Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Ambiga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ambiga. Papar semua catatan

Khamis, 28 Jun 2012

Kenyataan RASMI BN mengenai isu pengantungan AMBIGA sampai Mati.


Lihat kat atas neh. Kenyataan rasmi dari bn mengenai isu pengantungan ambiga sampai mati yang dicadangkan salah seorang mp umno dalam parlimen semalam. Aku tak heran dengan kenyataan mp dari umno sebab ini bukan kali pertama ek geng2 umno mendesak agar ambiga dihukum dengan pelbagai cara. 

Ada yang suruh buang negara, ada yang suruh lucut kerakyatan, ada yang suruh masukkan dalam penjara dan pelbagai perkara lagi larh. Benda basi. Not a new thing larh orang kata. So memang tak heran. Tapi aku sedikit heran dengan tindakan drastik bn mengenai insiden tersebut.

Kenapa pula depa beria2 cuba menjadikan kenyataan mp umno tue bukan mewakili pendirian bn? Bukan kah selama neh mostly umno memang beria2 desak agar ambiga dihukum? Apakah umno dah kena ugut dengan MIC? Alarh.. jangan taknak mengaku oke. Aku dah baca kat TMI tadi. Rujuk sini.

Inilah time nak buat perangai cam korang. Kalau time pas, korang mesti kata pas kena buli dengan dap larh pkr larh apa jadah larh.. sekarang neh time mic arahkan umno dan bn agar stop serangan berterusan terhadap ambiga or bakal hilang sokongan dari kaum india.

Aik? Kena ugut ka umno? Sudah takut ka? MIC aje pun.. kata umno tue leader, takan anak buah ugut sikit lue dah cuak? At least dap ada kerusi banyak dalam PR.. ada logik juga kadangkala pas terpaksa berkompromi.. tapi sekarang UMNO yang ada banyak kerusi dalam parlimen, pasai apa big boss kena tunduk kat anak buah? Dah takde tutttttt ke apa?

kah kah kah

Sorry arh.. gua tanya je sebab heran. Itulah gua dah pesan. Lenkali lantik lelaki jadi pm, lelaki oke. Pastikan lelaki sejati. Bukan lelaki pondan or lelaki lembik. Kan dah terkantoi kena buli.

kah kah kah

Ameno : Umno kena buli.. ye yeh.. umno kena buli.. ekekeke..

Rabu, 23 Mei 2012

Video ahli perkasa serang adun dap tersebar.

Ini ke yang ibrahim ali dok sebut2 kumpulan samseng yang menyamar sebagai ahli perkasa? Mereka bukan ahli perkasa tetapi sengaja menyelinap dalam geng2 perkasa untuk buat provokasi ek? Sesiapa boleh sahkan dakwaan ibrahim ali tersebut?

Aku bersetuju selepas insiden itu berlaku mereka dinasihatkan jangan guna kekerasan. Aku nampak disitu nampaknya ketua2 mereka dah cuak bilamana perkasa dan umno seringkali dilabel samseng sebab bersikap biadap. Agaknya sebab dah tak tahan dengan persepsi tersebut maka sedaya upaya ketua mereka menasihatkan agar jangan gunakan kekerasan.

Saksikan dulu video tersebut kat bawah neh oke ;


Monkee adalah monkee tak kira dia penyokong apa pun. Bagi aku monkee ialah mereka yang tidak tahu menyalurkan sokongan mengikut saluran yang betul. Jika ko terlalu over ataupun berlebihan2 sehingga mencemarkan imej parti yang ko sokong ko memanglah monkee. 

Cuba korang tengok apa yang lelaki kat bawah neh buat?


Bawa penyapu? Nak buat apa? Nak sapu jalan selepas buat kecoh ka? Pendirian aku dalam isu neh sama jek macam isu insiden kereta polis kena hentak tue. Kalau pun ada ahli perkasa kena langgar kakinya aku nak cakap padan muka. Sebab apa?

