Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Rosmah Mansur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rosmah Mansur. Papar semua catatan

Ahad, 15 Januari 2017

Pengacara Kongsi Gambar-Gambar Rosmah Mansur Main Badminton Malangnya Netizens 'Bom' Dengan Kritikan & Paling Teruk Apabila Komen Memuji Datangnya Dari Fake Account

Langsung tak bagi peluang!

Itulah netizens apabila berbicara isu Rosmah Mansur. Seorang pengacara di Saluran RTM, Zamzarina Zambri yang juga isteri kepada pegawai khas Rosmah Mansur iaitu Rizal Mansor, telah memuatkan beberapa gambar-gambar Rosmah yang begitu aktif bersukan meskipun usianya telah mencecah 65 tahun.

"Umur dah 65 tapi stamina sukan power!" - Zamzarina Zambri.



Yeay, jom la main badminton.




Meskipun perkongsian tersebut bersifat apolitical namun netizens tidak melepaskan peluang untuk menghamburkan kata-kata kemarahan dan kritikan ke atas perkongsian gambar-gambar berkenaan.




Tidak hanya ada komen-komen yang negatif, masih ada komen-komen yang memuji juga. Komen-komen yang memuji ialah antara komen-komen yang terawal berada di post berkenaan.

Dan yang paling menarik di kalangan yang mengkritik Rosmah Mansur di post berkenaan adalah seseorang yang benar-benar rajin apabila sanggup klik satu demi satu profile fb yang memuji Rosmah Mansur!

Hasilnya, dia menemui ini ;

Klik Gambar Untuk Paparan Yang Lebih Jelas
FB puji Rosmah FB fake rupanya!

Terdapat beberapa fb fake yang memuji Rosmah di ruangan komen tersebut rupa-rupanya. Dan apabila pihak kami memeriksa beberapa profile fb di status berkenaan, selain dari id-id di atas, kami mendapati terdapat 3,4 id lain yang juga boleh diragui status 'ketulenannya'.

Apa sudah jadi? Sebenarnya tak perlu susah-susah nak create id palsu la! Banyak juga penyokong-penyokong BN dan Rosmah di media sosial neh sebetulnya. Pakat-pakat dalam 10-15 kawan-kawan FB untuk sama-sama puji status kawan-kawan pun boleh je. Sekurang-kurangnya tak la terkantoi dengan id palsu kan? Tak pasal-pasal je Rosmah terbabit sama.

Kah Kah Kah!

Isnin, 19 Ogos 2013

Bersyukurlah Negara Aman - Rosmah Mansur.

Akhirnya.

Wanita paling hebat dan berpengaruh di Malaysia telah pun bersuara. Takan tak reti2 lagi nak bersyukur?

Kah kah kah

Tak sangka. Setelah berbulan2 troll orang2 umno dengan ayat syukur negara aman kini Rosmah pula guna ayat tersebut. Ayat syukur negara aman neh tak silap aku mula2 sekali digunakan oleh Najib bagi mengambarkan betapa bagusnya BN mentadbir negara neh. Sebab tue kita aman. Jika dibandingkan dengan negara2 arab yang sedang bergolak.

Ooooooooooiiiiiiiiiiii

Lihat duniaaa..

Aman kan Malaysia nehhh..  Sapa yang tadbir? Bersyukurla oiii..

Lebih kurang gitu ah yang dia nak gambarkan. Walaupun dia tak sebut sebiji2 macam tue.

Hehe.

Setelah melihat ;

Kadar jenayah semakin meningkat,

Kes tembakan berleluasa,

Buang anak macam buang sampah,

Bunuh orang macam bunuh lalat,

Jurang miskin kaya melebar,

Defisit negara meningkat,

Ekonomi negara sakit,

Bangga buat maksiat secara berdepan,

Pemimpin ada skandal dan corruptted diberikan amanah,

Penyelewengan dana negara tanpa segan silu,

Projek gajah putih sentiasa berterusan,

Ketidakadilan dalam melaksanakan hukuman,

Gunakan Islam as makeup untuk tutup salahlaku sendiri,

Gunakan Islam as mask untuk raih simpati sokongan dan undi,

Dan macam2 lagi masalah2 lain yang belum lagi menemui penyelesaian yang muktamad dan berkesan.

Aku was2 untuk tidak rasa bersyukur. Aman sangat. Meleleh2 airmata aku ucapkan kesyukuran neh. Siyes.

Kah kah kah

Rabu, 24 April 2013

Rosmah Mansur Juga Bantah AES.

