Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Ismail sabri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ismail sabri. Papar semua catatan

Rabu, 14 Disember 2011

Isu KR1M : Bukti Ismail Sabri menipu - Part 2

1 word.

Kantoi!

Kalau yang tadi tue bertarikh 29 nov 2011, yang neh plak agak terbaru iaitu bertarikh 8 dec 2011. Lihat bawah neh beb ;


ARAHAN TINDAKAN PEMERIKSAAN TAHAP 5 (TAHAN, UJI DAN LEPAS) BAGI PRODUK KACANG TANAH DARI NEGARA INDIA UNTUK DIANALISA PARAMETER AFLATOKSIN

Salam 1 Malaysia

Tuan/Puan,

Berdasarkan pemantauan Bahagian ini terhadap produk kacang tanah di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), telah mendapati produk kacang tanah dari negara India yang diimport oleh syarikat Trichy Marketing Sdn Bhd mengandungi paras aflatoksin yang tingg iaitu 1355.1 µg/kg. Maklumat bagi syarikat di India adalah seperti berikut:

Nama Syarikat         : Rajathi Biotech Pvt Ltd

Alamat                       : No.1 Ranganathan Avenue, Millers Road, Kilpauk, Chennai  600 010 India
Suhubungan dengan itu, berkuatkuasa serta merta, semua pengimportan kacang tanah dari negara India khususnya yang diimport oleh Syarikat Trichy Marketing Sdn Bhd adalah dikenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji & Lepas) untuk dianalisa parameter aflatoksin.

Di samping itu, setiap pensampelan yang dilaksanakan perlu dimaklumkan kepada Bahagian ini dengan kadar segera melalui format laporan yang dilampirkan. Laporan berkenaan perlu dikemukakan melalui email kepada En. Shahrul Rizal bin Abd Jalil (shahrul_rizal@moh.gov.my) dan En. Mohamad Khairulnizam bin Azmatullah (mkhairulnizam.a@moh.gov.my). Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kedua-dua pegawai berkenaan di talian 03-88833567 (Shahrul) dan 03-88833545 (Khairulnizam).

Segala kerjasama yang diberikan pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Submitted By : ADMINISTRATOR UTAMA FOSIM  08 Dec 2011

8122011 - Laporan TUL Kacang Tanah dari India (Produk KR1M).xls

Tadi syarikat china kan? Neh syarikat india plak. Tapi ari tue mangkok2 ayon menyalahkan kita nak kodem orang melayu. Kata depa lue aphal dengki sangat amenoworld nak jatuhkan bangsa lue sendiri? Gua bengang bhai. Wa balas balik, lue ada bukti meh bahawa seme product2 bermasalah di KRIM semestinya product orang melayu yang buat? Ada? Lue pun takde. 

Belum pape dah pongpang pasal bisnes bumiputra.  Belum pape dah set dalam kepala hotak depa yang tolol neh bahawa sewajibnya product2 bawah jenama 1malaysia neh bumiputera punya. Waklue. Sanggup sangka buruk pada bangsa sendiri itu yang celaka bhai. Walaupun actually neh isu neh takde kaitan dengan bangsa pun. Sebab benda neh memang sah2 bermasalah. Tak kira bangsa apa makan ia tetap jadi racun gak bukan jadi penawar pun. 

Cuma aku pertikaikan masalah persepsi mangkok2 umno. Belum pape dah set di hotak bahawa orang melayu yang punya bisnes KR1M. Bengkek beb. Baca balik posting lama aku pasal neh. Itu pasal aku selalu bagitau banyak kali, janganlah nak memandai2 fikir bahawa orang2 melayu ada kilang besar bagai buat product2 bermasalah neh. 

Baik aku makan sardin ayam brand dan snek kacang tanah buatan tempatan. Walaupun pemilik dia bukan melayu tapi sah2 lah pembuat dia melayu. At least aku support gak orang melayu bukan macam depa. Beli kat KR1M tapi seme pakat import. Dan yang lebih sadis.. ada racun.

kah kah kah

Padan muka. Kantoi.

Jenama 1malaysia tapi product import? 

kah kah kah

Padan muka. 

