Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 22 Mac 2020

Benarkan Penerima MySalam Jalani Ujian Saringan #Covid19 Percuma - Najib Razak.

Najib Razak | Saya puji langkah Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan pihak swasta untuk menyediakan khidmat kepada orang awam yang tidak mempunyai gejala untuk menjalani ujian Covid-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.


Bagaimanapun, saya tidak setuju sama sekali bahawa Rakyat golongan B40 dan M40 perlu tangguung kos ujian tersebut dengan membayar syarikat swasta yang dilantik.

Matlamat perkhidmatan ini ialah untuk menggalakkan dan menyenangkan Rakyat yang bimbang mereka telah terdedah kepada risiko dijangkit Covid kerana pernah ada kontak rapat dengan mereka yang telah disahkan positif atau pernah terdedah kepada hotspot jangkitan untuk disarang secepat mungkin.

Kita mahu menggalakkan seramai mungkin Rakyat yang percaya mereka terdedah kepada risiko jangkitan untuk menjalani saringan tanpa mereka bimbang segi kos.

Sebab itu, kos ujian ini patut ditanggung oleh kerajaan ataupun bersama dengan pihak swasta.

Rakyat yang bimbang tak patut dikenakan bayaran.

Ini bukan masa bagi pusat perubatan pihak swasta atau syarikat insurans diberi peluang untuk mengaut keuntungan berlebihan dari Rakyat.

Rejim Gagalkrasi PH dahulu pernah menandatangani kontrak dengan Syarikat Insurans 100% milik Singapura untuk mewujudkan program MySalam dengan membayar RM400 juta setahun untuk 5 tahun.

Program MySalam rejim PH ini terbukti amat gagal tahun lepas.

Kerajaan PH bayar RM400 juta tetapi Rakyat hanya dapat balik bayaran RM13.7 juta (3.4% dari RM400 juta) pada tahun pertama (2019).

https://codeblue.galencentre.org/2020/02/11/mysalam-paid-rm14mil-in-2019-3pc-of-funds-received/

Hanya 9,662 (0.22%) dari 4,300,000 orang golongan B40 menerima manfaat pada tahun pertama 2019 .

Oleh kerana amat gagal, program MySalam telah dilanjutkan kepada golongan M40 bermula tahun ini.

Ini bermakna selain menerima bayaran RM400 juta bagi tahun ini, syarikat insurans tersebut juga diberikan DATA PERIBADI 9 juta rakyat Malaysia untuk menjalani promosi produk-produk itu.

Syarikat insurans ini adalah antara terbesar di Malaysia dan mencatat keuntungan tahunan sebanyak RM800 juta.

Sebab itu, mereka mampu dan patut menyumbang lebih banyak kepada Rakyat di bawah skim MySalam dalam tempoh krisis ini.

Dengan ini, saya cadangkan kerajaan berunding semula dengan kumpulan-kumpulan perubatan swasta dan syarikat insurans yang mengendalikan skim MySalam itu supaya mereka membiayai kos penuh atau berkongsi kos dengan kerajaan bagi menyediakan ujian Covid percuma bagi Rakyat yang bimbang mereka berjangkit.

Jika kos sebenar (bukan harga yang dicaj) ujian setiap orang adalah RM100 dan 1 juta Rakyat diuji pun, jumlah kos adalah RM100 juta - iaitu jauh dibawah kos RM400 juta yang dibayar kerajaan setiap tahun bagi skim MySalam.

Oleh kerana database B40 dan M40 sudah wujud di bawah skim MySalam serta BR1M/BSH, ianya bukan masalah besar untuk memberi ujian percuma kepada mereka.

Kita tidak mahu mereka elak diuji kerana bimbang perlu membayar..

Lagi awal dan lagi ramai Rakyat yang berisiko diuji, lebih cepat mereka mendapat rawatan dan diasingkan bagi menghalang mereka menjangkit orang lain.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...