Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 26 Julai 2021

Rumusan Persidangan Parlimen 26 Julai 2021.

POLITIK | Parlimen membuka semula pintunya selepas berbulan-bulan lamanya ditutup atas alasan darurat. Persidangan kali ini mendapat liputan dan perhatian kerana ramai pemerhati politik, khususnya rakyat ingin melihat bagaimana persidangan kali ini akan berlangsung, terutamanya bagi menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan pengisytiharan darurat dan pelan menanggani covid19.

Berikut adalah ringkasan penting berkaitan apa yang berlaku dalam persidangan kali ini;

1. Selepas bersidang hampir 23 minit, Ram Karpal (Gelugor) telah memulakan hujahnya dengan menyerang Speaker Parlimen, Azhar Harun. Perkataan Lapdog menjadi sensasi. Ram bertanya, adakah Azhar ialah lapdog (bagi pihak kerajaan). Ram juga meminta Azhar untuk meletakkan jawatannya. Ini kerana perkara berkaitan Ordinan Darurat dan Pengisytiharan Darurat dilakukan tanpa membawa kepada Parlimen, dan apa yang anehnya ia dibenarkan oleh Speaker. Justeru itu dengan lantangnya, Ram telah menegur tindakan Azhar. Azhar ketika ditegur Ram, hanya berdiam dan memerhatikan Ram.

2. Selepas itu, Langkawi, Puchong, Selayang, Sepang dan beberapa Ahli Parlimen lain dibenarkan bangun untuk berbahas. Isi yang diutarakan oleh kesemua mereka berkisarkan;

- Kerajaan gagal menanggani covid19. Ramai yang mati, dijangkiti, hilang kerja, masalah ekonomi juga gagal diatasi.

- Menghadkan bilangan Ahli Parlimen dalam dewan walaupun sudah divaksin, bagaimana boleh mengabsahkan sokongan sebenar Perdana Menteri.

- Parlimen sepatutnya dibenarkan berbahas seperti biasa dengan membawa masuk usul Port Dickson dan Beruas dengan mengambilkira nyawa rakyat adalah nyawa yang paling patut diutamakan.

3. Kuala Krau kemudiannya bangkit dan mempertahankan tindakan Speaker dengan membaca Peraturan Mesyuarat. Kuala Krau berkata Sidang Khas Parlimen pernah berlaku sebelum ini. Namun ia kemudiannya dipertikaikan kem pembangkang kerana mendakwa setiap sidang khas perlu dimulakan dengan usul terlebih dahulu.

4. Pokok Sena, Puchong, Semporna, bangkit dan menolak semua hujah Kuala Krau dengan membawa Peraturan Mesyuarat bahawa setiap Proklamasi dan Ordinan Darurat perlu melalui proses Parlimen; dengan melangkaui proses tersebut, ia melanggar Perlembagaan Negara.

5. Kota Bharu kemudiannya bangun untuk menjawab semua hujah-hujah kem pembangkang namun dipertikaikan kem pembangkang kerana semua Peraturan Mesyuarat yang dibangkitkan pembangkang sejak mula ditujukan kepada Yang Dipertuan Speaker, bukannya soalan kepada kem kerajaan. Ini bukan sesi soal balas.

6. Kota Bharu kata sidang khas pernah berlaku dalam sejarah negara, namun ia dipertikaikan kem pembangkang bermati-matian kerana setiap contoh yang diberikan Kota Bharu tidak tepat.  Pokok Sena beranggapan kerajaan sedang berperang dengan Perlembagaan dan Agung. Puchong bertanya bila masa ada undi.

7. Kota Bharu yang ditekan kem pembangkang kemudiannya menunjukkan surat yang diberikan Perdana Menteri kepada Speaker, namun kemudiannya diasak lebih teruk apabila ditanya mengenai perbahasan dan bila masa pula dilakukan sesi undian.

8. Semporna kemudiannya sekolahkan Speaker. Speaker pada ketika ini dilihat tertekan.

9. Lebih kurang sejam berdebat, Speaker kemudiannya menjelaskan Mesyuarat Khas mengikut Peraturan Mesyuarat. Parlimen masih berada di penggal ketiga yang tertangguh, dan ini bukannya penggal keempat. Namun penjelasan Speaker itu kemudiannya dipertikaikan Gelugor dan Pulai.