Hah.. apa lagi umno.. gunalah ayat neh pula.. dap [tony pua] gadoh dengan ismail sabri [umno] pasal product import dari china dan india.. jadi siapa yang patut tepuk tangan? Kafir? Selalu kan neh ayat fav korang. Melayu gadoh melayu, cina tepuk tangan. Cina gadoh melayu, kafir tepuk tangan.  Neh macam mana pula? Sapa yang patut tepuk tangan? Ke aku yang patut tepuk tangan pasal korang bengap sangat? Opss sorry.. i terikhlas.

kah kah kah

Sumber info di atas di sini dan sini. <-- web kerajaan beb.

Ameno : Ismail,  neh fitnah pembangkang gak ke apa? kah3x

Rabu, 21 September 2011

Review 1pengguna.com - berapa harga ayam itu?

Dah lama aku tak berkunjung ke portal bersejarah neh. Portal neh bersejarah sebab dia cipta sejarah. Sejarah yang dia cipta ialah portal neh bernilai juta2 ringgit. Di samping itu portal neh juga ialah portal pendua kepada portal yang pernah dicipta sebelum neh oleh kementerian yang sama tetapi tidak diupdate atas alasan apa aku pun taktahu so better jangan tanya aku.

Memandangkan hari masa awal dan belum ada apa2 berita jadi aku pun buang masa kat portal neh. Jom lihat review aku pasal portal neh.



keterkinian dalam portal neh ialah hari2 lama. Kesian. Takde larh popular sangat portal neh ismail sabri kan kan kan? Hheheh.. ada orang tue cakap portal neh lagi best dari facebook. Yeke? Tapi apasal update2 terkini dorang makan hari ye? Yang di facebook saya benci harga barang naik makan jam dan minit je. 

kah kah kah

lawak siot. Takpe. Itu hal kecik je. Aku tak rasa ini akan memberikan bad impression untuk portal bersejarah neh. Meh tengok yang lain pula. 





TADAAA.....

Eh.. dah boleh access larh benda neh. Hehehhe.. 


Korang tahu nak guna benda alah neh? Dont worry aku leh ajar. Tadi aku dah godek2 habis. Memula pilih locatian dan banding harga barang then masukkan tempat tue.. klik play untuk dia masuk ke dalam kotak kanan then baru pilih teruskan. Kerja leceh. Tak user friendly. Tapi sebab aku citizenfriendly so i decided not to complain but absorb je ketidakfriendlyan this portal.

Then aku proceed dengan aku punya niat iaitu nak banding harga barang.




Ini yang aku dapat pada hasil akhir. Part yang kena download tue siyes aku cakap kerja bodoh. Nak download untuk semak price siyes buang masa. Kenapa dia tak paparkan result je instead of guna kaedah download neh? Dont ask me coz i also want to know why.

Portal neh siyes aku taktahu nak cakap apa. Nak nages ke nak gelak ke apa. Aku serba salah. Duit rakyat berjuta2 habis semata2 untuk buat benda bodoh haramjadah neh. Aku rasa simpati + sayu plak pada diri sendiri sebab ada menteri bodohpiang. Kelebihan portal neh pada aku ialah ia tiada kelebihan langsung. 

nada

obso

tiada.

faham tak? Tak faham main sendiri portal tue habis citer. Heh

Samsung Galaxy tab review 

Ameno : Bowwsaannn

Isnin, 4 Julai 2011

Promosi web percuma 3 dalam satu untuk menteri bodoh piang.

Hehehe. Betul tue kawan2. Aku sedang amek sedikit kesempatan kat sini. Tapi aku rasa kawan2 tak marah kot. Sebab apa? Sebab kekawan faham. Biasalah kekawan i kan takde special tajaan dari mana-mana menteri [baca : ismail sabri]. So i have to learn how to survive lah kan. Boleh kan?

kah kah kah

Kisah nya mudah sahaja. Tadi aku ada buka web churp2. Dan apa yang aku tertarik ahti nak tulis pasal neh bila mana salah satu kempen iklan terbaru yang aku kena promote ialah ;


Aplikasi neh ialah open source macam menteri bodoh piang punya website. Tapi yang paling penting aku nampak kat kempen neh ialah dia tulis FREE. Betul ka free? Takan free kot? Takde guna rm1.5juta ka? Mustahil. Neh kalau ismail sabri tahu dia mesti marah bhai. 

