Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Khamis, 12 Januari 2017

Lukisan Sindir Amalan Bodek 'Hilang' Dari Pameran Balai Seni - Kenapa? Pembodek Najib Terasa Ka?

Dengan kemaskini. 

Selepas kehilangan karya tersebut kecoh di laman sosial, ia kembali semula dipamerkan di balai seni visual. Sebelum ini pelukis meluahkan perasaan karya pamerannya 'hilang' dari balai seni visual tanpa sebarang penjelasan diberikan. Luahan tersebut dikongsikan di laman facebook pelukis berkenaan.

Tulis sang pemilik karya, Suddin Lappo ;


Bodek

1. Dari seorang kawan, aku terima berita bahawa salah satu karya ku sudah ‘hilang’ di dinding pameran yang sedang berlangsung di Balai Seni Visual Negara. Iaitu pameran berkumpulan Sage: Ties of Tenggara. 

2. Aku langsung ke BSVN petang tadi untuk melihat sendiri, ya catan itu memang sudah tiada. Digantikan dengan sekeping foto karya dan disertakan bersama kapsyen “Karya ini diturunkan sementara bagi penyelenggaraan galeri.” 

3. Aku sedikit bingung, juga khuatir kalau karya itu sudah rosak, tercalar atau bagaimana? 

4. Sementara aku tidak dihubungi oleh mana-mana pihak sebelumnya. Dan cuma dapat tahu hal ini baru kemarin. 

5. Sebuah karya yang diletakkan di ruang awam, bebas untuk dibaca oleh penghayat. Aku sendiri sebagai pelukis, tidak mampu untuk memaksa penghayat menuruti makna dan konteks karya seperti yang coba aku sampaikan. 

6. Imejan yang kaku dan bisu itu bebas untuk ditafsir, ditelaah menurut pengalaman dan pengetahuan penghayat masing-masing. Kerana pelukis tidak selamanya bisa berada disamping karya untuk membetulkan persepsi khalayak. 

7. Maka disini aku ambil kesempatan untuk menulis sedikit catatan tentang kenyataan dan latar karya tersebut. Supaya kau tidaklah fikir sampai berlebih-lebihan. 

8. Karya catan “The Subtitle” terhasil dengan meminjam imejan dari salah satu shot scene filem trilogy “The Godfather”, karya Francis Ford Coppola. 

9. Teks pada karya tersebut juga dipetik dari dialog watak utama, Don Vito Corleone, “I’ll make him an offer he can’t refuse” yang diterjemahkan secara kreatif oleh pelukis sebagai teks sari kata pada karya. Penghayat disaran untuk melihatnya sebagai sebuah layar filem. Cuma mungkin saiz karya tidaklah cukup besar seperti dalam panggung wayang. 

10. Inti utama yang cuba disampaikan adalah kritikan pelukis terhadap budaya bodek dalam masyarakat. Golongan lemah terpaksa (atau dengan rela hati) untuk membeli jiwa seseorang yang memiliki kuasa. 1

1. Ini dapat dilihat pada aksi/postur salam cium tangan. Ya, aksi ini pun boleh ditafsirkan dalam dua keadaan, sama ada sebagai rasa hormat, atau rasa tunduk (lemah) kepada kuasa yang lebih besar. 

12. Sama seperti salam seorang murid terhadap gurunya, atau anak terhadap ibu bapanya, pekerja dan majikannya, isteri dan suaminya, hatta salam seorang pelukis dengan kolektornya.. hahaha 

13. Itu saja. Selebihnya khalayak sendiri yang pandai-pandai menafsir makna. Pengkarya pula tidak punya kuasa untuk menghalang. Kerana karya itu bisu, dan fikiran manusia yang becok. Sekian.

----------------


Tak kan la puak-puak neh terasa. Mustahil. Mereka jenis tebal muka tak mungkin akan rasa tersindir atau terperli dengan karya tersebut. Mesti ada alasan lain neh.

