Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label MAZLAN ALIMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAZLAN ALIMAN. Papar semua catatan

Jumaat, 2 November 2012

Apsal harga sawit turun mendadak sangat neh?




ANAK telah menerima banyak aduan daripada peneroka mengenai pendapatan mereka yang semakin teruk. Ia ada kaitan dengan kejatuhan harga komoditi secara mendadak dan musim melawas yang berpanjangan.


Saya lampirkan salah satu paysheet peneroka yang kemudiannya dibuat pemotongan lagi oleh Ketua Blok. Hanya tinggal tidak sampai RM400 sebulan. ANAK sedang mengumpul lebih banyak bukti dari Felda2 seluru
h negara mengenai situasi ini. Ada khabar terbaru di sebelah Felda Raja Alias, ada peneroka berbaki RM60 sahaja. Kami akan siasat.


Dua kali temujanji ANAK dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok gagal. Hanya dapat berjumpa dengan Setpolnya sahaja. Tujuan pertemuan adalah untuk mendapat gambaran langsung dari Kerajaan punca sebenar kejatuhan harga komoditi sawit khususnya dan apakah langkah2 segera yang dilakukan. 


Kejatuhan mendadak harga komoditi memberi kesan kepada berjuta pekebun kecil luar bandar samada di kampung2, peneroka Felda dan peserta Felcra. Alasan persaingan minyak sawit Indonesia dan penghasilan kacang soya semata2 adalah tidak memadai. Ia skrip yang sama sejak dulu.


Kesian peneroka Felda, saham FGVH jatuh, harga komoditi pun jatuh......

Ahmad Maslan dan Isa Samad boleh bantu?


Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=291703644280623&set=pb.100003229707933.-2207520000.1351820937&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F57349_291703644280623_1225829226_o.jpg&smallsrc=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F155324_291703644280623_1225829226_n.jpg&size=1024%2C768

Selasa, 30 Oktober 2012

Hot : Felda Oil Products tergadai kepada Syarikat Asing!

Ini ialah kenyataan dari Mazlan Aliman berserta dengan surat tawaran awal sebagai hujah sokongan. Surat tawaran awal ialah surat yang menawarkan penukaran ekuiti saham kepada mereka2 yang berkelayakan ikut syarat2 yang disebutkan.




FELDA OIL PRODUCTS TERGADAI KPD SYKT ASING!



 

Felda Oil Products(FOP) ditubuhkan pada tahun 1977. Ia terlibat memproses Minyak Sawit Mentah(CPO). Di Pelabuhan Pasir Gudang ia memproses 100 ribu tan metrik sebulan, selain Pelabuhan Klang 40 ribu tan sebln, Kuantan 80 tan dan Tawau/Lahad Datu 80 ribu tan sebulan.

Asalnya, kepentingan Felda dlm sykt ini 70%; namun mulai tahun 2010, ianya hanya tingga

l 30% sahaja. Selain sykt dari Jepun, Iffco Sdn Bhd yg berpengkalan di Dubai telah menguasai kepentingan majoriti dlm syarikat ini.

Selepas kepentingan majoriti dikuasai sykt asing, ia dikenali dengan nama Felda Iffco Oil Products(FIOP). Chief Operating Officer(COO) telah dilantik iaitu Nadaraja menggantikan En Abd Aziz Ahmad. Jawatan paling Strategik selama puluhan tahun yg dinikmati Bumiputera telah bertukar kpd orang asing.

Cara penggabungan antara Felda dengan Iffco untuk menubuhkan FIOP adalah amat meragukan dimana dengan mengurangkan pegangan saham bumiputera asal di syarikat. Ia suatu pengkhianatan kpd Syarikat Bumiputera.

Selepas penggabungan, urusan pemasaran diserah 100% kpd Sykt milik penuh Iffco di Malaysia iaitu IFFCO SEA yg akan menentukan harga dan margin pasaran produk keluaran FIOP. IFFCO SEA memperolehi untung besar kerana memperolehi produk dengan harga rendah dan menjualnya pula kpd pembeli dgn harga lebih tinggi. Walhal secara logik, IFFCO SEA tidak harus mengambil untung atas produk FIOP, kerana mereka telah dibayar komisen atas setiap belian dan jualan produk keluaran FIOP.

IFFCO SEA juga memasarkan hampir 50% produk keluaran FIOP kpd anak2 sykt 100% milik IFFCO spt IFFCO Msia, ERCO Sharjah, IFFCO Pakistan dll. Selain itu, IFFCO juga menjual terus MSM kpd pembeli luar dgn margin keuntungan yg tinggi. Teras utama perniagaan FIOP ialah memproses keluaran produk MSM bukan dengan mengambil alih tugas FELDA yg menjual MSM.

Kesannya, syarikat asing membuat keuntungan manakala Felda menanggung rugi. Unjuran yg ditargetkan tersasar. Sepatutnya bg tahun berakhir Disember 2012, keuntungannya mencecah RM14,892 juta, namun dah berada penghujung Okt, masih rugi.

Sejak kemasukan COO Nadaraja, hampir kesemua kerja2 kontrak dan pembelian barangan syarikat berpindah dari syarikat bumiputera kpd syarikat bukan bumiputera atas arahan beliau.

Pada bulan Jun lalu, Nadaraja mengeluarkan notis 24 jam memecat Pengurus Besar dan Pengurus Pengeluaran yg kedua2nya melayu dan ditukar kpd bangsa lain tanpa alasan munasabah.

