Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label APEC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APEC. Papar semua catatan

Khamis, 24 November 2016

Dipulaukan Oleh Akhbar Brunei, Najib Jadi Bahan Ejekan Di Media Sosial.

Sejak semalam netizens menyebarkan satu gambar. Yang mana gambar tersebut merujuk kepada keratan akhbar yang dipercayai dari akhbar berita yang diterbitkan di Brunei. Ia adalah tentang gambar Najib dalam persidangan APEC yang telah 'dicrop'. Gambar itu kemudiannya viral di laman sosial dengan pelbagai telahan dilakukan oleh netizens.

Ini adalah gambar yang dimaksudkan.



Akhbar Brunei telah edit Najib keluar dari laporan berita mereka. Wajah Najib tidak kelihatan langsung dalam gambar tersebut sedangkan gambar sebenar adalah seperti di atas.

Siapa la kerja editing sampaikan gambar lari pun dia tak perasan? 

Kah Kah Kah!

Dan disebabkan ini, Najib kini menjadi bahan ejekan di media sosial. Macam-macam andaian yang timbul. Ada yang kata akhbar Brunei sengaja crop muka Najib sebab Najib terpalit skandal 1MDB. Ada juga yang berkata kerajaan Brunei tidak suka kepada pentadbiran Najib dan macam-macam lagi la. Kalau aku dapat maklumat akhbar tersebut, boleh gak kita email editor dia dan tanya kenapa dia crop kan. Kot-kot dia orang Malaysia yang kerja kat Brunei ke. Kalau begitu faham juga aku kenapa dia crop.

Kah Kah Kah! 

Selain dari sebaran gambar tersebut, netizens juga menyebarkan gambar di bawah ini ;



Pun begitu aku mendapat maklumat dari netizens mengatakan ianya adalah fitnah semata-mata. Untuk pencerahan kepada semua pihak aku sertakan video untuk kau semua nilaikan sendiri kat bawah neh. 

Terus tekan ke minit 2.44 dan perhatikan sendiri.

Isnin, 14 November 2011

Gambar Rosmah Mansur berfashion di hawaii.




Ini ialah mem rosmah kita ketika baru tiba di hawaii. Dia telah memakai selendang satu set dengan warna baju dia. 

Peh.

Cun gila. Idola aku mem rosmah neh. Bukan senang nak jadi cantik bila usia dah masuk 50an ++.

Dan perhatikan pula di bawah neh. Gambar ketika mem rosmah dan najib hadiri persidangan APEC di hawaii.




Rupanya selendang yang selalu dipakai oleh rosmah ada pelbagai kegunaan. 

Wahhhh.. 

terbaik punya isteri piem. Kadang2 boleh letak di kepala. Kadang2 boleh letak di perut. Dan kadang2 mungkin boleh letak di tempat lain. Kreatif gile arh mem rosmah neh. Tak sia2 aku jadi pengikut tetap dia. Banyak yang aku boleh belajar rupanya.

kah kah kah

Pernah dengar waikiki shopping? Dengar cite ia syurga membeli belah. 

Peh. 

Rosmah. Dah dekat tue. Apa lagi. Gunakanlah skill mem sekarang. Itulah kehebatan mem. Kami rakyat malaysia berbangga dengan bakat semulajadi yang mem miliki itu. Harap lepas shopping sakan boleh larh pamerkan apa yang mem beli tue. Just nak tahu citarasa orang kaya macam mem. Biasalah mem, tak dapat beli dapat tengok pun jadi larh.

kah kah kah

Ameno : Program Permata makin menyepi sekarang. Biasalah. Mem sibuk buat kerja2 najib.. kan mem kan? hahhha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...