Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Oktober 2020

UMNO PAS Setuju Daftar MN - Ketiadaan Tanda Tangan Wakil PPBM Jadi Persoalan.

POLITIK | Antara berita yang mendapat perhatian netizens ialah apabila UMNO dan PAS akhirnya berpakat untuk mendaftarkan gabungan Muafakat Nasional secara sah.

Tindakan tersebut merupakan berita baik bagi penyokong kedua-dua parti tersebut kerana;

- Muafakat Nasional menjadi gabungan yang sah, rasmi dan lebih kukuh dengan pendaftaran ROS dan bukannya persefahaman politik yang dibentuk untuk melawan PH semata-mata.

- Ia akan menyatukan UMNO dan PAS dalam sebuah gabungan politik dan ini bermakna ia membuka kerjasama politik di masa-masa akan datang seperti rundingan kerusi pilihanraya peringkat Parlimen dan DUN dan perkongsian kuasa di peringkat negeri dan pusat.

- Mengukuhkan ikatan MUAFAKAT NASIONAL dan bukan lagi bertaraf gabungan longgar apabila terikat dengan pendaftaran ROS dan piagam gabungan.

Berdasarkan tinjauan di sosial media pula;

- rata-rata penyokong MN meraikan pengumuman tersebut dan menyifatkan ia sebagai berita baik.

- Mereka juga memuji gabungan MN tanpa penglibatan kem Azmin Ali. Pemerhatian mendapati kem Azmin Ali dibenci dengan sangat ketara oleh pro PH dan penyokong UMNO. 

Apa yang menjadi tanda tanya dan perbincangan di sosial media ialah;

1. Dalam surat yang diedarkan, tiada tanda-tangan dari PPBM. Ia hanya ditanda-tangani oleh wakil UMNO melalui Annuar Musa dan wakil PAS menerusi Takiyuddin Hassan.

2. Ramai berspekulasi PPBM telah diketepikan.

3. Begitu juga kedudukan PAS di dalam PN. Statusnya masih menjadi tanda-tanya.

4. Terdapat juga anggapan bahawa Muafakat Nasional akan dibentuk dengan kerjasama UMNO - PAS di peringkat awal dan PPBM akan dijemput masuk kemudiannya. Ini dilakukan supaya PPBM tidak menguasai MN sepertimana mereka cuba menguasai PN.

Sehingga ke saat ini, PPBM belum mengeluarkan apa-apa kenyataan sebagai respon terhadap perkembangan terkini kerjasama diantara UMNO - PAS itu.

Sebagai rekod, jika gabungan UMNO dan PAS berjaya dibentuk, blok itu akan menjadi kumpulan parti melayu terbesar di Malaysia. - 20 Oktober 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...