Ahad, 17 Jun 2018

Proton 2.0 Bukan Sekadar Jenama Kereta Kata Penyokong Mahathir.

Oleh : Kelab Chedet

PROTON BUKAN KERETA

Konteks amat penting. Fahami apa visi besar Tun M disebalik Proton. Ini bukan pasal kereta nasional vs pengangkutan awam, ini berkenaan mengangkat taraf ekonomi Melayu dan negara ke ufuk yang lebih tinggi melalui projek industri berat seperti pembuatan kereta.



Proton adalah PEMANGKIN kepada "heavy industry" negara. Semua negara yang nak maju perlu ada asas industri berat yang besar (hence Proton must be viewed with Perwaja Steel). Barulah rakyatnya boleh panjat tangga pembangunan sepertimana negara lain.

Soalnya kalau tak mahu Proton 2.0, apakah boleh kita lakukan jalan pintas tanpa naik tangga pembangunan ekonomi berasaskan industri berat Revolusi Industri 2.0 untuk terus ke Revolusi Industri 4.0 seperti Artificial Intelligence etc. yang jauh lebih rumit dan memerlukan "critical mass" yang lebih pintar? Mampukah Melayu melangkah tahapan ini dalam keadaan kita masih terkebelakang dalam jurusan sains dan teknologi?

Kalau tak setuju dengan Tun M, sila bagi counter proposal "developmental ladder" baru untuk orang Melayu dan negara.


Oleh : Wan Ahmad Fayhsal

Ada yang sinis, ada yang bebal dan ada yang tersasar dalam mengkritik apa yang Tun M jelaskan berhubung projek kereta nasional. They refused to listen, and read carefully on the crux of the matter.

Susah nak faham sisi "Peter the Great" yang ada dalam Tun Mahathir tapi bab puja Steve Jobs, Elon Musk kome memang laju.



Tak ada dalam dunia ni startups dalam high tech berdiri tanpa bantuan kerajaan. Semua high tech dan heavy industry contoh di Israel dan US dapat sokongan tentera (CIA, DARPA) sebelum mereka bersaing di ekosistem terbuka. Ini bermakna ada banyak benda bersifat protectionist pada awalnya (for security reason).

Antara rakan saya yang bijak dalam memahami visi Tun Mahathir ini ialah sdr Azfar Hanif Azizi, Presiden Kelab Bunga Raya - United Kingdom. Beliau memang tekun dalam memahami VISI nasional dan peradaban Tun Mahathir sesuai dengan pengkhususan beliau dalam hal ekonomi di SOAS. Ikuti Facebook beliau untuk berdialog.

Kita bukan puja Tun M tapi apa yang beliau nak bawa walaupun bukan 100% tepat tapi ada merit yang besar tentang merekayasa pembangunan negara sesuai dengan evolusi technology tree dan developmental ladders.

Saya harap tulisan ringkas saya tadi boleh betulkan sudut pandang Proton bukan sekadar syarikat kereta tetapi lebih penting kepada pemangkin industrialisasi negara.

Tapi macam biasa akan ada yang membenci dan membangkang pakai kepala lutut. Biarkan mereka.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...