Sebab sendiri yang buat pasal. Dah tahu situ laluan kereta keluar masuk yang ko duduk tengah2 jalanraya sapa suruh? Kenapa ko halang lalu lintas? Lainlah kalau polis dah sekat jalan. Nampaknya polis tak sekat jalan so jalan tue masih dibuka kepada laluan orang awam jadi apasal dungu sangat duduk kat tengah2 jalanraya?

Kalau pun ko dilanggar itu adalah disebabkan kecuaian diri sendiri. Sama macam insiden kereta polis tue larh. Kereta polis tue terlanggar orang disebabkan ada monkee2 melompat dan menyerang kereta polis. Mereka lah individu yang patut dipersalahkan bukan nya polis. Aku pun tak faham macam mana sentimen politik boleh menyebabkan seseorang gagal membezakan apa yang benar dan apa yang salah. Itu bahayanya bila taksub beb. Apa pun tak boleh.

Yang tak tahan tue dorang buat betul2 depan polis. Apa yang polis buat? Bagi larh warning ke tahan ke ini tidak biar macam tue ajek. Kadang2 bila orang panggil polis anjing dan barua aku tatau nak marah ke nak ketawa. Sendiri yang cari pasal sebenarnya. Nak salahkan persepsi awam macam mana kalau dah setiap kali bila melibatkan politik nampak sangat biasnya. 

Dengan terdedahnya video neh kita berharap ibrahim ali boleh sahkan individu2 dalam video neh ahli2 perkasa atau tidak. Takpe, kita dengar dulu keterangan dan hujah dia. Kalau dia gagal menafikan mereka2 dalam video di atas sebagai bukan ahli perkasa maka bertanggungjawab larh. 

Janganlah pongpang2 cakap ada orang nak menyusup dan menyamar masuk jadi ahli perkasa untuk cetus provokasi pula. Setahu aku, kalau pun ada orang yang menyamar mereka sekadar nak korek strategi dan rahsia je. Bukan nak cetus provokasi. Paling2 koman pun sebab nak rakam. Takde masa ai nak buat provokasi. Penat menyamar satu hal. Ini nak buat provokasi lagi? 

Lue ingat perkasa popular macam bersih meh? Kalau sungguh ada yang menyamar untuk buat provokasi semudah abc jek boleh kesan sebab tersangatlah sedikit penyokong2 mereka. Tak faham2 lagi ke?

kah kah kah

Ameno : Dah bawa telur tue memang dari awal plan nak gunakan untuk baling larh tue der.. apa lagi. Batu ada maafnya lagi boleh kutip tepi jalan, tapi telur? Ekekeke..

Isnin, 21 Mei 2012

Datuk Jamal pemilik ferrari lelong tapak demo bermula rm2,000 setapak.

kah kah kah

Oittt jangan jadi bahlol woittt

Datuk tue ada ferrari. Dah kaya makin kaya. Buta2 jek kena tipu dengan datuk neh. Kesian lahai rakyat malaysia yang bakal termasuk dalam perangkap datuk ferrari neh beb. Siyes. 

Baca kenyataan dia yang aku petik dari malaysiakini sebentar tadi ;

Penganjur demonstrasi 24 dan 25 Mei di hadapan kediaman Datuk S Ambiga akan melelong tapak perniagaan di lorong tersebut bermula pada harga RM2,000.

NONEPengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata lelongan itu untuk menampung kos mereka untuk menganjurkan demonstrasi berkenaan.
Katanya, mereka juga akan memohon kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk demonstrasi dengan membuka gerai tersebut.
Kataya lagi, mereka akan tetap meneruskannya tindakan demonstrasi di hadapan kediaman pengerusi bersama BERSIH itu walau tanpa kebenaran DBKL.

Nampak muka datuk tue? Nampak kan? Tengok lah muka dia betul2. Dan selepas tue baca lah posting kat sini pula. Itulah identiti sebenar datuk neh. 

Dorang neh stock orang2 kaya. Stock kroni2 umno. Sebenarnya takde kaitan dengan peniaga2 di kl tue. Tapi mungkin ada yang terpedaya sehingga terbeli tapak tersebut. Moga2 janganlah sampai macam tue. Kesian orang melayu. Yang tipu dorang orang melayu juga. Nak kaya punya pasal.

kah kah kah

Sengal siot. Siap amek untung atas angin lagi. Suka2 jek nak lelong tapak yang sah2 bukan milik lue. 