Ya, Rosmah idola aku juga bantah AES. Apatah lagi rakyat Malaysia? Masakan kita bisa melangkaui orang paling popular ? Jika dia bantah AES, rakyat malaysia lebih2 lagi.

KAH KAH KAH

Telah dimaklumkan oleh portal HarakahDaily bahawa Rosmah kesayangan rakyat Malaysia tak bayar saman AES. Tak bayar langsung saman walaupun dah dua kali kena. Sedangkan Rosmah ialah isteri Najib, isteri kepada manusia yang mana parti nya itula yang melaksanakan AES. Beria2 sangat konon atas dasar keselamatan. Bukan sebab nak duit ekpress.

Rujukan berita disini ==>  http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18619-aes-saman-tertunggak-rosmah-apa-kata-najib



Boleh jadi surat tak sampai. Dari bulan satu sampai bulan april. Tapi boleh jadi surat sampai tapi rosmah bantah AES. 

PERGI MAMPOSLA SAMA AES. MACAM AKU NAK HERAN.

Rosmah mungkin mengamok. Aku ingat ini paling tepat. Dengan ini kita mengalu2kan Datin tersohor kita Rosmah Mansur untuk menjadi ikon pembantahan AES.

Terima kasih mem. Akhirnya mem juga bersama2 kami untuk membantah kekejaman BN. Tahniah, terbaek. Rosmah memahami aspirasi rakyat. Jom raikan ahli baru.

KAH KAH KAH  

 

Isnin, 11 Februari 2013

Najib Razak dimalukan di konsert PSY [Video Inside]

Suara rosmah mansur memang sedap. Patut dah lama dah jadi penyanyi. Rugi woo. Bakat terpendam tue.

Hehe.

 

Rosmah Mansur menyanyi sempena majlis sambutan tahun baru cina di penang yang mana dianjurkan oleh BN penang. PSY antara artis antarabangsa yang dijemput untuk menjayakan sambutan tersebut. Beberapa info yang aku berjaya collect ialah ;


1. PSY bergegas kembali ke tanah air dia selepas habis pertunjukkan.

2. Persembahan PSY yang berapa minit tah mencecah jutaan ringgit. Ingatkan dalam 2 jam ada kot. Mana ada. HARAM. Dah la BAYAR MAHAL NAK MAMPOS.

3. Ada news cakap jumlah hadirin ialah 30k, ada pula yang cakap 50k, tak sure mana satu betul. 

4. Tetapi ada kumpulan2 yang hadir memakai baju kuning dan hijau. Lihat bawah ;

5. Menurut ASD, dia cakap ;









Apabila Najib melaungkan.. "Are you ready for Psy??"

Jawab yang hadir.."READY!!!"

Najib ulang sekali lagi... "Are you ready for Psy??"

Sekali lagi jawapannya dari yang hadir.."READY!!!"

Tapi bila Najib laung " ARE YOU READY FOR BN??..

Malang sungguh buat Najib bila hadirin menyahutnya dengan "NOOOOOOOOOOOO!!!!!"     



WOw..

Sekali terkena la plak. Kalau sesiapa rakamkan perkara tersebut, mohon share. Aku nak tengok suasana dia.. especially muka PM kita bila terima NOOOOOO as return. 

KAH KAH KAH

Info selanjutnya akan dikemaskini selepas ini. 

Nah, video yang dinyatakan. Mujur ada rakaman dari facebookers. Kali neh secara RASMINYA suara2 mereka yang mengatakan NO kepada BN itu mewakili suara aku juga. Najib tanya dan kami telahpun nyatakan pendapat kami.

BIG NO TO BN, OKE? BIG NO. FACE IT LA NAJIB.

KAH KAH KAH 

  

Sabtu, 5 Januari 2013

Rosmah mansur cute berposing jadi model cuci rumah.

Memang sahih la dia ialah tokoh serba boleh. Padan la dia dapat macam2 anugerah. Tabik dan salute gile aku kat rosmah mansur sorang neh. Tetiba rasa nak belajar macam mana agaknya dia menguruskan karier dia sampai tahap neh. Kalau la dia kongsi tips mungkin aku pun akan secemerlang dia.

Pehhhhh

kah kah kah

Baru2 ini rosmah mansur kita telah berposing sakan dalam satu paper akhbar cina. Tak pula aku tahu akhbar apa. Tak dinamakan oleh sumber yang sebarkan gambar ini. Rujuk sini.