Aku neh sebenarnya buta bab2 website neh. Siyes. Lemah. Tapi tadi aku rajin godek promosi neh. Aku nampak dia tulis kat situ yang kita hanya perlu install benda neh then install lagi. Lepas tue dah siap proses editing leh publish terus guna. Kira nya proses dia mudah. Budak yang bebal website cam aku pun leh buat bhai.

Dulu aku tak berapa nak faham macam mana kesakitan orang yang buat website dan tiba2 dia tahu ada menteri bodoh piang buang duit rm1.5juta untuk buat web guna open source. Walaupun aku marah dengan tindakan ismail sabri tetapi aku masih belum sampai kepada point 'marah' yang tepat. Tetapi selepas aku godek2 benda alah neh.. tiba2 aku rasa kan ini ialah satu kebullshitan yang nyata. 

Ismail sabri tak hanya anggap kita bodoh bhai. Dia anggap kita bukan manusia pun. Taraf kita bukan kat bawah kaki dia beb. Taraf kita dalam kaki dia. Nampak tak sejauh mana dia merendah2kan akal kita. Ini ku katakan babbeyy.. terima kasih wartawan mazidul akmal sidek yang baca belog neh dan nasihat saya dari jarak jauh sampai saya malu2 dah nak tulis fack. Heh 

Ameno : Korang ada check harga ayam ka hari neh kat portal tue?

Ahad, 12 Jun 2011

Developer portal 1pengguna.com SANDS buat magic beb!!

Inilah yang ku namakan as MAGIC. 

kah kah kah

Ini betul-betul MAGIC bhai.. 

Mai aku nak tunjukkan kat korang apa MAGIC yang SANDS buat. Lihat bawah neh ;



Lepas tue korang tutup mata 5 saat jap  ;

1

2

3

4

5

Dah? Okey tengok bawah plak ;


Tadaaaa...

Ruangan column reach to us dah hilang lah bhai. Pergi mana? Mana aku tahu.

kah kah kah

Ada orang cakap sands pemalas nak ubah links dalam tue. Lebih kurang macam links bidan terjun. Bagi aku pula, itu tak patut timbul. Sebab sands neh syarikat yang tawarkan khidmat website. Kalau ruangan untuk berhubung dia buat cincai boncai apa ertinya? Adakah dia tak suka orang "reach kepada dia"? Bukan kah dia perlu membina public relation yang baik in order untuk dapatkan projek? Korang boleh fahamkan isu sebenarnya kat sini?

Kalau  ko buat bisnes lepas tue ko tak letak contact number yang betul macam mana orang yang trust kat ko. Faham kan? So sands dan seluruh pembela sands kena fahamkan ini. Korang dah kantoi. Faham tak? Sebut betul2

KANTOI.

Ya betul kantoi. Inilah akibatnya bila tipu duit rakyat dan lupa yang Allah swt lebih mengetahui dari apa yang korang tahu. 

kah kah kah

Link untuk share entry neh di facebook jika url neh disekat fb http://gengblogger.com/v/498704

Ameno : upacara kantoi semakin besar dan marak.

Hot : Siri pendedahan portal 1pengguna.com

Dari layan frust kalah bola baik aku layan balon website bingai 1pengguna.com. Pembongkaran diteruskan dengan kali neh lebih banyak pendedahan pembohongan kerajaan dan syarikat yang di anugerahkan tender yang hampir bernilai rm1.5juta neh.

Mula2 korang tengok bawah ;


Korang klik gambar untuk enlarge okeyh. Nampak tak aku tunjukkan anak panah tue. Korang nak tahu apa hasilnya bila aku klik? Lihat bawah ;


Bila kita KLIK icon TWITTER benda kat atas neh akan muncul. Nampak tak website yang tertera kat dalam account twitter terbabit? Kat bawah ini adalah hasilnya apabila link website itu di klik ;


Bila dah sampai sini aku nak korang godek2 info. Pasal apa kalau ikut maklumat dalam company neh aku lihat ini company hartanah. Cawangan terdekatnya ialah di singapore. Apakah yang sedang berlaku disini? Aku kurang pasti. Tapi ini memang fishy.