Ameno : Ini terang terangan satu penipuan der.




Peniaga yang nak berniaga di depan rumah ambiga pakai ferrari.


Usahawan muda?

Oke. Tahniah der. Aku agak cemburu dengan kejayaan ko. Tapi jangan risau der. Aku takan rompak kereta ferrari lue der. Aku pun teringin gak nak hidup mewah macam lue tapi aku akan berusaha untuk cari duit sendiri der. Selagi masih hidup selagi itu usaha mesti mao ada. Oke tak? Oke kan?

kah kah kah

Sekarang neh kan der, gua dengar lue nak berdemo di depan rumah ambiga sebab lue rugi ek? Lue meniaga kat pasar malam mana der? Lue ada kedai apa kat jalan TAR der? Bukan kah lue neh sepatutnya usahawan muda der?

Siap dapat anugerah lagi. Tengoklah gambar di atas neh. Bukan gua tipu2 sama lue. Itu kan lue dan kereta ferrari milik lue. Tak betul ke? Lue saja bergambar dengan ferrari tue ke der? 

kah kah kah

Menerusi portal malaysiakini ;



Laaaaaaaaaaaaaaa lue dah cukup kaya rupanya der. Err der. Wa takmo sebar seme benda2 peribadi berkaitan lue. Ada gambar2 peribadi lue kat gua neh. Orang bagi bukan gua mencari oke. Tapi gua orangnya kurang jahat cikit der. 

Bab2 peribadi gua satusen pun takmo campur. Cuma bab tak berapa peribadi jek gua nak ulas cikit. Lue neh ke terbabit dalam kedai ikan 1malaysia? Ekekeke.. Jangan marah der. Habis seme terdedah der. Siyes neh. Lue ada 25 syarikat ek der? Lue specialist kat sekinchan ek der? Jauh tue der sekinchan dengan kl der. Ke dah jadi sebelah menyebelah der?

kah kah kah

Lihat gambar kat bawah neh dan baca berita paper kat bawah neh sendiri. Bacalah apa yang dia tulis. Dia sendiri pongpang2 pasal kebanjiran peniaga2 indonesia di malaysia apa.






Hebat tue. Kaya tue. Takan disebabkan bersih terus bankrupt pula? Memang tak logik langsung. Betul tak? Sapa lak yang jadi mangsa drama mereka di tv3 neh. Kesian rakyat malaysia yang taktahu apa2. Buta2 kena tipu dengan orang kaya.

kah kah kah

Sadis siot.

Ameno : Meniaga kat sekinchan rugi kat kl. Ekekeke



Khamis, 10 Mei 2012

Misteri protes burger di depan rumah Ambiga diselesaikan!

Demo sambil jual burger? Itu adalah satu pembaharuan yang ditonjolkan oleh orang2 yang mesra bien dan umno. Dorang tak boleh mengaku dorang tue orang bien dan umno sebab neh sebahagian dari taktik dan strategi. Benda dah tertulis dalam skrip so kena lah follow.. err jangan tampar mulut aku oke.

kah kah kah
 
Lihat bawah neh. Gambar2 demo ;




Kenapa dorang PROTES? Katanya sebab RUGI kerana BERSIH berdemo pada 28 april hari tue. Dorang neh ialah pertubuhan ikatan usahawan kecil dan serdahana = IKHLAS. Kat mana dorang meniaga? Area jalan TAR kot. 

Dorang sekarang meniaga betul2 depan rumah ambiga. Nak cover kerugian kata mereka. Eloklah tue meniaga, bukan buat benda bukan2. Aku sokong. Cuma yang aku heran neh satu jek, kenapa dorang jek complain2 bab kerugian, pasal apa persatuan dan penjaja kecil wilayah persekutuan tak complain bab2 kerugian neh?

Lihat bawah. Antara banner yang dibuat oleh mereka2 yang berdemo tuntut gantirugi dari ambiga beberapa hari lepas.


