetujui atau disokong oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad, kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
Antara kes-kes yang dikendalikan bahagian berkenaan termasuk kes SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB yang kini di bawah Kementerian Kewangan.
Kes-kes lain termasuk pembelian hartanah hotel oleh Felda London di bawah pengerusinya sekarang, Tan Sri Isa Samad, dan kes rasuah infrastruktur air di Sabah.
Felda telah pun dilaporkan dibersihkan daripada salah laku.
Ia tidak diketahui sama ada pengecilan bahagian itu ekoran langkahnya untuk menyiasat SRC International.
Siasatan Tentang Skandal 1MDB

Tolong jangan bagi alasan kerana masalah kewangan sebab tu kena kecikkan team. Atau jangan bagi alasan kakitangan terlalu ramai.



Isunya bahagian tersebut dah terlibat dalam beberapa siri siasatan yang berprofil tinggi.

Sudah tentu kakitangan yang berada dalam bahagian tersebut dah menyimpan bermacam jenis rahsia individu-individu berpengaruh dalam politik tanahair.

Kita tunggu respon susulan dari SPRM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...