Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Perodua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perodua. Papar semua catatan

Selasa, 18 September 2012

Luahan pengguna kenderaan lama - BN, PROTON DAN PERODUA mesti baca.


Semoga mendapat perhatian pengarang-pengarang suratkhabar..


Saudara Pengarang,

Saya amat tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Mohd Khamil Johari, Pengerusi Kumpulan DRB-HICOM mengenai perlunya polisi mengenai kereta yang berumur lebih 15 tahun dilaksanakan dengan segera setelah ianya diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2009.

Saya sebagai salah seorang dari rakyat golongan yang boleh dikategorikan sederhana merasakan kenyataan tersebut hanya akan menguntungkan pihak pengeluar kenderaan sahaja. Saya tidak nampak mekanisme terbaik untuk rakyat seperti kami ini jika polisi berkenaan dilaksanakan.Jika mekanisme tersebut adalah seperti yang pernah Proton laksanakan dahulu iaitu  memberi rebet kepada rakyat yang ingin membeli kenderaan nasional, saya rasa ianya tidak akan mencapai sasaran. Mungkin pihak Proton nampak ianya berjaya tetapi program tersebut telah menyusahkan pembeli kereta antaranya rebet tersebut hanya ditawarkan pada  model-model Proton yang tertentu sahaja. Ianya tidak memberi kebebasan kepada pembeli untuk memilih  model yang diimpikan. Walau bagaimanapun, akhirnya Proton membenarkan pengguna memilih model-model yang sebelum ini tidak tertakluk dengan skim tersebut. Tapi sayang ianya dilakukan pada saat-saat akhir.

Walaubagaimana pun, saya bersetuju polisi ini dilaksanakan tetapi mestilah ianya tidak meminggirkan kepentingan rakyat yang kini semakin tertekan dengan masalah yang asas. Banyak lagi keperluan lain yang perlu diutamakan semata-mata untuk meneruskan kelangsungan kehidupan  dan bukannya untuk memikirkan bagaimana untuk mencari wang yang agak besar untuk menjelaskan bayaran bulanan kenderaan. Amat lucu sekali apabila orang kuat DRB-HICOM membandingkan dasar kenderaan nasional dengan dasar di negara lain seperti Indonesia, Jepun, Korea Selatan atau pun Singapura yang tentu sekali amat berbeza ekonominya dengan kita serta dasar-dasar lain berkaitan dengan automotif. Cuba kita bandingkan harga kenderaan di Malaysia dengan di negara-negara tersebut. Di situ pun kita dah nampak perbezaannya.

Saya mengakui kenderaan lama memang kurang selamat dan mengeluarkan asap yang boleh menyebabkan pencemaran jika dibandingkan dengan kenderaan baru tetapi jika ianya dijaga dan diselenggara dengan baik, kenderaan tersebut masih mampu meluncuri jalanraya dengan selamat dan bersih. Tetapi cuba kita lihat balik, adakah semua model baru adalah lebih selamat atau mesra alam?. Memang diakui model terbaru kereta  dilengkapi dengan sistem ABS, Airbag, EBD dan macam-macam lagi tetapi ianya hanya pada model-model spesifikasi tertinggi sahaja. Jadi,  adakah ciri-ciri tersebut hanya untuk yang berkemampuan sahaja?. Tentu sekali  YA dan kerana sebab itulah rakyat seperti kami tidak akan mampu memiliki kenderaan selamat sampai bila-bila pun. Sebab itulah kami terpaksa menggunakan kenderaan lama sebagai pengangkutan harian kami bukan disebabkan kami ini tidak sukakan pembaharuan atau keselamatan tetapi itu sahajalah yang kami mampu.

Tahap ketepuan industri automotif bukanlah disebablan faktor kenderaan lama sahaja. Ianya juga bergantung kepada beberapa punca yang lain seperti harga kenderaan yang baru tidak setimpal dengan teknologi yang dibekalkan, pengenalan model-model yang tidak menarik, kualiti kenderaan tersebut serta kualiti layanan di pusat-pusat servis kenderaan dan, peraturan ketat yang dikenakan oleh pihak bank.

Jika DRB-HICOM tetap mahu kerajaan melaksanakan polisi  tersebut, mereka mestilah memastikan kualiti kenderaanya berada di tahap terbaik. Walaupun kami tidak sebijak orang-orang di DRB-HICOM tetapi kami kini sudah tahu menilai mana yang terbaik untuk setiap sen yang kami keluarkan.

Saya merayu kepada kerajaan agar meniliti sehalusnya sebelum mengambil tindakan untuk melaksanakan polisi tersebut agar ianya tidak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Walaupun kami ini bukanlah orang yang berada, tetapi kami juga merupakan penyumbang kepada pembangunan dan kekuatan kerajaan hari ini.

Sekian. Terima kasih
Yang benar

Sumber : sini

Jumaat, 27 Julai 2012

PERODUA di ISRAEL?

Kalau ya apa masalahnya?


Menurut MSO ;
Cuba perhatinkan gambar kereta yang ditanda dengan bulatan merah itu. Apakah itu bukan Myvy... kereta keluaran Produa yang terhebat di Malaysia. Para penggemar automobil Malaysia berbangga dengan kereta ini ia adalah buatan Malaysia. Kalau kita setuju dengan dakwaan itu, persoalan timbul apakah Malaysia menjadi pengeksport Myvy ke luar negara termasuk negara Yahudi Isreal yang kita benci kononnya? Gambar ini dirakam di satu persimpangan jalan di Israel.  Menurut amalan negara Zinois itu plat berwarna kuning adalah kereta milik orang Yahudi, manakala berwarna putih bukan Yahudi. Kereta yang sama jenis dengan Myvy ini platnya berwarna kuning?Mungkin sesiapa ada idea untuk memberi jawaban untuk menafikan Malaysia bukan mengeksport Myvy ke Israel atau lebih tepat lagi tidak berdagang dengan Israel seperti dinafikan. Wasalam.

Sama seperti kita gunakan facebook, seperti itu juga lah kita harus berbangga jika ada orang israel sanggup keluarkan duit mereka untuk beli kereta kita. Jika kita ikut susur galur yang betul, duit2 itu kemudiannya akan kembali kepada palestine melalui sumbangan2 dan derma daripada team perodua dan kakitangan mereka.

Tapi sebenarnya banyak jek kereta2 di dunia neh seakan2 sama. So susah nak cakap hanya berdasarkan kepada satu gambar yang kabur dan jarak jauh macam neh. Tak pasti samada ia memang myvi ataupun sebaliknya.Tapi kalau sungguh pun myvi maka bagus juga. Berkembang juga kereta ciptaan malaysia even di israel sekalipun.

kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...