Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Hasan Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hasan Ali. Papar semua catatan

Ahad, 21 April 2013

Anak Hasan Ali Lawan Arus.

Wowwww

Terbaek ah.

Mendapat info dari rakan fb yang anak Hasan Ali tidak searus dengan perjuangan abahnya. Kira nya dia lawan arus la.

Padan la kalau tengok status2 update yang di update di wall facebooknya lebih kepada perjuangan parti pas.

Banyak kata2 hikmah yang dikongsi berkaitan dengan Tuan Guru Haron Din. Maybe idola peribadi kot. Cuma nya yang menarik bila sang anak mula mempersoalkan hala tuju JATI..

Lihat status kat bawah neh. Hehe. Betul gak apa yang dia cakapkan tue. Dok pongpang2 last2 in the end still support korupsi, rasuah dan blablabla yang tak guna tue. Nak buat apa?

Itula.

Jadi bebas atau neutral macam MAZA ke UZAR ke takpe. Ini kalau jadi BEBAS macam Ibrahim Ali baik tak payah. Buat hilang respect orang je la korang neh.

Kah kah kah

Isnin, 16 Julai 2012

Hasan Ali cakap Azmin Ali berkongsi Bini.

Owhh oke.

Ini lah agaknya perjuangan akidah yang dimaksudkan oleh hasan ali kita. Dia keluar dari pas sebab nak mempertahankan islam lah konon. Kata nya pas sudah lari dari matlamat asal. Pas bukan seperti dulu. Owhh ye ke? Aku rasa melalui video kat bawah neh korang boleh nilaikan sendiri siapa yang lari dari perjuangan asal dan siapa sebenarnya yang dah ubah matlamat perjuangan nya.


 

Bagi aku, kalau ko ada saksi, ada info, maka ko patut cari bukti bahawa perbuatan itu wujud. Jangan gunakan medium ceramah untuk kutuk orang neh berzina, orang tue beromen, orang tue main belakang, orang tue main depan dan sebagainya. Aku dah muak. Rakyat malaysia pun dah muak.

Sekarang neh sesiapa pun boleh tuduh sesiapa dengan hanya menggunakan pentas ceramah. Yang A tuduh B, yang B tuduh A, kalau babitkan hal2 politik di kira ada maafnya lagi tapi kalau dah babitkan hal2 luar biasa seperti isu perzinaan itu sebenarnya sudah melampaui batas kemanusiaan.

Kalau menyakini isteri azmin ali berzina dengan lelaki lain [dia maksudkan dsai aku rasa] dan azmin ali redha dengan perbuatan tersebut maka cari lah bukti. Dakwa lah kat mahkamah. Apa sebab ko mengheret rakyat malaysia yang tak bersalah dengan pertuduhan tersebut?

Dari awal lagi rakyat malaysia tak berminat nak tahu hal seperti neh. Apa yang kami mahu tahu dan mahukan dari kesemua pemimpin2 politik ialah bagaimana polisi2 yang diperkenalkan oleh kerajaan boleh memberikan manfaat kepada rakyat dan bagaimanakah pembangkang boleh terus memastikan bahawa kerajaan boleh buat kerja dengan elok. Ini yang kami mahu tahu. 

Bab orang tue main dengan orang neh, orang neh beromen dengan orang tue ka apa ka seme kami takmo tahu. Kalau lue ada bukti, lue bawa je p mahkamah dan suruh jais siasat. Lue jangan dok canang merata tempat bab seks pasal kami bukan rakyat yang ketagih citer2 seks dari lue orang. Ada faham? 

Puiiiiiii

Khamis, 5 April 2012

20 ribu orang hadiri ceramah Hasan Ali.

15 ribu orang hadir ceramah hasan ali di batu gajah. Ceramah yb pas dan pkr hanya 150 orang je hadir. Ini ialah realiti der. Bukan aku yang cakap. Tapi hasan ali yang sembang kencang der. Wa tak tipu lue der. Siyes.

kah kah kah

Lihat bukti kat bawah neh beb ;


 

20 ribu orang pergi ceramah dia? 

15 ribu orang pergi ceramah dia?

