Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Disember 2020

Gambar Tak Patuh SOP, Ismail Sabri Dakwa Ia Sebaran Fitnah.

POLITIK | Menteri Pertahanan, Datuk Ismail Sabri mendakwa beliau difitnah dalam soal penyebaran gambar ketika melakukan lawatan kerja di Melaka pada Sabtu lepas.

Beliau menafikan tidak mematuhi SOP penjarakan sosial. Gambar yang disebarkan itu menunjukkan gambar dari sisi tepi. Ismail Sabri turut mendoakan agar pihak yang menfitnahnya tidak membuat fitnah kepada sesiapa jua selepas ini.


"Beberapa gambar menjadi bahan fitnah terhadap saya & Yab Ketua Menteri Melaka serta YB Speaker DUN negeri Melaka sewaktu saya melakukan lawatan kerja ke Melaka sabtu lepas.

Kononnya tiada penjarakan sosial antara kami.

Yang jahatnya mereka menunjukkan gambar dari sisi bagi menunjukkan kedudukan kami tanpa penjarakan.

Namun ini lah gambar sebenarnya. Semoga Allah membuka hati-hati mereka ini supaya tidak lagi membuat fitnah kepada sesiapa jua selepas ini,"
tulisnya dalam satu kenyataan di Instagram.

Terdahulu, netizens mempersoalkan SOP pemakaian topeng muka, bilangan di kedai makan dan penjarakan sosial berhubung penyebaran gambar itu.


Ada yang mempertahankan Menteri Kanan itu sedang makan tetapi tiada makanan dan minuman kelihatan di atas meja itu. Samada ia belum sampai atau sudah habis makan. Pertanyaan tentangnya juga belum lagi mendapat respon dari Datuk Seri Ismail Sabri setakat ini.

Boleh duduk lebih dari 4 orang..


Kenapa tak pakai face mask..?


Sebagai rekod, netizens yang mempertikaikan pematuhan SOP Menteri Pertahanan juga menyebarkan gambar dari sisi hadapan dan ianya turut dibuat grafik troll. - 1 Disember 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...