Saya paparkan bukti terbaru yg berlaku kpd anak Syarikat Felda, akibat keghairahan mencari rakan strategik asing. Kesannya, syarikat luar buat untung, Felda tanggung rugi. Segala prosedur dan kouta bumiputera sanggup dipinda sedangkan ianya merugikan.

Syarikat asing naik tocang, CEO tempatan dibuang, pegawai kanan dipecat, projek dibolot orang asing, pekerja tempatan yang bekerja puluhan tahun dibuang sesuka hati; matlamat utk meningkatkan keuntungan langsung tidak berjaya.

Apabila FGVH sedang dilanda ketidak stabilan, harga saham tinggal RM4.68, komoditi sawit getah mengalami kejatuhan harga; kesannya amat buruk sekali. Dr Rosli Yaakob, bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah buat analisis awal beberapa bulan lalu. Ramalan beliau tepat 100%. ANAK sampaikan pandangan kpd YAB PM dlm bentuk memorandum lengkap, tapi dipandang remeh.

IFFCO adalah contoh kegagalan dari kerjasama strategik yg tidak adil kpd Felda. Puluh tahun asasnya dibina melalui kegigihan dan pemgorbanan pekerja tempatan. Kini, sedang bermasalah. FGVH juga mula dilanda badai yg telah dimaklumkan kepada saya melalui bukti2 yg akan saya dedah tidak lama lagi....

Sejak PM umum cadangan penyenaraian FGVH di Bursa Msia 7 Okt 2011, berbagai usaha dibuat untuk menghalangnya. Plan penambaikkan dikemukakan. Seminar dan konvensyen dianjurkan. Forum2 intelektual melalui pakar ekonomi dibuat. Perbincangan dgn SKM, Suruhanjaya Securiti dan Bank Negara dilakukan. 

Ia tidak diendahkan. Sebaliknya, dihambur dgn kata2 kesat, HARAM JADAH. Ia keluar dari mulut Perdana Menteri sendiri. Kalau ada pihak yg kata ANAK hanya tahu mengkritik dan membangkang semata2; sebenarnya mereka adalah contoh manusia yg dunianya seperti katak dalam tempurung!

Bila kepentingan Bumiputera semakin mengecil, sykt asing kaya raya; siapa khianat????




Sila sebarkan.

Sabtu, 14 Julai 2012

Gambar2 perhimpunan OREN versi PDRM.

PDRM kita ada facebook. Dan PDRM kita update facebook rasmi dia ketika perhimpunan OREN sedang berlangsung. Inilah antara apa yang PDRM kita update di wall nya ;


HIMPUNAN OREN: Pada 2.30pm, kanak-kanak turut dibawa semasa perarakan. ==> PDRM nak tunjuk yang pendemo tersebut bawa budak2. 



HIMPUNAN OREN: Pada 2.43pm, banner yang dibawa oleh peserta perhimpunan. ==> PDRM nak tunjuk banner2 yang tiada kaitan dengan cause demo.
 

HIMPUNAN OREN: Pada jam 3.23pm, antara gelagat peserta perhimpunan. ==> PDRM nak bagitau buruk perangai budak neh.



HIMPUNAN OREN: Akibat perarakan peserta Himpunan Oren, kesesakan lalulintas berlaku di Jalan Duta menghala ke Kuala Lumpur pada jam 2.56 pm. ==> PDRM nak bagitau tengok tue jalan jem. Seme neh OREN yang punya pasal taw.



HIMPUNAN OREN: Pada 3.13pm, seorang peserta menerima rawatan cedera tapak tangan akibat terjatuh semasa berarak. ==> PDRM nak bagitau tengok tue kan dah jatuh. Yang P berarak sapa suruh?

Psstt.. geng aku nak minta tolong korang gempur anak2 hantu kat link gambar di atas. Aku bengang tengok pengomen2 bodoh kat situ. Yang upload gambar neh pdrm, yang mengadu pun pdrm, tapi apahal plak budak neh dicerca sebagai pondan lah, kuat mengadu lah apa la. BODOH NAK MAMPOS punya facebookers. Tak reti baca caption polis ke? Link tersebut  ==> sini.


HIMPUNAN OREN: Pada 2.56pm, anak kecil turut dibawa berarak dalam Perhimpunan Oren menuju ke Istana Negara. ==> PDRM nak bagitau tengok tue baby pun ikut sama berarak.. 

Ini versi nak mengutuk secara halus. Tapi yang bestnya si pdrm neh dia tak gunakan bahasa yang tak senonoh dan selain dari versi mengutuk + mengodem, pdrm juga ada update versi yang sempoi. Oke lah. Aku puji PDRM sebab upload gambar dari pelbagai sisi. Nampaknya facebook PDRM tidak lah buruk perangai seperti utusan kali neh. Syabas.

kah kah kah


Versi sempoi dari pdrm ;



























Perhimpunan neh berjaya dilangsungkan dengan aman. Punca?


1. Tiada provokasi dari mana2 pihak.

2. PDRM sudi bekerjasama dengan OREN.

3. Ibrahim ali tak menyemak.


Apa pun terima kasih sekali lagi kepada PDRM sebab berlapang dada dengan OREN. Kan, aman jek berhimpun dengan kawalan polis. Takde susah apa pun. Kalau jem dua tiga jam jek. Lepas tue oke lah balik keadaan. Takyah nak stress sangat bila orang berdemo. Bukan orang paksa ko berdemo pun.

Orang yang suka cakap banyak bila orang lain berdemo tue ialah orang yang bebal. Siyes. Yang nak demo aku, yang ko nak komplain bagai siap stress dah kenapa? Gunakan badan ko ke? Sengal.


kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...