Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 30 November 2020

#Belanjawan2021 : Undi Belah Bahagi Peruntukan JPM, PH Kalah, 12 MPs Pembangkang Tak Hadir. 

POLITIK | DENGAN KEMASKINI 30 NOVEMBER 
5:22 PETANG.

Hari tu (Khamis : 26 November 2020) penyokong PH bersama PEJUANG mempertikaikan tindakan PH yang enggan bangun dan berbuat undian belah bahagi semasa perbahasan #Belanjawan2021. 


Menurut mereka;

1. Ia merupakan pengkhianatan kepada rakyat (rupanya bukan takat pemimpin je, belah penyokong pun pandai yer nak jaja nama rakyat 😂).

2. PH menipu dan memperbodohkan penyokong setia.

Habis teruk page-page pemimpin PH digempur habis-habisan. Siap bagi hujah. Kalah tak apa. Janji bangun dan lawan.

Tapi mereka tak fikir pula jika bangun dan belah bahagi, PH akan;

- Dicop derhaka pada Agong.

- Akan dituduh sengaja gagalkan bajet #Covid19, nelayan, kesihatan & bantuan rakyat.

- bermain politik.

Pada hari ini terdapat;

- 3 Ahli Parlimen PKR tak hadir

- 8 dari Warisan yang berada di luar Parlimen

- 1 dari DAP

Mana lebih baik? Hadir Parlimen, berbahas dan buat keputusan nak belah bahagi atau tidak;

ATAU

Ponteng Parlimen?

Diharapkan penyokong PH dan PEJUANG jangan buat serangan terpilih. Kalau betul concern pasal rakyat, kena tahu la Ahli Parlimen yang ponteng tanpa sebab tu makan gaji buta.

Apatah lagi ada yang hadir tetapi sengaja keluar dewan semasa mengundi. 

Pihak kami dimaklumkan, 3 wakil PKR tak hadir ialah;

1. Miri = hadir sesi petang dan sempat mengundi.

2. Putatan = balik kawasan dan tak sempat balik mengundi.

3. Tawau = suami kritikal, kanser tahap akhir.

4. Gopeng = hadir sesi pagi, tiada sesi petang.

Pada perbahasan hari ini, ia menyentuh peruntukan tentang perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ada beberapa kelompangan yang telah disebutkan dengan jelas oleh Anwar Ibrahim iaitu;

- Ada beberapa jawatan Duta Khas.

- Diwujudkan pula pejabat mereka yang berpusat di Kuala Lumpur.

- Tetapi tugas-tugas ini boleh dijalankan oleh Duta-Duta Malaysia yang dilantik di negara-negara dan Kementerian Luar Negeri.

- Kenapa adanya pertindihan tugas ini?

- Ini adalah Penasihat Khas yang Perdana Menteri ada setakat ini;

* Penasihat Khas Media dan Komunikasi

* Penasihat Khas Ekonomi, Pejabat Utusan Khas

* Pejabat Duta Khas ke Timur Tengah

* Pejabat Duta Khas ke China

* Penasihat Khas Mengenai Kesihatan Awam

* Pejabat Duta Khas Jepun, Republik Korea dan Taiwan.

- Kos peruntukan JPM meningkat 10.7% iaitu RM482, 436, 800.

- Kesemua Pejabat Penasihat dan Duta Khas itu mempunyai 28 kakitangan lantikan kontrak dan diletakkan pada Gred 54.

- Butiran Besar 060000 Program Khusus dan Butiran Kecil 060200 Emolumen Kakitangan Kontrak diberikan sebanyak RM200 juta bagi tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak RM181, 446, 000 berbanding tahun sebelumnya.

Disebabkan terdapat beberapa butiran perbelanjaan yang gagal dijelaskan (dinyatakan) secara menyakinkan, maka PH memutuskan untuk membuat undian belah bahagi.

Usul dicadang oleh Sungai Petani - PKR, Johari Abdul.

Bagaimanapun PH kalah dalam undian belah bahagi. Berikut adalah keputusannya;

Menyokong : 105

Membantah : 95

Jumlah undian : 202

Tidak hadir : 20

Dengan itu, 
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa perbelanjaan pengurusan Jabatan Perdana Menteri (JPM) secara undi belah bahagi.

Dalam pusingan kedua di sesi petangnya, PH juga kalah mencabar peruntukan Kementerian Kewangan.

Dewan Rakyat juga meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan melalui undian belah bahagi.

Menyokong : 107

Membantah : 95

Jumlah undian : 202

Tidak hadir : 18

Esok, tiga lagi kementerian dijadual menggulung iaitu kementerian luar, kementerian perpaduan negara serta kementerian perusahaan perladangan dan komoditi. - 30 November 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...