Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label adun dap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adun dap. Papar semua catatan

Khamis, 5 Julai 2012

Penjelasan penuh kenapa isu rumahtangga LIM GUAN ENG ialah masalah negara.


Ramai orang tidak tahu. Ramai orang tertanya2. Ramai juga yang confused. Ramai juga yang marahkan tv3. Malahan lebih ramai orang marahkan utusan. Tak kurang juga yang marahkan bloggers umno. Sebenarnya mereka tak salah. Mereka tak salah bila cakap isu rumahtangga LGE ialah masalah negara. Yang marah pun tak salah.

Yang salah sebab kita tatau citer sebenar. Kat sini aku akan citerkan kepada korang kenapa pentingnya isu rumahtangga LGE sehingga ia wajib dibincangkan dan diperkatakan oleh setiap rakyat malaysia. Misteri bakal didedahkan.

Jeng jeng jeng................



Alkisahnya..

1. Pada satu hari. Time tue waktu petang. Adun dap yang juga isteri LGE sedang pergi ke office LGE.

2. Tiba2.. demm. Ini tidak boleh dibiarkan. Lalu dia menampar dan blah dari lokasi kejadian.

3. Kejadian menampar itu sebenarnya telah menghasilkan satu impak. Ramai orang tatau. 

4. Psttt.... ini rahsia dalaman. Jangan bagitau sapa2. 

5. Code etika 6705 dalam fasal 8879 kurungan ke sejuta menyatakan bahawa suami isteri yang menjadi wakil rakyat ber-aliran-kan pembangkang harus diberikan penekanan yang lebih. Sebab apa? Ini masalah negara. Tue jek aku boleh cakap. 

6. Disebabkan itulah adun mca bawa kes tersebut dalam persidangan dewan dun melaka. Bahkan isu tersebut telah mengenepikan pelbagai permasalahan rakyat melaka. Sebab apa? Sebab betapa pentingggggggnyeeeeeeeeee bincang isu rumahtangga orang. Ini masalah negara oke.

7. Sebab tue memang logik lima adun dap digantung dari persidangan dun melaka. Isu rumahtangga jangan buat main2 oke. Masalah negara tue.

8. Jadi jangan marah kalau tv3 dan utusan main isu rumahtangga orang. Kita kena faham. Ini masalah negara okeeeeeeee.

Diharapkan dengan penjelasan neh korang seme dah faham kenapa lah isu rumahtangga LGE diberikan perhatian yang khusus oleh media2 kerajaan. Sebab ini masalah negara. Kita jangan fikir apa2 dah sekarang. 

Sekarang mari kita fikir masalah negara kita iaitu pasal LGE suami isteri. Mari2. Aku pun takde apa nak fikir dah neh. 

kah kah kah

Rabu, 23 Mei 2012

Video ahli perkasa serang adun dap tersebar.

Ini ke yang ibrahim ali dok sebut2 kumpulan samseng yang menyamar sebagai ahli perkasa? Mereka bukan ahli perkasa tetapi sengaja menyelinap dalam geng2 perkasa untuk buat provokasi ek? Sesiapa boleh sahkan dakwaan ibrahim ali tersebut?

Aku bersetuju selepas insiden itu berlaku mereka dinasihatkan jangan guna kekerasan. Aku nampak disitu nampaknya ketua2 mereka dah cuak bilamana perkasa dan umno seringkali dilabel samseng sebab bersikap biadap. Agaknya sebab dah tak tahan dengan persepsi tersebut maka sedaya upaya ketua mereka menasihatkan agar jangan gunakan kekerasan.

Saksikan dulu video tersebut kat bawah neh oke ;


Monkee adalah monkee tak kira dia penyokong apa pun. Bagi aku monkee ialah mereka yang tidak tahu menyalurkan sokongan mengikut saluran yang betul. Jika ko terlalu over ataupun berlebihan2 sehingga mencemarkan imej parti yang ko sokong ko memanglah monkee. 

Cuba korang tengok apa yang lelaki kat bawah neh buat?


Bawa penyapu? Nak buat apa? Nak sapu jalan selepas buat kecoh ka? Pendirian aku dalam isu neh sama jek macam isu insiden kereta polis kena hentak tue. Kalau pun ada ahli perkasa kena langgar kakinya aku nak cakap padan muka. Sebab apa?

Sebab sendiri yang buat pasal. Dah tahu situ laluan kereta keluar masuk yang ko duduk tengah2 jalanraya sapa suruh? Kenapa ko halang lalu lintas? Lainlah kalau polis dah sekat jalan. Nampaknya polis tak sekat jalan so jalan tue masih dibuka kepada laluan orang awam jadi apasal dungu sangat duduk kat tengah2 jalanraya?

Kalau pun ko dilanggar itu adalah disebabkan kecuaian diri sendiri. Sama macam insiden kereta polis tue larh. Kereta polis tue terlanggar orang disebabkan ada monkee2 melompat dan menyerang kereta polis. Mereka lah individu yang patut dipersalahkan bukan nya polis. Aku pun tak faham macam mana sentimen politik boleh menyebabkan seseorang gagal membezakan apa yang benar dan apa yang salah. Itu bahayanya bila taksub beb. Apa pun tak boleh.

Yang tak tahan tue dorang buat betul2 depan polis. Apa yang polis buat? Bagi larh warning ke tahan ke ini tidak biar macam tue ajek. Kadang2 bila orang panggil polis anjing dan barua aku tatau nak marah ke nak ketawa. Sendiri yang cari pasal sebenarnya. Nak salahkan persepsi awam macam mana kalau dah setiap kali bila melibatkan politik nampak sangat biasnya. 

Dengan terdedahnya video neh kita berharap ibrahim ali boleh sahkan individu2 dalam video neh ahli2 perkasa atau tidak. Takpe, kita dengar dulu keterangan dan hujah dia. Kalau dia gagal menafikan mereka2 dalam video di atas sebagai bukan ahli perkasa maka bertanggungjawab larh. 

Janganlah pongpang2 cakap ada orang nak menyusup dan menyamar masuk jadi ahli perkasa untuk cetus provokasi pula. Setahu aku, kalau pun ada orang yang menyamar mereka sekadar nak korek strategi dan rahsia je. Bukan nak cetus provokasi. Paling2 koman pun sebab nak rakam. Takde masa ai nak buat provokasi. Penat menyamar satu hal. Ini nak buat provokasi lagi? 

Lue ingat perkasa popular macam bersih meh? Kalau sungguh ada yang menyamar untuk buat provokasi semudah abc jek boleh kesan sebab tersangatlah sedikit penyokong2 mereka. Tak faham2 lagi ke?

kah kah kah

Ameno : Dah bawa telur tue memang dari awal plan nak gunakan untuk baling larh tue der.. apa lagi. Batu ada maafnya lagi boleh kutip tepi jalan, tapi telur? Ekekeke..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...