Hehehe..

Kalau rugi kan, rugii mestilah persatuan neh dulu ke depan, bukan si IKHLAS tue. Aku la neh baru dengar nama IKHLAS tue. Sebelum2 neh tak pernah pula aku dengar kewujudan IKHLAS. Apa pun berlakon baik2 ye. Janji dapat duit. Kalau tak dapat apa2 berhentilah berlakon. Jangan buang masa oke. Dengar nasihat IKHLAS dari aku neh hah. MYSTERY SETTLED!


Ameno : Persatuan dan penjaja kecil wilayah pun maleh nak layan gamaknya..

Selasa, 5 Julai 2011

[Video] Mari sertai BERSIH 2.0 - Polis henti edar risalah ok?


Nasihat daripada PDRM? Tak boleh pakai der. Risalah yang membazir dan buang duit. Agong dah bagi kelulusan untuk kami buat kat stadium so bakar je lah risalah2 bangang neh.

kah kah kah

Kesian patriot dan perkasa yang terpaksa batalkan perhimpunan mereka last2 minit. Yang lebih sadis dorang cemburu sebab Agong sudi jumpa bersih = kuning = kuning = geng ma. Dan yang paling dorang ahti hancur berdetak-detak bila bersih dapat permit langsung dari Agong untuk berhimpun. Permit polis? Boleh jalan lah. Kita orang ada permit lagi besar dari polis iaitu permit Agong. Aku sukaaa...

kah kah kah

Tapi kan polis kena lepaskan semua peserta2 bersih disebabkan bersih dah diluluskan oleh Agong. Dan menangkap peserta bersih bererti menderhaka kepada Agong. Adakah polis ingin menderhaka kepada Agong? Patuh pada Agong ataupun BN? Jangan lupa nasihat mufti bn kalau tidak mengikuti kata2 pemerintah, boleh kurangkan iman. Nak ke kurangkan iman masing2? Bukan aku cakap beb, tapi mufti lue sendiri cakap der.

Antara bn dan Agong, Agong lagi berkuasa bhai. So apa lagi polis, hentikanlah kerja2 yang tak berfaedah korang tue. Lagi satu aku harap perhimpunan neh boleh buat kat stadium yang berdekatan kl. Tak pun buat kat bukit jalil. Bukit jalil = ada LRT. So memudahkan pergerakkan kita. Jadi pilihlah venue yang bersesuaian dengan situasi okeyh.

Lagi satu ada orang umno perasan bahawa dorang awal2 dah bagi idea buat kat stadium tapi kita yang takmo. Laaa ko dengar sini penjelasan aku. Kita orang taknak buat kat stadium sebab masa tue kita orang nak jumpa Agong. Tapi sekarang bila Agong dah sudi jumpa kita dan bincang2, kita rasa molek lah buat kat stadium sebab dah dapat lesen besar Agong kan. Jadi yang korang perasan bagai nak rak kenapa? Cita2 kita orang nak jumpa Agong dah tercapai, dan cita2 kita orang nak hantar memo juga bakal tercapai sebab Agong izin kami berhimpun. Agong gelar kami kumpulan bersih.

Jadi kenapa? Korang marah? Ada aku kesah? Memang aku kesah. Aku kesah sangat2 sebab nak tengok korang bengang dan bengkek berapi2. Kan dah penat korang buat macam2 skrip untuk hancurkan bersih, last2 bersih tetap jalan. Kesian kan?

Kah kah kah

Padan lah muka.. sapa suruh pandai2 fitnah kuning. Ingat kuning tue warna rasmi bagi Agong. Agong pun marah taw bila korang pandai2 kutuk dan fitnah kuning. Hah.. sendiri cari pasal dengan warna rasmi Agong sendiri lah tanggung. Siap kena ceramah free lagi dalam titah Agong. Padan muka korang.

kah kah kah

Lihat video di bawah. Skrip orang yang dah kalah bila perhimpunan bersih mendapat kelulusan Agong ;



Ameno : Ada orang dah panas tue..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...