Kelakar kelakar kelakar memang kelakar. Kalau part yang terang2 gini dia boleh buat kelakar toksah hadap lah part video murtad tue betul. Siyes aku rasa menyampah. Aku malas nak komen lebih2 time tue sebab nanti orang ingat aku anti perjuangan hasan ali yang cuba menyekat gerakan murtad bagai pula tapi bila tengok video kat atas neh memang siyes aku nak sound direct je kat umat2 melayu di malaysia neh.

Bagi aku umat2 melayu di malaysia neh kebanyakkan dari mereka tak sedar diri. Dah lah yang murtad tue satu hal, menyalahkan bangsa dan agama lain satu hal lagi. Tak reti nak cermin kesalahan diri sendiri tapi dok sibuk pongpang salahkan kristian bagai. Dalam agama neh, peranan mubaligh2 kristian dan pendakwah2 islam adalah normal jika mereka nak menarik masyarakat masuk ke dalam agama dan kepercayaan masing2.

Contohnya orang islam berdakwah kepada bukan islam. Seperti itu jugalah mubaligh kristian berdakwah kepada orang islam. Di malaysia neh, kita cakap ikut peruntukkan undang2 oke. Di malaysia, umat2 islam tidak boleh didorong memasuki agama lain. Masuknya disini ikut laws, kalau mubaligh2 kristian mendakyahkan umat islam malaysia agar convert kepada mana2 agama, itu salah.

Tapi, masalahnya di malaysia neh peranan mubaligh2 kristian yang mendakyahkan umat melayu malaysia adalah kecil. Peratusan mereka adalah sangat kecil. Berapa sangatlah ko tengok orang2 cina, india dan melayu boleh bergaul rapat sesama mereka di malaysia neh? Kalau datang dari bangsa campuran macam aku logik lah juga. Aku siap masuk gereja join jualan amal lagi tapi macam biasa lah pandangan2 orang confirm ar negatif bagai. Tapi ada aku kesah? Yang penting aku membantu orang tua yang memerlukan, bukan aku pergi convert tukar agama der.

Yang harus disalahkan kat sini, yang paling utama ialah persekitaran kita. Persekitaran ini dibentuk oleh kerajaan kita. Bukan aku buta2 nak tuduh kerajaan bien itu neh tapi itulah hakikatnya. Dengan tv rancangan2 mengarut dilepaskan. Korang tengok kartun2 di rtm dan tv3? Kepada kaki kartun, korang akan nampak kadang2 dalam kartun pun kristian menyerapkan fahaman mereka. Adakah kristian salah? Adakah kartun itu salah? Sudah tentu tidak. Yang buat kartun tue orang kristian. Dia punya pasal lah dia nak terapkan kepercayaan dia.

Sama juga dengan kartun2 dari negara china dan korea. Dia punya pasal lah dia nak terapkan kepercayaan dan budaya dia. Yang orang malaysia neh bangang sangat pergi import dan jaja ke minda budak2 sapa suruh? Cuba lah belajar tapis. Rancangan2 itu disiarkan di tv3, di rtm di saluran kartun astro. Yang mana sasaran2 mereka ialah budak2 melayu islam. Sikit2 lama2, jadi bukit. Sikit2 dia cakap kristian, lama2 bila budak2 neh dah selalu dengar, dia akan anggap itu adalah kebenaran. 

Sebab tue selain dari keluarga, kerajaan juga kena main peranan. Pergi menguatkuasakan undang2 yang keras dan efisyen. Itu tak masuk lagi bab yang lebih dalam. Beria2 dok pongpang2 murtad sana sini tapi artis melayu islam yang seksi bagai tak pernah ditegur dan dipantau. Alasan mereka dah sah2 pakai seksi tue dosa habis tue adakah murtad itu takde ketetapan yang pasti pula? Sama je seme. Sama je. Itu seme hipokrit. 

Sebelum dok tunding jari pada orang2 kristian better semak lah diri sendiri. Diri sendiri pun tak serupa islam lepas tue nak salahkan orang lain je setiap kali orang islam murtad apa seme. Sedangkan peranan2 pendakwah2 di malaysia neh disekat dan dihalang daripada berdakwah secara terbuka. Sebab? 