Dan merujuk dalam gambar pertama tadi, kita klik pula account youtube. Korang akan dapati perkara di bawah ini ;



Aku taktahu persepsi korang macam mana. Tapi kalau korang tanya aku, hanya yang buruk2 je aku fikir. Dan semakin bertambah2 buruknya bila aku dapat tahu rupanya portal macam neh sudah wujud di bawah kementerian yang sama. Lihat bawah ;


Nampak apa yang aku nampak?

Faham apa yang aku faham?

Ya, betul ismail sabri menteri bodoh piang.

Ini ialah versi youtube. Disediakan oleh alang KBSB.




Nota : Info ini di alih bahasa ke dalam bahasa melayu dari blog ini.

Ini ialah link mirror entry neh jika blog ini di block oleh facebook => copy paste bawah neh dan sebarkan di facebook. Mari sama2 bongkarkan penyelewengan ini.

http://gengblogger.com/v/498371
Ameno : Mari tunggu jawapan menteri bodoh piang.

Sabtu, 11 Jun 2011

Surat online kepada SANDS @ developer 1pengguna.com

Aku memutuskan untuk menulis surat online kepada syarikat neh. Seperti mana yang korang tahu, aku memang gila2 tak puas ahti pasal harga tender neh tak munasabah dengan hasilnya. Bagi aku kalau kos tender tue bernilai hampir rm1.5juta sepatutnya hasil akhir product tue should reflect lah dengan quality dan nilai tender tue. Bukan nya kita paid harga chicken tapi got tauhu as return. Sapa puas ahti? Aku? Haramjadah. Jangan harap beb.

Salam ,

Kepada pihak yang berkenaan.

Saya selaku rakyat malaysia amat berminat untuk memberikan penilaian jujur di atas pengendalian website 1pengguna.com yang dibangunkan oleh syarikat anda baru-baru ini.  Seperti yang anda tahu sendiri website ini dibangunkan oleh syarikat anda dengan nilai tender ; rm1,478,000,00 ataupun hampir rm1.5juta.

Sila rujuk gambar di bawah ini ;


Tetapi malangnya hasil yang dipaparkan oleh syarikat anda tidak setimpal dengan tawaran tender kerajaan pusat. Selaku rakyat malaysia saya merasakan ini satu pembaziran. Malahan saya percaya ramai rakyat malaysia mempunyai fikiran yang serupa. Biar saya terangkan kepada anda mengapa saya beranggapan ianya satu pembaziran. 

Pertama sekali kerana anda mengguna custom website elgg. Anda guna mod izap elgg bridge. Elgg tu boleh di akses menerusi link di bawah ini ;


di atas theme yang bernama "theme seashells". Yang kemudiannya anda ubahsuai.

Di buktikan lagi dengan jawatan kosong yang di pamerkan di website syarikat anda. Lihat bawah ini ;


Yang boleh dicapai menerusi link ini  [Jangan delete pula lepas ini]. 

Saya kurang arif bagaimana projek ini diluluskan oleh kakitangan kerajaan untuk di 'edarkan' kepada khayalak. Saya percaya sebelum satu-satu projek di 'edarkan' untuk digunakan oleh orang awam sudah tentu ada QC yang akan memeriksa dan memantau "product" terlebih dahulu. Jika product ini telah menjalani ujian, kajian dan soal-selidik yang TELUS sudah tentu hasil product ini tidaklah seburuk dan seteruk ini.

Daripada pengalaman saya ketika mengakses web ini ;

1. Loading page yang lambat.

2. Kerap berlaku termination during connection meskipun internet connection saya stabil.

3. Tiada ciri2 user friendly

4. Paparan antaramuka yang kuno dan tidak sistematik.

5. Meminta password twitter sedangkan tahap sekuriti untuk pelanggan sangat lowest [longgar].

6. Meminta no ic ketika chatting. Ini abuse kepada pelanggan kerana maklumat dalam portal ini tidak secure dan menunjukkan kerajaan bersikap kukubesi. Sedangkan sesiapa sahaja patut diberikan peluang untuk berinteraksi bersama pemimpin during chatting.