Dia punya posing tue pehhhhh maut siot. Kalau la rosmah mansur masih anak dara mao tergolek lelaki2 semalaysia. Terpikat la katakan. Sudah la cantik comel pula tue. Ko ada? Aku takde beb.

kah kah kah

Apa pun rosmah mansur terima kasih la tunjukkan keprihatinan anda terhadap mangsa2 banjir. Good job. Harap2 lain kali rosmah mansur boleh berposing dengan stail lain plak lepas neh. Confirm meletup kaw. Terbaek la katakan.

kah kah kah

Selasa, 11 Disember 2012

Rosmah, ko meh sini kejap.

Rosmah mansur ada lagu. Nama lagu tue wanita perdana. Lagu tu dinyanyikan oleh misha omar.

Wow..

Apa agaknya lirik lagu nyanyian misha omar tue ek? Adakah memuji2 mem? Sebenarnya isteri mahathir tue pun tak pernah lagi aku tahu ada lagu. 22 tahun tue. Isteri kepada pm. Usah kata lagu, nak keluar tv pun jarang sekali. 

KAH KAH KAH

Apa pun sekarang bukan nak citer pasal lagu. Itu side dish je tue. Yang sebenarnya nak citer pasal rosmah dan buku rosmah. Semalam [10/12] rosmah telah melancarkan satu buku biografi. Buku tue berharga rm150. Buku tue ada menceritakan beberapa perkara mengenai rosmah dan menjawab balik fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ke atas rosmah mansur. Itu menurut pendapat mereka la kan. 

Segala apa benda yang dilemparkan kalau bn tak mampu tangkis dengan hujah maka ia dicop fitnah. Segala apa benda bukti yang diberikan kalau bn tak mampu sangkal dengan fakta lalu ia menjadi tohmahan. 

Pfttt.

 
Oke rosmah. 

Meh sini aku nak ulas sikit mengenai langkah terbaru mem. Aku nak offer diri aku jadi penasihat mem pun tak boleh. Sebab aku dah offer diri aku jadi penasihat najib. Aku malas nak tukar2. Mem boleh try cari orang lain. Admin malaysiangags pun oke. Dia admire mem melebihi dari aku mengadmire mem, siyes. Tak caya pergi arh buka page dia.

Wakaka.

Mem dan team mem menerbitkan buku tersebut untuk menangkis fitnah dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan terhadap mem selama neh. Buku tue pula dijual oke, dijual. Bukan free.

Selama neh dalam utusan dan seme media arus perdana termasuk la blog bn sendiri dah menjawab bermacam persoalan mengenai mem. Benda tue seme boleh dicapai secara percuma asalkan lue ada internet dan akses kepada siaran tv.

Kita tak perlukan rm150 pun untuk mendengar penafian dan respon mem terhadap satu2 isu. Kita juga tak perlukan rm150 untuk mendengar kisah hidup mem. Direct je ia dipaparkan menerusi berita oke. Bahkan siap ada program khas lagi. 

Pfttt. 

So apa relevantnya team mem mengeluarkan buku ini kalau bukan semata2 nak menambahkan kutukan ke atas mem? Sesungguhnya team mem sedang bergabung tenaga untuk menjatuhkan mem dari dalam. Mem tak sedar. Tapi itulah yang berlaku.

Lagi yang tambah tak logik. Benda free pun penyokong2 pr tak boleh terima penafian mem. Inikan pula benda berbayar? Adakah mem fikir bahawa akan ada penyokong2 pr dan atas pagar yang sanggup keluarkan duit rm150 untuk beli maklumat yang boleh didapati secara percuma di dunia internet?

Beli makanan lagi bagus dari beli buku mem.

Dia sapa yang aku nak baca pasal dia?

Buang masa. Buka je internet bersepah ada.

Itulah kata2 mereka terhadap penghasilan buku mem.

Sudah tentulah sasaran mem ialah penyokong2 yang tak sokong mem kan? Bukan la penyokong2 mem yang dah sedia sokong mem kan? Mereka yang dah sokong takan terpedaya kan? So apa kelogiknya mereka nak beli buku menjawab tohmahan ke atas tohmahan yang mereka tak percaya langsung?

Sasaran tak betul.

Strategi marketing pun hancur.

Isi kandungan pun mengenai perkara yang boleh didapati secara percuma di alam maya dan pemberitaan.

Harga pula mahal.

Inilah quick review dari amenoworld untuk mem. Buku ini tidak akan hits. Anggap la mem memiliki pengkritik tetap macam dalam AF oke.

kah kah kah

Nota : Jangan pula ada yang komen bukan suruh lue beli ke apa ke.. itu dan blalabla.. aku pengkritik buku dan isi kandungan macam pengkritik filem tue. Tatau dediam sudah la. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...