Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 20 Oktober 2020

Exco Selangor Jelaskan Isu Kos Drone Mencecah RM500K Seunit.

SOSMED | Sejak semalam netizens terutamanya penyokong partisan pro PH dan PN mempersoalkan apakah logiknya memperuntukan RM2 juta untuk membeli 4 unit drone. 

Sebagai rekod, sejak dahulu lagi penyokong PH memang gemar mempersoalkan pentadbiran kerajaan dan parti walaupun mereka menyokong kerajaan itu sendiri.

Jadi jangan rasa pelik apabila pro PH dan PN sama-sama mempersoalkan kos drone yang bakal digunakan oleh kerajaan Selangor bagi memantau tahap dan kualiti air sungai di Selangor.

Semua ini bermula dari berita yang dilaporkan Bernama;

"Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli dan Hal Ehwal selain Islam negeri, Hee Loy Sian berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi empat unit dron itu yang akan diuruskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui Skuad Pantas LUAS"


Pihak kami turut mempersoalkan mengenai kosnya kerana jika RM2 juta digunakan untuk pembelian drone jenis DJI MATRICE 300 RTK, untuk setiap satu ia akan mencecah RM500k per unit.

Maklumat dari website Drone Crush menganggarkan ia bernilai USD6,500 per unit. Drone ini juga boleh direka secara khusus mengikut spesifikasi yang diinginkan oleh pembeli.

Selain itu terdapat pecahan kos yang tular di sosial media. Bagaimanapun ia perlu disahkan kerana setakat ini tiada sumber sahih.

Rangkuman soalan netizens;

1. Adakah RM2juta untuk pembelian 4 unit dron?

2. Jika bukan, apakah pecahan kos. 

Meskipun ramai yang mempersoalkan logik disebalik kos RM2 juta tetapi lebih ramai yang lebih berminat nak faham dan ketahui bagaimana kos tersebut boleh mencecah sehingga RM2 juta.

Berikut adalah jawapan balas dari Exco Selangor, Ir Izham Hashim yang dipetik menerusi komen Facebook;


Untuk berlaku adil, sememangnya laporan Bernama tidak menyebut kerajaan negeri membeli drone tersebut. Bagaimanapun ia boleh dibayangkan begitu kerana itu tak pelik jika netizens bersangka sedemikian.

Mengikut penjelasan dari Izham, nampaknya kerajaan bukannya beli drone tersebut sebaliknya menggunakan perkhidmatan memantau dan mengumpul maklumat mengenai keadaan, kualiti dan tahap air di sungai-sungai di Selangor. 

Sementara itu, kita akan tunggu dan lihat bagaimana tindakan ini dapat membantu Selangor memantau sungai dan kualiti airnya di masa-masa akan datang. Harap-haraplah masalah air di Selangor ada noktahnya. - 20 Oktober 2020.

Rujukan;

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/632489/guna-dron-pantau-sungai

https://dronerush.com/product/dji-matrice-300-rtk/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...