10. Pada minit ke 1.14 minit, Speaker kemudiannya mengamuk. Selepas menjerit dengan meminta kem pembangkang senyap, Speaker kemudiannya berkata tidak bersetuju dengan semua Peraturan Mesyuarat yang dibangkitkan kem pembangkang dan meneruskan aturan mesyuarat. 

11. Port Dickson kemudiannya diberikan laluan berbahas. Port Dickson kemudiannya mempersoalkan usulnya ditolak atas alasan teknikal adalah sesuatu yang tak wajar. Tiga kali YDPA menitahkan Parlimen perlu berbahas dan bukannya Mesyuarat Sidang Khas, jika YDPA salah, apakah kerajaan akan terangkan dimanakah kesalahan itu. Istana telah ambil keputusan dengan menyuarakan pandangan mengikut Perlembagaan yang juga bersesuaian dengan aspirasi rakyat. Port Dickson juga mempersoalkan pelan memerangi covid19 yang gagal, rakyat semakin ramai yang mati, proses vaksin yang lambat, dengan kelembapan ekonomi. Untuk semua masalah-masalah yang berlaku, tak wajar Parlimen dibahas dibawah Peraturan Mesyuarat 11(3). Nak membelanjakan wang negara, nak buat polisi, pengisytiharan darurat, semua ini tak dibahas dan tak diundi. Suara majoriti rakyat mahukan Parlimen berbahas dengan menekankan konsep semak dan imbang. 

12. Anwar turut menyatakan kegagalan Menteri Besar Selangor yang lama menyebabkan wang negeri habis. Perkara itu kemudiannya dipertikaikan kem kerajaan namun tak sampai 10 saat pun.

13. Port Dickson turut bertanya Bera apakah kuasa PBT melangkaui kuasa MKN dalam isu tutup kilang.

14. Pada jam ke 1.36 minit, Kota Bharu kemudiannya berkata;

- YDPA telah perkenankan sidang khas Parlimen. Dokumentasi adalah bukti.

- PN tidak akan menasihatkan YDPA agar menyambung proklomasi darurat.

- PN telah membatalkan semua ordinan darurat maka semua isu-isu berbangkit tidak lagi terpakai.

15. Kemudiannya, kem kerajaan dan kem pembangkang saling bergaduh. 

16. Selepas lebih kurang 2,3 minit bergaduh, Perdana Menteri bangkit bercakap seorang-seorang dimana semua Ahli Parlimen sibuk bergaduh sesama sendiri dan tak memberikan tumpuan dengan ucapan Muhyiddin.

17. Muhyiddin kemudiannya menghentikan ucapannya dan Puchong diberikan floor untuk bertanya soalan. Speaker kemudiannya berbalas hujah dengan Puchong.

18. Pada ketika ini Pasir Salak mula bangun dan terpekik-pekik dan memarahi blok pembangkang secara rambang. Dia membebel suruh balik, suruh diam, suruh duduk, dan beberapa rapuan lain turut kedengaran.

19. Melihatkan perdebatan Speaker dan Puchong belum tamat, Kota Bharu kemudiannya bangun dan menjelaskan semua Ordinan Darurat telah ditarikbalik pada 21 Julai 2021.

20. Kemudiannya Perdana Menteri bangun dan menyambung ucapannya. 

21. Semasa Muhyiddin berucap inilah Mat Sabu (Kota Raja) berkata mahu keluar dan makan durian dan menyebabkan ramai tertawa.

22. Pada jam 2.25 minit, Jelutong kemudiannya mempertikaikan kelayakan Timbalan Speaker mempengerusikan mesyuarat kerana telah terkantoi melanggar S.O.P beberapa kali.

23. Persidangan bersambung dengan perbahasan dari kem pembangkang.

24. Pada jam ke 2.45 minit, Port Dickson membawa masuk isu Doktor Kontrak. Arau kemudiannya bangkit dan mengacau perbahasan Port Dickson beberapa kali.

25. Pada jam ke 2.50 minit, Azmin Ali bangun dan menjawab dakwaan Kluster Kilang, rupa-rupanya Azmin Ali dah bawa kertas bersaiz A3 yang didakwanya data dan fakta bagi menangkis dakwaan Kluster Kilang. Malangnya penjelasannya tidak disokong sesiapa dari kem kerajaan dan dikecam oleh kem pembangkang. Pada ketika ini, Azmin Ali juga dilihat beremosi dan bergaduh pula dengan Shah Alam.

