Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 29 November 2020

UMNO Muktamad Guna Lambang BN, Pendaftaran MN Sukar Kerana PAS Sudah Berada Dalam PN.

POLITIK | Laporan ringkas dari berita Mingguan Malaysia hari ini;


1. UMNO mengesahkan akan bertanding menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

2. Ini kerana UMNO sudah memuktamadkan tindakan mereka untuk TIDAK menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu komponen. 

3. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob;

"UMNO juga membuat keputusan tidak akan menyertai PN sebagai salah satu komponen parti berkenaan. Atas dasar itu UMNO akan menggunakan lambang BN yang ditunjanginya dengan MCA dan MIC pada PRU15," katanya.

4. UMNO BN juga akan berunding dengan PN dan PAS agar tiada pertembungan antara BN dan PN dalam pilihan ke 15 nanti.

5. Berhubung soal pembahagian kerusi pula, Ismail Sabri berkata, Jawatankuasa Pembahagian Kerusi sudah berunding dengan Pas ketika beliau mempengerusikannya.

6. Bagaimanapun, selepas Pas membuat keputusan menyertai PN, isu berkenaan katanya tidak diketahui sama ada rundingan diteruskan dengan PN, Pas atau Bersatu.

7. Ini kerana jawatankuasa tersebut kini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

8. Ismail Sabri, juga berkata kedudukan Muafakat Nasional (MN) masih kukuh iaitu kesepakatan penyatuan ummah dari segi pemikiran dan tindakan dan bukannya membentuk sebuah gabungan parti.

9. Ismail Sabri turut menjelaskan, meskipun ada cadangan MN didaftarkan sebagai gabungan parti, namun perkara itu dilihat sukar dilaksanakan memandangkan Pas sudah bersama PN.

“Maka adalah mustahil bagi sebuah parti untuk berada dalam dua gabungan parti,” katanya dalam kenyataan itu. - 29 November 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...