Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Jun 2019

Koleksi Teori-Teori Disebalik Penyebaran Video Azmin - Haziq.

ULASAN | Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menafikan sekeras-kerasnya video yang tersebar adalah membabitkan dirinya.


Haziq pula mempertahankan dakwaan. Beliau berkata Azmin adalah individu yang merakamkan video tersebut. Azmin juga disifatkannya sebagai 'lelaki yang sakit'.

Antara dua pihak yang berbeza kenyataan ini, timbulnya teori konspirasi dikalangan netizens.

Dan berikut adalah apa yang netizens bawangkan di laman sosial;

👉 Penyebaran video lucah adalah untuk mematikan karier politik Azmin. Azmin dilihat sebagai penghalang bagi seseorang menjadi Perdana Menteri.

👉 Penyebaran video lucah adalah kerja kem #RR dan #DSAI. Ia adalah untuk memberikan amaran kepada Azmin dan PPBM bahawanya tindakan menghalang DSAI menjadi PM8 ada akibatnya.

👉 Penyebaran video lucah adalah untuk menghalang Anwar naik sebagai PM8. Haziq akan uturn. Haziq akan menuduh Anwar sebagai dalang. Anwar akan dipenjarakan. Sekaligus gagal menjadi PM8. Azmin akan dinaikkan sebagai PM dan Mukhriz akan menjadi TPM.

👉 Penyebaran video lucah didalangi PPBM. Untuk membunuh karier politik Azmin dan Anwar. Untuk melemahkan kekuatan PKR. Memandangkan PKR merupakan saingan kuat dalam gabungan PH. PKR sukar ditenangkan dan dipujuk untuk menerima setiap keputusan yang PPBM ingin lakukan.

👉 Penyebaran video lucah adalah sebagai laluan mudah Mukhriz naik sebagai Perdana Menteri. Apabila PKR dilihat terlalu bermasalah dan berantakan, parti itu akan kehilangan sokongan rakyat - sekaligus PPBM akan punya lebih suara bagi membuat keputusan.

👉 Penyebaran video lucah adalah kerja UMNO. Ini adalah taktik konspirasi bagi melenyapkan perhatian rakyat dari menumpukan perhatian ke atas kes Najib. Apabila semuanya tumpu ke atas video lucah - kuranglah orang bercakap hal perbicaraan Najib.

👉 Penyebaran video lucah didalangi BN. Ini penting bagi memastikan PH terkubur dan retak sebelum PRU ke 15. PH akan bergaduh sesama sendiri dan termasuk ke perangkap BN sepertimana Langkah Kajang. BN akan membayangkan menerusi MOLE-MOLE yang mereka 'pasang', bahawanya video lucah kerja DSAI, kerja Mahathir, kerja kem RR, kerja Daim - seterusnya ini akan memecahbelahkan hubungan parti komponen PH kerana masing-masing merasa syak wasangka ke atas satu sama lain - bergaduh di sosial media - mendorong membocorkan rahsia kawan - memberikan modal kepada pembangkang.

👉 Penyebaran video lucah adalah taktik Azmin bagi mendapatkan simpati. Taktik fitnah diri sendiri ini dilakukan bagi mewujudkan persepsi betapa mangsanya Azmin sehingga dizalimi, diaibkan, sebagaimana yang DSAI pernah lalui suatu ketika dahulu. Ini mungkin kerana ada pihak-pihak yang tak senang dirinya sebagai saingan utama dalam merebutkan kedudukan Perdana Menteri.

👉 Penyebaran video lucah adalah strategi. Supaya kem Azmin keluar PKR apabila PKR bergaduh sesama sendiri. Azmin dan orangnya akan memasuki PPBM. Azmin kemudiannya diangkat sebagai PM. Kerana ketika itu PPBM telah menjadi kuat berikutan mempunyai ramai ahli parlimen dengan sokongan UMN0-BN-PAS yang bersama-sama pentadbiran Tun Mahathir. Kerana itulah orang kuat Azmin pegang jawatan KP SPRM. Ini kerana untuk memegang tengkuk PAS - BN.

👉 Penyebaran video lucah adalah kesan kesilapan dan kecuaian Azmin - Haziq. Simply, hanya terkantoi. Tiada konspirasi. PH sedang struggle untuk cover. Tetapi rakyat Malaysia tak boleh terima jalan cerita semudah itu lalu membuat andaian dan spekulasi bagi memuaskan nafsu konspirasi mereka. 

Jadi, yang mana pilihan anda? Teori anda? Apa yang anda mahu percaya? - 15 Jun 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...