Kah Kah Kah

Selasa, 18 Disember 2012

Kenyataan PDRM mengenai Polis Wanita yang menyamar di facebook.

Padan la kecoh. Memang kecoh sampai PDRM pun keluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara itu beb. 

Rujuk bawah. 


Ini bermaksud PDRM amek berat terhadap mana2 anggota PDRM yang cuba melakukan sesuatu untuk menambahkan persepsi buruk terhadap PDRM. PDRM dah tak boleh tanggung dah. Dengan macam2 insiden yang melibatkan kredibliti mereka, mereka dah tak boleh biarkan apa2 perkara menambahkan situasi yang sedia buruk.

KPN pernah keluarkan kenyataan bahawa masyarakat malaysia dah hilang kepercayaan terhadap pasukan keselamatan. Sebab tu masyarakat tegar menghina dan langsung tak respect polis2 di malaysia. Kenyataan dia tue mungkin merujuk kepada apa yang berlaku dalam BERSIH 3.

Apa2 yang POLIS buat benda baik pun masyarakat pandang tak baik. Statement simpati. Aku juga simpati bila dengar di tv3 time tue. Tapi setakat simpati je la. Lebih2 tak boleh. Sebab selagi PDRM sendiri tidak bertegas untuk ubah imej mereka di mata masyarakat malaysia maka selagi itulah mereka akan kekal di pandang negatif di mata masyarakat. 

Kes2 seperti polis rasuah, polis rogol, polis paw pendatang asing itu kes2 yang mana PDRM sendiri gagal selesaikan di kalangan mereka sendiri. Itu baru di kalangan mereka sendiri. Benda2 yang melibatkan mereka pun mereka gagal nak selesaikan. Ini mereka hadap kita percaya mereka akan jaga keselamatan untuk kita? Haram le.

Walaupun ada polis2 baik di malaysia bahkan aku rasa ramai tetapi kebaikan mereka tak boleh pergi ke mana2 sebab akhirnya mereka sendiri pun akan terjelepuk di tempat sana dan tak boleh buat apa2 perubahan untuk mengubah "masa gelap" polis malaysia.

Ini kerana selagi KPN menurut kepada perintah penguatkuasa, dan mengabaikan tuntutan rakyat, mengikut telunjuk pemimpin melebihi dari menjaga kebajikan anggota2 PDRM di bawahnya.. selagi itulah imej PDRM akan kekal negatif.

Harus di ingat, masyarakat hormat polis yang baik. Tetapi polis yang tak baik, orang gila pun takan respect.

Dalam pada itu aku nak pesan sket kepada bloggers umno. Korang tak perlu melatah kalau aku beria2 nak siasat siapa dalang yang melakukan penyamaran tersebut. Sampai buat posting bagai oke. Aku memang suspect orang umno punya kerja oke. Ikhlas aku cakapkan neh.

Sebab aku dah berani cakap jadi aku nak amek inisiatif la untuk selongkar benda neh dalam sedalamnya. Yang aku pelik korang sepatutnya menyokong aku dalam isu neh bukan balon aku. Bayangkan jika akhirnya yang buat tue ialah seorang penyokong pr? Tak ke maksudnya aku kena kerat leher aku tak pasal2?

Jadi y u melatah?

Ahh.. korang belum dibuktikan bersalah tetapi dah menunjukkan ciri2 seperti seorang pesalah?

Itu pelik.

kah kah kah

Sabtu, 7 Julai 2012

Jom sambut PM, boleh dapat kupon dan duit minyak free.


Jom geng. Kita ramai2 p sambut PM. Ada kupon dan duit minyak free taw. Pihak penganjur yang sponsor seme. Best wooooo..