7. Sistem chatting yang berterabur ;

- Tiada perbezaan dari segi warna untuk menentukan siapa admin, siapa menteri dan siapa pula chatters.

- Tiada icon dan kawalan SPAM.

- Sistem chatting yang hanya brfungsi ketika menteri online. Sepatutnya ia di aktifkan sepanjang masa.

- Antaramuka yang tiada kualiti. Sepatutnya jika ada sesi soal jawab bersama menteri perlu ada dua antaramuka yakni satu untuk soalan dari chatters dan satu pula jawapan dari pihak menteri agar keadaan lebih tersusun dan teratur. Sila rujuk sistem chatting macam di astro. Walaupun tidak lah bagus mana tetapi 10000x lebih tersusun.

8. Tiada bantuan teknikal untuk menerangkan bagaimana kah seseorang user boleh surf portal ini terutamanya untuk first time user. Saya bercadang untuk masukkan blog saya di dalam portal ini tetapi tiada penerangan sehingga saya tercari2 bagaimanakah caranya. Tetapi gagal mengesan sehingga kini.

9. Seiring dengan kemajuan sosial network, portal ini sepatut ada friendly intergration dengan twitter dan facebook. Tapi nampaknya tiada.

10. Tahap sekuriti yang cikai. Baru2 ini rileks crew telah berjaya menyelongkar laman web ini untuk tujuan kajian. Nampak gayanya mereka tak perlukan banyak skill kerana laman web ini tersangatlah cikai dari segi tahap keselamatan. Ianya boleh dihack dengan mudah dan capaian maklumat rahsia pelanggan boleh dilakukan dengan mudah. Laman web ini tidak seperti blog. Jika blog ada maafnya lagi kerana blog kendalian personal. Tetapi laman web ini dibayar oleh kerajaan. Maka kenapa pihak pengendali [sands] bersikap sambil lewa dalam menyediakan service kepada pengguna?

Nilai tender ini juga sangat tinggi berbanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Tempoh tender ialah selama satu tahun. Untuk hasil kerja satu tahun syarikat anda di bayar sebanyak hampir rm1.5juta tetapi anda cuba mengurangkan kos yang keluar sebab itulah anda menggunakan service jomlah.

Saya tidak pasti apakah motif anda berbuat demikian. Saya pun kurang pasti samada anda ataupun kerajaan yang menipu rakyat malaysia. Ataupun adakah kedua2 sekali? Jika anda tanya saya, persepsi saya ialah  ;

Tender terbuka adalah untuk mengaburi rakyat. Selebihnya anda tentukan apa yang berada dalam kotak fikiran saya.

Jika anda mengatakan bahawa rm1.4 juta ++ termasuk untuk kos promosi dan segala2nya, saya rasa rakyat malaysia "wont buy that". Kerajaan mempunyai kementerian penerangan untuk mempromosikan website ini. Saya seringkali melihat astro dan tv3 mempromosikan slogan kerajaan. Kenapa tidak gunakan langkah yang sama untuk mempromosikan website 1pengguna.com pula?

Sebenarnya terdapat ramai rakyat malaysia yang berbakat boleh membina portal ini. Malahan mereka mampu membina portal yang mempunyai fungsi2 yang lebih baik dari apa yang syarikat anda tawarkan. Soalnya kini tiada sesiapa pun yang mahu percayakan bakat mereka kerana mereka seperti saya iaitu tidak pandai membodek dan mungkin lebih dari itu.

Dari ;
rakyat malaysia yang sayangkan MALAYSIA.

Alamat email ialah ;  support@my-sands.com dan news@tv3.com.my 

Yang neh projek yang aku rasa ada kaitan dengan syarikat pasir neh.. ==> klik sini


Yang neh pula aku syak boleh dapat hadiah free.. ===> klik sini


Ameno : Aku dah email.. pe kata korang email sekali.. lagi ramai email lagi lah dorang rasa tertekan.. kah kah kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...