Keterbukaan dan kelantangan pendakwah2 islam akan menikam balik pemimpin2 malaysia. Itulah hakikatnya bila kerajaan sudah terlalu jauh ke dalam dunia sekularisme. Kalau pun betul mubaligh2 kristian neh mendakyahkan umat islam, itupun seme salah kerajaan sebab menyekat kebebasan pendakwah2 islam dan tidak pernah mahu mengawal kebebasan2 tersebut. Lihat sahaja iklan2 di tv sebagai contoh. 

Oleh itu jangan salah sesiapa sebaliknya salahkan diri sendiri. Setiap orang islam yang lahir itu belum tentu matinya islam dan setiap orang bukan islam yang lahir itu belum tentu matinya kafir. Kesimpulan nya? Telitilah dulu kelemahan dan kesalahan kita daripada sibuk salahkan bangsa dan penganut lain. Bai

Ameno : Umat islam malaysia dianiaya oleh kerajaan yang mengaku islam.. itu taknak pula ko sibukkan hasan ali?

Khamis, 1 Mac 2012

Bukti parasit dalam PAS ada kat sini.

Hasan ali asyik2 cakap pasal parasit. Korang tahu ke siapa parasit yang hasan ali maksudkan? Khalid samad? Bukan. Anwar ibrahim? Pun bukan. Kalau korang nak tahu jawapan nya ada di bawah neh. Lihat betul2 dan lihat dengan seteliti yang mungkin.



Sumber gambar dari rakan blogger ISA. Aku tak percaya neh gambar super impose sebab aku tahu blogger ISA bukan jenis macam tue. Dah nampak? Dah faham? Bagus. Memang bagus. Sekarang rasanya hasan ali dah mendedahkan siapa parasit sebenarnya.

Harap hasan ali boleh duduk dan fikirkan kembali perjuangan asal dia. Takde gunanya dia travel satu malaysia untuk hentam pas. Dia cakap nak perjuangkan akidah so proceed je lah dengan perjuangan dia tue. Buat apa dia travel satu malaysia pongpang2 kutuk pas? Jadi orang biarlah logik sket hasan ali oi. Bila ko balon pas, ko ingat orang taktau ko sepihak dengan sapa walaupun guna nama ngo?

Aku dari dulu malas nak bercakap2 buruk pasal seseorang yang dah kena pecat neh sebab pimpinan pas pun macam malas nak layan dia. Tapi makin lama makin melampau pula. Asal keluar berita dia cakap pasal parasit. Asal keluar isu dia confirm pasal parasit. Sapa sebenarnya yang parasit? Dia lupa scan diri sendiri ke apa? Bai.

Ameno : Paradox.

Selasa, 31 Januari 2012

Ceramah Hasan Ali ramai ke tak ramai semalam?

Confused aku beb. Ramai ke tak ramai sebenarnya? Lihat bawah neh dulu ;




Semalam wall sahabat bagitau bahawa ceramah hasan ali neh tak ramai. Dia baca update dari TKO. Dan blogger kerajaan pula cakap pehh memang ramai gileww wa cakap lue. So aku pun taktau benda neh ramai ka tak ramai ka atau apa ka.

Bagi aku isu ceramah hasan ali neh ramai ka tak ramai memang penting. Sebab? Sebab kita nak tengok sejauh mana apa yang berlaku pada hasan ali boleh memberikan kesan kepada pas dan pr. Sebab tue kita kena amek note ceramah dia ramai ka tak ramai.

Kita juga kena sampaikan apa yang benar. Maksudnya disini ialah jika ramai kena cakap ramai dan jika tak ramai kena cakap tak ramai. Jangan menipu fakta dan apa sahaja sebab apa kalau kita tak diberitahu gambaran yang sebenar maka kita akan fikir bahawa pemecatan hasan ali neh tiada impak walhal sebaliknya. 

Bila kita disajikan dengan info yang palsu maka kita tidak akan nampak masalah yang sebenar sehingga mengabaikan masalah terbabit. Ini yang kita tidak mahu. Biar kita tahu apa masalah kita sebab kita boleh bersedia cari jalan untuk atasi masalah yang timbul. Itu yang paling baik. So, ada sesiapa boleh bagitau tak samada ceramah hasan ali semalam ramai ka tak ramai?

Ameno : Hasan Ali start berkempen pasal islam atau pasal nak burukkan pas?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...