Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 Ogos 2020

Azmin Ali Mengejar Tun, Apakah Petandanya?

Ulasan | Semalam viral gambar DS Azmin Ali mengejar Tun Mahathir ketika menunaikan solat sunat Aidiladha.


1. DS Azmin Ali telah menyebarkan gambar itu sebanyak dua kali berturut-turut di Twitternya, dan ia ditroll oleh netizens sebagai TRY HARD kemudiannya.



2. Di Facebook pula, gambar itu ditroll kerana Tun Mahathir ketika itu mengengamkan tangannya seperti penumbuk.



3. Video DS Azmin Ali mengejar Tun Mahathir juga tular di sosmed.




Beberapa pihak yang berkata, netizens perlu bersangka baik, namun ada juga yang berbuat beberapa andaian dan mengaitkan insiden itu dengan kenyataan Zahid Hamidi yang mengesahkan UMNO akhirnya membuat keputusan untuk TIDAK MENYERTAI PERIKATAN NASIONAL.

Beberapa pimpinan UMNO yang berbeza dilihat agak lunak terhadap TS Muhyiddin Yassin. Mereka membuka pintu seluas-luasnya kepada Perdana Menteri ke 8 itu untuk menyertai MN dan UMNO semula.

Shabery Cheek misalnya di Facebooknya semalam bercakap tentang Semangat 46 yang menyertai UMNO semula demi perpaduan melayu, membayangkan kemungkinan UMNO akan menerima semula semua anggota PPBM yang lompat parti untuk masuk ke dalam UMNO bagi menguatkan parti itu dan melayu.

Bagaimanapun, keterbukaan UMNO itu dilihat tidak dinyatakan terhadap DS Azmin Ali. Berbeza dengan layanan ke atas TS Muhyiddin Yassin, DS Azmin Ali, Zuraidah malahan Datuk Saifuddin sendiri tidak dipelawa untuk menyertai UMNO.

Jika diperhatikan pula, jika ada isu yang membabitkan Azmin Ali, Zuraidah, Saifuddin atau ringkasnya dari kem PKR yang melompat parti, penyokong dan cybertroopers UMNO dilihat tidak membela pun menteri-menteri tersebut. Malahan mereka sibuk lagi kecam dan troll.

Ini memberikan bayangan, bahawanya kedudukan Azmin Ali selepas lompat parti tidaklah begitu stabil karier politiknya.

Azmin Ali sedang menyusun strategi yang terbaik supaya beliau tidak hilang selepas PRU15. Beliau perlu melakukan sesuatu supaya kekal relevan dan mendapat sokongan yang diperlukan bagi memastikan hayat politik tetap hidup.

Soalnya, apakah strategi Azmin?
Siapakah yang akan memberikan talian hayat kepada Azmin Ali jika UMNO membantah kini? UMNO membantah kini tak bermakna UMNO membantah selamanya, ini pun ada pembolehubahnya.

Soalnya juga, adakah Pakatan Harapan akan memberikan peluang kedua kepada Azmin Ali?

Almaklumlah, Pakatan Harapan boleh bekerjasama dengan Tun Mahathir walaupun bermusuh bertahun-tahun lamanya, sehingga ada yang jatuh bangun, keluar masuk penjara dan hilang kerja. Inikan pula Azmin Ali. 

Satu perangai parti politik ini ialah, mereka suka buat keputusan dan kemudiannya memaksa penyokong terima. Masa nak suruh terima itulah keluar bermacam dalil kononnya tindakan itu betul dan tepat, blablabla.

Diharapkan penyokong PH memberikan signal yang jelas kepada pemimpin parti masing-masing bahawa mereka menolak spesis ular dan katak, meskipun dijanjikan kerajaan. 

Kerajaan yang lahir dari kerjasama ular dan katak ialah kerajaan binatang. Oleh kerana kita manusia, maka kita perlukan kerajaan manusia, bukannya kerajaan binatang. Fahamkan. - 1 0gos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...