Tapi korang kena bagi no ic dan nama penuh dulu arh sebelum boleh nak claim kupon dan duit minyak percuma oke. Senang sket nak check korang tue penyokong parti apa oke.

kah kah kah

Dah takde penyokong gamaknya. Sebab tue asyik kena sponsor duit untuk cipta, cari dan kumpul penyokong. Sponsor ka apa ka no hal janji tak guna wang pembayar cukai oke. Tapi kan daripada korang sibuk buang masa untuk meraikan PM, baik korang kumpul apa masalah2 yang korang hadap kat kawasan korang, taip elok2 dan serahkan kat PM time tue. Baru best woooooo

kah kah kah

Khamis, 5 Julai 2012

Siapa orang umno yang ugut wanita ini?

Dunno.

Jangan tanya aku sebab aku memang tak kenal. Kalau korang kenal korang leh bagitau aku sapa individu yang dimaksudkan. Gambar neh member facebook yang bagi sebentar tadi. Aku fikir cerita dia betul. Kenapa dia dikasari dan diperlakukan sedemikian? Hanya dia dan orang yang memperlakukan jek yang boleh jawab persoalan kita.

Baca kat bawah neh geng ;



Sapa tahu individu yang dimaksudkan meh lah pakat2 share sini. Nak juga aku tahu siapa dan kenapa dia layan wanita tersebut seperti tue. Takan tiba2 kena sawan nak mengamok plak.

kah kah kah

Rabu, 19 Oktober 2011

Umno neh apa pun tak boleh.

Hari neh aku apa pun tak boleh. Pedap. Aku kena amaran yang keras dari facebook untuk revoke akaun facebook aku buat kali ketiga sebab aku upload gambar budak kena bunuh. Hek eley. Gambar budak kena bunuh pun depa complaint pasal aku? Bodoh ka apa? 

Aku tatau sapa yang complaint tapi aku nak bagitau kepada orang yang complaint. Korang hidup boleh tak jangan jadi sochai dan patchisowai? Korang neh dah mula merapu gaban kalau pasal news pun nak report abuse kat facebook. Bodoh ka apa?

Gambar tue sebagai pengajaran kepada umat islam apabila mereka mengamalkan zina. Itu bukan aib. Aku bukan sebarkan aib bayi tersebut. Apa pula gambar bayi tersebut dikatakan aib? Sapa ada kutuk2 bayi tersebut? Kita nak bagitau kat sini bahawa zina itu merosakkan umat islam. Perlu wujud langkah2 bagi membanteras zina. Kalaupun korang rasa simpati pada bayi yang kena bunuh tue, janganlah report abuse kat gambar aku. Korang report dan complaint pada mak budak tersebut. Mak budak tue yang kelar anak dia. Aku cuma hightlight dari news atas tujuan sebaran betapa bahayanya kesan akibat zina. 

Disebabkan korang aku kena reman 24jam dari facebook. Apa pun aku tak boleh buat sebab ini amaran akhir dari dorang. Ikut pengalaman lepas aku, akaun aku neh mungkin akan direvoke pada bila2 masa. Tunggu aku upload 2,3 kali gambar dan terima report. Bila akaun aku neh kena revoke, semua gambar2 yang pernah aku buat di wall dan pages akan hilang terus. Sebab akaun peribadi aku dah di revoke. So posting2 especially gambar memang akan hilang. Kalau bab paste link tue aku tak pasti tapi yang sebenarnya aku dah pedap. 

Sebelum neh aku dah kena warning banyak kali dari facebook atas gambar2 yang aku upload. Neh seme pasal gambar2 yang menyakitkan ahti penyokong umno. Aku pun banyak kali gak nampak gambar2 yang menyakitkan ahti pr di upload di fb tapi aku tak pernah report kecuali gambar super impose. Even gambar super impose najib pun aku report abuse pasal aku memang tak suka kepada perbuatan tue.

Tapi masalahnya sekarang depa complaint atas gambar2 realiti dan benar. Itu pasal aku heran. Aku bukan sebarkan penipuan ataupun fitnah. Aku cakap benda betul. Kalau ko tak suka ko bidas lah aku kaw2. Yang ko guna jalan belakang mengadu kat facebook buat apa? Sikit2 mengadu macam budak kecik. Dasar lembik nak mampos.