26. Persidangan Parlimen bagi sesi pagi ditamatkan dengan perbahasan dari Langkawi, yang mengkritik kegagalan kerajaan menguruskan pandemik.

Perbahasan sesi petang agak aman. Namun terdapat satu dua insiden yang membuatkan Parlimen kecoh.

27. Pada minit ke 14, ketika Kota Raja berbahas, Masjid Tanah meminta Kota Raja memakai mask - mematuhi S.O.P, Kota Raja kemudiannya memakai sambil menjawab akan patuh dengan apa sahaja arahan Datuk (rujuk Timbalan Speaker, Azalina Othman). Namun Masjid Tanah menjelaskan yang beliau yang menegur sambil diiyakan Azalina.

28. Kota Raja berkata semua pihak perlu bersama-sama untuk menguruskan masalah pandemik covid19 yang perlahan-lahan harus ditukarkan kepada endemik, iaitu perlu hidup bersama-samanya.

29. Ucapan Muar antara yang menimbulkan perdebatan apabila Muar mempertikaikan UMNO yang membayangkan tidak menyokong Perikatan Nasional diluar dewan tetapi di dalam dewan diam dan tidak berbahas.

30. Ketika Arau berucap, Arau telah diganggu oleh kem pembangkang sehingga YB naik marah.

31. Ketika Permatang Pauh berucap, tak ada seorang pun Ahli Parlimen kerajaan bangun dan mempertikaikan hujah Nurul Izzah. 

32. Pada jam ke 1.57 minit, Arau kemudiannya bangkit dan mempersoalkan Peraturan Mesyuarat. Menurut Arau, mana-mana pihak tidak dibenarkan melakukan serangan peribadi seperti pesta durian, kawan-kawan yang buat pesta arak.

33. Hal itu kemudiannya membangkitkan kemarahan Jelutong. Arau kemudiannya diasak bertubi-tubi, dan akhirnya berasa marah dengan tindakan Jelutong. Arau kemudiannya menjelaskan dakwaan pesta arak tidak merujuk kepada PH dan pembangkang, sebaliknya merujuk kepada kawan-kawan.

34. Bukit Mertajam mendakwa moratorium tidak automatik malahan ada syarat dan faedah yang menekan peminjam. Ini bermakna kerajaan menipu apabila berkata moratorium diberikan tanpa syarat. Komputer sebanyak 150,000 yang dijanjikan oleh kerajaan pun sehingga kini masih ramai tak sampai-sampai.

35. Pontian berbahas dengan berusaha untuk bercakap sebanyak mungkin cadangan yang beliau ada. Ahmad Maslan berjaya membaca sebanyak 33 cadangan dalam masa 7 minit.

36. Pada jam ke 2.20 minit, Menteri Kewangan bangkit untuk menjawab semua isu-isu awal yang dibangkitkan pembangkang sebelum ini tetapi dipertikaikan kem pembangkang yang mendesak samada Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri menjawab isu-isu tersebut kerana ia ditujukan kepada Perdana Menteri. Manakala isu ekonomi boleh dijawab Tengku Zafrul pada Khamis.

37. Kem pembangkang dan kem kerajaan kemudiannya saling bertekak mengenai keupayaan dan kelayakan Tengku Zafrul untuk menjawab soalan bagi pihak Perdana Menteri.

38. Bera kemudiannya bangun dan menjelaskan kenapa Zafrul layak menjawab selepas dipersoalkan Port Dikson.

39. Pada jam 2.46 minit, Gombak yang dilihat koyak kerana disindir Port Dickson yang disambung oleh Shah Alam telah bangun menjawab dan mempertikaikan menjadi punca kepada Kluster Kilang sambil membawa placard.

40. Malangnya penjelasan Gombak itu bukan sahaja tidak diterima, malah diremehkan dan ditroll oleh kem pembangkang.

41. Perbahasan kemudiannya tamat pada 4.30 tetapi itupun tak berakhir dengan baik apabila Pokok Sena dan Jelutong sempat memarahi Speaker yang menghentikan persidangan. - 26 Julai 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...