Ianya bermula apabila portal itu melaporkan kenyataan Menteri Agama yang kononnya dipetik sebagai berkata tabung covid19 yang dilancarkan menyasarkan bantuan kepada umat Islam semata-mata.
Namun laporan itu dengan segeranya disanggah Menteri Agama itu. Bahkan sampai ke tahap memberikan penjelasan dan bukti di Twitter wartawan yang menulis artikel itu.
"No," jelas Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan memberikan pautan video yang merakamkan kenyataan Menteri Agama itu pada 24 Mac.
Wartawan itu, yang dikenali sebagai Radzi Razak bagaimanapun dilihat tidak membalas kicauan Menteri Agama sebaliknya membiarkan netizens menghentamnya bertubi-tubi di sosmed.
Kenyataan yang dilaporkan secara salah itu juga digunakan oleh peguam kontroversi Siti Kasim untuk mengkritik Menteri Agama. Disebabkan itu, ramai non muslims yang percaya dengan laporan MalayMail turut sama mengkritik Menteri Agama dan umat Islam dengan pelbagai komen negatif.
Apabila dibetulkan oleh portal MalayMail, peguam itu kemudiannya beranggapan Menteri Agama tunduk pada tekanan dan menukar kenyataan asalnya. Hakikatnya, sejak dari awal lagi pun sememangnya tidak pernah Menteri Agama menyatakan bantuan adalah dikhususkan kepada umat Islam semata-mata.
Di Facebook Radzi Razak pula, beliau menjelaskan, laporan MalayMail adalah berdasarkan kenyataan yang dihantar kepadanya sebelum ini dan beliau enggan membuat permohonan maaf.
Berikut adalah kenyataan penuh peguam itu;
"Kehadapan semua.
Berkenaan isu berita Sahibus Samahah (ya hari itu typo) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang saya hormati & saya tak pernah sanggah.
Saya menulis hanya berdasarkan kenyataan tersebut. Permintaan pejabat menteri menerusi Ustaz Razif diterima & dipanjangkan ke pejabat kami.
Saya tidak mahu meminta maaf ke atas berita itu. Kerana saya menyampaikan apa yang diperkatakan dan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sendiri berhak untuk menyatakan sebaliknya atau mengambil tindakan.
Tujuan saya menulis ini adalah untuk menyatakan yang saya tidak peduli dikecam, dituduh atau difitnah kerana ia bukan kali pertama dalam pekerjaan saya selama lebih 10 tahun.
Namun saya meminta agar anda hanya mengutuk, mencerca dan mengeji saya seorang sahaja dan bukan kawan-kawan serta keluarga saya.
Saya yakin ruang di negara ini luas untuk sebarang tindakan diplomasi dan perbincangan tanpa sebarang kenyataan tanpa asas.
Saya tidak pernah berniat apa pun terhadap Ustaz @drzul_albakri dan saya yakin beliau melakukan kerja terbaik dengan segala keupayaan beliau.
Maaf jika saya tak menjawab kerana banyak sangat mention namun siapa yang mengenali saya secara peribadi tahu apa yang saya lakukan.
Dalam hal ini samalah membantu dan tuan-puan boleh menyumbangkan kepada tabung Covid-19 Jakim dan mana-mana lagi untuk membantu mereka yang memerlukan.
Seperti saranan Ustaz @drzul_albakri jangan biarkan orang tidak boleh makan, bantulah dengan tenaga, sokongan serta wang jika mampu.
Saya tidak mewakili syarikat. Hanya mewakili diri sendiri. Hal syarikat boleh dipanjangkan kepada syarikat.
Dengan hati yang rendah, saya menyatakan tidak akan mengulas lagi perkara ini dan mengucapkan selamat kepada semua sepanjang tempoh PKP yang baru ditambah sehingga 14 April depan," jelasnya dalam kenyataan itu. - 25 Mac 2020.