Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 29 Julai 2021

Mesyuarat Tergempar UMNO Dalam Parlimen Undang Persoalan Netizens.

POLITIK | Sebaik sahaja Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan dan membahaskan Titah Diraja Yang Dipertuan Agong yang menyatakan Takiyuddin bersikap derhaka, kem kerajaan di dalam dewan kelihatan sunyi dan krik krik krik sekejap.

Ini kerana Perikatan Nasional terang-terang kantoi telah melakukan penipuan berkaitan pembatalan Ordinan Darurat. Walaupun telah dibincang awal bahawa Ordinan Darurat ini memang ke arah pembatalan tetapi ia perlu dibahas, dibincang, diperdebatkan dalam Parlimen.

Kenapa nak bahas perkara yang ingin dibatalkan ini?

Jawapannya supaya kita tahu kat mana kita betul dan salah. Perkara yang salah ini perlu dibincangkan supaya kita tak ulang balik. Yang betul pula untuk kita tambahbaik, supaya kita teruskan perkara yang baik.

Bukan susah sangat nak faham pun.

Tapi PN batalkan secara tergesa-gesa tanpa beri peluang bahas walaupun Agong dah keluarkan titah sehingga melakukan perbincangan dengan menteri berkaitan.

Pembatalan tergesa-gesa ini sebenarnya bukan sahaja mengelirukan dewan, membelakangkan Agong, melangkaui perlembagaan, malah seperti mahu menyorokkan sesuatu.

Ada apa yang ingin disorokkan?

Ada lakukan kesalahan ke?

Jangan salahkan orang awam yang buat persepsi bukan-bukan sedangkan tindakan kita yang buka ruang syak wasangka.

Dalam pada itu, ketika dewan sedang gamat dengan pekikan dan laung kem pembangkang agar Muhyiddin Yasin meletakkan jawatan, kelihatan di sana beberapa kem UMNO sedang berkumpul dan membincangkan sesuatu.


Ada Najib, Noh Omar, Ahmad Maslan, Bung Moktar, yang lain-lain tak perasan siapa. Gambar ini ditangkap dan diupload oleh Hannah Yeoh yang memerhatikan gelagat Ahli-ahli Parlimen UMNO itu.

Gambar itu dengan sekelip matanya menjadi tular di laman sosial hari ini dan diperkatakan pelbagai netizens dengan pelbagai sangkaan.

Apa agaknya yang mereka bincangkan. Nak lari dari terpalit sangat isu penderhakaan ke atas Agong ke? Kedudukan kerusi berani tukar tak? Sekurang-kurangnya Ku Li berani cakap dan berani lawan. Walaupun bukan jaguh dalam gelangang Facebook. - 29 Julai 2021.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...