Yang sebetulnya korang kalau tak suka sangat lebih baik berhujah. Kalau taknak hujah lebih baik berambos. Korang pun takan sakit ahti tengok kebenaran yang pahit dalam gambar2 tue kan? Dengan report aku berkali2 di facebook sebenarnya membuktikan korang neh spesis lembik nak mampos. Sudahlah takde idea nak lawan guna jalan belakang report2 pula. 

Bukan aku tak boleh buat account baru. Aku boleh je buat tapi fikirlah semua benda2 yang aku dah simpan dan buat kat account neh. Berapa kali lagi aku nak kena create account fb sampai korang berhenti jadi pengecut? Korang neh memang spesis lembik. Kelembikan korang pondan cam aku pun kalah. Sekian.  
Nota : Kat bawah neh video pasal najib makan makanan rakyat. Aku tak boleh upload dan sebarkan link neh di facebook. Malas aku layan facebook yang bersikap dikriminasi. Dia patut check dan tanya dulu pada pihak yang kena report kenapa mereka direport. Jelas aku telah dianiaya oleh korang2 yang bersikap pengecut dan lembik.




Ameno : Pengecut je suka guna jalan belakang

Khamis, 7 Julai 2011

Hot : Facebook dan Twitter Anwar ibrahim kena HACKED!

Kemaskini ;

Beberapa team hackers dah sound "Sang cracker" yang hack fb dsai. Sebenarnya individu yang hack account fb dsai ialah seorang neutral. Mengikut pengakuan dia sendiri. Dan dia akan hack account fb najib pula selepas neh.

Dipercayai dia hack acc fb dsai melalui alamat email dsai. Kat bawah neh respon hackers yang bengang dengan individu yang hack account fb dsai. Lihat bawah ;



Aku bukan menyokong tindakan hacker yang hack acc dsai neh tapi bagi aku neh perbuatan yang normal. Andai aku seorang hacker sekalipun sudah tentu aku hack acc najib. Siyes. Pasal aku anti dia kan. Usah kata najib, semua acc pemimpin kerajaan rasanya aku nak hack. Tapi yelah.. mungkin dari segi moral aku akan dikutuk sebab menghack acc orang kan. Aku tak dapat nafikan persepsi itu akan ada. 
 
Tak kira lah samada hacker pembangkang atau kerajaan kalau hack acc orang sudah tentu akan marah dan bergaduh. Enhh bergaduh? Motif hacker lovsec ialah takmo bagi orang bergaduh tapi neh.. arhh sudah. Aku takmo campur. Heh.

Aku kalau lambat tidur kan, mesti ada je benda2 yang akan muncul. Tah pape. Cam klue pula aku rasa. Hahaha.. Baru dalam sejam neh account facebook anwar ibrahim kena hacked. Dan aku rasa twitter anwar ibrahim pun kena hacked sekali. Siyes. Lihat bawah neh  ;




Konon nya hacked sebab tak suka politik dan taknak tengok orang melayu bergaduh2? Pelik lah alasan neh. Adakah orang melayu gaduh pasal politik je? Pasal makwe pun ada gak orang melayu bergaduh. Pasal kalah bola pun ada. Pasal merempit pun ada. Pasal meragut pun ada. Pasal membuli pun ada. Pasal makan kfc pun ada. Pendek kata mereka bergaduh atas sebab hak masing2 nak berbuat demikian bukan pasal politik. Politik cuma nampak besar sebab ianya melibatkan sistem pentadbiran negara.

Sedangkan kalau ko masuk dunia artis pun ko akan nampak artis2 melayu sesama melayu pun dok gaduh2 atas sebab tertentu. Jadi politik bukan lah asbab kepada punca pergaduhan dan perpecahan. Ini ialah perkara normal hidup di dunia. Tak mungkin tak bergaduh apa jua bangsa. Payah sungguh kalau nak hidup dalam dunia paranormal. Melainkan semua jadi malaikat yang patuh pada Allah swt. Mungkin boleh. Heh.

Akan update kelak.

Ameno : Balas dendam kot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...