Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 29 November 2020

Azmin Dedah Tun Disebalik Penubuhan PN, Salleh Amiruddin Kata Azmin Pembohong Besar.

POLITIK | Buat pertama kalinya Azmin Ali buka mulut mengenai kejadian belakang tabir Langkah Sheraton.


Dalam satu wawancara khas bersama The Star itu, Azmin berkata;

- Tun disebalik idea penubuhan Perikatan Nasional - PN.

- 131 SD dari pelbagai Ahli Parlimen juga telah diserahkan kepada Istana Negara tanda menyokong Tun Mahathir kekal sebagai PM sebelum Tun meletakkan jawatan pada 24 Februari.

- Perbincangan mengenainya berlaku pada 23 Februari 2020; jam 4 petang, bersama ketua-ketua parti seperti UMNO, PAS, GPS, WARISAN, PPBM di rumah Tun Mahathir sendiri.

- Tetapi Tun meletakkan jawatan sebagai PM7.

- Semasa Perhimpunan Maruah Melayu boleh pula melibatkan UMNO, kata Azmin lagi.

- Disebabkan tindakan Tun, Azmin & Muhyiddin tiada cara lain lagi selain perlu keluarkan PH; ini dibuat untuk menghalang orang lain (dipercayai merujuk pada Anwar) menjadi Perdana Menteri.

- Dalam wawancara itu juga, Azmin mengutuk Anwar (dan sama perangai macam Tun Mahathir, Anwar Anwar Anwar je salah 😂).

- Azmin buka cerita bagaimana beliau dinafikan sebagai MB Selangor pada 2008 dan ia diberikan pada Khalid Ibrahim. Begitu juga semasa Langkah Kajang yang dibuat bertujuan untuk menghalangnya.

- Azmin juga berkata selama ini beliau jaga keluarga Anwar. Dan ingatkan lepas Anwar keluar penjara Anwar insaf rupanya jadi perengus (bitter).

- Azmin juga mendedahkan mereka merancang untuk mengadakan PRU ke 15 pada bulan Oktober 2020. 

- Bagaimanapun disebabkan #Covid19, hal itu gagal dilaksanakan. 

Namun pengakuan Azmin itu disangkal oleh Salleh Amiruddin, JKP Pejuang. Apa yang anehnya, Azmin menuduh Tun Mahathir dalang, sepatutnya Tun la tampil menjawab dan menafikan terlebih dahulu. Dan bukannya orang lain.

Berikut di bawah ialah kenyataan Salleh Amiruddin;

Salleh Amiruddin | Azmin Pembohong besar.

1. Saya berada di hotel Sheraton dan dimaklumkan bahawa SD yang dikumpul tanpa pengetahuan Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz.

2. Mereka akan tubuhkan kerajaan baru bernama Perikatan Nasional.

3. Dua calon Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

4. Tun Mahathir tolak kerana untuk dia jadi PM Perikatan Nasional ia akan disokong oleh en-bloc UMNO.

5. Jika dia ketepikan prinsip dan maruahnya Tun Mahathir sudah jadi PM8 sehingga hari ini.

6. Dangkal dan tak masuk akal Azmin kata idea tubuh PN untuk Tun Mahathir jadi PM.

7. Yang bercita-cita besar untuk jadi PM adalah Azmin.

8. Ini terbukti apabila Kris MB Selangor 2014 dia sendiri menghantar namanya sebagai calon MB Selangor melalui pintu belakang.

9. Sekali lagi terbukti dia juga menghantar namanya sebagai MB Selangor sejurus PH disitihar menang di Selangor tanpa berunding dengan komponen PH Negeri.

10. Sekali lagi melalui pintu belakang Azmin minta Tun Mahathir lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri PH.

11. Tun Mahathir tolak kerana Jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dijanjikan kepada Wan Azizah.

12. Azmin ini ahli politik yang penuh dengan nafsu serakah untuk berkuasa.

13. Di dalam kerajaan PN sekarang sudah tentu jawatan Timbalan Presiden akan diberikan kepada Zahid Hamidi.

14. Kenyataan Azmin hari ini berniat jahat untuk berusaha untuk menghalang Muhyiddin melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

15. Dengan keadaan kesihatan Muhyiddin sekarang sudah tentu cita citanya untuk jadi PM akan tercapai.

Salleh Amiruddin
JKP Pejuang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...